Thursday, April 30, 2009

Ketua Pemuda Negeri

Kesemua Ketua ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri yang dilantik oleh Khairy Jamaluddin terdiri dari muka-muka baru.

Pengumuman mengenai perlantikan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha pergerakan itu, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Bagi jawatan Exco lantikan pula hanya seorang saja muka lama kekal manakala empat yang lain adalah muka baru.


Berikut ialah senarai Ketua Pemuda Umno Negeri :

1. Perlis - Mohsin Mohd Yusoff (Ketua Pemuda bahagian Padang Besar)

2. Kedah - Badrol Hisham Hashim (Ketua Pemuda bahagian Padang Terap)

3. Pulau Pinang - Norman Zahalan (Ketua Pemuda bahagian Bayan Baru)

4. Perak - Maslin Sham Razman (Ketua Pemuda bahagian Kuala Kangsar)

5. Selangor - Suhaimi Mohd. Ghazali (Ketua Pemuda bahagian Sepang)

6. Wilayah Persekutuan - Rizalman Datuk Mokhtar (Ketua Pemuda bahagian Bandar Tun Razak)

7. Negeri Sembilan - Mohd Helmi Din (Ketua Pemuda bahagian Rasah)

8. Melaka - Karim Yaacob (Ketua Pemuda bahagian Bukit Katil)

9. Johor - Mohd. Fadil Muskon (Ketua Pemuda bahagian Air Hitam)

10. Pahang - Abu Jimi Samat (Ketua Pemuda bahagian Lipis)

11. Terengganu - Bahri Baharuddin (Ketua Pemuda bahagian Marang)

12. Kelantan - Anuar Safian (Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian)

13. Sabah - Azman Ruslan (Ketua Pemuda bahagian Keningau)


Senarai Exco Lantikan:-

1. Abdul Razak Abd. Rahman (Ketua Pemuda bahagian Kota Melaka)

2. Khairul Azwan Datuk Harun (Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak)

3. Badrol Hisham Zakaria (Ketua Pemuda bahagian Kuala Terengganu)

4. Mohd Faizal Ramli (Ketua Pemuda bahagian Teluk Kemang)

5. Anis Hisham Abdul Aziz (Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor - muka lama)

Wednesday, April 29, 2009

Krisis di Perak- NPC (THE NATIONAL PRESS CLUB)

Krisis di Perak. Hujah dalam siri ke 18: THE NATIONAL PRESS CLUB SERIES OF NATIONAL DISCOURSE THE PERAK


Tuesday, April 28, 2009

ADUN Kuala Nerang Tak Akan Letak Jawatan

LANGKAWI, 28 April (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata desas-desus kononnya Syed Sobri, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap, akan meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prstasinya sebagai wakil rakyat, adalah tidak benar."Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya.


Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Mohd Shafie.Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu.


Pada 3 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000.-- BERNAMA

Monday, April 27, 2009

Cakap berdegar-degar...debat tak berani pula


Kalau ikut cakap dan kenyataan yang dikeluarkan, dua orang kuat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor meng merupakan orang paling lantang mengkritik dalam isu-isu politik yang berlaku di negeri Perak.


Malah, mereka juga mempertikai secara terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya tidak sah.


Namun, apabila ada usaha yang dibuat oleh pihak bebas iaitu Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) dan Blogger United menganjurkan debat rakyat berhubung isu-isu politik Perak, kedua-duanya tercari-cari alasan untuk mengelakkan diri.


Debat rakyat yang dijadual berlangsung Jumaat ini telah pun mendapat persetujuan peguam UMNO, Datuk Hafarizam dan seorang peguam bebas, Datuk Shafie Abdullah untuk hadir bgai menyertai debat berkenaan.


Bagaimanapun menurut sumber, Ngeh dan Nga memberikan alasan kononnya Majlis Peguam akan turut menganjurkan forum mengenai isu yang sama hari sabtu sebagai alasan tidak dapat hadir.


Sedangkan hakikatnya, Shafie akan turut hadir forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan.


“Soalnya kenapa kedua-dua mereka ini yang begitu lantang memberikan komen apabila dijemput untuk menjayakan debat rakyat memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir. Jika forum Majlis Peguam dijadikan alasan, Datuk Shafie juga akan pergi ke majlis yang sama, apa masalahnya pula,” kata sumber itu.


Ini jelas sumber itu menunjukkan, Ngeh dan Nga tidak berani berhadapan dengan fakta dan hanya berani membat tuduhan tanpa berani bersemuka dengan orang yang boleh dan mampu mematahkan kritikan mereka. Sementara itu difahamkan, NPC yang menjadi penganjur telah diminta untuk menghubungi peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah untuk hadir debat tersebut tetapi telah menolaknya.



NPC juga telah diminta untuk mendapatkan peguam Malik Imtiaz bagi mewakili pihak pembangkang. Namun jawapannya tetap sama - tidak bersedia untuk debat tersebut.


Apa cerita ni??

Sunday, April 26, 2009

Fairus "tutup" buku

Pelik memang pelik.Setelah drama perletakan jawatannya yang mencetuskan segala macam andaian hari Jumaat bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Fairus Khairuddin mengeluarkan kenyataan beliau tetap meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti.
Lebih pelik dalam kenyataan itu beliau menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ini memandangkan beberapa hari lalu beliau membuat ancaman dalam satu interbiu dengan sebuah akhbar berbahasa Cina nak dedahkan skandal dalam PKR dan kerajaan Negeri Pulau Pinang jika namanya tidak dibersihkan. Apakah ini bererti semua tuntutannya dah dipenuhi?

Bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam umum tiada asas nak dakwanya,ramai yang bertanya apa sebenarnya punca beliau nak letak jawatan. Malah ada yang duga beliau mungkin tarik balik nak letak jawatan. Ramai yang berpandangan alasan nak lanjutkan pelajaran cuma alasan politik.
Fairus,32 asalnya umum nak letak jawatan pada 16 April lepas. Beliau yang ketika itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata keputusan itu untuk membolehkan beliau membersihkan namanya daripada semua tuduhan selain bagi melanjutkan pelajaran.
Dalam kenyataan Fairus berkata pengumuman SPRM yang telah membebaskan dirinya dari segala tuduhan adalah manifestasi kebenaran yang telah selama ini dipertahankannya. Ternyata semua tuduhan sehingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak berasas, katanya

Rasional BN Perlu Bertanding di DUN Penanti.


Dengan berbekalkan majoriti berganda iaitu 2,219 undi yang berpihak kepada PKR pada PRU-12, kita tidak dapat menafikan terlintas di benak hati kita ini bahawa cadangan BN untuk tidak bertanding di DUN Penanti adalah seperti tidak berani dan mengaku kalah di atas kekuatan parti pembangkang.

PRU 11 (2004)
N12: PENANTI: 14,8081.
Anuar Shaari (Keadilan) 5,5282.
Abdul Jalil Abdul Majid (BN-UMNO) 6,195
Majoriti: 667


PRU 12 (2008)
N12: PENANTI:15,4211.
MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN 7,3462.
Abdul Jalil Abdul Majid (BN-UMNO) 5,127
Majoriti : 2,2191.


Apatah lagi DUN Penanti adalah di dalam Parlimen Permatang Pauh dan dikatakan kubu kuat parti PKR. Makanya, BN akan bakal menjadi seperti 'target practice' dan ditelan bulat-bulat oleh parti pembangkang.


2. Lebih mengecewakan lagi ialah BN telah gagal di dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini dan DUN Penanti dilihat sebagai turutan kepada kekecewaan yang bakal ditanggung oleh pihak BN.

Kedua-dua perkara di atas adalah persepsi politik yang bermain di kepala kita semua. Malangnya, persepsi negatif ini sangat kuat dan nampaknya telah meresap di dalam sanubari pemimpin-pemimpin UMNO dan BN dan ianya tidak patut berlaku.

Walaubagaimana pun, penulis juga melihat bahawa perkembangan 'BN mungkin tidak turut serta di PK Penanti' sebagai sebagai pendekatan baru yang patut dilakukan sejak dulu lagi.BN perlu mencanangkan serta mewujudkan persepsi bahawa PKR amat bersalah dan begitu senang membazirkan wang rakyat.


Persepsi ini perlu diwar-warkan kerana PKR begitu mudah di'lepas'kan sebelum ini tanpa menyedarkan rakyat bahawa tindakan PKR itu adalah salah dan patut dihukum keras.Penulis bersetuju dengan approach ini. Semoga penduduk di Penanti faham dan kembali menyokong BN.Realitinya, UMNO dan BN tidak pernah lari daripada menunaikan tanggungjawabnya di dalam setiap pilihanraya.



Malangnya, alasan-alasan yang kita baca menunjukkan bahawa sesetengah pemimpin BN itu seperti mengambil ringan kepada kepentingan setiap pilihanraya kecil dan kemestian mereka untuk menjaga hati pengundi-pengundi yang telah mengundi BN sebelum ini.


Seramai 5,127 penduduk Penanti telah mengundi BN pada PRU-12 dan mungkin bagi mereka, pilihanraya kecil ini adalah peluang baru serta platfom terbaik untuk BN menawan kembali Penanti serta memilih ADUN yang lebih produktif serta dapat membawa pembangunan di Penanti.


Mungkin juga telah berlaku perubahan positif di dalam penerimaan rakyat Penanti terhadap parti BN setelah terdedah dengan permainan dan lakonan Anwar Ibrahim.


Mungkin juga berlaku pergeseran serta konflik dalaman di dalam parti PKR setelah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga pemimpin DAP telah dilangkaui, tidak dihormati dan tidak diberitahu tentang perletakan jawatan Fairus Khairuddin.


Fairus Khairuddin sendiri tentu menanam perasaan kecewa dan sedih beliau kepada kepimpinan PKR yang beliau dakwa telah menjatuhkan kredibiliti dan maruah beliau. Beliau adalah salah satu aset yang penting untuk menerangkan perkara sebenarnya yang berlaku di dalam PKR serta sandiwara pemimpin-pemimpin PKR Pulau Pinang.


Jika BN tidak turut serta, ianya juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO di Penanti dan Permatang Pauh sebenarnya tidak ada kredibiliti dan seperti berlaku krisis imej di dalam parti UMNO. Mereka khuatir serta tenggelam dek nama Anwar Ibrahim dan jika ianya benar, pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO perlu berbuat sesuatu seperti menukar pemimpin-pemimpin UMNO yang sedia ada di tempat itu.


Penulis berkeras di sini kerana sebagai pemimpin, mereka patut cuba mengurangkan andaian dan persepsi yang tidak enak bagi parti UMNO daripada terlintas di fikiran rakyat.
Dan bukan mengundang pelbagai andaian yang susah dijawab oleh 'gurkha-gurkha sukarela' seperti penulis, para bloggers yang pro-UMNO/BN, para pemerhati politik yang menyokong UMNO/BN dan ahli-ahli BN dari akar umbi apabila berdepan dengan lawan/penyokong parti pembangkang di alam siber ini dan juga di tempat masing-masing.Kesimpulannya, BN perlu turut serta di dalam pilihanraya kecil Penanti. Ya, wang rakyat akan digunakan tetapi prinsip BN sebagai pembela rakyat perlu diutamakan dan diteruskan.


Walau bagaimana pun, selepas ini sesuatu perlu dibuat agar tidak ada parti yang begitu senang memanipulasikan sistem negara sesuka hati mereka sahaja tanpa mengira impak serta wang rakyat yang bakal digunakan di setiap pilihanraya.

Penalti yang berat serta merugikan parti yang terlibat perlu difikirkan segera tanpa berlengah-lengah lagi. SPR dilaporkan telah membincangkan perkara tersebut.

Kriteria meletak jawatan perlu diperhalusi dan diperketatkan. Adalah tidak masuk akal jika seseorang ADUN itu meletakkan jawatan kerana mahu melanjutkan pelajaran beliau! Tak masuk akal langsung!

Apakah Fairus Khairuddin tidak arif di dalam sistem pelajaran negara dan tidak pernah tahu tentang program-program luar kampus atau pendidikan jarak jauh?
Dan parti BN perlu mengubah struktur serta pendekatan jentera parti di pilihanraya Penanti kelak. Kita tentu tidak dapat memaafkan kepimpinan BN jika mereka masih lagi menggunapakai kaedah lama yang terbukti tidak berkesan dan membazirkan wang.


Tidak perlu lagi projek-projek 'mee segera' di masa pilihanraya. Yang penting ialah untuk mengerah sepenuhnya jentera BN dan ahli-ahli BN setempat ke tahap maksima tanpa penglibatan yang terlalu ramai daripada orang luar.


BN juga patut memikirkan kaedah baru untuk mengurangkan peruntukan di dalam pilihanraya. Sebagai contoh, wang yang diperuntukkan untuk membiayai jentera BN dari luar sepatutnya disalurkan kepada ahli-ahli BN setempat serta membantu menjanakan ekonomi peniaga-peniaga kecil di Penanti.

Jentera BN perlu berada di dalam komuniti Penanti setiap masa sama ada semasa makan atau menunaikan ibadah 5 kali sehari. Ini yang paling penting dan akan dihargai oleh penduduk Penanti.


Konsep 'homestay' atau keluarga angkat di kawasan pilihanraya mungkin perlu difikirkan daripada menyewa hotel-hotel. Penggunaan banner dan bendera-bendera recycle daripada pilihanraya sebelum ini mungkin boleh dipraktikkan.

Apa pun, parti BN perlu bersedia dan sepatutnya sudah masak dengan sikap penduduk Penanti. BN dikatakan telah melakukan 'postmortem' pada PRU-12 dan pilihanraya Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008.

Dua kali 'postmortem' telah dilakukan dalam jarak masa yang dekat. Semestinya BN telah arif dan telah bersedia dengan penuh confident tanpa ragu dan bimbang.

Realitinya, 'postmortem' dilakukan agar BN lebih bersedia serta mampu menangani segala kesalahan, loop holes atau pun kekurangan parti sebelum ini. Dan bukannya mengambil jalan mudah dengan tidak berdepan dengan cabaran yang ada.

Kita perlu mengakui bahawa kalah dan menang adalah adat di dalam setiap pilihanraya.

(Dengan izin) "And its all about how BN can keep their head high and in dignity even if they lost the election."

Saturday, April 25, 2009

Umno siap gempur negeri Pembangkang


Dari Malaysiakini.com


Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan terbesar barisan pengerusi perhubungan negeri hari ini sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu, akhir Mac lalu.


Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan tersebut di Perak - tugas itu diserahkan kepada Datuk Zambry Abd Kadir, menteri besar selepas negeri itu dirampas kembali BN, Februari lalu.Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008. Beliau menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tidak dikekalkan dalam kabinet dalam rombakan awal bulan ini.


Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.


Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.Beliau menggalas tugas yang dahulunya dipegang oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Sementara di Terengganu yang menyaksikan pergeseran dua kumpulan - antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan tokoh yang digantinya Datuk Seri Idris Jusoh - diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang naib presiden Umno.


Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri - kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT).



Kelantan - yang dikuasai PAS selama 19 tahun - turut mendapat ketua perhubungan baru Datuk Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Annuar Musa. Mustapa, yang mendapat jumlah tertinggi undi untuk anggota MT, pernah memimpin negeri itu dalam usaha Umno merampas Serambi Mekah itu.


Selain lapan perubahan ini, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.



Rombakan besar-besaran itu diumumkan Najib selepas mesyuarat pertama MT sejak pemilihan parti hujung bulan lalu di bangunan Umno petang ini.


Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung. Ahmad Husni, yang dilantik menteri kewangan kedua awal bulan ini, juga memegang jawatan timbalan pengerusi perhubungan Perak.


Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Ketua penerangan: Ahmad Maslan


Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin


KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah


PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman


PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah


SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar


WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor


MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop


JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad


PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin


TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said


KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin


SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak


Najib turut mengumumkan sembilan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Friday, April 24, 2009

MCA: Dah bagi betis, nak peha

Setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan penghapusan syarat peruntukan ekuiti atau mengliberalisasikan beberapa bidang perkhidmatan yang selama ini mewajibkan penyertaan bumiputera, MCA menerusi setiausaha agungnya Woong Foon Meng meminta kerajaan mengliberalisasikan semua sektor dalam ekonomi negara.
Beliau menyebutkan sektor yang juga perlu diliberalisasikan lagi ialah hartatanah,pertahanan dan penyedia perkhidmatan keselamatan negara, pembekalan utiliti, agensi pelaburan kerajaan, lapangan terbang, penerbitan serta percetakan dan penerbitan.
MCA nampaknya seperti tidak mengambilkira langsung bahawa Datuk Seri Najib telah membuat suatu keputusan yang sangat berat,berani dan mempunyai risiko politik yang tinggi yang mungkin menjadikannya tidak popular di kalangan orang Melayu dan bumiutera.
Maka itu ketika di Jakarta beliau merasa perlu memberikan jaminan bahawa kaum bumiputera tidak akan terjejas kepentingan mereka.
Tidak salah untuk MCA meminta tetapi janganlah menimbulkan sesuatu desakan yang tidak membatu dari segi politik yang bila sahaja suatu tolak ansur diberikan maka dengan serta merta menampakan pula masih tidak cukup lagi. Ambillah sedikit masa untuk menambahkan desakan baru .
Desakan MCA itu sekaligus bukan sahaja mencuit hati orang Melayu tetapi juga tentunya menimbulkan rasa tidak cukup atau tidak mengajar orang Cina untuk bersifat berterima kasih.Tidak salah untuk meminta lebih tetapi tidak bijak untuk membuat suatu kenyataan yang menimbulkan prasangka buruk di kalangan masyarakat.
Desakan itu adalah bersifat terlalu awal,tidak bersikap rasional dan tidak membantu dalam usaha untuk menunjukan tolak ansur kerajaan baru BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.
Dalam kata kata lain MCA tidak bijaksana atau bodoh dalam permainan politik dan hanya tahu memainkan sentimen perkauman untuk mencari pengaruh di kalangan kaumnya. MCA telah hilang keperibadian sendiri dan mahu hidup atas keperibadian DAP.
sepatutnya MCA buktikan sokongan org cina terhadap BN terlebih dahulu sebelum meminta sesuatu..Bak kata org kerja dulu baru dapat imbuhan bukan mintak imbuhan sebelum kerja..org melayu akan bangkit bila mereka disentuh dan apabila rasa susah..tunggu dan lihatlah apa akan jadi pada org cina pada masa tu.

Thursday, April 23, 2009

Ini sahaja pencapaian PAS Kedah?


Ini sahaja kah pencapaian kerajaan PAS di Kedah?? Tiada nombor untuk disokong fakta dan data. Tiada pelaburan asing,tiada kilang multi nasional masuk ke Kedah, kebajikan rakyat yang dijanji tidak tertunai, ramai yang diberhenti kerja, kerajaan negeri asyik berpolitik, PBT yang tidak efisien..pastinya PR13 PAS akan tersungkur di bumi Kedah.

Wednesday, April 22, 2009

Cakap tak serupa bikin: Salahguna harta kerajaan






Dulu bukan main Pakatan Pembangkang cakap BN selalu salahguna harta kerajaan yang mana menjadi harta rakyat.

Sekarang terkena kepada batang hidung sendiri. Apa mau cakap?

Salahguna:
1. Kongress Nasional PKR di Stadium Melawati
2. Muktamar PAS 2008 di Dewan Indra Mulia, Ipoh
3. Ceramah Mat Sabu di Stadium Sultan Abdul Halim
4. Ceramah politik di surau-surau
5. Perhimpunan PROTES harga minyak di Stadium Kelana Jaya

Tuesday, April 21, 2009

16 Sept : Anwar 'jual' nama Yang di-Pertuan Agong dan Sultan


Menjelang 16 September tahun lalu sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim bikin gimik nak tawan Putrajaya menerusi pintu belakang berbagai desas desus timbul mengenai nama-nama sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan telah ditemui secara sulit oleh Ketua Pembangkang itu.


Namun belum ada seorang pun dikalangan mereka yang tampil untuk membuat pendedahan mengenai modus operandi Anwar dalam usaha memujuk mereka menyertai apa yang dikenali sebagai ‘Pelan 16 September’ yang tak menjadi itu.


Petang Ahad 19 April, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat yang baru ini memenangi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO menceritakan bagaimana Anwar berusaha memujuknya termasuk mendakwa empat Sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong menyokongnya.


Dr Puad menceritakannya pada kira-kira 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan sekitar Hulu Kelang yang hadir dalam perjumpaan sembang petang di Kelab Darul Ehsan, dekat Kuala Lumpur. Katanya beliau mulanya dihubungi menerusi telefon oleh contactman Anwar yakni Dr Rahim Ghaus.


Dr Rahim diketahui adalah orang kanan Anwar yang kini menetap di Melbourne, Australia tapi sering berulang alik ke Malaysia. Bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini melarikan diri ke luar negara semasa kemuncak reformasi 1998 dan kini berkhidmat dengan sebuah cawangan bank Timur Tengah di bandaraya itu.


Menariknya Dr Puad cuba dipancing pada 20 September iaitu empat hari melepasi dateline 16 September. Ini jelas menunjukkan Anwar masih menaruh harapan dan terus cuba nasib sekalipun tarikh asal impiannya itu dah berlalu.


Pendedahan Dr Puad di majlis itu ditulis oleh Datuk Fuad Hassan,bekas ahli Dewan Undangan Negeri BN Hulu Kelang dalam laman blognya dialamat: http://www.dakwat-kertas.blogspot.com/


Berikut ialah tulisan penuh Datuk Fuad dibawah tajuk “Rahsia godaan Anwar”

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.


Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.


Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan telepon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.


Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.


Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menelepon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “ Pak Lah is no longer in command..”


Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.


“I need more Malay MPs like you ”, tambah Anwar lagi. “ And we already have enough numbers to form new government ,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.


Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong.


Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sedar menandatangani surat tersebut, jelasnya lagi.


Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.


Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah di Selangor.


Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.

“UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar di mahkamah sivil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.


Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.


Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima telepon lagi daripada Dr. Rahim Ghaus.


Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya sign surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”, kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.

“Kalau saya sign , saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO dinobatkan”, tegas beliau lagi.


“Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.

Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.


Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.


Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut.- fuhas

Bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil Penanti


LONTARAN cadangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perlu atau tidak parti itu meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti wajar dikaji secara serius oleh Majlis Tertinggi UMNO dan komponen BN.


Adalah wajib bagi BN menyertai Pilihan Raya Kecil DUN Penanti jika kekosongan kerusi berkenaan disebabkan keperluan Perlembagaan negara seperti mana di bawah Perkara 48 iaitu wakil rakyat kehilangan kerusi kerana status bankrap, dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan denda tidak kurang dari RM2,000 dengan tiada pengampunan, gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya sebelumnya serta sebab-sebab lain di bawah peruntukan berkenaan.


Dalam keadaan tersebut bukan sahaja BN perlu menyertai pilihan raya kecil malah ia mempunyai tuntutan moral sebagai parti politik yang bertanggungjawab serta memberi alternatif kepada pengundi.


Namun jika pilihan raya kecil akibat kegagalan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memilih calon yang berwibawa seperti mana yang berlaku di DUN Penanti dan DUN Bukit Selambau maka kita perlu menyoal apa perlunya BN membabitkan diri.


Ini kerana sama ada PKR atau BN yang akan memenangi kerusi DUN Penanti, ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap imbangan kuasa dalam DUN Pulau Pinang. Pakatan pembangkang tetap akan menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Sebab itu, langkah BN jika tidak menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti kali ini tidak harus dilihat sebagai langkah mengelak perbelanjaan besar menguruskan Pilihan Raya Kecil tetapi kerana soal prinsip.


Belanja besar sama ada untuk menguruskan pilihan raya umum atau kecil tidak harus dijadikan alasan kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana suara rakyat wajib dijunjung kerana ia suara penentu.


Tindakan BN jika tidak bertanding adalah tindakan politik budiman yang akan memberikan ruang kepada Kerajaan Persekutuan BN serta Kerajaan Negeri pakatan pembangkang untuk menumpukan masa, fokus serta tenaga dalam menangani kemelut ekonomi.


Ekonomi Pulau Pinang yang amat bergantung kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan memerlukan tumpuan yang serius bagi mengelakkan masalah pengangguran.


Kegagalan kepemimpinan PKR untuk mencalonkan salah seorang ADUN daripada parti itu untuk menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 tidak boleh dijadikan alasan bagi menyalahgunakan proses demokrasi dengan mengadakan pilihan raya kecil secara berwewenang.


Kenapa Mohammad Fairus tidak boleh kekal sebagai ADUN Penanti sehingga proses perundangan (jika ada) yang kononnya menyelubungi beliau itu diselesaikan. Jika alasannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah kenapa bertanding dalam pilihan raya umum ke-12?


Kalau tidak sanggup menjadi wakil rakyat kenapa bersetuju menjadi calon pilihan raya? Menjadi wakil rakyat adalah perkara serius bukan untuk dicuba-cuba atau dijadikan mainan.


Jika pucuk kepemimpinan PKR gagal menunjukkan keberanian politik untuk mencadangkan calon TKM 1 daripada kalangan ADUN PKR maka eloklah mereka membenarkan TKM 1 dilantik daripada salah seorang ADUN Pas di Pulau Pinang. Ini memandangkan ADUN Pas setakat ini terbukti tidak mempunyai masalah kewibawaan.


Selaku pemimpin defacto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus mengambil tanggungjawab di atas kekalutan wibawa yang berlaku di dalam PKR.


Apa yang berlaku dalam PKR boleh diistilahkan sebagai kecelaruan akibat 'rakyat dibelakangkan' dan 'kepentingan diri diutamakan.'

Belum terlewat untuk perbetulkan keadaan

SUASANA politik negara pada dasarnya masih sama seperti selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Tidak cukup isu dalam Perlembagaan cuba dipersoalkan, imej institusi Raja-raja Melayu pula turut mahu dicemarkan.Sudah ada yang berani pertikaikan keputusan Sultan. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh institusi Raja-raja Melayu.

Jika kita mengangkat institusi Raja-raja Melayu lebih tinggi daripada politik, maka adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menghormatinya.Jangan institusi itu dihina dan dikritik semata-mata mereka tidak boleh berdebat secara terbuka bagi memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Kelmarin untuk sekian kalinya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah meluahkan titah untuk menggambarkan kebimbangan baginda berdua. Jelas, selama ini institusi Raja-Raja Melayu sebenarnya tidak duduk diam. Baginda berdua dan raja-raja Melayu lain sedang memerhati dan menganalisis gelagat ahli-ahli politik tertentu dalam konteks senario politik negara.

Dalam konteks politik di Perak, tindak-tanduk ahli politik tertentu hingga ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja sudah dapat dikesan pihak Istana Iskandariah.

Jadi memang wajar Sultan Azlan Shah membidas perbuatan mereka yang diibaratkan 'menyalakan api dalam sekam' kerana tindakan itu amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Sesungguhnya rakyat jelata di seluruh negara ini pun sedar tentang tindak-tanduk 'matlamat menghalalkan cara' pertubuhan politik tertentu.

Rakyat sudah tentu tidak menerima sikap ahli-ahli politik yang baru dipilih menjadi wakil rakyat merasakan diri mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan.

Begitu juga dengan keangkuhan beberapa individu politik yang merasakan diri mereka memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa. Sebelum ini, budaya politik seumpama ini tidak pernah berlaku.

Sebagaimana dibimbangi oleh Istana Iskandariah, begitu juga orang awam jika perbuatan hasutan individu tertentu menyebabkan runtuhnya sistem Kerajaan Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Jangan anggapan bahawa Raja Berperlembagaan sekadar lambang tanpa sebarang kuasa. Jika runtuhnya institusi ini, belum ada jaminan bahawa kedudukan kita akan lebih baik. Apa yang mungkin terjadi ialah ia akan mencetuskan keadaan lebih tidak seimbang dan menimbulkan huru-hara.

Lihat apa yang berlaku di Thailand sekarang. Dahulu ia sebuah negara yang aman dan rajanya dihormati. Tetapi kini sudah berubah. Apa yang berlaku di sana sudah mula berputik di negara kita. Demokrasi sedang disalahgunakan oleh orang politik yang tidak ada integriti.

Masih belum terlewat untuk kita perbetulkan keadaan. Negara sedang menghadapi kemelut ekonomi, jadi kurangkanlah aktiviti-aktiviti politik yang keterlaluan.

Mari kita pulihkan ekonomi bersama-sama.

Thursday, April 16, 2009

Pilihanraya Kecil Lagi: N12 Penanti

Dari Malaysiakini:
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR, tetapi tiada pengesahan dari Fairus sendiri kerana beliau tidak dapat dihubungi.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.
Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Fairus itu.
Dalam satu sidang akhbar yang dilihat secara tergesa-gesa di pejabatnya hari ini, Abdul Halim berkata, beliau menerima surat tersebut awal hari ini.Katanya, persiapan sedang dibuat untuk menghadapi pilihanraya kecil Penanti.

Tuesday, April 14, 2009

SMS Politik

  1. NGA Kor Ming bertindak membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya adalah gimik politik, saya berharap Nik Aziz dan orang-orang Pas tak baca kitab agama lain semasa ceramah di depan orang Cina dan India.
  2. HARAKAH tulis Kabinet ikan busuk. Busuk lagi hati penulis berkenaan. Baru saja dibenar edar. Terima kasih pun tidak!
  3. DIHARAP kerajaan dapat menggalakkan orang Melayu supaya mempunyai bilangan anak yang ramai. Itulah satu-satunya cara untuk memastikan orang Melayu terus mendominasi politik. Ia perlu dimulakan sekarang.
  4. DENGAN secara sistematik populasi masyarakat Melayu Singapura berkurangan dengan polisi dua anak bagi setiap pasangan. Kini bilangan orang Melayu terus pupus dan terus dipencilkan.
  5. PEMIMPIN Melayu sepatutnya mengambil iktibar sejarah Singapura yang dahulunya adalah sebahagian dari alam Melayu Nusantara. Ia pernah dijajah oleh Majapahit, Belanda, Inggeris dan Jepun.
  6. BN tak perlu tagih simpati lagi pada pengundi yang tidak mengundinya di Bukit Gantang, beri sumbangan kepada pengundi Melayu yang semakin meningkat.
  7. TAN Sri Annuar Musa harus akur dengan apa yang terjadi. Janganlah menuding jari kepada pihak lain. Peminat KAFA bersikap begitu kerana telah terbiasa dengan budaya samseng parti Pas.
  8. ORANG Melayu mudah percaya dan terpengaruh dengan cakap dan perlakuan orang seperti MB Kelantan dan Anwar Ibrahim; yang diagungkan walaupun palsu.
  9. TUAH berkata ‘takkan Melayu hilang di dunia’, tapi renunglah sejenak, siapa yang cuba melemaskannya?
  10. KALAU nak tahu apa maksud bendera parti PKR tuan/puan boleh buka laman web ‘The Illuminati’. Tuan/Puan akan sedar siapa mereka bersekongkol.

Pembangkang terus berkhayal


PERKATAAN asal bagi 'bayangan' ialah bayang-bayang. Kalau 'bayang-bayang' ia dikaitkan dengan tubuh manusia atau satu objek akibat tindak balas cahaya namun ia tidak boleh disentuh tetapi boleh dilihat. Kalau kita menggunakan istilah 'membayangkan' pula ia berkaitan dengan fikiran.


Justeru tidak kisahlah sama ada ia bayangan, bayang-bayang atau membayangkan, ketiga-tiga perkataan ini berkait rapat dengan perkara yang bukan nyata, tidak pasti dan lebih tepat lagi hanyalah khayalan.


Dalam sebuah lagi yang didendangkan oleh Ibnor Riza terdapat lirik berbunyi, ''Kau bayang-bayang masa nan silam ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah."


Mungkin inilah sindrom yang dihadapi oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Terbaru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyatakan bahawa mereka akan mewujudkan Kabinet bayangan, kononnya sebagai saingan kepada Kabinet Rakyat yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional (BN).


Bagi Anwar, beliau mahu rakyat membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang yang akan disenaraikan dalam Kabinet bayangan berkenaan adalah Perdana Menteri (yang sudah tentu beliau sendiri), Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.


Oleh itu, kalau rakyat berjumpa dengan mereka, rakyat mesti membayangkan bahawa Anwar dikelilingi oleh pengawal peribadi dan dilayan seperti Perdana Menteri. Begitu juga terhadap pemimpin-pemimpin yang disenaraikan.


Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Anwar yang terlepas jawatan Perdana Menteri apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 mahu menyeret rakyat ke alam khayalannya.


Tahun lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Anwar telah menubuhkan Kabinet bayangan pembangkang dengan matlamat untuk membolehkan rakyat membayangkan itulah bakal pemimpin mereka jika mimpi 16 September menjadi kenyataan.


Anwar sudah berkhayal bagaimana dirinya akan dilayan sebagai Perdana Menteri dan hadir mesyuarat Kabinet dengan dihimpit oleh dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri.


Tidak perlulah kita menyebut siapa mereka kerana kita tidak mahu terlibat dalam dunia khayalan yang dicetuskan oleh Anwar.


Sebenarnya, pembangkang bukannya tidak mengetahui bahawa bayangan, bayang-bayang atau membayangkan adalah sesuatu yang bukan realiti, sesiapa juga boleh mencipta apa juga khayalan malah penulis pun boleh membayangkan (berkhayal) untuk menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Menteri atau Menteri, tetapi persoalannya wajarkah atau lebih tepat lagi waraskah untuk kita berbuat demikian?


Orang yang suka berkhayal atau sering membayangkan sesuatu perkara yang tidak pasti sebenarnya mempunyai krisis identiti, mereka tidak akan memikirkan apa lagi asalkan hati berasa seronok kerana membayangkan sesuatu yang mengasyikkan.


Sebelum ini pun pembangkang sudah masuk dalam dunia khayalan (bayangan) apabila membentangkan bajet tandingan selepas kerajaan membentangkan realiti Bajet 2009.


Mereka menyebut soal peruntukan berbilion-bilion ringgit tetapi hakikatnya 'habuk pun tarak', ini sama seperti seseorang membayangkan apa yang akan dia lakukan jika mempunyai RM1 juta. Dia hanya boleh membayangkan tetapi realitinya tiada.
Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak berasa gundah gulana dengan khayalan terbaru Anwar berhubung Kabinet bayangan berkenaan.


Ini selari dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan pembangkang masuh belum berputus asas cuba memberi gambara kepada rakyat bahawa mereka sedia mengambil alih kerajaan.


''Apa yang nyatakan Kabinet BN yang dibentuk menerusi saf baru bukan merupakan barisan bayangan tetapi yang sah dan mempunyai mandat serta tanggungjawab besar terhadap rakyat," kata Muhyiddin.


Sebenarnya, Anwar dan pembangkang ingin terus berpolitik, mereka sebenarnya bimbang dengan kedudukan kerajaan sekarang yang dilihat berusaha keras untuk memperkukuhkan kembali sokongan rakyat.


Gandingan mantap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin serta pelaksanaan gagasan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan meresahkan pembangkang terutamanya Anwar.


Justeru mereka berusaha mencipta khayalan supaya rakyat akan terseret sama untuk bermimpi bersama-sama mereka.


Oleh itu apa sahaja yang akan dilakukan kerajaan akan cuba dijejaskan dengan 'bayang-bayang' tindakan mereka.


Walaupun mereka tahu ia tidak akan menjadi kenyataan tetapi demi keseronokan untuk terus berpolitik maka ia dilakukan.


Namun begitu, rakyat sudah pasti bijak untuk menilai antara realiti dan mimpi, antara kenyataan dan khayalan.


Anwar boleh membariskan berapa banyak pun bentuk anggota kabinetnya, tetapi hakikatnya yang memerintah negara sekarang ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Putrajaya pusat pentadbiran negara diisi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dari parti itu.


Berdasarkan kepada fakta ini, tidak perlulah kita melayan sangat mimpi-mimpi Anwar itu, biarlah beliau seorang sahaja dengan dibantu oleh beberapa pemimpin pembangkang terus berkhayal dengan pembentukan Kabinet mereka.


Selama ini pun mereka sudah banyak berkhayal dan ia tidak pun menjadi kenyataan, sama seperti impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Apa yang penting Kabinet BN mempunyai tanggungjawab berat untuk membuktikan kemampuan mereka kepada rakyat.


Sememangnya jika BN terus berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi segala impian (bukan khayalan) dan kehendak rakyat, maka sudah pastilah apa yang dibayangkan oleh pembangkang tidak akan menjadi kenyataan.


Mengenai telatah pembangkang pula, biarlah rakyat sahaja menilai sikap mereka itu terutamanya gelagat Anwar kerana suatu hari nanti apabila segala yang dikhayalkan oleh beliau tidak menjadi kenyataan.


Mungkin penyokong pembangkang sendiri akan 'mendendangkan' lirik lagu Ibnor Riza yang berbunyi: ''Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan impian tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan, bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang."


Jika itu terjadi, maka ketika itulah barulah pembangkang memahami maksud sebenar bayangan!

Monday, April 13, 2009

Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah

Pembangkang mengatakan konsep Satu Malaysia ia sama seperti konsep Malaysian Malaysia, apa pandangan Tan Sri?
MUHYIDDIN: Ia jauh berbeza, Malaysian Malaysia lain, konsep Satu Malaysia akan diberikan kupasan oleh kerajaan. Tetapi bagi saya penekanan terhadap konsep Satu Malaysia ia menunjukkan kita harus berperasaan Malaysia dan ada rasa tanggungjawab yang sama memajukan negara dan mempunyai cita-cita, wawasan dan visi yang sama untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang maju tetapi yang penting ialah soal semangat kerjasama dan perpaduan.

Ia kerana akhir-akhir ini kita lihat ada juga sedikit bunga-bunga berputik perasaan polarisasi, perkauman dan ia dieksploitasikan oleh pembangkang. Mereka membangkitkan perasaan tidak berpuas hati termasuk isu-isu yang sudah disepakati bersama.
Isu-isu ini memerlukan kita melihat semula semua tindakan bagi mencari pendekatan untuk menyatu padukan rakyat, keduanya ialah dari segi melihat peluang pengagihan, nikmat pembangunan bukan dikatakan sama rata tetapi mesti buat secara kesaksamaan bukan kesamarataan, yang mana perlu dibantu, harus dibantu supaya semua orang boleh menikmati kemajuan dalam konteks yang saksama dan paling adil.

Tetapi Pas melalui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap melalui konsep Satu Malaysia itu, UMNO mula meminggirkan perjuangan terhadap orang Melayu?
MUHYIDDIN: Itu tidak betul kita tidak pernah lari daripada perjuangan asal kita, kita tahu di mana kedudukan kita. Kalau Nik Abdul Aziz berkata begitu, maknanya beliau sudah menerima gagasan UMNO walaupun kononnya Pas tidak menyebut soal Melayu hanya Islam sahaja, tetapi kita sejak dulu lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan itu masih termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan UMNO tidak pernah lari daripada asas perjuangan kita. Namun dalam konteks yang sama dan terkandung dalam Perlembagaan UMNO ialah kita juga perlu membantu bangsa-bangsa lain dalam negara kita yang ada hak dan kedudukan.
UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawab itu tetapi UMNO juga memahami senario dan landskap politik yang berubah pada hari ini, kalau kita mengambil pendekatan yang agak sempit dan tidak mengambil kira tentang senario politik yang sudah berubah orang akan kata UMNO sudah tidak relevan maknanya kita tidak lagi dilihat sebagai mampu membela nasib bangsa kita.

Ini pembaharuan pendekatan yang digunakan oleh Presiden parti dan menunjukkan bahawa kita berlapang dada dan bersikap terbuka tetapi tidaklah kita mengorbankan kepentingan asas kita, kalau kita hanya melihat dari sudut itu tanpa melihat kepada yang lain masalah kita akan lebih besar lagi.

Kalau melihat kepada keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini terutamanya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia seolah-olah menampakkan laluan BN masih sukar untuk mendapat sokongan rakyat, apa pandangan Tan Sri?
MUHYIDDIN: Saya fikir paling jelas terbukti masyarakat Cina dan India belum bersedia menerima apa-apa bentuk pimpinan kerajaan yang seperti ada sekarang ini, lebih lagi agak terlalu menonjol ialah terhadap apa yang berlaku di Perak itu sendiri. Sesetengah masyarakat di sana, melihat ia dari sudut yang rasis, kerajaan orang Cina ditumbangkan oleh kerajaan orang Melayu walaupun tanggapan itu tidak betul.

Mungkin mereka tidak berapa jelas cara dari sudut Perlembagaan dan peraturan, maka mereka melihat apa yang berlaku sebagai satu bentuk menolak hak majoriti rakyat, mereka mahu kerajaan dipilih seperti pilihan raya lepas.

Komplikasi ini menyebabkan rasa marah di kalangan orang Cina dan juga masyarakat India, jadi bagi saya itu agak menjadi faktor utama di Bukit Gantang dan kesannya sampai ke Bukit Selambau. Ini jelas apabila ada masyarakat Cina di Bukit Selambau ramai yang tidak keluar mengundi, kita tidak pasti sama ada mereka memboikot atau tidak mahu menyatakan pendirian.

Bagaimanapun petanda lain, kita melihat sokongan orang Melayu meningkat, jadi dari satu sudut ada faktor yang positif kerana masyarakat Melayu mungkin lebih yakin apabila melihat angin perubahan dalam kepimpinan negara, kepulangan Tun Dr.Mahathir Mohamad ke dalam UMNO dan lain-lain usaha yang kita buat untuk menjelaskan isu yang berlaku di Perak sebab itu mereka membantu kita.

Saya fikir ada juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan seperti pembangunan, faktor tidak ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang menyenangkan rakyat, isu tanah dibangkitkan dan mungkin dari segi bantuan sekolah-sekolah bukan kebangsaan, jadi sama ada faktor ini menggambarkan senario nasional atau pun lokal, kita akan ketahui selepas kita membuat satu kajian oleh badan bebas nanti.
Di Bukit Selambau pun tidak banyak bezanya, mungkin 'angin' yang sama 'bertiup' ke sana dan kesannya hampir serupa, faktor sokongan Melayu hampir positif, kaum India sedikit ada penambah baikan tetapi tidak banyak berubah, jadi ini satu perkara yang perlu kita kaji dan teliti. Tetapi macam di Sarawak, di Batang Air, mungkin disebabkan ia jauh di pedalaman mereka melihat soal pembangunan, jadi mereka melihat kerajaan sebagai satu tempat yang mereka harapkan sangat.
Di Semenanjung pembangunan tidak menjadi isu, mereka melihat kepada isu-isu yang lebih nasional apa lagi dibebankan dengan apa yang dibuat oleh parti pembangkang. Mungkin methodologi yang kita guna masih lama sedangkan mindset baru. Ini kita akan ambil iktibar daripada itu, bagaimana kita hendak mengubah methodologi kepada suatu yang lebih sesuai dengan keadaan dan masa.

Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?
MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.

Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan.

Oleh itu kita kena kaji psikologi apa yang menyebabkan masyarakat Cina tidak bersedia untuk berubah, pada zaman dahulu tidak begitu.

Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.
Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti.

Apakah situasi ini yang mendorong Tan Sri membuat seruan supaya semua orang Melayu bersatu kembali di bawah UMNO?
MUHYIDDIN: Saya membuat seruan itu kerana saya berpendapat dalam situasi sekarang ini, orang Melayu sudah banyak berpecah, faktor antara lain apakah kerana ia kelemahan UMNO yang tidak memahami cita rasa orang Melayu atau kerana ia perbuatan yang dilakukan oleh sesetengah kelompok contohnya Anwar Ibrahim yang memberikan kononnya satu gagasan baru atas dasar keadilan dan kesamarataan, ada sesetengah kelompok yang terpedaya, jadi dengan sebab itu selagi Melayu berpecah, saya bimbang kelompok majoriti akan menjadi minoriti.

Teras pembangunan negara kita adalah berasaskan kepada suatu jumlah masyarakat Melayu yang agak besar tetapi terpisah atau dipecahkan oleh perbezaan politik yang begitu ketara, dalam masa yang sama di pihak sana pula bukan Melayu menjadi penentu, inilah yang saya kata sudah berubah landskap politik negara kita, dan kalau hal sebegini berterusan apakah ia akan menguntungkan Melayu?

Bila saya berkata demikian bukanlah bermakna bukan Melayu akan rugi, orang bukan Melayu tidak akan rugi kerana mereka sudah maju, berjaya menguasai bidang ilmu dan ekonomi dan sebagainya. Bagaimana dengan masa depan orang Melayu?
Apakah orang Melayu akan terjamin dengan situasi sebegini? Saya sudah mendapat banyak maklum balas bahawa orang Melayu berasa bimbang, mereka memikirkan soal generasi Melayu akan datang, macam mana nasib anak cucu kita. Perasaan ini wujud kerana mereka merasakan kedudukan orang Melayu sudah mula tergugat, kuasa politik Melayu melalui UMNO sudah tergugat, sedangkan dahulu kita jadi teras kita adil, saksama dan kita bantu semua kaum.

Kita menolong orang Melayu lebih kerana orang Melayu miskin, orang Melayu belum ada banyak harta dan orang Melayu belum menguasai kekayaan ekonomi dan sebagainya, jadi kita bantu beri pendidikan, biasiswa dan bantuan macam-macam lagi. Sebenarnya agenda pembangunan umat Melayu belum beres, sekarang tercabar dengan sebab berbeza politik menyebabkan orang Melayu berpuak-puak.

Oleh itu saya fikir formula yang mudah bagaimana hendak mengembalikan orang Melayu dalam satu saf. Saya tahu ia bukan mudah untuk meletakkan mereka dalam satu saf dan wadah yang sama. Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.

Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap UMNO, tetapi UMNO yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, UMNO yang adil, UMNO yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah.

Sunday, April 12, 2009

Tali penyambung antara kerajaan dan rakyat


SELEPAS meyakinkan rakyat dengan gagasan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menterjemahkannya pula harapan perubahan itu dalam barisan Kabinet yang baru.


Senarai 28 orang Menteri dan 40 orang Timbalan Menteri seperti yang diumumkan semalam, melengkapkan agenda Najib untuk membawa negara ke arah transformasi yang lebih hebat.


Dengan enam muka baru yang dilantik serta barisan pemimpin yang kebanyakannya masih muda, Najib membawa elemen kepimpinan yang lebih segar dan fokus dalam pentadbiran negara. Ia juga selaras dengan perubahan untuk berdepan dengan cabaran yang lebih getir terutamanya dari sudut ekonomi, politik dan sosial.


Kesungguhan Najib untuk memastikan jentera kerajaan yang baru bergerak dengan sempurna dapat dilihat apabila beliau sendiri bertindak memantau secara terus prestasi setiap kementerian.


Peranan yang digalas oleh Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi itu antara lain akan menggunakan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai keberkesanan sesebuah kementerian.


Dengan semakan yang dibuat setiap enam bulan sekali, setiap kementerian bakal tampil dengan agenda pembangunan baru dan akan berfungsi sepanjang masa.


Indeks prestasi yang perlu disediakan oleh ahli Kabinet juga sekurang-kurangnya memperincikan dengan jelas bidang tugas masing-masing. Ia sekali gus mengelak daripada adanya jawatan dalam Kabinet yang tidak berfungsi atau sekadar 'kayu mati' semata-mata.


Pembentukan portfolio baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air juga merupakan langkah bersungguh-sungguh Najib membawa pembangunan negara seiring dengan kelestarian alam sekitar.


Adalah diharapkan kementerian baru ini dapat merangka dasar-dasar yang lebih terancang dalam mengurus pembangunan dan penggunaan sumber serta biodiversiti negara.


Meskipun susunan Kabinet kali ini menyaksikan rombakan pemimpin yang agak drastik, namun kuota menteri yang diperuntukkan kepada parti komponen BN tetap dipenuhi.


Atas rasa permuafakatan yang tinggi, MCA, MIC, Parti Progresif Rakyat (PPP) dan Gerakan mendapat tempat dalam barisan Kabinet seperti yang dipersetujui sebelum ini.


Kehadiran empat wakil MCA, tiga wakil MIC dan seorang daripada PPP adalah penting dalam menterjemahkan keseimbangan komposisi kaum.


MCA barangkali berasa sedikit kecewa apabila pertambahan wakil mereka dalam Kabinet seperti yang diminta sebelum ini tidak menjadi kenyataan. Namun MCA perlu lebih realistik dan bersifat terbuka dalam perkara ini.


Memang ada kewajarannya pertambahan wakil itu memberi lebih kekuatan untuk MCA menumpukan kepada usaha menjaga kebajikan kaum Cina.


Namun perlu diketahui rakyat hari ini tidak lagi menilai pemimpin berdasarkan kaum, sebaliknya menilai kesungguhan dan kemampuan mereka menjaga kebajikan rakyat.


Begitu juga dengan pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi.


Pelantikan Tsu Koon memberi signifikan yang besar kepada Parti Gerakan bahawa komponen itu masih lagi dihargai dan menjadi tulang belakang kepada BN.


Apatah lagi selepas ditolak oleh majoriti pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, komponen parti BN ini menggalas tanggungjawab yang besar untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat.


Pertambahan Menteri dari Sabah kepada empat orang juga melambangkan semangat perkongsian kuasa yang tinggi dalam BN.


Ia juga sebagai tanda penghargaan di atas sokongan dan kepercayaan penuh rakyat Negeri di Bawah Bayu itu terhadap kepimpinan BN.


Bagaimanapun tidak dinafikan, barisan Kabinet baru Najib juga penuh dengan unsur kejutan sekali gus tidak dapat mengelak daripada spekulasi.


Perkara ini turut disorot oleh oleh pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad.


Menurut beliau, antara yang menjadi tanda tanya ialah sejauh mana soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti benar-benar menjadi keutamaan kerajaan.


''Begitu juga dengan persoalan adakah barisan Kabinet baru ini mencerminkan kesungguhan kerajaan mendengar suara rakyat," katanya.


Perkara ini ditimbulkan apabila terdapat ruang yang memperlihatkan Kabinet baru ini masih lagi gagal dibentuk berorientasikan rakyat. Pelantikan beberapa pemimpin yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu seperti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Awang Adek Husin dan Tsu Koon dilihat tidak selari dengan kehendak rakyat.


Tidak dinafikan ketiga-tiga pemimpin ini merupakan tokoh penting serta berkaliber dalam parti. Namun kedudukan dalam parti jauh berbeza dengan kedudukan di dalam Kabinet. Menerajui sebuah kementerian bermakna mereka mewakili rakyat kebanyakan yang melangkaui ideologi parti.


Justeru sewajarnya pemimpin yang dipilih perlu di kalangan mereka yang diterima oleh rakyat kebanyakan.


Ini kerana akan timbul persoalan mengapa Khairy Jamaludin tidak diberikan ruang yang serupa sedangkan beliau juga merupakan pemimpin sayap kanan parti.


Lebih mengejutkan Datuk Mukhriz Mahathir dan Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim pula mendapat tempat dalam barisan Kabinet baru. Meskipun kedudukan Khairy sudah dapat diduga, namun di kalangan ahli UMNO terutamanya Pemuda, nasib Khairy boleh dinilai dalam interpretasi yang pelbagai dan berbeza.


Bagaimanapun, Najib pastinya mempunyai perancangan yang lebih jelas dan kukuh dalam menentukan siapakah yang difikirkan layak menggalas agenda bersama-sama beliau.


Seperti yang ditegaskan Najib, pemilihan barisan Kabinet baru ini adalah manifestasi daripada kehendak rakyat yang jelas mahukan pembaharuan serta perubahan.


Ia juga merupakan transformasi yang dimahukan oleh Najib untuk rakyat menilai kepimpinan baru beliau.


Justeru, saf baru Kabinet yang lebih dinamik dan padu ini diharapkan dapat bekerja dengan agresif dan menjadi tali penyambung yang lebih kukuh di antara kerajaan dan rakyat.

Saturday, April 11, 2009

Terjemahan 2 pilihan raya kecil


Semenjak pengumuman bahawa tarikh Perhimpunan Agung UMNO jatuh pada 24 Mac dan berakhir pada 28 Mac 2009 lalu, parti-parti politik termasuk komponen Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat amnya telah membayangkan bahawa sebuah kerajaan baru bakal dibentuk di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru.


Peralihan kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang kini di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak memberi nafas baru kepada corak pemerintahan negara.


Bagaimanapun semangat konsep "Satu Malaysia" yang diperkenal oleh Najib seakanakan menjadi saingan kepada konsep yang juga cuba diperkukuhkan oleh parti komponen dalam pakatan pembangkang seperti DAP dan PKR.


Trend pengundi zaman sekarang bukan lagi berdasarkan kepada banyak mana pembangunan yang mampu diberikan oleh BN walaupun ia amat penting bagi negara.


Politik pembangunan kini sudah menjadi faktor sampingan yang boleh diketepikan oleh pengundi bila-bila masa sahaja dan diterjemahkan oleh mereka pada pilihan raya.


Trend ini sebenarnya dapat dilihat melalui cita rasa pengundi bukan Melayu dan juga kecenderungan parti bukan Melayu dalam BN yang inginkan perubahan daripada segi agihan kuasa melalui komposisi pemerintahan negara.


Jika dilihat di Sabah dan Sarawak, kaum bukan Bumiputera seperti Cina dan India masih kurang. Tambahan pula pendedahan politik kebangsaan seperti yang berlaku di Semenanjung tidak terlalu dirasai.


Kebanyakan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak juga adalah terdiri daripada masyarakat pribumi yang masih bergantung kepada peruntukan Perlembagaan dalam menjaga hak-hak mereka sebagai Bumiputera selain politik pembangunan yang masih diharapkan untuk mengubah taraf hidup masyarakat luar bandar.


Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kecenderungan mereka kepada parti pemerintah (BN) masih kukuh disebabkan jaminan tersebut. Justeru, kemenangan BN di Sarawak adalah atas faktor tradisi ini.


Tetapi kekalahan BN di dua kawasan pilihan raya kecil iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau menampakkan bahawa kaum bukan Bumiputera sebenarnya sudah tidak mengharapkan kepada politik pembangunan semata-mata.


Penulis berpendapat seakan-akan berlaku satu lonjakan tahap di mana sudah sampai ketikanya kaum bukan Bumiputera kini menginginkan agihan kuasa tertinggi dalam pemerintahan Malaysia bagi mewakili kaum mereka.


Ini penting kerana ia akan menjadi satu simbol pengiktirafan kepimpinan politik kaum bukan Bumiputera. Oleh demikian, kewujudan parti-parti liberal seperti PKR dan DAP merupakan pentas untuk melonjakkan keinginan agihan kuasa tertinggi dalam pemerintahan politik negara.


DAP sebelum ini telah mempelopori 'Malaysian Malaysia' yang mana menuntut supaya kuasa politik Malaysia bukan hanya dipegang oleh orang Melayu tetapi perlu juga mengambil kira semua kaum.


Namun di awal perjuangan DAP, sokongan daripada rakyat adalah kurang dan DAP tidak mempunyai teman parti politik khususnya daripada komposisi Melayu yang menyokong konsep liberalisme ekstrem mereka.


Sokongan PKR yang membuka keahlian pelbagai kaum selain keterbukaan Pas dalam melonggarkan konsep politik agamanya memberi kekuatan serta harapan bahawa suatu masa nanti kaum bukan Bumiputera boleh menjadi pemimpin tertinggi dalam negara.


Saat ini akan sentiasa menjadi impian dan idaman kepada kaum bukan Bumiputera yang kini sudah mempunyai parti alternatif untuk mengiktiraf kuasa politik mereka ke tahap yang lebih tinggi.


Perlu diingat bahawa komposisi kaum di Malaysia bukan lagi secara majoritinya daripada kaum Melayu.


Orang Melayu hanya sah dalam Perlembagaan negara tetapi daripada segi peratus sokongan pengundian, kuasa kaum Melayu sudah boleh dinafikan.


Seandainya, orang Melayu cuma ada lebih kurang 30 atau 40 peratus daripada penduduk Malaysia (di Semenanjung), kuasa politik Melayu hanya akan ditentukan sejauh mana Perlembagaan Malaysia masih wujud dan bertahan.


Maka, mungkin terbayang di fikiran kita, kalau pakatan pembangkang memerintah, adakah Perlembagaan masih wujud atau dibuat satu Perlembagaan alternatif mengikut cita rasa kerajaan yang memerintah.


Tidak hairanlah kalau calon Pas di Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin mampu mengekalkan penerimaan rakyat terhadapnya walaupun krisis politik di Perak dikatakan menampilkan sikapnya yang sebenar.


Krisis di Perak adalah satu pakej iaitu hala tuju kuasa politik kaum. Nizar dapat memerintah bukan kerana kuasa politik orang Melayu tetapi diangkat kerana sokongan alternatif daripada kaum bukan Bumiputera.


Dalam BN, kaum bukan Bumiputera juga telah lama menginginkan agihan kuasa yang saksama dalam pemerintahan tertinggi sama ada peringkat negeri atau negara.


Tetapi atas faktor sejarah dan tradisi serta budaya yang disemai sejak Parti Perikatan dulu, maka hasrat itu tidak pernah diluahkan oleh mereka.


Pengundi bukan Bumiputera sebenarnya tidak lagi mengharapkan parti-parti dalam BN untuk mengetengahkan cita-cita mereka sehinggalah mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada parti alternatif seperti DAP dan PKR. Bagi penulis, walaupun PKR kini dipimpin oleh orang Melayu, namun adakah kitaran kepimpinan parti tersebut mesti diberi kepada orang Melayu?


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan selama-lamanya memegang tampuk kepimpinan PKR. Sampai masanya, Anwar akan diketepikan.


Anwar sebenarnya hanya pengukuh kepada parti itu di persada politik negara. Setelah itu, parti tersebut akan digunakan sepenuhnya oleh kaum bukan Bumiputera untuk melonjakkan kuasa mereka setanding dengan kuasa politik orang Melayu.


Dalam menghubungkan faktor kekalahan BN dan cita-cita agihan kuasa bukan Bumiputera, penulis cuba mengaitkannya dengan beberapa saranan daripada parti komponen BN. Mereka juga inginkan pemerintahan tertinggi kerajaan diisi oleh orang bukan Melayu.


Cadangan tersebut sebenarnya sudah pun bergema selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan selepas Najib mengambil alih teraju kepimpinan baru-baru ini, timbul pula cadangan diwujudkan Timbalan Perdana Menteri Kedua untuk mewakili kaum bukan Bumiputera.


Mungkin inspirasi untuk mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dicedok daripada struktur kepimpinan di Pulau Pinang. Ada juga kemungkinan sistem penggiliran Ketua Menteri di Sabah pada masa lalu memberi asas kukuh agar perlunya mewujudkan jawatan tersebut kepada kaum bukan Melayu.


Bagaimana landskap politik Malaysia pada masa depan dengan perubahan besar yang dipamerkan oleh pengundi?


Bagaimana pula Najib akan mencorakkan politik negara dengan konsep Satu Malaysia yang pada pandangan penulis akan memperbanyakkan peluang dan tuntutan daripada kaum bukan Bumiputera serta seluruh rakyat.


Apa pun hakikat yang harus diterima semua ialah kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah manifestasi daripada impian kuasa politik yang dipendam sejak sekian lama oleh kaum bukan Bumiputera di negara ini.


Tidak dapat tidak, hakikat ini mesti diterima dalam politik Malaysia pada hari ini.
UMNO dan BN tidak mempunyai banyak masa bagi menstrukturkan semula politik negara kerana prasyarat kepada pembangunan, kesejahteraan dan ekonomi adalah kemampuan kerajaan mengurangkan konflik politik supaya usaha mengurus negara tidak akan sentiasa terganggu.