Showing posts with label DAULAT TUANKU. Show all posts
Showing posts with label DAULAT TUANKU. Show all posts

Friday, March 13, 2009

6 didakwa hina Sultan, seorang mengaku bersalah

Inilah padah apabila mencaci Sultan Perak di alam siber. Pihak Blog@ UMNO Taman Sejahtera pernah melaporkan bahawa satu lagi laman web pembangkang (Kepunyaan Pemuda PAS Dungun juga pernah menjadi laman untuk pengunjung berdaftarnya mencerca dan mencaci Sultan Perak). Lihat dilink ini:http://umnotamansejahtera.blogspot.com/2009/02/forum-tko-tranungkite-kiter-online-hina.html

Seorang pembantu makmal mengaku bersalah menghina Sultan Azlan Shah melalui Internet dan didenda RM10,000. Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".


Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara setahun atau kedua-duanya sekali.Jika gagal membayar denda tersebut, Azrin berdepan dengan hukuman penjara lima bulan.


Di mahkamah yang sama, Muslim Ahmad didakwa atas tuduhan yang sama. Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Muslim dibebaskan dengan ikatjamin RM3,000. Kesnya akan disebut pada 8 April.


Manakala di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama. Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang.


Di Sabah, seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Rutinin Suhaimin, 36, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dengan melakukan perbuatan itu pada 6.33 petang 13 Feb di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau.


Rutinin dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik iaitu 'Sultan sudah gila!!!' di alamat laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak www.sultanperak.gov.my


Dalam pendakwaan kira-kira jam 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.Beliau dibenarkan ikatjamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 bersama dua penjamin. Kes itu akan dibicarakan pada 25 dan 26 Mei depan.Sekiranya didapati bersalah, Rutinin boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.



Manakala di Petaling Jaya pula, seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.


Menurut Utusan Online, Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini.

Saturday, February 7, 2009

DAULAT TUANKU


Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik, yang mana ketuanan mu?


Maka sanggup mencabar raja MelayuRaja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
Yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!di manakah maruah mu?
Tidak pernah Melayu mencabar dan derhaka seperti kamu
Di manakah nilai keislaman mu?

Akibat hasutan iblis dan kafir keparat
Maka kamu sanggup menjadi bangsat!
Hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
Kini kamu anjing maka tuan digigit!

Wahai Melayu sedarlah kamu
Kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
Perhatikan keliling kamu
Bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
Bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?

Di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
Apa sebenarnya perjuangan kamu?
Islam? Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?
Janganlah kerana emosikamu derhaka kepada Sultan
Ingatlah!
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
Selagi Melayu tidak hilang di dunia
Selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Thursday, February 5, 2009

Forum TKO (Tranungkite Kiter Online) hina Sultan Perak

Forum siber TKO (Tranungkite Online) telah menghina Sultan Perak. Beberapa posting yang jelas biadap dan derhaka telah dihambur oleh pelayar dan ahli TKO. UMNO Taman Sejahtera Lunas dengan ini berasa amat terkejut dan menyalahkan para administor TKO kerana telah gagal menapis "posting" daripada ahli TKO.


Dan dengan itu, maka, webmaster TKO perlu bertanggungjawap diatas posting tersebut. Amat memalukan kita sebagai orang Melayu yang menjunjung dan menghormati Sultan. Jangan kerana kalah, kampung nak digadai.


UMNO Taman Sejahtera sempat "print screen" posting-posting tersebut sebagai bukti.




Daulat Tuanku. Sultan tidak perkenan pembubaran DUN Perak


Sultan tidak perkenan pembubaran DUN Perak
05/02/2009 3:01pm
IPOH 5 Feb. – Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.
Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu. – Bernama