Showing posts with label Berita Cawangan. Show all posts
Showing posts with label Berita Cawangan. Show all posts

Sunday, May 10, 2009

Malam ini: 2 Ceramah UMNO di Lunas

2 ceramah UMNO di Lunas pada Ahad 10 Mei 2008, jam 10:00 malam. Pada sebelah paginya dikhabarkan Datuk Mukriz akan datang ke Padang Serai untuk bertemu dengan Pemuda Bahagian dan lawatan pemimpin turun padang.

1) Taman Sejahtera-
Sambutan Ulangtahun ke-63 Penubuhan UMNO dan

Ceramah oleh YB Ustad Haji Mohd Afandi B. Yusof (Exco Pemuda UMNO dan AJK Biro Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari Bahagian Rantau Panjang- Kelantan)
Jam: 9:00 malam
Tempat: Padang Permainan Taman Sejahtera





2) Rumah Pangsa Kilang Lama-
Ceramah oleh Exco Pemuda Pusat dan Pendedahan bekas Ketua Bahagian PKR Jerai- Kalaivanar yang dibuang oleh DSAI
Tempat: Rumah Pangsa Kilang Lama
Masa: 9:00 malam
Semua dijemput hadir

Wednesday, December 31, 2008

Cikgu Yusoff, veteran UMNO Taman Sejahtera meninggal dunia

Allahyarham Cikgu Yusoff (kiri memegang bunga) ketika menyertai program Jogathon di Mengkuang Dam


Alfatihah,

Cikgu Yusoff, salah seoarang penggerak utama penubuhan UMNO Cawangan Taman Sejahtera telah kembali menemui Ilahi pada hari Selasa 11:45 mlm. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Besar Kulim.


Allahyarham merupakan pelopor kewujudan UMNO Cawangan Taman Sejahtera pernah memegang jawatan Ketua Cawangan UMNO Taman Sejahtera. Ketika perlantikan terbaru pada bulan Mei lalu, Allahyarham memegang jawatan sebagai AJK Cawangan.


Semoga Allah merahmati Allahyarham dan sama-samalah kita menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh beliau, semoga beliau ditempatkan dikalangan roh orang-orang yg beriman. Amin

Sunday, October 12, 2008

Bekas Ketua Puteri Cawangan Taman Sejahtera Kini Menerajui Puteri Bahagian Padang Serai

Taniah kepada bekas Ketua Puteri UMNO Cawangan Taman Sejahtera Puan Faezah bte Haji Pear Muhamad.

Ucapan taniah tersebut diucapkan kerana beliau telah dilantik dengan sebulat suara oleh perwakilan Puteri Bahagian untuk menerajui Sayap Puteri UMNO Bahagian Padang Serai bagi sessi 2008-2012. Puteri Bahagian Padang Serai bermesyuarat pada hari Jumaat lalu (10/10/2008) di Kulim Golf Resort, Kulim Hi-Tech.



















Dengan perlantikan tersebut ini menyambungkan lagi kesinambungan legasi dan kecemerlangan UMNO Cawangan Taman Sejahtera di peringkat Bahagian Padang Serai.



Pada mesyurat Puteri Bahagian tersebut, Puteri Padang Serai telah sebulat suara mencalonkan Datin Ismalina Bte Ismail (PENGERUSI BIRO KEAHLIAN PUTERI UMNO) untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia. Untuk jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Puteri UMNO Bahagian Padang Serai mencalunkan Puan Shahanim bte Modh Yusof (Ketua Puteri Kedah)

(Komen Cabai Melaka: Agaknya rezeki anak kandungan Faezah dan syabas kepada Puteri UMNO yg telah berkempen melalui internet. Inilah yang kita mahu. Banyak anak muda di luar sana tu mendapat maklumat melalui internet sbb depa malas baca paper dan suka terperuk dalam rumah sambil main internet)

Tuesday, October 7, 2008

Al-Fatihah:Bekas Setiausaha UMNO Cawangan Meninggal Dunia

UMNO Cawangan Taman Sejahtera telah kehilangan seorang lagi "pioneer" atau peneraju asal UMNO Cawangan iaitu Saudara Pear.

Saudara Pear menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi tadi akibat kompilasi penyakit kencing manis.

(Allahyarham Pear -dua dari kiri disebelah bekas ADUN Merbau Pulas, Cikgu Det semasa perasmian Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga Taman Sejahtera pada bulan Ogos 2007)
Allahyarham juga adalah Ketua dan Penaung Rukun Tetangga Taman Sejahtera. Beliau bergerak aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Taman Sejahtera dan daerah Kulim. Beliau merupakan pesara dari Hospital Kulim.

Pihak blog UMNO Cawangan Taman Sejahtera ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau. Ketiadaan beliau merupakan satu lagi kehilangan "mutiara yang bersinar" pada penduduk Taman Sejahtera. Semoga jasad beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin. Bersamalah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.