Tuesday, September 30, 2008

Andainya ini Ramadhan terakhir

Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir : “Tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu-merayu kepada-NYA Tuhan yang satu …”
Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tentu solatmu engkau kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan… sungguh khusyuk lagi tawadhu’ tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji…

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku ...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

"Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tidak akan engkau sia - siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja , di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal engkau dendangkan, bakal engkau syairkan …

“Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih…berqiamullail…bertahajjud…mengadu…merintih …meminta belas kasih ….”” Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU…tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang, mari kita sama-sama memeriahkan Ramadhan Al-Mubarak…kita buru…kita cari…suatu malam idaman, yang lebih baik dari seribu bulan …”

Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiapkan diri…rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-Rahman …

“Andai ini Ramadhan terakhir buat kami :“Jadikanlah ia Ramadhan yang paling bererti…paling berseri…menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi … semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti…” Namun teman…“Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan Al-Mubarak ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya…Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha…bersedia…meminta belas-NYA…

Andai benar ini Ramadhan yang terakhir buat kita…. Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa yang telah kami lakukan di dunia ini samada yang kami sedari atau tidak kami sedari….“MARHABAN YAA RAMADHAN “

Monday, September 29, 2008

Fatwa baru PAS dan PKR Habuan seks seperti sedekah

KITA amat terkejut dan bersedih dengan kenyataan Ahli Pakatan Rakyat yang terlibat dalam kes tuduhan rasuah bersama 2 Exco Kerajaan Negeri Perak, petikan kenyataan ahli/pengikut Pakatan Rakyat tersebut adalah seperti berikut:“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar Fairul Azrim Ismail.“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Fairul Azrim Ismail.


Hebat sungguh pengikut MB Nizar dalam Pakatan Rakyat, tinggi sungguh ilmu agama beliau sehinggakan disamakan habuan seks dengan sedekah. Benarlah segala dakwaan selama ini bahawa pengikut PR di zaman MB Nizar gemar mengeluarkan dalil yang meragukan. Agama dijadikan umpama jubah, bila perlu digunakan dan apabila tak perlu digantung.



(Gambar: Siapa boneka siapa? Who's the puppet and who's master)
Dalam kes ini jelaslah apabila melakukan kemungkaran tidak pula teringat akan hukum Allah, tetapi bila dah terkena, maka keluarlah segala dalil-dalil pelik untuk mewajarkan dan menghalalkan perlakuan sumbang yang dilakukan.

Sungguh hebat, tak pernah dalam sejarah dunia seseorang yang melakukan zina menyamakan pula zina dengan sedekah, waima dalam kes pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengaku melakukan hubungan seperti ini juga tidak pernah menyamakan hubungan beliau umpama sedekah.

Kalau sebelum ini dituduh fitnah dan konspirasi, sekarang keterangan dari mulut yang dituduh sendiri sudah mengaku akan kejadian tersebut, takkanlah konspirasi sampai termakan pujukan ammoi cina, siap mengaku melakukan hubungan seks. Hairan, sungguh hairan, kalau dah tido atas dada amoi cina pun dengan rela dan suka sama suka, takkan itupun dituduh konspirasi?

Dimanakah Daulah Islamiah yang diperjuangkan selama ini? Takkan dengan segala Usrah dan Tazkirah yang dijalankan oleh MB Nizar di serata Perak masih tidak dapat mengubah sikap pengikut sendiri?
Yang pasti pengikut Pakatan Rakyat di Zaman pemerintahan MB Nizar - Habuan seks disamakan dengan sedekah. Kan dah kata, sudah-sudahlah tidur tuu….. MB Nizar.



(gambar: Siapa kontrol siapa? Dimana ketuanan Melayu? )
* Kenyataan di ambil dari media arus perdana, kalau terdapat kesilapan fakta sila rujuk atau saman media arus perdana, lagipun sekarang dah dekat Raya, kalau menang dapatlah duit raya sikit, kalau kalah sendiri mau ingat. Kalau senyap tuuu… kira betullah kot dakwaan yang diterbitkan dalam media arus perdana ini.

Adalah menjadi amalan biasa, sikap yang ditonjolkan oleh sebahagian fanatik Pas yang seakan-akan tidak dapat menerima teguran daripada pihak lain walaupun teguran itu datang dari kalangan pejuang Pas sendiri. Kelompok fanatik inilah yang telah berkali-kali ditegur oleh kepimpinan Pas, khususnya Dewan Ulama Pas baru-baru ini.

Sikap assabiyah melampau ini akhirnya akan menghancurkan Pas sedikit demi sedikit kerana setiap teguran membina dari masyarakat dan dari dalam jemaah sendiri senantiasa dilabelkan sebagai tohmahan, fitnah dan sebagainya.

Umum mengetahui kelemahan yang jelas terlihat dalam kepimpinan MB Nizar, mustahil kepimpinan Pas tidak dapat melihat perkara ini. Tindakan yang diambil oleh MB Nizar jelas membelakangkan roh dan semangat perjuangan Pas selama ini. Mustahil juga fanatik-fanatik Pas tidak sedar akan keadaan ini?
Adakah cukup sekadar Majlis Berbuka Puasa bersama MB Nizar dan Majlis Tazkirah dijadikan kayu ukur kejayaan dalam menegakkan daulah Islamiah di Negeri Perak? Sedangkan dari segi pemerintahan dan perlaksanaan jelas tidak memihak kepada Umat Islam di Negeri Perak. Bukankah sewaktu tidak memegang tampuk pemerintahan dulu, Pas senantiasa menjadikan konsep pemerintahan Negara Islam sebagai roh dan teras perjuangan Pas?

Kenapa setelah memerintah pelbagai alasan diberikan untuk menutup kelemahan MB Nizar dalam merealisasikan janji-janji yang telah ditaburkan selama ini. Bukankah dalam usaha mencegah kemungkaran tindakan melalui mulut dan hati itu adalah selemah-lemah Iman? Sampai bila kelemahan MB Nizar ini boleh ditutup dengan kata-kata seperti “Baru 3 bulan memerintah!, Baru 100 hari memerintah Yeop!, Baru 6 bulan memerintah Yeop!, Ini semua BN yang buat dulu Yeop!”.
Rakyat semakin terbuka mata akan sikap berdolak-dalik yang menjadi mainan MB Nizar selama ini, adakah Pas tidak sedar mereka hanya memperoleh 6 kerusi DUN pada PRU ke-12? Sikap memutar belit dan berdolak-dalik ini tidak boleh digunakan untuk suatu tempoh yang agak lama. Adakah Pas yakin dengan senario semasa ini mereka akan berjaya menyapu bersih kerusi yang majoritinya Bangsa Melayu di Negeri Perak ini?

Pengundi sekarang tidak seperti dahulu, Pas perlu ingat bahawa segala janji yang tidak tertunai merupakan senjata makan tuan yang akan memusnahkan Pas itu sendiri. Rakyat Perak sudah mula membandingkan Kerajaan Kepimpinan MB Nizar dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Jika mereka boleh buat kenapa MB Nizar tidak boleh buat. Bukan MB Nizar berkelulusan InsenioR dari luar negara?
Rakyat telah mula berfikir mengapa seorang MB yang berkelulusan begitu tinggi tetapi tidak berupaya memerintah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil buminya? Mengapa tidak kedengaran kejadian Exco dituduh rasuah seks sepanjang pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan? Bukankah orang UMNO di Kedah juga berhasrat untuk memerintah Kedah?

Jelaslah kelemahan MB Nizar ini telah di manipulasi sepenuhnya oleh pihak DAP. Jika kita lihat di pintu pagar Bangunan SUK Perak sendiri, terpampang “banner” besar “ Ucapan Selamat Hari Raya oleh Lim Kit Siang”. Mengapa MB Nizar sendiri tidak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Umat Islam di Perak. Yang pasti sewaktu perayaan hari kemerdekaan ke-51 lalu terpampang gambar MB Nizar di bawah Bunga Raya seiring dengan Perdana-Perdana Menteri Malaysia. Sungguh kelakar MB Nizar meletakkan dirinya seiring dengan Perdana Menteri dan Bekas Perdana Menteri.

Adakah MB Nizar bermimpi yang beliaulah Perdana Menteri seterusnya? Bermimpilah engkau MB Nizar engkau tak mungkin akan menjadi Perdana Menteri kerana kerusi itu milik DSAI kalau PR memerintah Malaysia. Dan yang paling utama sekali, kalau sebuah Negeri pun tak reti nak tadbir inikan sebuah negara! Teruskan bermimpi MB Nizar dan teruskan usaha juak-juak kamu memberi pelbagai alasan untuk membela kelemahan kamu. Rakyat Perak sudah semakin bosan dengan corak pemerintahan kamu dan kamu sendiri pun rakyat dah bosan.

Semakin hari rakyat dan penyokong kamu sendiri menjauhkan diri dari kamu. Bertaubat dan bermuhasabah diri sebelum parti Pas menerima bencana disebabkan kelemahan kamu.

Syabas Pakatan Rakyat. Demi politik, bukan Islam yg berskirt dah boleh berceramah di Masjid

Tidak paham dengan AJK Masjid. Mengapa perlu diheret politik ke ruang Masjid demi meraih politik yang sempit? Mengapa kesucian masjid dinodai? Dan lebih memalukan lagi, orang yg dipanggil untuk memberi "ceramah" oleh ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah seorang yg memang mempunyai "rekod tidak baik" kepada orang-orang Melayu dan Islam. Ke mana pergi PAS dalam soal ini? Jangan kerana untung politik, agama tergadai!


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.



Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

"Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

(Apa rasionalnya berpolitik di masjid? Lebih parah pentas dimainkan oleh orang bukan Islam)


"Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan

Komen:
-
  • Inilah kita orang Islam. Terlalu merendah diri, nak tunjuk kononnya kita ni baik sangat. Orang memijak kepala kita pun kita masih nak hormat juga. Tak patut dan layak langsung dijemput hadir dalam majlis agama terutamanya melibatkan masjid. Tolol dan bangangnya AJk dan Imam masjid Nurrusaadah di Cheras ni. Satu Malaysia dan mungkin satu dunia dah tahu Teresa Kok ni menghina Islam tetapi Ajk dan Pak Imam masjid berkenaan masih juga nak jemputnya ke upacara di masjid tersebut. Dahlah dulu membawa isu azan dimasjid jangan menggunakan masjid kini hadir pula ke masjid pakai skirt. Teresa Kok ini baru datang ke Malaysia kah?. Nampak sangat semangat nak hinakan Islamnya

  • Skirt pendek atau melepasi lutut tetap tidak sopan

  • Samada diperkarangan masjid atau di dalam bangunan masjid tetap melanggar kesopanan dan kehormatan masjid

  • Apa rasionalnya menjemput seorang bukan Islam datang masjid berbuka puasa? Sudah tidak ada cara dan tempat lain lagikah untuk kita umat Islam 'mengangungkan' pemimpin bukan Islam sehingga kubu pertahanan akidah umat Islam pun dijadikan tempat 'beramah mesra'.

  • Selalunya perkara menjemput pemimpin bukan islam datang ke masjid dan beramah mesra dengan masyarakat islam ialah di mana sebuah negarayang mempunyai minoritinya orang islam yang bernaung di dalam Negara kufur. Oleh sebab itu pemimpin kufur itu datang menjaga (atau dijemput) oleh kelompok minority menjaga kepentingan minority mereka. Dan sebaliknya pemimpin kufur Negara akan suka menunjukkan bahawa beliau tetap menjaga kepentingan kelompok minority yang 'lemah' ini. Itu yang kami faham. Tapi sekarang sudah terbalik.

  • Ketika rumahnya dilontar "molocov cocktail", Teresa menyalahkan media sebagai punca kejadian tersebut. Apakah pakai skirt ke masjid juga salah media? Zakariah Isa (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan) berkata, "Pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid. Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.". Sewajarnya pemimpin PAS menegur kelakuan Teresa ini. Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) difahamkan hadir ketika penghujung ucapan Teresa Kok di masjid terseb
  • Apakah ulasan Mohd Sabu tentang pakaian Teresa Kok
  • Memilih pemimpin kufur sudahlah haram, mengangkatnya sehingga ke tangga masjid …. Masyallah.

Fikir-fikirkan….biarlah ada batasannya kita berpolitik jangan sampai Agama tergadai. Wallualam.

Sunday, September 28, 2008

Mengenang kembali ahli-ahli UMNO Taman Sejahtera yang telah pulang ke Pangkuan Ilahi

UMNO Cawangan Taman Sejahtera amat terkenal sekali diantara cawangan-cawangan UMNO di Bahagian Padang Serai. Ditubuhkan pada tahun 1987, kebanyakkan ahli-ahli "pioner" atau "pengasas" adalah mereka yang amat berwibawa, dihormati masyarakat setempat, berkejaya tinggi seperti cikgu, jururawat, bekas tentera dan penjawat jawatan kerajaan.
Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak, ingin pihak moderator dan penulis mengimbau kembali mereka yang telah kembali ke menemui Ilahi. Antaranya ialah Pak Ipin, Nana, Cikgu Kassim, Makcik Timah.
Pak Ipin adalah bekas seorang guru. Berasal dari Kulim dan amat disegani oleh masyarakat setempat terutamanya ahli jemaah surau Nurul Assadah. Penulis yang mengenali Pak Ipin, boleh dikatakan Allahyarham tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah di surau. Ada kalanya Allahyarham juga menjadi muazzin surau. Sesungguhnya dari Engkau kami diciptakan, dan kepada Engkau jualah kami kembali. Begitulah, Allah lebih menyanyangi Allahyarham.Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit lelah dan penat. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada Mei 2008. Nostalgia mengenai Allahyarham adalah setiap kali pilihanraya, Allahyarhamlah orang yg pertama di Taman Sejahtera yang akan menaikkan bendera UMNO dan BN di hadapan rumahnya.

Nana adalah seorang lagi legasi UMNO Taman Sejahtera. Beliau amat disenangi oleh masyarakat Taman Sejahtera tidak kira bangsa dan usia. Beliau amat penyayang dan sentiasa menegur golongan muda-mudi yang suka menunggang motorsikal tanpa lesen dan topi keledar. Nana juga amat terkenal dengan kepakaran memasaknya. Sebut sahaja nama Nana di bulan Ramadhan, maka, semua penduduk Taman Sejahtera akan merindui masakan bubur kanji surau. Allahyarham juga ada adalah pakar memasak jika ada kenduri kendara di Taman Sejahtera. Nostalgia di Hari Raya yang terkenang mengenai Allahyarham adalah setiap kali hendak raya, maka pemidang kata-kata (banner) UMNO Taman Sejahtera akan naik dengan bangganya di jalan utama masuk ke taman. Beliau akan menyuruh golongan PEMUDA untuk panjat pokok mengikat banner Hari Raya. Kata-kata yang selalu ada di banner Raya UMNO adalah "Selamat Pulang Perantau". Allahyarham Nana menemui Ilahi pada tahun 2005 akibat kemalangan jalan raya di BKE. Allahyarham dikatakan di dalam pulang dari Tanah Liat, Bukit Mertajam. Motorsikal Allahyarham terbabas dan jatuh di lorong motorsikal BKE. Allahyarham koma selama sehari dan akhirnya Allah lebih menyayangi Allahyarham.

Cikgu Kassim adalah bekas Ketua Penerangan UMNO Taman Sejahtera. Beliau juga memegang jawatan tinggi di peringkat Bahagian Padang Serai. Beliau juga aktif di dalam aktiviti Rukun Tetangga Taman Sejahtera. Beliau meninggal dunia pada tahun 2005 akibat serangan jantung. Seluruh penduduk Taman Sejahtera terkejut dengan berita tersebut kerana Allahyarham adalah seorang yang sihat dan aktif. Cikgu Kassim juga amat menikberatkan aktiviti keagaaman di Surau Nurul Assadah.

Cikgu Timah pula adalah legasi WANITA UMNO Taman Sejahtera. Beliau menyertai UMNO Taman Sejahtera sejak awal penubuhan UMNO Cawangan. Beliau juga adalah ahli aktif Wanita Islam dimana kita boleh melihat kelibat beliau didalam kenduri-kendara penduduk Taman. Nostalgia mengenai Allahyarham ialah beliau akan tetap menghadiri apa-apa majlis anjuran UMNO dan juga Wanita Islam. Beliau akan mengayuh basikalnya ke aktiviti-aktiviti tersebut. Allahyarhamah meninggal dunia pada 2007 selepas berhijrah balik ke kampungnya. Kehilangan beliau amat dirasai oleh UMNO Taman Sejahtera dan Pergerakan Wanita UMNO.

Ahli UMNO perlu mendalami dan memahami konsep perjuangan parti dan mengelak diri daripada memperjudikan perjuangan suci itu kerana UMNO adalah parti politik yang banyak mengubah nasib orang Melayu.

Kita mesti meningkatkan lagi pencapaian yang dinikmati sekarang untuk menjadi bangsa maju dan Agenda Melayu Glokal yang diperjuangkan UMNO akan melahirkan bangsa Melayu lebih tinggi martabatnya di peringkat antarabangsa.

UMNO bukan setakat menolak gagasan Malayan Union oleh British, malah berjaya membebaskan rakyat negara ini daripada cengkaman penjajah.
Sesungguhnya sejarah UMNO tidak dapat dipisahkan dari melahirkan perjuangan Melayu moden dan cara ini bagi membolehkan orang melayu menghayati semula perjuangan bangsanya. Orang Melayu perlu menghayati sejarah orang Melayu, sejarah perjuangan orang Melayu dan menjadikannya sebagai panduan atau teladan supaya dihormati oleh dunia. Oleh itu marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan datuk nenek kita yang sanggup menggadai nyawa demi maruah bangsa. Perjuangan mereka janganlah kita sia-siakan kepada orang lain.

Kepada pejuang-pejuang UMNO yang telah menemui Illahi, hanyalah doa yang dapat kami kirimkan. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang Solleh dan sentiasa di-Rahmati Allah.(Al-Fatihah)








Saturday, September 27, 2008

Bakal Ketua Pemuda mesti fahami generasi baru

Pemimpin datang dan pergi. Begitu juga dalam Pemuda UMNO Malaysia. Pastinya ada yang perlu berundur dan pasti akan ada pengganti yang akan menjadi peneraju golongan Pemuda. Apa yang diharap cuma yang pergi akan lebih berjaya dan akan pergi lebih jauh dalam bidang politik tanpa meninggalkan ciri-ciri atau nilai-nilai yang murni serta lebih memberi komitmen dalam memperjuangkan agenda dan nasib Melayu tanpa mengharap apa-apa balasan. Manakala kepada penggantinya, Pemuda amat mengharapkan agar dia mampu menjadi lebih baik dari yang lepas bukannya lebih buruk dari yang lepas dan tidak boleh menjadi sama seperti yang lepas kerana kita makin maju ke depan bukan mengundur ke belakang. Contoh pucuk pimpinan boleh diambil apabila Pak Lah mengambil alih tanggungjawab dari ‘King OF The Leader’ (Tok Det).

Pak Lah gagal menandingi kehebatan Tok Det malah menjadi lebih teruk apabila membenarkan ahli keluarganya terutama Khairy Jamaluddin terlibat sama dalam politik sehinnga mampu duduk semeja dengan Pak Lah dalam membuat keputusan penting kerajaan. Rakyat mampu menilai corak kepimpinan Tok Det yang keras dan condong kea rah diktator tapi masih berpegang kepada prinsip tidak melibatkan ahli keluarga dalam politik walaupun lada ketika itu, anaknya Mukhriz menunjukkan cirri-ciri ‘leadership’ yang tingi.

Ketegasan dan kekerasan perlu ada dalam diri pemimpin dalam membuat keputusan agar tidak ada lagi pertikaian yang akan berlaku oleh mana-mana pihak pun termasuk dari kuasa besar. Dengan kepimpinan yang tegas itu jugalah kita mampu hidup dalam negara yang hampir mencapai tahap kemajuan ini.

Dalam menentukan bakal pemimpin barisan Pemuda, beberapa cirri-ciri perlu dititikberatkan. Berdasarkan calon-calon yang telah mewar-warkan untuk bersaing jawatan tersebut, Cuma ada 2 atau 3 orang sahaja yang menunjukkan cirri-ciri yang melayakkan beliau menjadi Ketua Pemuda.

Para perwakilan sayap parti itu harus bertindak bijak dalam memilih bakal ketua mereka pada pemilihan UMNO akan datang.

Pemikiran pemuda zaman baru ini sudah tentu berbeza dengan pemikiran golongan Pemuda yang ada di dalam UMNO sekarang. ''Jadi pemimpin Pemuda ini mesti dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa supaya golongan muda terus bersama dengan perjuangan UMNO. pandangan atau suara golongan muda sentiasa diiktiraf dan diambil kira oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan dalam mentadbir negara.

Oleh itu, usaha menarik golongan muda ke dalam parti adalah penting dan Pemuda UMNO mesti melakukan sesuatu jika dakwaan mereka menjauhkan diri daripada UMNO itu adalah benar.

Bakal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru mestilah mampu menghayati dan memahami kehendak generasi baru pada masa ini yang dilihat semakin jauh daripada perjuangan parti.
1. Datuk Mukhriz Bin Tun Mahathir.
Tidak disangkal lagi inilah calon yang paling layak. Di atas kertas, beliau menunjukkan reputasi yang baik dan berjaya mengelakkan diri dari sebarang kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau. Mewarisi cirri-ciri kepimpinan dari bapanya yang mana bolehlah dikatakan kita boleh melihat Tun Mahathir pada Mukhriz. Kemampuan beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun pasa pilihanraya ke 12 baru-baru ini membuktikan beliau diterima oleh masyarakat terutamanya dari akar umbi. Seperti bapanya, beliau seorang yang tegas, berani memperjuangkan pendapat yang difikirkan bernas, disayangi dan dihormati oleh masyarakat, berketrampilan dan komitmen yang tinggi terhadap setiap tanggungjawab yang digalas, dinamik, berpandangan jauh dan berwawasan, berpendirian dan yang penting berani menyongsang arus dalam menegakkan dan memperjuangkan hak orang Melayu. Namun tidak boleh dielakkkan bayangan Tok Det pasti sentiasa menjelma dalam keputusan atau pendapat yang ditampilkannya.Kepentingan peribadi tidak boleh dielakkan kerana pastinya setiap makhluk yang dinamakan manusia akan mengutamakan kepentingan peribadinya asalkan kepentingan masyarakat tidak terabai. Pastinya inilah calon yang paling layak mengepalai nakhoda Pemuda UMNO Malaysia.


2. Khairy Jamaluddin
Sayang seribu kali sayang. Beliau sudah hamper tersilap langkah. Tidak sepatutnya berlaku, apa yang berlaku sekarang. Tidak dinafikan beliau mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang tinggi. Beliau mampu menjadi leader dalam satu-satu organisasi penting. Dengan kelantangan memberi pendapat yang bernas, bersemangat dan berdarah muda dalam memperjuangkan sesuatu, memiliki tahap pendidikan yang tinggi, berwawasan dan bercita-cita tinggi serta memiliki kuasa tarikan atau pengaruh dalam dirinya, sepatutnya beliau layak untuk melangkah lebih jauh. Silapnya adalah beliau menantu Pak Lah. Walaupun dinafikan, hakikatnya umum boleh lihat, beliaulah yang menjadi tulang belakang Pak Lah sehingga ada ketika beliau menjadi lebih penting dan berkuasa dari bapa mentuanya. Sebenarnya inilah punca utama kejatuhan Umno Dalam pilihanraya. Bukan punca kenaikan harga barang atau lain-lain. Sepatutnya beliau jangan lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti. Cukup sekadar memberi pendapat dari luar.Tunggulah sehingga Pak Lah berundur dan ketika itu adalah masa paling sesuai untuk beliau menonjolkan diri. Tapi sekarang sudah terlambat. Mustahil untuk mendesak Khairy meletak semua jawatan. Yang tinggal Khairy perlu menampilkan rekod yang baik pada masa mendatang dengan memperjuangkan hak orang Melayu yang makin terpinggir ini.

3. Calon-calon lain (Khir Toyo, Zainal Abidin dll)
Masih belum mampu menjadi peneraju barisan Pemuda. Walaupun mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang baik, tetapi dari segi popularity masih jauh ketinggalan dari calon-calon yang disebut di atas.

Kepada barisan Pemuda,
Lakukan lah pilihan yang bijak dan tepat.
Ketepikan dahulu kepentingan peribadi dalam membuat keputusan.
Utamakan calon yang mampu memperjuangkan orang Melayu.
Utamakan calon yang mampu memulihkan semula luka akibat Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini.

Kerana kuasa ada di tangan anda. Jangan biarkan maruah bangsa Melayu terus tergadai sehingga akhirnya

‘ORANG MELAYU MENUMPANG DI BUMI SENDIRI’

Friday, September 26, 2008

Teresa Kok cuba memanipulasi fakta

Dari blog Kamaluddin: http://din.huluselangor.net/modules.php?name=News&file=article&sid=784

(Gambar sebelah: Meraikan kejayaan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri dengan hidangan istimewa 5 ekor khinzir panggang)
Nampaknya Teresa Kok anak dara tua si pelahap babi telah cuba memanipulasikan fakta mengenai petisyen yang diusahakan olehnya untuk menghentikan laungan azan di kawasan perumahan di Kinrara Puchong iaitu DUN yang di wakilinya. Hairan, pelik bin Ajaib kenapa petisyen ini berlaku dalam DUN yang diwakilinya. Secara kebetulan pula, penduduk bukan Islam di kawasan ini mempunyai keberanian seperti ini. Kenapa di Kinrara Puchong, kenapa tidak di kawasan “hardcore” bukan Melayu seperti di Cheras dan Kepong??? Kebetulan pula kawasan ini diwakili oleh Teresa Kok kafir harbi atau sebenarnya memang dia adalah dalang yang menghasut selepas kejayaan besar DAP kafir harbi selepas PRU 12?

Ketika isu Datuk Ahmad sedang hangat diperkatakan dan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi, Teresa Kok si kafir harbi ini telah cuba memanipulasikan fakta untuk menyelamatkan diri. Teresa Kok merasakan adalah amat penting baginya untuk “membersihkan” dirinya daripada isu ini dan menyalahkan kepada UMNO. Hakikatnya, bukan UMNO dan Dr Khir yang mula-mula memaparkan isu ini. PembelaMelayu.com sudah menyiarkan artikel ini sejak lama dahulu iaitu pada 26 Jun 2008 dan kami adalah sebuah laman web milik golongan professional Melayu yang tidak terikat kepada mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Ramai yang tertanya kenapa Dr Khir atau laman- laman web UMNO menyiarkan isu yang sama. Cuma minggu lalu, Dr Khir mengesahkan perkara ini seperti yang disiarkan oleh Utusan Melayu selepas ramai orang yang menghubunginya untuk mengesahkan perkara ini. Ini membuktikan Dr Khir cuba mengelak daripada perkara sensitif ini tersiar kepada masyarakat umum tetapi kecanggihan teknologi Internet menyebabkannya tersebar meluas.

Saya yakin sedikit sebanyak Teresa Kok kafir harbi ini bimbang sekiranya tercetus perbalahan kaum yang besar, ramai orang Islam yang akan mencarinya. Jadi, adalah wajar untuknya cuba memanipulasikan fakta untuk menyelamatkan diri sebelum apa-apa yang buruk berlaku ke atasnya.
Mari sama-sama kita ulas penipuan Teresa Kok yang tersiar di blognya.


Tulisan Merah adalah tulisan Teresa di lama blognya.
Manakala tulisan biru adalah ulasan untuk menepis pembohongan beliau

UMNO SELANGOR memutar-belitkan isu azan di Puchong
Sejak kempen Pilihan Raya Permatang Pauh bermula, saya telah diberitahu bahawa terdapatnya satu email yang mengatakan saya membawa sekumpulan penduduk di Puchong mengadakan petisyen untuk membantah azan terhadap sebuah masjid di Puchong, dan saya dikatakan membentangkan petisyen ini kepada YB Satim, ADUN UMNO di Puchong.

Ulasan: Penipuan oleh Teresa Harbi kerana berita ini telah tersiar di laman web ini sejak Jun 2008. Teresa Harbi cuba menggambarkan bahawa isu ini sengaja ditimbulkan kerana UMNO cuba meraih undi politik di Permatang Pauh. Ianya bukan timbul sejak Pilihan Raya kecil Permatang Pauh!!!

Pada mulanya, saya tidak peduli khabar angin ini kerana saya amat sibuk dengan banyak urusan kerajaan. Tetapi selepas itu, email yang diedarkan di internet ini telahpun dihantar kepada lebih ramai orang, termasuk wakil rakyat kaum Melayu dan wartawan di akhbar Bahasa Malaysia. Pada Ahad yang lepas, saya terima panggilan daripada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan dua orang pemberita daripada Berita Harian dan Sinar Harian mengenai isu ini. Pada hari ini, saya juga terima panggilan daripada pemberita daripada Utusan Malaysia yang menyoal saya tentang perkara ini, beliau berkata Khir Toyo juga mendakwa saya berbuat demikian.
Ulasan : Terlalu sibuk dengan isu-isu untuk menjatuhkan bangsa Melayu dan agama Islam. Ini termasuk mengenai usahanya si Teresa Kok ini cuba untuk menghapuskan tulisan jawi dan diganti dengan tulisan Mandarin dan Tamil?

Tibalah masa bagi saya untuk menerangkan perkara ini dengan kenyataan yang saya telah ulangi kepada YB Khalid Samad dan pemberita pada Hari Ahad adalah seperti berikut:
i) Saya sendiri tidak pernah menerima aduan daripada penduduk di Puchong berkenaan dengan isu azan ini, jadi saya langsung tidak tahu tentang perkara ini dan saya amat hairan untuk mendengar tuduhan tersebut;
ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, buat apa saya tulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?

Ulasan: Mungkin kerana terlupa yang dia bukan tidak peduli mengenai isu ini tetapi pernah dijawab olehnya apabila ditanya oleh pelawat blognya. Diacuba mengelak dengan mengatakan bahawa perkara ini tidak pernah berlaku dan memanipulasi isu mengenai siapa yang patut buat petisyen kerana DAP sekarang adalah Exco Kerajaan Negeri. Petisyen ini oleh penduduk Kinrara yang disokong oleh Teresa Kok harbi dan bukannya untuk diserahkan kepada Satim tetapi sekadar untuk memberitahu YB Satim yang merupakan Naib Ketua Pembangkang Selangor mengenai isu tersebut. Memang sudah ada bukti pun, tetapi sengaja dimanipulasikan oleh si Teressa Kok dengan mengakui surat ini wujud tetapi diletakkan dibawah artikelnya. Dia berpendapat ramai orang hanya akan membaca sebahagian sahaja artikel ini dan terus percaya kepadanya.
Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk, saya akan minta bantuan daripada YB Datuk Dr Hasan Ali, iaitu exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, ataupun pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor, dan bukannya Satim.
Ulasan: Saya yakin Hassan Ali sudahpun menerima petisyen ini tetapi seperti biasa dia tidak akan berbuat apa-apa untuk membela agama Islam demi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat dan jawatan exconya. Ini terbukti apabila Hassan Ali yang begitu lantang menentang pembinaan kandang babi Mega di Sepang menyokongnya. Begitu juga dalam isu tempat perjudian dan kilang arak, semuanya kini disokong kuat oleh Hassan Ali. Dalam isu ini pun saya yakin dia akan berdiam diri dan menyokong Teresa Kok seperti yang diarahkan.

Satim Gagal Menunjukkan Bukti
Saya minta pemberita yang menanya komen saya tersebut untuk minta surat yang dikatakan ditulis oleh saya daripada Satim, tetapi pembantu Satim gagal menunjukkan bukti tersebut kepada pemberita akhbar Bahasa Malaysia tersebut. Kegagalan menunjukkan bukti tersebut menunjukkan kesemua tuduhan yang disebarkan dalam email dan pemimpin UMNO Selangor tersebut merupakan pembohongan yang besar.
Ulasan: Sebenarnya bukan YB Satim yang menyiarkan isu ini tetapi banyak blog-blog pro Melayu dan Islam. Sekali lagi, Teresa Kok harbi cuba menyalahkan UMNO yang menyebarkan perkara ini. Surat itu memang benar-benar wujud dan diakui sendiri oleh Teresa Kok setelah kantoi dengan pengundi daripada kawasan Kinrara yang fakskan semula surat petisyen tersebut.


Kes Aduan Tentang Azan di Kondominium di Bandar Tun Razak
Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, saya pernah menerima aduan daripada penduduk bukan Islam di sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak berkenaan dengan bunyi azan yang terlalu kuat pada awal pagi. Saya terpaksa bercampur tangan dalam isu tersebut kerana ia telah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam. Pada waktu itu, saya minta bantuan daripada pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan dan kami pernah mengadakan satu dialog di antara penduduk yang beragama Islam dan bukan Islam di kondominium tersebut secara bersama. Akhirnya, isu di kondominium itu diselesaikan dengan bantuan daripada Pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan.
Ulasan: Nampaknya ini bukan kali pertama Teresa Kok menjadi juara dalam kes sebegini. Jika dahulu tanpa apa-apa kuasa (belum menguasai Selangor), dia sudah berani untuk mencampuri urusan agama Allah ini. Saya tidak hairan jika Teresa Kok cuba “test power” dengan menjadikan isu ini lebih besar selepas menjawat exco kanan Selangor (merangkap Menteri Besar sebenarnya). Bagaimanakah yang dikatakan Teresa Kok berjaya “menyelesaikan” isu ini. Saya yakin dia “berjaya” menyelesaikannya dengan mengarahkan Surau itu memperlahankan laungan Azan jika tidak orang bukan Islam dan Teresa Kok sendiri tidak akan anggap isu itu “berjaya diselesaikan”.
Saya tidak memanggil sidang akhbar ataupun menggalakkan pengadu di kondominium berkenaan untuk membuat apa-apa petisyen, dan pergaduhan di kondominium tersebut diselesaikan secara “low key” sahaja.

Penduduk Yang Membuat Petisyen Hantar Faks Kepada Saya
iii) Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.

Ulasan: Lihatlah akhirnya ternyata si Teresa Kok ini terjerat oleh permainan politik kotornya sendiri. Surat ini benar-benar wujud tetapi si kafir harbi ini “terlupa” akan kewujudan demi menjaga karier politiknya. Kenapa disiarkan dibahagian bawah artikel, pengakuan yang amat penting ini? Satu lagi cubaan untuk memanipulasikan fakta oleh kafir harbi ini.
Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk ”acknowledge receipt” dengan cop pejabat saya dalam surat mereka. Tetapi adalah jelas bahawa surat petisyen mereka kepada Satim bukan dibuat atas surat kepala pejabat saya.

Ulasan: Cara mudah untuk mengelakkan diri terbabit dengan isu ini ialah dengan menyalahkan bekas pembanti pejabatnya. Jika sudah dicop “acknowledge receipt” tak kan surat ini tidak pernah sampai ke pengetahuan Teresa Kok? Isu ini isu besar dan sensitif sudah tentu perkara ini tidak mudah terlepas pandang oleh Teresa Kok. Memanglah tidak menggunakan surat kepala pejabat si Teressa KOk babi ini kerana dia memang pandai untuk menyembunyikan fakta. Tujuan penduduk yang membantah tentang bunyi azan untuk hantar ke pejabatnya ialah untuk membuktikan bahawa mereka sudah hantar surat petisyen bantahan itu seperti yang diarahkan oleh Teresa Kok.

Perbuatan UMNO Selangor Sangatlah Keji
Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini. Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam.

Perbuatan pemimpin UMNO Selangor ini adalah amat keji. Bukankah sekarang bulan Ramadhan, bulan suci? Bukankah mereka sebagai penganut agama Islam sepatutnya kuat bersembahyang dan bertaubat ke atas perbuatan mereka yang lepas? Apakah mereka masih mereka tuduhan yang bukan-bukan dan pembohongan terhadap saya ini bertentangan dengan ajaran Islam dan bulan Ramadhan?
Ulasan: Tak usahalah cuba memainkan isu untuk membuat orang membenci UMNO. Bukan mereka yang memulakan isu ini tetapi Teresa Kok yang memulakan isu ini dan cuba mengalihkan perhatian daripada isu asal seperti yang selalu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Sudah jelas lagi bersuluh kerana ini bukan kali pertama DAP cuba memainkan isu azan ini seperti dalam screenshot yang saya ambil daripada laman blog Teressa Kok yang tersiar pada tahun 2006 lagi.
Saya amat menghormati orang Islam yang berpuasa dan berpegang kuat ke atas ajaran agama mereka. Saya selalunya berdoa bersama dengan rakan kerja yang beragama Islam apabila membuat doa Al-Fatihah sebelum bermulanya mesyuarat dan sebelum makan, kerana saya juga percaya pada Tuhan yang Maha Kuasa dan Pencipta kita yang mengadili kita dalam dunia ini dan pada Hari Akhirat.

Ulasan: Bacaan al-Fatihah dan sebelum memulakan mesyuarat sudah lama dilakukan sejak kerajaan terdahulu kerana Islam adalah agama rasmi Malaysia. Mungkin apa yang cuba dimaksudkan oleh Teresa Kok ialah dia tidak cuba menghentikan budaya ini maka dia menghormati agama Islam. Cubalah Teresa Kok hentikan budaya membaca al-fatihah dan doa ini kalau anda berani!!

Sejak bila Teresa Kok si kafir harbi ini menghormati agama Islam. Si pelahap daging babi inilah yang jadi juara ladang babi mega di Sepang. Dia jugalah yang meletakkan gambar lima ekor babi panggang diblognya sebagai menandakan kejayaan DAP harbi menguasai (membabikan) lima negeri tersebut. Jangan lupa pula, isu si anak dara tua yang cuba menghapuskan tulisan jawi. Dia juga memainkan isu perkauman kes orang Cina diarah berjalan itik secara bogel apabila pemeriksaan polis semasa ditahan reman. Bila terbukti orang tersebut orang Melayu, terus senyap sepi daripada diperjuangkan.
Peribahasa yang selalu digunakan oleh Orang Cina ialah “Tuhan ada mata”. Saya percaya Tuhan yang maha kuasa ini tengah melihat dan memantau apa yang berlaku pada kita semua. Saya juga percaya balasan dan hukuman Tuhan tentu akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab dan orang yang bohong.

Adalah lebih baik bagi Satim dan Khir Toyo untuk insaf dan bertaubat dalam bulan yang suci ini!!”

Thursday, September 25, 2008

Benar kata Dr M Melayu Mudah LUPA

Bila kita susah, makan pun tak cukup, kita terpaksa meminta bantuan kerajaan, kesana- kemari mancari sedara mara dan sahabat handai. Kita sanggup melutut di depan pegawai kerajaan agar dapat memberi bantuan biasiswa kepada anak-anak untuk bersekolah dan sedikit bantuan untuk menampung keperluan harian. Itu, 50 tahun yang lalu, di mana rata-rata orang Melayu adalah petani & nelayan. Ramai yang miskin dan daif.

Kini, ramai orang Melayu telah bertaraf professional. Golongan pertengahan telah melebihi golongan miskin. Shopping complex telah tumbuh bak cendawan, menandakan kemampuan membeli yang telah tinggi.

Kini telah ramai yang mampu bersekolah dengan tanggungan keluarga sendiri tanpa mengharapkan biasiswa. Selepas tamat pengajian, ada yang berkerja secara professional dengan firma swasta & bukan kerajaan.


Kini kita mula mendengar perkataan ‘meritokrasi’, hapuskan DEB dan hak sama rata antara kaum. Sedihnya bila ianya datang dariipada golongan Melayu Profesional. Yang merasakan apa yang memreka kecapi sekarang ini adalah hasil usaha sendiri, tanpa ada apa-apa bantuan daripada kerajaan.

Golongan ini juga tidak memerlukan tender-tender karajaan untuk mencapai tahap mereka sekarang. Kini masing-masing mempunyai idealogi dan pemahaman politik yang tersendiri. Ramai juga yang leka dengan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan keadaan semasa.

Apabila harga barangan keperluan mula naik, semua orang mula naik angin, kerana terasa seperti mereka telah di rompak. Kerajaan kurang pandai. Masing-masing mula menunding jari kepada kerajaan, mereka mula mempunyai teori tersendiri untuk sebuah kerajaan yang sempurna.

Kerajaan sedia ada sudah tidak releven, mula timbul idea untuk menubuhkan kerajaan baru, walaupun YB nya lessen memandu pun tak ada, tak reti berbahasa Melayu pun, tapi kerana dia seorang jurukemera yang cekap (correct, correct, correct…) tak mengapa, janji ianya kerajaan baru.

Kerana kepintaran orang Melayu ini, kini Melayu terbahagi kepada beberapa pecahan, UMNO kem A (yang berjawatan), UMNO kem B(kurang berjawatan/tidak cukup jawatan), Reformasi (golongan taksub), PAS (golongan yang anggap mereka paling beriman) dan golongan yang tak ambil POT.

Masing-masing sanggup mati untuk memperjuangkan idealogi mereka. Ia macam satu pertandingan pula. Apa objektif akhir yang ingin dikecapi disebalik idealogi ini pun agak kabur di pandangan mereka, tetapi yang penting untuk jangka pendek, kalau idealogi ini diterima pakai, maka satu kemenangan bagi mereka.

Contoh mudah ialah, Pak Lah kena lepaskan jawatan. Siapa yang akan mengganti, kita pikir kemudian. Perioriti jangka pendek ialah untuk jatuhkan Pak Lah dulu. Short term thinking cam nie lah yang memburukkan lagi keadaan.

Persoalannya ialah, apa yang ingin kita capai untuk idealogi2 ini. Adakah selama ini kita merempat, tak cukup makan? Setahu saya, sejak 50 tahun yang lepas, kita hidup aman makmur dan keadaan ekonomi yang semakin lama semakin baik.

Adakah hanya kerana harga tol dan harga keperluan meningkat, kerajaan baru perlu di wujudkan. Adakah kerajaan sekarang ini kurang berkemampuan untuk memenuhi kehendak rakyat? Adaka sebegitu kejam kerajaan dan menteri2nya yang tidak langsung peduli akan kehendak rakyatnya? Adakah kita telah mengalami penindasan yang dahsyat sehingga ramai yang mati kebuluran, sehinggakan sebuah kerajaan baru perlu diwujudkan?

Wednesday, September 24, 2008

JANGAN SAMPAI MELAYU KENA BULI

Jika ditanya sekarang ini kepada orang bukan Melayu, apa kuasa yang ada pada orang Melayu? Jawab mereka orang yang berkulit sawo matang ini adalah pemerintah kerajaan, kakitangan awam, polis, tentera, pihak yang ada kuasa penguatkuasaan dan suka menyaman orang. Pada mereka golongan ini tidak memberikan keadilan kepada mereka kerana yang menguatkuasakannya adalah majoritinya orang Melayu.

Sedangkan undang-undang tidak mengenal warna kulit, bangsa dan agama. Yang salah tetap salah. Cuma pelaksana undang-undang dan peraturan adalah kebanyakkannya orang Melayu, persepsi mereka orang Melayu sering menyalahgunakan kuasa untuk menindas kaum lain.

Tanyalah peniaga haram VCD, pekedai yang meletakkan barangan di kaki lima kedai, pemandu yang sering melakukan kesalahan jalan raya dari kaum lain, mereka akan mengutuk “kerajaan” kerana mengambil tindakan undang-undang atau saman terhadap mereka. Pada mereka saman yang dikeluarkan oleh bangsa asing daripada mereka adalah suatu diskriminasi kaum, kononnya. Padahal apabila mereka di saman membuang sampah di Singapura atau menahan teksi bukan di tempatnya di Hong Kong, tidak pula mereka “mengutuk” petugas yang mengeluarkan saman. Ini kerana petugas itu sama bangsa dengan mereka dan takut pula sehingga tergesa-gesa membayar saman.

Ironinya keadaan sebegini telah lama berlaku. Mereka benci kerajaan kerana sering mengganggu kerja harian mereka terutamanya peniaga yang menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang dan peraturan. Secara langsungnya mereka telah di tanam membenci Melayu juga kerana dalam benak otak mereka kerajaan itu Melayu dan Melayu itu kerajaan.

Kini, mereka semakin berani menonjolkan kemarahan mereka terhadap kerajaan apabila pembangkang semakin kuat dalam penguasaan kuasa sama ada di parlimen ataupun dewan undangan negeri. Pada mereka 82 kerusi pembangkang di parlimen, menang hampir semua kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan memerintah 5 negeri di Semenanjung telah menyemarakkan lagi penonjolan secara terbuka sikap anti kerajaan dan anti Melayu secara langsungnya.

Mereka menjadi “syok” apabila ditambah dengan petualang orang Melayu sendiri yang sanggup menggadai maruah dan ketuanan Melayu dengan menjadi jurucakap kepada orang bukan Melayu untuk mempertikaikan hak keistimewaan kaumnya sendiri.

Pemimpin PKR seperti Khalid Ibrahim bolehlah kita lebelkan sebagai “orang Melayu murtad” yang tidak sedar diri dan sudah pun menjadi seperti kacang lupakan kulit. Jelas sekali orang Melayu di dalam PKR kini menjadi “barua” kepada DAP. Bukan suara Khalid yang sebenarnya untuk memberi cadangan di buka kuota 10 % kepada kaum lain untuk menuntut di UiTM.

Akibat tamak dan gelojoh kuasa supaya ingin kekal sebagai pemimpin negeri, Khalid sanggup lakukan apa sahaja arahan daripada DAP terutamanya Ronnie Liu. Sanggup juga menjual orang Melayu demi menjamin jawatannya sebagai Menteri Besar. Sanggup juga menghina orang Melayu sendiri semata-mata kepentingan politiknya yang seakan-akan memperlihatkan beliau sendiri sudah bukan orang Melayu.

Golongan penentang secara senyap ini semakin membara anti Melayunya apabila dengan secara tiba-tiba beberapa pemimpin kaum bukan Melayu mula mengkritik kerajaan dan orang Melayu secara terbuka. Sifir di sini cukup mudah – kerajaan itu Melayu, Raja itu Melayu dan UMNO itu Melayu. Lebih naik tocang golongan penentang senyap ini ialah apabila pemimpin bukan Melayu dari komponen Barisan Nasional(BN) sendiri yang tewas dalam pilihan raya dan yang menang tetapi tidak di pilih menganggotai kabinet mula melakukan “serangan terbuka” kepada pemimpin kerajaan dan UMNO.

Ong Ka Ting telah mula mengutuk orang Melayu dan Tengku Mahkota Kelantan apabila satu perhimpunan untuk menyatupadu dan memperkasakan Melayu dikatakan cuba menimbulkan sentimen anti perpaduan. Ketuanan Melayu mula dicabar dan sudah berani bangsa asing mempertikaikannya. Salahkah orang Melayu bermuhasabah dan mencari formula untuk bersatu sesama mereka dan di tanah airnya sendiri?.

Samy Vellu dengan lantang mengutuk Dr. Mohamad Khir Toyo kerana beliaulah menyebabkan orang India mengundi pembangkang kerana isu merobohkan kuil Hindu. Yang hairannya kenapa semasa di dalam kerajaan perkara ini tidak diutarakan?. Sungguh mudah menuding jari untuk menyalahkan UMNO yang menyebabkan prestasi partinya merosot. Malah beliau mendesak kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindraf yang di tahan di kem Kemunting dengan alasan yang berbaur perkauman.

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan pula dengan lantang dan berani mencampuri urusan rumah tangga UMNO dengan menghina UMNO dengan tuduhan orang UMNO asyik suka berebut jawatan dan kuasa sehingga berani mencadangkan UMNO menukar pecuk pimpinan parti.

Apakah sudah ada suatu pakatan sulit oleh pihak tertentu untuk melupuskan Melayu dari negaranya sendiri? Kuasa ekonomi, golongan profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan akauntan sememangnya sudah dikuasai oleh bukan Melayu. Malah pemilikan hartanah terutamanya di bandar sudah lama dikuasai oleh bangsa asing. Apakah sudah ada gerakan sulit orang bukan Melayu tanpa mengira parti di pihak kerajaan atau pembangkang, untuk menguasai kuasa politik pula?.

Perkara ini sebenarnya tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Dalam suasana politik negara masa kini, tidak mustahil aspek politik yang satu-satunya dikuasai oleh orang Melayu akan terhakis sedikit demi sedikit. Jika diambil kira 60 peratus penduduk Malaysia adalah orang Melayu, secara mudahnya keanggotaan ahli parlimen yang seramai 222 orang itu semestinyalah lebih kurang 133 orang ahli parlimen dari orang Melayu. Keputusan pilihan raya 2008 menunjukkan ahli parlimen orang Melayu hanya seramai 124 orang sahaja iaitu termasuk dari parti UMNO, PKR, PAS dan parti dari Sarawak. UMNO sebagai tonggak pejuang orang Melayu hanya ada 78 kerusi sahaja. Bayangkan semua ahli parlimen bukan Melayu bersatu dan termasuk “pak turut DAP” orang Melayu dari PAS dan PKR menentang UMNO, apa akan jadi kepada negara dan bangsa Melayu? Sebenarnya suara jati orang Melayu iaitu diwakili oleh UMNO di parlimen hanyalah 35 peratus sahaja dari keseluruhan ahli parlimen. Fikirkanlah.

Atas perkiraan sebegitulah ahli politik bukan Melayu semakin lantang menghina UMNO dan orang Melayu kerana mereka tahu orang Melayu sudah tidak kuat dalam kuasa politik. Pada mereka orang Melayu di dalam PAS dan PKR tidak boleh berbuat apa-apa kerana terikat dengan paksi Pakatan Rakyat yang didominasi oleh DAP. Lebih-lebih lagi mereka sedang kemaruk kuasa terutamanya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Siapa sebenarnya Menteri Besar Selangor dan Perak kalau bukan DAP?

Akibat idelogi dan janji pakatan untuk menang dalam pilihan raya yang lalu, PAS dan PKR sebenarnya tersepit dalam konteks membela orang Melayu. Kerana rakus berpolitik , mereka sanggup mengenepikan dan melupakan bahawa diri mereka adalah orang Melayu. Yang untung adalah DAP sebenarnya. Lebih parah lagi PKR sendiri yang kononnya parti berbilang kaum (tetapi sebenarnya lebih mirip kepada parti Melayu) mula memeningkan kepala pemimpinnya apabila ramai calon bukan Melayu menang di dalam pilihan raya. PKR juga risau jika ahli bukan Melayu mula menguasai parti.

Hebatkan orang Melayu berpolitik sehingga sanggup menelan jadam walaupun rakan pakatan mereka sudah boleh menghina, mencerca, mengutuk, mencampuri hal rumah tangga orang Melayu dan malah menghina Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Tanpa mengira UMNO, PAS atau PKR, mereka semuanya sama sahaja kerana sikap orang Melayu sendiri yang terlampau berbudi bahasa, terlampau berlebih kurang, terlampau bersikap tidak apa dan terlampau sangat mengambil hati orang bukan Melayu sehingga bangsa lain sudah boleh memijak kepala orang Melayu.

Akibat percaturan politik orang Melayu sendiri, Karpal Singh dengan bangganya mengadakan sidang media di Parlimen dengan duduk di kerusi roda dan berlatar belakangkan Jata Negara Malaysia, telah secara bongkak, ego dan sombongnya mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan campurtangan istana dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, selang sehari sahaja beliau turut mempertikaikan titah Yang Di Pertuan Agong semasa upacara perasmian persidangan parlimen penggal yang ke 12. Mengapa Karpal Singh berani berkata-kata sebegitu?. Jawabnya beliau sudah tahu kuasa politik orang Melayu semakin lemah dan berpecah belah. Beliau tahu orang Melayu dalam PKR akan diam seribu bahasa. PAS pula akan memutar belitkan fakta dan akan mengaitkan Islam dan pegangan anti nasiolismenya. Itu sememangnya kerja mereka tanpa mempedulikan hak keistimewaan, ketuanan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Apabila orang bukan Melayu mula mengungkitkan kuasa Raja-Raja Melayu, apa reaksi kita sebagai orang Melayu?. Di sini jelas menunjukkan walaupun sultan sebagai ketua negeri dan jajahan takluknya, orang bukan Melayu sekarang ini langsung tidak peduli. Jika pemimpin politik mereka boleh berkata sebegitu, bayangkan golongan bawahan apa pula kata mereka yang semestinya tidak ditapis ayatnya dan malah lebih hina dan provokasi sekali ungkapan mereka.

Mungkin secara kebetulan sebaik sahaja tamat Kongres Permuafakatan Melayu di Persada Johor pada 2 Mei hingga 4 Mei lalu, maka perbagai isu mula dibangkitkan. Apakah bukan Melayu cemburu apabila Melayu bersatu? Apakah hak mereka untuk mencampuri urusan dalaman orang Melayu sehinggakan majlis perpaduan dan perbincangan orang Melayu pun hendak dipertikaikan?

Salah kita sendiri kerana sebelum ini orang Melayu terlampau toleransi dengan bangsa lain dengan kata-kata “tak apa..kita negara berbilang kaum..mestilah saksama”. Akibatnya orang Melayu secara keseluruhan telah mula dihina, dicerca dan dipertikaikan pula hak ketuanan orang Melayu dan melindungi hak orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Malah isu menghunus keris oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut dipertikaikan. Apakah keris sebagai lambang kekuatan, tradisi dan sejarah Melayu pun boleh dipertikaikan?. Sungguh malang sekali. Lebih malang lagi orang Melayu sendiri memohon maaf kepada bangsa lain secara terbuka untuk menutup isu keris yang kononnya menjadi suatu isu besar semasa pilihan raya lalu? Apakah benar besar isu tersebut ataupun takut dengan bayang-bayang sendiri kerana terlalu taksub mengamalkan toleransi dalam kepartian sehingga sanggup melukakan hati orang Melayu?. Kita hendak hunus ke, nak asap kemiyan ke keris tersebut, mengapa pula cepat melatah?. Sedangkan upacara tersebut sudah lama berlaku dan berlangsung di dalam “rumah UMNO’ sendiri iaitu di PWTC bukannya di dewan MCA. Terlampau sangat bertolak ansur sehingga bangsa lain hilang hormat kepada orang Melayu.
Segala yang keji dan buruk sebenarnya sudah berlaku kepada orang Melayu. Yang belum lagi ialah dibuli, disiksa dan dihalau dari tanah airnya sendiri. Apakah orang Melayu baru hendak bersatu apabila perkara tersebut berlaku?. Mungkin sudah terlambat umpama nasi menjadi bubur. Tetapi masih belum terlewat jika kita benar-benar ikhlas untuk bersatu dengan menolak segala idealogi politik dan mesti bebas unsur peribadi.

Melayu boleh perkasa jika amalan turun temurun iaitu “perasaan hasad dengki” dihapuskan dari sanubari setiap insan yang bergelar orang Melayu. Kekalkan institusi raja sebagai lambang dan payung keutuhan jatidiri dengan pengekalan tradisi orang Melayu.

Ketepikan ego dan bongkak disamping musnahkan tamak dan haloba untuk berjaya dalam kehidupan. Sandaran kepada bangsa lain perlu dihapuskan kerana Melayu boleh berdikari jika mental kita terbuka dan kuat semangat keMelayuannya. Pedulikan apa yang hendak diperkatakan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang, Samy Vellu, Ong Ka Ting dan lain-lain. Orang Melayu mesti sanggup melakukan revolusi mental dirinya sendiri. Gerakkan semboyan untuk mengejutkan orang Melayu yang masih tidur dan dibuai mimpi. Padukan tenaga membimbing generasi muda agar mengenal siapa sebenarnya bangsa mereka yang bernama Melayu agar mereka tidak hanyut akibat pengaruh kemodenan suntikan pemusnah ala “penghapusan etnik” secara saraf dan materialistik.

Mungkin kata-kata Al Marhum Pak Hamka “Mereka tahu kelemahan kita dan tidak susah untuk memusnahkan kita. Hanya jihad bangsa dan agama sahaja yang boleh mengagungkan kita”, boleh diambil panduan sebagai pemula gerak perpaduan Melayu untuk menjamin ketuanan, hak dan keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun

Tuesday, September 23, 2008

Mencari Lailatul Qadar

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,
[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]


2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).

Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).

Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya - engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).
Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram

Kesimpulannya:
Jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”

Monday, September 22, 2008

Kadang-kadang Kita Baru Tersedar, Kita Lupa Sejarah

Anuar Hj Safian
Penulis terpanggil untuk juga membicarakan tentang apa yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang dalam isu hangat yang diperkatakan ketika ini berkaitan dengan orang Cina adalah menumpang dalam negara ini dan tidak boleh memiliki hak samarata dengan orang Melayu.


Bagi penulis isu ini, sama ada ianya telah dimanipulasikan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh atau dipermainkan oleh anggota parti Gerakan atau sengaja diperbesarkan oleh parti lawan dan pembangkang kerajaan itu tak penting.


Yang penting ialah fakta dan sejarah yang nak diluahkan oleh Datuk Ahmad sendiri selaku pemimpin bahagian dan pemimpin yang berada di dalam sebuah negeri yang dipimpin oleh orang bukan Melayu sejak begitu lama.


Kadang-kadang kita juga harus menghormati apa yang ditafsirkan sebagai luahan dari hati kecik sendiri yang telah lama berlegar-legar diminda Datuk Ahmad.


Dan mungkin kita mengambil satu peluang untuk berfikir sejenak tentang apakah yang dikatakan oleh Datuk Ahmad itu ada betul atau tidaknya di dalam arus politik adu domba semasa yang penulis kira orang bukan Melayu sedang mencari kelemahan di atas kedudukan semasa yang tidak menentu.


Memang mengikut sejarah sepertimana yang terkandung di dalam buku bertajuk "The Asian Godfathers, Money & Power in Hong Kong and Southeast Asia" tulisan Joe Studwell, mengatakan bahawa, "kedudukan Semasa ekonomi Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Hongkong adalah disebabkan dua faktor sejarah besar yang berlaku sejak kurun ke 18 iaitu penghijrahan dan kolonisma".


Di dalam buku tersebut ia mengatakan bahawa penghijrahan besar-besaran telah berlaku pada pertengahan abad ke 19 daripada tanah besar negeri Cina sehinggalah ke negara Asia Tenggara kerana dua faktor penting iaitu berlakunya perang candu yang berlaku 1839-42 dan di antara 1856-60 berlaku pembukaan pelabuhan kapal dagang wap di samping pembukaan pelabuhan baru kapal wap di Asia Tenggara.


Pembukaan perkhidmatan kapal wap daripada Haikou di Hainan ke Bangkok sebagai contohnya menyebabkan begitu ramai orang China yang berketurunan Hainese di Thailand pada masa ini.


Dan daripada pengamatannya mengikut sejarah jumlah ini telah meningkat disebabkan oleh pembukaan industri-industri baru yang berasaskan timah dan perladangan oleh Inggeris yang ternyata telah banyak mewujudkan pelan pola pendudukan baru kepada Orang Cina dan India dirantau ini.


Maka bagi penulis ini adalah bukan penemuan baru, dan semasa kemerdekaan terbentuk pun pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu pun sudah bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain di dalam PERIKATAN asalkan hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, bahawa Melayu dan agama Islam didalam negara ini tidak diancam.


Dan ini terbukti apabila pengasas MCA pada masa itu iaitu; Tun Tan Siew Sin, mengakui semangat toleransi UMNO untuk mewujudkan negara ini bersama-sama PERIKATAN melalui kata-katanya kepada Tunku;


"Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemulian dan sikap tolak ansur pemimpin-pemimpin UMNO, lagipun ini juga adalah isu-isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu, mereka masih boleh bertolak ansur dan perpandangan jauh".


"Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan-rakan telah menunjukkan keihklasan yang tidak berbelah bahagi semasa melalui ujian getir itu, anda telah membuktikanya dengan tindakan anda, kami semua tidak mampu meminta lebih dari itu".


Oleh yang demikian kita semua harus sedar bahawa pemimpin-pemimpin dahulu adalah dari mereka yang sedar tentang diri dan kedudukan mereka dalam masyarakat negara ini, tetapi pada hari ini kita berdepan dengan pemimpin yang tidak sedar lagi akan kedudukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.


Dan sebagai tambahan kepincangan politik sedia ada, kita juga sudah mulai terhakis untuk memiliki kriteria dan ciri-ciri kepimpinan bersuara seperti Datuk Ahmad Ismail dalam UMNO dan Kerajaan.
Maka sedarlah.. ambo pun baru khaba...bekalih..


Penulis Adalah Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian

ANWAR a Desprado politik


(Apa yang dibangga sangatkah Anwar nak menjadi hero bangsa lain dalam pada masa yg sama menipu Bangsa Melayu)
Dia kemarok sokongan sampai ketepikan Hak Orang Islam Dan Melayu…..Meludah bangsa sendiri bila turun berarak bertemu Kumpulan HINDRAF di Padang Jeti Kelang selepas pemimpin HINDRAF dibebaskan dari Mahkamah pada 26 NOV 2007.

(Aku tipu Melayu, aku tipu India, aku tipu Cina, aku tipu Iban, aku tipu Kadazan...janji aku jadi PM!)

Tahukah anda antara tuntutan HINDRAF,“Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu”….Mana prinsip Anwar????


Sentimen Cina, India cetus keresahan kaum
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memainkan sentimen amat berbahaya dengan menimbulkan pelbagai isu berbentuk spekulasi seolah-olah melakukan 'tawar-menawar' dengan masyarakat Cina dan India untuk meraih simpati bagi mencapai impiannya untuk berkuasa. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan lepas satu isu satu isu lain, macam dalam drama, plot demi plot, sedangkan semua itu hanya spekulasi politik.
"Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum. Semua kaum seharusnya mematuhi hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui ketika kemerdekaan," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan slogan politik Anwar yang memainkan sentimen orang Cina dan India supaya meruntuhkan keharmonian serta kemakmuran yang dibina kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, berikutan sentimen yang dimainkan Anwar itu, wujud persepsi rakyat bahawa kerajaan BN lemah, sedangkan BN sudah mentadbir dengan baik. "Kalau BN benar-benar lemah, keadaan kewangan tidak stabil dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak cekap mentadbir negara, bagaimana kerajaan boleh mengumumkan bajet yang begitu pemurah dan menyenangkan tahun demi tahun sejak 2004?" katanya
"Mereka nak guna blog dan internet untuk ajar kita mengenai peralihan kepemimpinan dan kuasa. Sangat malang kerana kebanyakan rakyat terlalu mempercayai kandungan bahan dalam blog sedangkan di Amerika Syarikat, rakyat negara itu menyiasat dulu butiran dalam blog dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam, berkata Anwar jelas bermain sandiwara selama ini yang bukan saja menggugat hubungan kaum, malah menjejaskan ekonomi negara. "Permainan politik Anwar sangat bahaya dan tidak bertanggungjawab.
Saya minta orang ramai terutama masyarakat India tidak terpengaruh dengan pembohongan beliau," katanya. Bagaimanapun, beliau yakin sokongan masyarakat India terhadap BN akan terus kukuh dan segala tembelang Anwar akan terbongkar.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, berkata cara politik yang berbaur perkauman sangat berbahaya terutama di Malaysia yang memiliki rakyat majmuk. "Anwar terus menerus menggugat keamanan negara dan bermain dengan emosi rakyat.

Sunday, September 21, 2008

Jangan Padam Fakta Sejarah


(Tulisan di bawah ini adalah satu pandangan ikhlas dari seorang pemuda Cina yang begitu jitu dan terbuka pemikirannya. Fakta yang diberikan cukup bagus. Artikel ini ditujukan kepada pembaca yang buta sejarah dan yang semborono mengeluarkan kata-kata apabila berbicara persoalan perkauman di Malaysia)

PRESIDEN MCA, Datuk Ong Ka Ting berkata, sebab utama komuniti Cina berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang menganggap mereka sebagai pendatang adalah kerana "nenek moyang mereka telah berkorban untuk negara ini lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan."

Saya tidak pasti sama ada boleh bersetuju dengan pendapat Ka Ting itu. Sebagai generasi muda keturunan bukan Melayu saya ragu-ragu dengan kebenaran kenyataan itu. Benarkah nenek moyang kita telah berkorban untuk negara ini melalui kerja keras setelah berhijrah dari benua China ke Malaysia, dulunya Tanah Melayu?

Atau kerja keras yang dilakukan itu adalah pengorbanan untuk membebaskan diri mereka daripada kehidupan yang melarat sewaktu berada di negara asal mereka sehingga ada antara kita menjadi kaya raya dan tidak mahu lagi balik ke China atau India atau Indonesia?
Sebagai pelajar sejarah, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa nenek moyang saya yang datang ke negara ini bekerja siang malam bukan sangat ingin berbakti kepada Tanah Melayu, seperti yang didakwa oleh Ong Ka Ting, tetapi lebih untuk memajukan diri supaya kesengsaraan kehidupan mereka sebelum itu berjaya diatasi.

Pengamatan ini saya buat setelah membaca buku V. Purcell berjudul Chinese in Malaya. Dalam buku itu, pengarang Inggeris itu antara lain merumuskan, " in Malaya their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible ."
Menurut Purcell, matlamat Inggeris membawa pendatang asing China dan India adalah untuk memeras kerajinan mereka bekerja bagi meraih keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Tidak tertulis - secara tersurat atau tersirat yang pendatang China itu dibawa ke Tanah Melayu untuk memberi pengorbanan bagi membangunan negara ini.

Dengan kata-kata lain, kedatangan komuniti dari China ke negara ini bukan untuk berbakti untuk Tanah Melayu seperti yang didakwa oleh Kah Ting tetapi untuk meneroka atau malah memeras kekayaan negara Melayu ini, membuat sebanyak mungkin kekayaan pada waktu yang singkat, kemudian hidup untuk senang lenang di negara asal mereka.

Ka Ting dan warga Malaysia keturunan Cina yang lain patut menerima hakikat itu, bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan untuk menyedapkan hati masyarakatnya dengan menolak hakikat sejarah. Usahlah kita menipu sejarah atau menggunakan sejarah sebagai expidient politik untuk menghalalkan tentangan kita terhadap persetujuan asas yang telah kita capai sewaktu negara ini mencapai kemerdekaan.

Fakta
Benar, generasi keturunan pendatang itu sekarang mungkin sudah menjadi warga negara Malaysia. Tetapi kita tidak akan dapat memadamkan fakta bahawa warga Malaysia keturunan Cina adalah berasal usul pendatang. Apa yang saya tahu tidak ada antara mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dulu dengan niat untuk berkorban membangunkan Tanah Melayu. Mereka datang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Setelah menemuinya, mereka membuat keputusan untuk tinggal terus di sini.

Tuan rumah pula bersetuju untuk mengiktiraf mereka bukan sebagai penumpang, tetapi sebahagian daripada warganya. Alangkah bertuahnya kita. Kalau orang luar berhijrah ke negara China, mereka belum tentu lagi diberi layanan yang sama.

Lihatlah bagaimana pihak berkuasa China melayan komunis Melayu yang tinggal dalam buangan di negara China. Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Beijing, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai warga negara. Mereka dilayan seperti sampah.

Akhirnya, pejuang komunis seperti Musa Ahmad, Khadijah Sidek dan ramai lagi terpaksa pulang ke Malaysia kerana berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China walaupun mereka pernah berjuang untuk kepentingan ideologi yang sama.

Lantaran usahlah kita emosional kerana hakikatnya warga keturunan bukan Melayu memang bangsa luar dari alam Melayu ini. Cuma status kita sudah bertukar yang memberi kita hak untuk menetap di negara ini, sama seperti yang dimiliki penduduk pribumi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bernaung di bawah kepimpinan Melayu, dulunya Raja-raja Melayu sekarang UMNO. Kita dibenarkan membuat kekayaan mengatasi orang Melayu itu sendiri. Alangkah beruntungnya kita.

Jadi bagi saya sebab yang lebih munasabah mengapa orang Cina di Malaysia patut berang kalau dianggap sebagai pendatang bukan kerana nenek moyang kita pernah berkorban untuk Tanah Melayu, tetapi kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia. Sebagai warga negara tentulah tidak kena jika label pendatang dipakai untuk kita.

Hak-hak kita sebagai warga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tentulah tidak ada jaminan yang lebih kudus daripada apa yang terkandung dalam undang-undang utama negara itu. Tiada siapa yang boleh menarik balik atau membatalkan apa yang tercatat di dalamnya.

Bagi saya apa yang saya pasti ialah pemberiaan kewarganegaraan kepada penduduk imigran Cina secara liberal berdasarkan prinsip jus soli adalah satu lagi bukti hasil kemurahan hati pemimpin Melayu pada 1957 telah membolehkan kita tinggal di bumi Melayu tanpa berasa takut diusir ke tempat lain. Kita hendaklah menjadi manusia yang tahu mengenang budi kerana dengan satu coretan pena, 1.5 juta penduduk imigran telah menjadi warga negara Tanah Melayu. Jika tidak, datuk nenek kita kita dulu mungkin menjadi orang tanpa warga negara. Bayangkan kesusahan yang akan kita alami.
Atau jika tidak besar kemungkinan nenek moyang kita terpaksa balik ke negara China dan kita tidak ada hak untuk tinggal di negara yang bernama Malaysia ini.

Bagi saya pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli ini adalah hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kita menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.

Warga Malaysia keturunan Cina patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, marilah kita akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Marilah kita belajar untuk menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.
GENERASI MUDA REALISTIK Shah Alam