Showing posts with label Kerakusan DAP. Show all posts
Showing posts with label Kerakusan DAP. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

DAP biadab kerana sokongan Melayu pembangkang


KELANTANGAN DAP terhadap orang Melayu dan agama Islam yang semakin bersemarak sejak akhir-akhir ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu Islam sendiri.

Mereka mendapat sokongan daripada segelintir manusia yang mengaku Islam tetapi bersekongkol dengan parti yang terang-terangan anti-Islam.

Allahyarham Pak Sako pernah berkata, kadang-kadang kita kena jadi biadab dan kurang ajar agar kita tidak terus ditindas.

Keangkuhan segelintir masyarakat daripada kaum lain yang bukan beragama Islam telah merosakkan hubungan harmoni yang sekian lama terjalin antara pelbagai kaum di negara ini.

Kerakusan mereka juga membuatkan sesetengah akhbar berbahasa Mandarin begitu berani mengkritik dan mempersendakan akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia. Ia terbukti menerusi terjemahan akhbar Cina di akhbar ini, semalam.

Keberanian mereka ini mungkin kerana kerajaan kita bersikap terlalu berlembut. Yang membantah dan menentang hanyalah suara-suara Melayu dari UMNO. Yang membuat bising dan melaporkan kemarahan ini adalah akhbar Utusan Malaysia. Akhbar Melayu ini dituduh "hanya membawa agenda Melayu dan laporannya tidak boleh di percayai melainkan tarikh surat khabar sahaja yang betul" - China Press, 7 Ogos.

Kerana tiadanya bantahan dari kerabat mereka dari Pas dan PKR (yang mana arak juga dihalalkan kerana dibenarkan oleh orang Cina dalam DAP) maka kuasa bersuara UMNO telah pincang dan lemah.

Permohonan maaf bagi setiap kebiadaban tidak akan merubah apa-apa. Lihat sahaja kelantangan pemimpin Cina DAP ini dalam penghinaan mereka terhadap Islam. Setakat minta maaf tidak akan menjadi kudis kepada mereka. Itupun permohonan maaf kerana terpaksa. Lepas minta maaf, mereka akan ulangi lagi dan minta maaf lagi. Itu sahaja yang dipinta oleh orang Melayu dan kerajaan. Hanya kemaafan.

Bagi saya, sebilangan pemimpin dalam DAP ini sudah terlalu biadab sehinggakan tidak tahu lagi erti sopan dan berbudi. Mereka tidak boleh ditegur dan dikritik. Bangsa mereka tidak boleh disentuh. Haram bagi bangsa Melayu dari UMNO untuk menegur mereka. Jika ditegur dan dikritik, kita dilabelkan sebagai rasis. Lihat apa terjadi kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebilangan pemimpin DAP ini sebenarnya mendapat sokongan kuat dari bangsa Melayu sendiri. Mereka disokong oleh pemimpin Melayu pengkhianat bangsa dan negara. Melayu pengkhianat ini dan dibantu oleh konco-konco yang tamak kuasa yang kini berada di Selangor telah menyemarakkan lagi api keberanian pemimpin DAP ini. Inilah punca segala kebiadaban dan kurang ajar mereka terhadap agama Islam dan negara.

Saya tidak memperkatakan tentang mereka yang beragama Islam dalam Pas kerana pendokong parti Islam Pas ini boleh diibaratkan seperti "kucing jantan yang telah dikasi". Itulah Pas dalam pakatan pembangkang.

Kepada kaum bukan Melayu yang masih cintakan Malaysia, tuan-tuan usah risau kerana ini semua hanya ditujukan kepada mereka yang biadap sahaja. Kalau ada yang terasa pedih, perasaan orang Islam yang dihina tentunya lagi pedih berbanding ini.

Kepada pihak berkuasa, amaran mungkin sudah tidak berguna lagi kepada manusia spesies ini. Kenakan sahaja tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau tarik balik kerakyatan mereka. Itu sahaja hukuman yang selayaknya buat mereka. Jangan cuba menjadi Belanda mendapat tanah
.



Bookmark and Share



Tuesday, August 11, 2009

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah: Bahaya Matlamat Menghalalkan Cara



Dari: http://ridhuantee.blogspot.com/


Bahaya Matlamat Menghalalkan Cara (Mingguan Malaysia 09.08.09)Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang serius daripada akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Shin Chew, Nanyang Siang Pau dan beberapa laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa bahagian tertentu dengan ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di muka hadapan sebagai berita utama (Nanyang Siang Pau).


Beberapa isu dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima kasih saya ucapkan. Nasib baik saya tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan itu. Jika tidak, saya tidak tahu, apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan. Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu atau UMNO untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam artikel minggu lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam bahasa Melayu.


Tulisan dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin melihat umat Islam sedar, di manakah kedudukan kita sebenarnya.


Malangnya, hanya kerana artikel saya diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap sehingga emosi menguasai diri. Saya dituduh tali barut UMNO.








Inilah mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan kematangan dan hanya mempamirkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak bersyukur dan ultra kiasu yang masih tidak sedar diri. Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga mendiang, saya kata tidak perlu, sama sekali tidak.


Jika mereka faham betul-betul bahasa Melayu, saya tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada keluarga mendiang, kecuali niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web tersebut yang sengaja memutar-belitkan isu ini menjadi perkauman untuk mencari simpati dan publisiti murahan.
Siapakah yang sepatutnya meminta maaf, saya atau akhbar dan laman web rasis ini?Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Justeru, saya pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar.

Saya juga mahu tahu betapa pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji.

Saya baru sedar betapa hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi. Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah merdeka 52 tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh ketaksuban terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan Melayu.

Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka seberani ini. Keberanian mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama mereka.

Ini yang menjadikan mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik junjung.Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi bangunlah wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini. Lain di luar, lain di dalam.

Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak berani bercakap kerana takut kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri, tetapi saya tidak sanggup melihat Islam merempat di bumi sendiri.

Perjuangan kita tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya kerana artikel ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang benar, yang mana salah.



Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan Malaysia. Saya hanya mengatakan yang benar dan tidak ada niat langsung untuk melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis. Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak ansur dengan kita.

Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku. Adakah kita mahukan kes ini menjadi ‘precedent’, yang akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini?

Sedarkah kita berapa ramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini? Apakah ini bukan rule of law?

Saya dituduh kerana cuba memasukkan unsur-unsur agama dalam isu ini. Tidakkah unsur-unsur agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka mengatakan bahawa negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya, adakah undang-undang dan akta ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan Pendaftaran Negara jika hidup berkeluarga tidak perlu disahkan.

Sila rujuk undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara, bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan akta kelahiran dan kematian 1975.Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of law, sila rujuk http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html.

Bagi mendapatkan makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara, http://www.jpn.gov.my/BI/4_2_kelahiran.php.Lihat juga, http://www.thefreedictionary.com/illegitimate+child. Baca juga Non-Muslim Family Law dalam, http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%20Resource/Malaysia%20text.pdf. Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html. Adakah ini bukan rule of Law.




Saya hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of law, maka saya akan dituduh kolot dan ekstremis.



Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini, apabila mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri, dituduh oleh DAP sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM), sebuah pertubuhan moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP, Jeff Ooi sebagai ekstremis atau pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas arak yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Shah Alam, yakni kawasan majoriti umat Islam, di halang oleh Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.

Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya terhadap Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti bebas daripada arak dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan haram ini, mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah kelab malam sehingga tidak sedar diri kerana mungkin agama mereka membenarkan.

Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup hingga ke hari ini, rasa fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan dikutuk. Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan.

Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam.


Saya juga mahu melihat apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka hadapan dan mendesak DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti yang dilakukan terhadap artikel yang saya tulis?

Kalau artikel yang saya ditulis diapi-apikan setiap hari, perkara yang sama hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar kesucian dan kedaulatan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan DAP ini bukan sahaja tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan merendah-rendah martabat agama Islam.








Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP atau DAPSY akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka memaksa saya meminta maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis perkara menyebelahi Islam Melayu, saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa meminta maaf.


Adakah DAP begitu sensitif? Inilah yang saya katakan nasib Melayu di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbar-akhbar Cina mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan dianggap tidak penting.


Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti memaksa Jeff Ooi dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika matlamat hendak menghalalkan cara. ISA amat relevan untuk orang seperti ini.

DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang secara terangkan diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup mereka, sama seperti hubungan seks luar nikah.





Manakala PAS tetap dengan pendirian mengharamkan arak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.

PKR belum lagi membuat keputusan kerana cuba memenangi hati kedua belah pihak untuk mengekalkan kedudukan.


Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengIslamkan atau meMelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis malah Karpal pernah pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan Negara Islam. Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara.

Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak. Ingatlah, selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan Islam. Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih malang lagi, mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka.


Saya ingin bertanya sekali lagi kepada DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang menghalalkan arak? Apa yang saya belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai memeluk agama Islam, tidak ada satu agamapun yang mengatakan arak itu dibenarkan.


Bagaimana matlamat boleh menghalalkan. DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung.



Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka melalaklah mereka meminta kita umat Islam meminta maaf.



Begitu juga pendirian parti politik Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan.DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama. Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta bersedia untuk mati. Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah membuat segala persediaan secukup, termasuk terhadap mereka yang kita tinggalkan agar tidak menderita.


Justeru, kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang waktu dan ketika.Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu.


Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa?Sudah tentu wanita. Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa terbela.


Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur melakukan seks bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan terjadi dengan anak luar nikah yang dikandung?

Orang Melayu tak sedar 'diperkuda' Pakatan Rakyat



PKR, Pas hanya diperalat DAP untuk jayakan agenda menuntut hak kesamarataan bangsa

SEJAK seminggu lalu, banyak reaksi yang didengar mengenai perhimpunan haram bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan sekitar ibu kota, Sabtu lalu.

Malah, beberapa hari lalu, beberapa pihak mengemukakan tuntutan kepada penganjur perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kerana mendakwa mereka terjejas serta kerugian akibat demonstrasi jalanan berkenaan.

Jelas sekali perhimpunan haram yang dianjurkan atas nama membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu gagal mencapai maksud dihajatkan penganjur yang didalangi pembangkang itu.

Bagi penyandang Kursi Tun Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata perhimpunan berkenaan lebih kepada usaha mengalihkan pandangan umum mengenai pertikaian yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) dan isu lain yang sedang hangat diperkatakan

Bantahan kepada ISA hanya alasan memperlihatkan bahawa PR sepakat, walaupun hakikatnya tiga 'sahabat' dalam pakatan itu iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai ideologi yang berbeza dan tidak mungkin dapat mencari satu titik pertemuan bagi bekerjasama dan bersatu.

"Ada banyak jurang perbezaan pandangan dan perjuangan di kalangan parti dalam PR. Perbezaan berkenaan sekali sekala muncul, tetapi banyak disorokkan untuk melindungi dan memesongkan perhatian awam terhadap pertikaian dan perbezaan dalaman yang dihadapi mereka (PR)," katanya.

Pakatan berkenaan menurut Prof Zainal, sengaja mengadakan demonstrasi kerana mahu 'menukar tajuk' dengan menjadikan GMI sebagai 'kuda tunggangan' menganjurkan gerakan memperjuangkan isu yang tidak perlu seperti ISA.

PR juga sering memesongkan rakyat dengan membawa isu lain yang tidak berapa penting dan kritikal atas alasan keadilan bagi menutup perpecahan yang sering kali meledak di dalam pakatan itu seperti berlaku di Selangor.

Terbaru isu campur tangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, yang menghalang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam juga jelas menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam pakatan itu apabila wakil Pas tidak senang dengan perlakuan Exco daripada DAP, Ronnie Liu.

Lebih parah lagi kita lihat Menteri Besar Selangor daripada PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seakan-akan menyokong DAP yang membawa kemarahan kepada wakil Pas dan orang Islam di negeri berkenaan.

Prof Zainal berkata, banyak kepincangan dan perbalahan berlaku di negeri dikuasai PR seperti di Perak dan Pulau Pinang, tetapi ia disorokkan daripada umum, walaupun kini penyokong Pas mulai sedar dan mahukan perubahan seperti ditunjukkan pada pilihan raya kecil Manek Urai.

"DAP memang sejak dulu dari Singapura memperjuangkan dasar persamaan hak. Kini mereka sudah berjaya meyakinkan sesetengah orang Melayu bahawa Umno itu mengamalkan diskriminasi dan bersikap seperti aparteid. Lebih malang beberapa pemimpin Melayu di dalam parti itu mempercayai persamaan hak penting untuk semua.

"DAP dengan penuh strategi juga mengagungkan pemimpin dalam pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin penuh keadilan supaya orang Melayu 'terbuai' dengan pujian dan menjadi rakan sekutu mereka.

"Mereka ini apabila seronok dipuji akan terlupa bahawa DAP mempunyai agenda tersembunyi untuk merombak Perlembagaan negara bagi memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan sebagainya. Sebab itu, saya nampak ada pemimpin Pas dan PKR daripada kalangan orang Melayu yang terbabit dalam perhimpunan itu.

"Mereka ini nampaknya termakan puji dan sanggup jadi 'kuda tunggangan' kawan sendiri," katanya

Presiden Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar, berkata orang Melayu kini berpecah dan menyertai banyak kelompok menyebabkan mereka tidak sedar bahawa sudah dipergunakan sesetengah pihak untuk tujuan merealisasikan agenda pihak berkenaan.

"Saya melihat bantahan kepada ISA hanya alasan untuk pihak yang tidak bertanggungjawab ini menjalankan 'jarum' mereka menghakis hak yang ada pada orang Melayu dan orang Islam di negara ini. Kita bimbang dengan perkara ini dan kini berusaha menyatukan kelompok Melayu ini supaya bersatu," katanya.

Beliau yakin bahawa perhimpunan jalanan bukan sekadar memperjuangkan bantahan pelaksanaan ISA di negara ini, sebaliknya menjadi medan parti politik tertentu yang mempunyai matlamat tersendiri.

Seperti biasa dalam usaha mencapai matlamat tersendiri yang dalam kebanyakan kes berbeza-beza ini, masing-masing tidak akan teragak-agak menggunakan atau lebih tepat memperkudakan rakan sendiri.

"ISA itu sudah jelas dan ia selaras dengan Rukun Negara, iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Jadi tidak perlu bantahan dibuat secara berdemonstrasi kerana ia jelas melanggar Rukun Negara kelima, Kesopanan dan Kesusilaan.

"Orang Melayu patut sedar, bahawa inilah masa bersatu seperti dinyatakan Perdana Menteri, dalam konsep 1Malaysia. Menunjuk perasan atas isu ISA tidak dapat menyatukan, tetapi ia sekadar 'alat' mengalihkan pandangan kita terhadap isu perpaduan orang Melayu," katanya.

Beliau berpendapat perpaduan antara orang Melayu penting dan perkara itu sangat ditakuti parti politik tertentu kerana ia boleh menjejaskan usaha mereka memperjuangkan hak kesamarataan rakyat tanpa mengira bangsa.

Perkara itu diakui Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak yang melihat penganjur diperkudakan rakan sendiri dalam parti pembangkang yang sengaja mahu mewujudkan kekacauan di negara ini bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan serta menutup kelemahan kerjasama mereka dalam PR.

Jelas, katanya perhimpunan haram berkenaan bukannya mahu membantah ISA, tetapi lebih memperjuangkan ideologi dan perjuangan parti yang ada dalam PR.

Beliau menegaskan jika benar peserta perhimpunan itu diupah pihak tertentu untuk mengambil bahagian serta dipergunakan tanpa kerelaannya untuk menyertai demonstrasi berkenaan juga membuktikan tanggapan ramai bahawa ISA hanya digunakan sebagai alasan.

"Golongan yang dibayar untuk menyertai perhimpunan jalanan itu jelas membenarkan diri diperkudakan dengan menggadai maruah untuk sekadar mendapatkan duit semata-mata. Lebih malang lagi, yang diperkudakan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan dan digunakan rakan sendiri dalam pakatan untuk merealisasikan cita-cita masing-masing," katanya.

Prof Mohamed Mustafa turut mempersoalkan sejauh mana perhimpunan berkenaan benar memperjuangkan hak asasi manusia yang dikatakan terabai akibat pelaksanaan ISA.

"Adakah kita perlu menafikan hak asasi orang lain untuk bekerja, berniaga dan mencari rezeki atau kanak-kanak yang mahu bersekolah dan mendapatkan pendidikan hanya kerana kita mahu membela hak asasi kita? Adakah ia dinamakan adil kerana perhimpunan itu bukan hanya menyusahkan polis dan pihak keselamatan tetapi orang awam yang berada di kawasan demonstrasi jalanan itu berlangsung?

"Paling dikesali mereka yang tidak berdosa seperti orang awam dan kanak-kanak yang menjalankan kehidupan seperti biasa turut menerima kesan. Begitu juga peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman yang menjadi nadi utama perniagaan orang Melayu.

Lokasi perhimpunan itu juga adalah tempat orang Melayu membeli-belah, terutama persiapan menjelang Ramadan akhir bulan ini.

Berdasarkan tiga pandangan itu jelas bahawa mereka yang menyertai perhimpunan itu, terutama orang Melayu tidak sedar bahawa mereka diperkudakan kelompok lain yang jelas mempunyai cita-cita dan agenda lain yang jelas bukan atas nama membantah ISA.

ISA sengaja dijadikan alasan untuk mengajak orang berhimpun secara haram, sedangkan pada pihak kerajaan, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menyatakan kajian semula terhadap ISA itu adalah sebahagian daripada keutamaan dijanjikannya ketika mengambil alih jawatan April lalu.

Malah, Malaysia ada saluran untuk rakyat menyuarakan pandangan mereka, iaitu menerusi wakil di Dewan Rakyat dan Dewan Negara berhubung sebarang akta yang ingin dipinda atau dimansuhkan.

Namun, dalam isu ISA, akta peninggalan penjajah itu bukannya tidak berguna atau menindas orang awam, sebaliknya banyak memberi manfaat kepada rakyat dan negara dalam mengekang golongan pelampau, komunis kumpulan subversif demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Apa yang dipertikaikan sekarang ialah pelaksanaan akta berkenaan bukannya bantahan terhadap matlamat akta berkenaan digubal. Matlamat ISA digubal begitu jelas dan ia begitu baik serta relevan dari sejak digubal hingga sekarang.

Monday, August 10, 2009

Penghina Islam kian berani

SELEPAS Ronnie Liu menerima kemenangan isu arak di Selangor, Jeff Ooi hanya diminta memohon maaf kerana menyamakan individu yang bercita-cita melaksanakan undang-undang-undang syariah sebagai ekstremis, tampil pula Pemuda DAP mengeluarkan kata-kata nista menghina pendakwah Islam, umat Islam dan Islam.


Biar pun laman web yang mengandungi penghinaan melampau terhadap seorang mualaf Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, umat Islam dan agama Islam telah dipadam, namun paparan awal yang sempat dilayari sememangnya keterlaluan dan biadab.


Setiap patah perkataan dan ayat yang disusun oleh penulisnya secara nyata dan amat jelas mencemarkan kesucian Islam. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia dihina sehingga dua keturunan manakala Islam dipijak-pijak.


Jika Salman Rushdie dikutuk dunia Islam kerana Satanic Verses yang menghina Islam sedemikian rupa, apa pula kurangnya tohmahan terbaru yang dilemparkan oleh seorang rakyat Malaysia yang salah satu prinsip Rukun Negara adalah "Kepercayaan kepada Tuhan."


Rakyat Malaysia ini juga telah diikat oleh sumpah setia nenek moyangnya untuk saling menghormati sesama kaum di negara ini apatah lagi kepada bangsa yang menerima mereka umpama saudara untuk berkongsi rezeki di tanah air ini.


Mungkin tidak ramai berpeluang mengikuti 'siri ketiga' penghinaan terhadap Islam apabila penulisnya yang bacul dan penakut memadam laman web http://Sjsandteam.wordpress.com yang sarat dengan penghinaan terhadap Islam dan umatnya.

Tidak diketahui mengapa dia bertindak sedemikian - sama ada tersedar apa yang dibuatnya silap atau bacul untuk berhadapan dengan 'serangan' umat Islam sejagat lantaran paparan tulisannya amat jelas menghina Islam.


Saya pasti jika seluruh umat Islam di negara ini dan di dunia malah penganut-penganut agama lain yang diajar supaya menghormati agama lain berkesempatan membaca paparan tersebut, sudah tentu ramai yang membantah dan mendesak supaya si penulis dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.


Jika hanya kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), umat Islam berani mempertaruhkan diri, sudah tentu kecaman dan penghinaan terhadap Islam dan umatnya mengundang reaksi yang lebih keras sehingga pasti ada sanggup bermandikan darah.


Tidak mustahil juga akan berlaku penentangan besar-besaran sehingga boleh mencetuskan rusuhan agama lantaran tiada agama di dunia ini yang membenarkan, jauh sekali menggalakkan kecaman dan penghinaan ke atas agama lain.


Kesemuanya ini bukan membakar sentimen kemarahan atau menyalakan api kebencian umat Islam tetapi untuk menegaskan bahawa Islam dan umatnya menjalar di muka bumi ini bukan untuk dihina, dikecam jauh sekali menjadi ancaman kepada agama lain.


Bahasa kesat, carutan, tohmahan, penghinaan (namakan apa sahaja) yang terkandung di laman web itu amat keterlaluan dan sama sekali tidak boleh dimaafkan biar pun si penulisnya melutut memohon ampun.


Tidak terguris umat Islam jika agamanya dikatakan ..., tidak terhinakah umat Islam jika mualaf seperti Ridhuan Tee dikatakan bakal mewariskan anak luar nikah yang tidak akan mengetahui susur galur keluarganya kerana nama 'Abdullah' yang digunakannya selepas memeluk Islam.


Mengapa semua ini terjadi. Dalam keadaan semua orang tahu betapa gentingnya isu agama dan kaum di negara ini, makin ramai yang berani menyentuh sensitiviti umat Islam sehingga ke satu peringkat seolah-olah Islam itu merupakan ancaman kepada agama lain.


Adakah kesemuanya ini kerana bangsa-bangsa lain nampak dengan jelas bahawa umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini berada di kedudukan yang amat rapuh dan inilah peluang untuk mereka menunjukkan kuasa?


Atau kerana pemimpin-pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri maka ia dijadikan ruang serta peluang untuk penganut agama lain menampilkan kehebatan masing-masing.


Mungkin juga agenda melaga-lagakan pemimpin Islam telah hampir berjaya maka mereka berani bertindak sedemikian rupa. Tidak terfikirkah kita bahawa kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam umpama telur di hujung tanduk. Melayu dituduh ekstremis, Melayu dikatakan cauvinis , Melayu juga rasis.


Apa pula gelaran kepada bangsa-bangsa lain yang tidak henti-henti menyakiti Melayu dan paling menyedihkan menghina Islam - agama yang dipersetujui menjadi salah satu tunggak Perlembagaan. Tidakkah pihak berkuasa yang diterajui oleh orang Melayu dan Islam terkesan dengan semua ini.


Penghinaan ini mesti ditangani, pendirian kerajaan mengenainya mesti tegas.


Ulama-ulama tanpa mengira mewakili kerajaan atau pun Pas tidak boleh berdiam diri. Penghinaan ini bukan yang pertama, ia bukan juga yang terakhir.


Ridhuan Tee berkata kepada penulis: ''Saya dan seluruh keturunan saya dikecam Cina ultra. Paling sedih mereka turut kecam dan hina Islam."

Adakah kita sebagai umat Islam yang kini berpecah belah




Bookmark and Share

Monday, June 8, 2009

Bergaduh di P.Pinang, Ayuh! Teruskan lagi



Banyak blog yang telah membincangkan isu Lim Guan Eng yang mengenepikan rakan politik beliau di dalam pemilihan jawatankuasa MPSP dan isu di MPPP. Kita pun sudah tahu beberapa ahli majlis MPSP dari PKR telah memboikot majlis perlantikan Dipertua Majlis MPSP yang baru.
Mereka bertekak sesama sendiri sehinggakan ada yang mencabar agar pemimpin PKR meletakkan jawatan sebagai ahli majlis. Berat sebenarnya drama PKR-DAP kali ini!


Perkara ini merumuskan kepada satu jawapan mudah iaitu ikatan di dalam Pakatan Rakyat sebenarnya terlalu rapuh. Yang mengikatkan semua parti di dalam PK selama ini ialah perjuangan untuk mendapat kuasa dan pangkat, tidak lebih daripada itu.

Apabila parti tersebut berjaya mendapat kuasa, maka pertimbangan mereka menjadi kabur dan 'persaudaraan' di antara parti bukan lagi menjadi perkara asas yang perlu diusahakan. Mereka pun tahu bahawa PRU-13 masih lama lagi.

Jika mereka 'berperang' dan bertegang leher hari ini, parti-parti pembangkang akan kembali berlakon dan kononnya bersatu kembali untuk PRU-13. Bagi mereka, yang penting sekali ialah rakyat akan percaya bulat-bulat dengan lakonan mereka nanti. Mereka akan berpeluk 'rindu' dan bersalaman seolah-olah segala sengketa yang berlaku lenyap begitu sahaja.

PAS dan DAP pernah gagal di dalam pakatan mereka menjadi entiti gagasan politik. Tatkala itu, kaum bukan Melayu kecewa dengan tindakan DAP yang bersekongkol dengan parti PAS yang ketika itu dilihat 'ultra-Islam' dan memperjuangkan hukum hudud.
Akan tetapi, PAS telah menggadaikan konsep perjuangan parti mereka dan meliberalkan pendekatan mereka untuk menarik minat kaum bukan Islam.

Malah, jika kita lihat kepada logo-logo baru parti PAS, ianya lebih menonjolkan entiti 'kemalaysian' dibandingkan dengan Islam!
Sikap berpura-pura ini perlu difahami oleh rakyat dan dijadikan kayu pengukur untuk menilai sesebuah parti.
Lim Guan Eng pula telah gagal di dalam legasi beliau untuk memakmurkan negeri Pulau Pinang.

Tindakan beliau yang melantik Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru, Mansor Othman memegang potfolio Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koorperatif dan Komuniti jelas menunjukkan bahawa Guan Eng bukan seorang pemimpin yang mampu membantu negeri Pulau Pinang semasa krisis ekonomi ini.
Beliau takut untuk menggalas tanggungjawab besar ini.
Sebaliknya,
Lim Guan Eng memegang InvestPenang, satu organisasi yang telah aktif dan serba boleh sejak BN menjadi kerajaan negeri Pulau Pinang dahulu.
Makanya, tidak perlulah Guan Eng 'bergayut' kepada InvestPenang , mendapat kredit dan mendakwa beliau telah berjaya menjalankan tugas sedangkan InvestPenang boleh berfungsi tanpa kehadiran beliau di dalamnya!

Friday, February 6, 2009

Kerakusan DAP, Pembonekaan PAS (DERHAKA) Dan Pemproksian ADUN PKR Punca Kejatuhan PR Perak.

Anwar dan DAP adalah perancang semua ini. PAS cuma kambing hitam. Sedarlah wahai penyokong PAS. Anwar baling batu, sembunyi tangan, orang yg lain kena tuduh.


Kerajaan Perak kembali ke tangan BN alhamdulillah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Hasil dari ini, akan timbulah pelbagai alasan, tohamahan dan tuduhan dari pihak Pakatan Rakyat yang berniat menutup segala kepincangan kerajaan mereka yang baru kecundang.


Akan dibilang UMNO dan BN melakukan sogokan wang serta mengancam pelbagai musibah kepada ADUN-ADUN yang lompat, terutama dari PKR.




Tetapi sebenarnya, punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak Darul Ridzuan tidak lain kerana kelemahan pada kerajaan itu sendiri. Saya tidak bermaksudkan kelemahan berdasarkan sebab-musabab basi yang sering diajukan, seperti kelainan pegangan serta ideologi atau kenyataan yang kerajaan bermajoriti kecil memang lumrah terancam hidupnya.


Ada 3 punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ingin saya ketengahkan dan huraikan di sini, khususnya:


Kerakusan pasangan sepupu pemimpin DAP, yakni Ketua dan Setiausaha DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham serta Nga Kor Ming. Ini secara ringkas digelar faktor Ngeh-Nga.


Keterserlahan peranan MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai boneka DAP yang tidak berupaya memperjuangankan kepentingan orang-orang Melayu seiring dengan kepentingan kaum Cina.


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak (di seluruh negara?) yang terbongkar dengan begitu dramatis sekali.


Ngeh-Nga dikatakan rakus bukan kerana mereka mengatur pemberian tanah balak sebanyak 8 ribu ekar ke pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas. Kelulusan melulu yang tidak terkawal kepada pengusaha hotel-hotel besar yang bakal membunuh chalet-chalet usahawan kecil di Pulau Pangkor pun bukan petanda terbesar.


Petanda terbesar sekali adalah apabila dilihat Ngeh-Nga mengagihkan harta secara tidak sama rata antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Contohnya, tanah-tanah balak terbaik, jati dan chengal lah katakan, diberikan ke pemimpin-pemimpin DAP, manakala yang PAS ada pula tompokan belukar dan getah lama di merata pemberian kepada mereka! Sudah pastinya di kalangan pemimpin DAP sendiri ada ketidak-samarataan.


Pemimpin PKR pun pasti berungut, kalau tidak, masakan ADUN-ADUN PKR dan DAP yang mahu melompat!

Malangnya, cara Ngeh-Nga menutup malu tentang kerakusan mereka mendedahkan secara jelas betapa MB PAS Perak, DS Ir Nizar hanya sekadar boneka.


Pemberian tanah leasehold 999 tahun menjadi barang persoalan, terutama sekali apabila ia diberikan kepada suatu kaum sahaja. Di manakah peranan DS Nizar dalam mempertahankan hak umat Islam mahupun Melayu dalam pengagihan tanah tersebut?


Keadaan menjadi runcing apabila 2 ADUN PKR yang bakal menghadap penghakiman, seolah-olah hilang sokongan Ngeh-Nga mahupun boneka mereka DS Nizar. Apabila YB Datuk Nasa menyeberang pula sebentar dari BN ke PKR, kemungkinan ADUN-ADUN PKR tersebut tersisih langsung memandangkan mereka tidak lagi penting untuk mengekalkan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Perak; dah lah mereka diagak bakal kalah, dipenjarakan dan dilucutkan kedudukan!


Tindakan DS Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak dengan surat perletakan jawatan yang bertanda-tangan tanpa tarikh membahayakan demokrasi. Pada masa ini, para pemerhati berkecuali terutama sekali mungkin runsing kerana kemelut politik di Perak tidak membawa manfaat kepada rakyat pada masa ekonomi dunia dilanda krisis. Namun, ada bahaya lain yang harus diberi perhatian sejenak.


Buat masa ini, DS Anwar masih lagi pemimpin parti politik yang sah, maka penguncian ADUN parti tersebut dengan surat proksi, walaupun salah dari segi moral mahupun peraturan demokrasi sistem 'Westminster' yang diamalkan di Malaysia, masih boleh dipertahankan berdasarkan prinsip. Tetapi, jika perbuatan ini dihalalkan... bayangkan wakil-wakil rakyat kita dikunci surat proksi oleh peniaga-peniaga, penyamun atau buruk lagi, kuasa-kuasa luar!


Tetapi dari segi krisis terbaru di Perak, penggunaan surat proksi ke atas ADUN-ADUN PKR yang disangsi lompat menghilangkan langsung apa-apa harapan mahupun kepercayaan ADUN-ADUN tersebut terhadap perjuangan PKR dan DS Anwar sendiri. Ini merupakan batu nisan kubur kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak...

Kemaskini 1... Terbukti sekali lagi Datuk Seri Ir Nizar tidak lain dari boneka yang nampaknya tak puas merasakan tempias kuasa DAP selama tak sampai setahun apabila memohon (!) DERHAKA kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak!