Saturday, March 14, 2009

Pilihan raya: BN umum calon tiga kawasan serentak

3 Calon BN:
Parlimen Bukit Gantang: Ismail Safian
DUN Bukit Selambau: S. Ganesan
DUN Batang Ai:


Parlimen Bukit Gantang:

Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan calon bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan serentak pada 7 April ini.


Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, BN akan diwakili oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagiannya, Ismail Saffian.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berkenaan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat sini hari ini.


Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.


Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.


Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan.


"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.
Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.


Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.


Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lepas.


Pada pilihan raya umum lepas, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.


Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lainlain pengundi 0.4 peratus.


Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang dan pada pilihan raya umum lepas BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.


DUN Bukit Selambau:
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.


Pemilihan Ganesan, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, diumumkan Timbalan Perdana Menteri hari ini, beberapa jam selepas beliau mengumumkan Ismail Saffian sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.


Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal bulan lepas.



DUN Batang Ai
Bagi DUN Batang Ai, Barisan Nasional Sarawak memilih Malcolm Mussen anak Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak sebagai calon.


Bagaimanapun, calon yang dipilih itu perlu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mesyuarat parti-parti komponen BN Sarawak hari ini.


"Kami sebulat suara telah memperakui calon Parti Rakyat Sarawak (PRs) bagi kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di sini hari ini.


Taib, yang juga pengerusi BN negeri, enggan mendedahkan nama calon itu, menyatakan ia akan diserahkan kepada perdana menteri untuk kelulusan dan dijangka diumumkan pada Isnin.


Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing mengesahkan PRS telah mencalonkan Malcom Mussen Lamoh, 49, jurutera di Jabatan Pertanian, sebagai calon BN bagi Batang Ai.


Bapa kepada tiga cahaya mata, Mussen merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pembuatan Sistem Kejuruteraan dari Universiti Warwick dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian) dari Univerisiti Putra Malaysia (UPM).


Kerusi Batang Ai kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lalu selepas berada dalam keadaan koma akibat serangan angin ahmar selama sembilan bulan.


Dalam pilihan raya negeri pada Mei 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.


Pada pilihan raya negeri Sarawak 20 Mei, 2006, BN memenangi 62 daripada 71 kerusi.DAP menang enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua dan calon Bebas di satu kerusi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi ketiga-tiga kawasan pada 29 Mac dan hari pengundian pada 7 April, jika ada pertandingan.

PAS Yang Lesu lagi Bercelaru

Luahan hati penyokong PAS. Pahit tapi mmg ada kebenarannya yg tidak mungkin dilihat. PR13 nanti rakyat akan menghukum PAS yang bertindak seperti sesumpah

Mungkin ramai yg akan melenting bila saya menulis artikel ini. Mungkin juga segelintir yg akan setuju dengan apa yg akan diperkatakan. Yang penting adalah, kenapa & tujuan saya menulis pendapat ini adalah utk menegur parti yg masih saya hormati iaitu PAS.

PAS YANG LESU
Lagi dua hari lagi genap 1 tahun PAS bersama2 PR meneraju 4 Negeri + 1 Bekas Negeri. Sebagai rakyat biasa kita perlu lihat balik apa yg telah dilaksanakan oleh PAS dlm merancanakan matlamat @ objektif parti tersebut.**Matlamat PAS ialah memperjuangkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalam nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH. **Pas mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Persoalannya sekarang di mana PAS dlm menegakkan perkara2 diatas sejak sama2 memerintah 4 Negeri + 1 Bekas Negeri tersebut. Adakah makin hampir @ makin jauh? Dimana janji2 utk menegakkan panji Islam di negeri2 yg dikuasai. Dimana usaha2 utk melaksanakan apa yg diungkapkan di ceramah2 seluruh negara sewaktu pilihanraya? Dimana janji utk menghapus @ mengawalnya arak, maksiat & judi apabila menguasai negeri? Dimana?


Di Parlimen
Jika kita lihat di Parlimen. Dahulu PAS adalah sangat 'vokal' bila isu2 melibatkan Agama & Bangsa dimainkan. Tetapi PAS sekarang bukan lagi PAS dahulu. PAS telah hilang taring & menjadi 'parti lesu' di Parlimen. PAS tidak lagi nampak berjuang bila mahupun dr segi agama @pun bangsa.


PAS juga dormant apabila bercakap mengenai isu lain seperti ekonomi, perundangan, kewangan & lain2.Disamping tiada idea2 & isu2 yg bernas dicadangkn, nama2 dalam MP DAP lebih senonim dgn kita daripada MP PAS sendiri. Sebagai contoh Siapa MP PAS Sik ?


Bolehkah kita berikan jawapan secepat mungkin ? Sehinggakan kita perlu meneliti dgn
lebih dalam internet baru boleh kita ketahui jawapannya. Kenapa ini berlaku ? Adakah pimpinan PAS di Parlimen ketandusan Idea, Lesu @ Ilmu utk diketengahkan @ menonjol di Parlimen.Untuk mengambil hati rakyat perang Persepsi adalah amat penting.


Ini yg menjadi strategi DSAI utk menonjolkn ahli2nya. Cara ini juga digunakan oleh MP DAP utk menaikkan 'rating' masing2 di Parlimen dgn bertanyakan hal2 yg sensitif tanpa mengambil kira apa pandangan PAS sebagai rakan PR. Jika wakil PAS 'cerdik', isu2 yg dimainkan oleh DAP perlulah dilawan @ dipertikai tidak kira siapa mereka. Kawan @ lawan. Bersikap membisu akan menyebabkn persepsi masyarakat PAS sbg parti penumpang dlm PR.


Walaupun ada Ahli Parlimen PAS yg bercakap & mempamerkn idea2 yg bernas utk diketengahkan utk masyarakat tetapi ia tidak mencukupi. Utk menuju kearah 'parti replacement' UMNO, PAS perlu lebih kelihatan 'berkredibiliti' dimata masyarakat. Persoalan yg skrg kenapa PAS kelihatan seperti ’pengikut’ drpd menjadi 'leading'. Ini jelas dimana2 baik di peringkat PR pusat mahupun diperingkat negeri Selangor, bekas Perak & Pulau Pinang.


Setiap kali idea diketengahkan ia ditentang habis-habisan oleh sahabat2 karib di dlm Pakatan. Antara contoh yg boleh dilihat adalah cadangan utk menghapuskan lesen judi & arak di Selangor. Juga tentangan PAS di Penang bila berdepan dgn konsert I-Dance.Jika dilihat media rasmi Harakah sendiri tidak kira Harakah Online @ suratkhabar Harakah banyak memberi liputan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR & DAP yg lain lebih dari pemimpin mereka sendiri.

Misalnya di Parlimen semalam, kenyataan Utz Taib Azamudden mengenai penjelasan penggunaan kalimah Allah tidak diberi liputan di Hakarah tetapi liputan diberikan di Utusan yg dikatakan media UMNO. Pelik bukan. Ini adalah amat berbeza jika dilihat akhbar PKR & DAP yg lebih mengutamakan berita & kenyataan pemimpin mereka drpd pemimpin PAS.

PAS YANG CELARU
Terdapat beberapa Isu yg menyebabkan saya katakan PAS celaru sejak akhir-akhir ini.Isu AzanIa bermula dengan Isu Azan. Terdapat perbezaan pendapat antara ahli2 PAS & juga pimpinan PAS sendiri. Mereka mula terikut dgn rentak DAP dgn menyatakan pendirian menyokong supaya diperlahankan Azan hanya kerana utk mengambil hati 'rakan' mereka.

Malah ada yg mengeluarkan dgn menyatakan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' dalam erti kehidupan berjiran (mengutamakan jiran dr azan). Tetapi mereka mungkin lupa salah satu tanda2 kiamat adalah apabila 'Azan tidak Lagi berkumandang di Udara' & menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda2 umat akhir zaman.Ketiadaan kenyataan yg jelas dr PAS sendiri menyebabkn ramai penyokong2 membuat 'fatwa' yg jelas menyokong isu tersebut.


Ia menimbul kecelaruan dikalangan ahli2 PAS sendiri malah kecelaruan ini menyebabkan 2 Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh agama lain didalam Parlimen. Mujurlah ada Ust Taib Azamudden memperjelaskan isu penggunaan Kalimah Allah selepas mereka memberi komen.Dewan Rakyat diberitahu oleh beliau bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (Tauhid) org Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.


Dalam semua org2 Islam di Malaysia menentang penggunaan Allah oleh agama lain masyarakat dikejutkan oleh PAS yg memberikan kenyataan sebaliknya. Kenyataan ini boleh mengelirukan umat Islam terutamanya bg ahli2 PAS sendiri. Penentangan penggunaan perkataan ini juga ditentang oleh Mufti Perak Utz Harussani Zakaria.Isu Ketaatan Kepada 'Ulul Amri'Dalam isu di Perak. PAS sekali lagi celaru dgn mempertikaikan 'kredibiliti' Sultan @ Ulul Amri dlm melaksanakan tugas.


PAS bertindak amat berbeza sekali dgn membelakangkan Al-Quran & Sunnah terutama berkenaan dgn kewajipan mentaati pemimpin. Malah ada Ulama' PAS juga mengeluarkan kenyataan yg menjurus kearah menghalalkan tindakan ahli-ahli mereka dgn mempertikai status 'Ulul Amri' pada pandangan mereka. Utk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas hadis & al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin demi utk tidak melihatkan tindakan PR adalah salah.


Dimana Objektif penubuhan PAS disini?Kurangnya penerangan @ tindakan oleh Ulama' PAS telah menyebabkn segelintir penyokong2 PAS di Perak bertindak diluar batasan dgn berdemo & berhadapan dgn Institusi Beraja Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS @ merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir2kanlah. Nasi telah menjadi bubur kerana sikap tersebut akan menjadi 'burden' kpd PAS di kemudian hari.


Bar Council (Isu Hak Keistimewaan & Forum Kebebasan Beragama)PAS kelihatan kurang menyerlah dlm menghentam Bar Council. Mungkin kerana kebanyakan ahli DAP merupakan ahli Bar Council maka PAS bersikap 'tak apa' & kurang menyengat.


Terang2 Bar Council bertindak mempertikai & menempelek salah satu rukun negara & juga mempertikaikan kewibawaan Islam. Kenapa PAS senyap? Kenapa PAS tidak memberikan 'warning' seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini.Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dr UMNO.

Dilihat UMNO lebih menyerlah dlm mempertahankan isu ini.Dewan Ulama Pas PAS terkenal dgn dewan Ulama' PAS. Tetapi sejak akhir2 ini peranan Dewan tersebut amat lesu & kadangkala tidak berfungsi dgn baik. Dewan Ulama' juga kurang diberi liputan oleh Harakah sendiri. Sepatutnya Dewan Ulama' PAS perlu digunakan sebaik2nya bilamana kemusykilan berlaku bila melibatkan Al-Quran, Hadis & isu2 agama.


Ini dapat mengelakkan berlakunya pertembungan @ konflik kenyataan celaru pimpinan2 PAS yg memberikan pendapat berbeza2 tanpa merujuk kepada Dewan Ulama.Musyawarah @ perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama' PAS sebelum apa2 kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS @ saf kepimpinan.
Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat basalannya diakhirat kelak.Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain2 hanya akan menjadikn bahan @ 'point' utk BN menghentam PAS.


Adakah isu2 ini mendapat sokongan Dewan Ulama' ? Salah siapa? Komen2 pimpinan @ individu bila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan & pendapat dikeluarkan.
Jgnlah Dewan Ulama' berfungsi apabila Muktamar diadakan @ bilamana diperlukan sahaja. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan & menjadi rujukan oleh semua pimpinan & ahli2 PAS sebelum terlambat.

Friday, March 13, 2009

Gambar Pilihan Minggu ini: Minggu ke 12


"Bukan PAS yang memperalatkan mereka untuk menyertai perarakan membantah PPSMI, sebaliknya kalau hendak dikatakan PAS yang 'diperalat' mereka" - Mat Sabu

6 didakwa hina Sultan, seorang mengaku bersalah

Inilah padah apabila mencaci Sultan Perak di alam siber. Pihak Blog@ UMNO Taman Sejahtera pernah melaporkan bahawa satu lagi laman web pembangkang (Kepunyaan Pemuda PAS Dungun juga pernah menjadi laman untuk pengunjung berdaftarnya mencerca dan mencaci Sultan Perak). Lihat dilink ini:http://umnotamansejahtera.blogspot.com/2009/02/forum-tko-tranungkite-kiter-online-hina.html

Seorang pembantu makmal mengaku bersalah menghina Sultan Azlan Shah melalui Internet dan didenda RM10,000. Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".


Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara setahun atau kedua-duanya sekali.Jika gagal membayar denda tersebut, Azrin berdepan dengan hukuman penjara lima bulan.


Di mahkamah yang sama, Muslim Ahmad didakwa atas tuduhan yang sama. Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Muslim dibebaskan dengan ikatjamin RM3,000. Kesnya akan disebut pada 8 April.


Manakala di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama. Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang.


Di Sabah, seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Rutinin Suhaimin, 36, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dengan melakukan perbuatan itu pada 6.33 petang 13 Feb di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau.


Rutinin dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik iaitu 'Sultan sudah gila!!!' di alamat laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak www.sultanperak.gov.my


Dalam pendakwaan kira-kira jam 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.Beliau dibenarkan ikatjamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 bersama dua penjamin. Kes itu akan dibicarakan pada 25 dan 26 Mei depan.Sekiranya didapati bersalah, Rutinin boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.



Manakala di Petaling Jaya pula, seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.


Menurut Utusan Online, Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini.

Thursday, March 12, 2009

Setahun sudah berlalu: Masihkah kau ingat

Bagi pengunjung, Pulau Pinang tetap menawan meskipun tanpa perubahan ketara selepas setahun berlalu sejak pentadbiran negeri diambil alih oleh kerajaan pimpinan DAP.

Tatkala Mac muncul kembali, penduduk Pulau Pinang melihat semula ke belakang dengan harapan terhadap janji-janji manifesto pakatan DAP - Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Pas semasa pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Sungguhpun ada berpendapat tempoh setahun adalah terlalu singkat untuk menilai program pembangunan, namun Ketua Menteri Lim Guan Eng tetap mahu berbangga kerana berpendapat pentadbirannya berjaya menarik masuk pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada 2008, berbanding RM4 bilion pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, kawasan Seberang Perai menerima agihan pelaburan terbesar iaitu RM8.2 bilion manakala bakinya di bahagian pulau, katanya.

Berbekalkan angka itu, Guan Eng menjadikannya modal cerita yang dijaja dalam setiap ucapannya sejak beberapa bulan lalu.

Sesetengah pihak mendakwa bahawa kebanyakan perjanjian perniagaan yang dimuktamadkan kerajaan pakatan DAP dan PKR itu sebenarnya dirintis kerajaan negeri terdahulu tetapi bagi Guan Eng kemenangan paling besar bagi sesuatu usaha itu adalah ketika perjanjian dimeterai.

"Saya tidak menganggap kejayaan ini sebagai kejayaan peribadi tetapi ia merupakan kejayaan rakyat kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk melakukan perubahan di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar khas sempena setahun pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang, baru-baru ini.

Guan Eng juga menyenaraikan perancangannya selepas ini, antaranya mewujudkan perkhidmatan WiFi secara percuma dan WiMax pada harga berpatutan bagi meningkatkan akses rakyat kepada Internet, program membasmi miskin tegar dan pemberian rebat bil air sebanyak masing-masing RM100 kepada 170,000 keluarga sebagai langkah membantu keluarga miskin itu.

Bagaimanapun, menurut Guan Eng usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan tegar mungkin lewat daripada sasaran 8 Mac lalu berikutan menghadapi masalah membuka akaun amanah bagi tujuan itu.

Pengakuan Guan Eng mengenai kejayaan kerajaannya menarik pelaburan dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang mendakwa Ketua Menteri menafikan usaha Barisan Nasional (BN) membangunkan ekonomi dan sosial masyarakat negeri ini selama ini.

Katanya, pakatan pembangkang sebenarnya hanya menumpang nama daripada usaha BN merintis dan menarik pelaburan itu sebelum ini dan kebetulan apabila perjanjian hendak dimeterai, kerajaan negeri bertukar tangan.

"Berdasarkan pengalaman, bukan mudah untuk menarik pelaburan ke negeri ini dan paling cepat kita dapat memujuk mereka ialah dalam masa dua hingga tiga tahun. Sebenarnya sepanjang setahun ini, kerajaan negeri hanya bermain politik dan sibuk mengkritik dasar kerajaan lalu, bila masa mereka bekerja?" katanya.

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan pula menegur tindakan kerajaan negeri yang memberi rebat bil air kepada 170,000 keluarga sebagai cara membasmi kemiskinan sedangkan jumlah sebenar kumpulan miskin tegar tidak diketahui.

"Ada banyak program atau pendekatan sosial lain yang boleh dilakukan untuk membantu golongan itu, antaranya membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah untuk golongan miskin tegar terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.

Di sebalik semua kejayaan yang dikatakan Guan Eng itu, PKR tidak menafikan bahawa masih terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, kedua-dua parti itu tiada pengalaman mentadbir dan memerintah negeri dan terpaksa membuat pelbagai penyesuaian untuk memastikan sesuatu dasar dan perancangannya berjaya.

Menurut Zahrain, momentum kerajaan negeri bermula dengan agak perlahan sedangkan jangkaan rakyat begitu tinggi terhadap kepimpinan baru itu.

"Cabaran utama kepada kerajaan negeri ketika ini ialah menyediakan pelan dan dasar pembangunan ekonomi yang dapat membantu rakyat mengharungi kemelut ekonomi dan pemberhentian pekerja yang ramai," katanya.

Zahrain juga mengakui bahawa DAP dan PKR masih berusaha menyesuaikan diri dalam mentadbir negeri itu. Ini kerana PKR masih meminta agar ditambah perwakilan dari parti itu untuk berkhidmat di dalam pelbagai agensi kerajaan negeri.

Ketika ini, hanya tiga daripada 11 anggota Exco kerajaan negeri merupakan wakil daripada PKR manakala bakinya adalah daripada DAP.

Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional (BN) menang 11 daripada 40 kerusi manakala DAP menguasai 19 kerusi, PKR sembilan dan Pas satu. Zahrain berkata, hasil perbincangan dengan kerajaan negeri, beberapa wakil PKR telah dilantik menganggotai agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Holdings (PBAPPH) dan PBAPP Sdn Bhd.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Negeri, Salleh Man berkata, dalam tempoh yang singkat ini, kerajaan negeri perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai kerajaan negeri dan tidak bersikap seperti pembangkang.

"Memerintah ini bukan macam parti pembangkang tetapi kena buat kerja supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan makmur. Kita harap, selain bidang ekonomi, kerajaan negeri dapat bagi tumpuan untuk memajukan penduduk luar bandar dan golongan miskin, yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu,'' katanya.

Penduduk Pulau Pinang terus menanti dengan harapan.

Bekas jurutera kilang, Nur Hanani Abdul Halim, 45, berkata perkara utama yang diharapkan dapat diselesaikan oleh kerajaan adalah isu pemberhentian pekerja terutama di sektor perkilangan.

"Ramai yang telah hilang pekerjaan dan kita harap kerajaan negeri dapat buat sesuatu bagi membantu kami untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini.

Bagi M.Rajasaamy, 52, setakat ini, beliau tidak nampak apa-apa perubahan yang dilakukan kecuali nasib rakyat yang masih juga sama terutama yang miskin tegar.

"Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan sekarang menunjukkan usaha untuk membela nasib rakyat, namun banyak janji dalam manifesto mereka masih belum ditunaikan sehingga kini.

"Sebagai contoh mereka berjanji nak hapuskan miskin tegar sebelum Mac ini, tetapi selepas hampir setahun pelbagai alasan diberikan dan saya harap kerajaan dapat menunaikan janji mereka kepada rakyat kerana rakyatlah yang memberi undi untuk mereka memerintah negeri ini," katanya.

Pandangan itu dipersetujui rakannya, Khoo Tek Hoon, 50.

"Saya tidak mahu menyatakan saya memuji sepenuhnya pemerintahan sekarang, tetapi saya harap apa yang dijanjikan sebelum ini dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, kontraktor, Ahmad Majid Ib-Rahim, 39, mengadu mengenai nasib kontraktor terutama kontraktor Melayu di negeri ini berada dalam keadaan terumbang ambing.
Menurutnya jika keadaan ini berterusan untuk dua atau tiga tahun lagi, beliau pasti ramai kontraktor di negeri ini gulung tikar.

Bagi Teh Chua Min, 48, peniaga gerai makan sejak 20 tahun lepas, Pulau Pinang di bawah pimpinan kerajaan sekarang atau lepas (Barisan Nasional) adalah sama kerana rakyat tetap perlu bekerja untuk menyara hidup.

"Yang penting keadaan ekonomi stabil dan masyarakat hidup aman damai," katanya.
- BERNAMA

Wednesday, March 11, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi RM60 Billion: Kreatif, Inovatif, Mesra Rakyat dan Komprehensif



SYABAS Datuk Seri Najib. Beliau mulai diuji. Pembentangan bajet mini yang dibentangkan semalam cukup kreatif, selain inovatif, komprehensif dan tidak ortodoks.


Kreatif kerana ia berjaya menutup mulut pihak-pihak tertentu yang mengkritik dasar ekonomi negara yang dikatakan lambat bertindak balas terhadap krisis ekonomi global.

Kreatif juga kerana beliau berupaya menangkis dakwaan pembangkang yang menuduhnya melengah-lengahkan pembentangan (sehingga semalam) bagi mengaut mileage daripada perhimpunan agung UMNO dan peralihan tampuk kepimpinan negara akhir bulan ini.

Melihat kepada butiran pakej rangsangan ekonomi kedua itu - tiada siapa yang berani mengkritik lagi.
Ia adalah pelan empat teras bagi menghadapi krisis ekonomi yang dilihat cukup baik untuk semua pihak, terutama rakyat jelata.

Semasa mengikuti pembentangan itu menerusi TV semalam, tidak kelihatan pihak pembangkang yang membantah. Masing-masing senyap.
Sesekali dicuit Najib, mereka ketawa dan tersenyum. Namun reaksi Lim Guan Eng selepas itu sedikit sinikal, Anwar Ibrahim enggan komen sementara Sallehuddin Ayub tunggu dan lihat.

Malah, penganalisis ekonomi negara turut 'mengangkat topi' kepada pakej yang disimpulkan mereka sebagai sesuatu "yang di luar jangkaan" itu. Mereka melihatnya sebagai satu pakej ideal yang mencakupi secara rata semua sektor.
Berdasarkan perkembangan ekonomi serantau, pembentangan itu berjaya meletakkan Malaysia di satu landasan yang lancar, walaupun sedikit perlahan.
Ia jelas menggambarkan sikap keyakinan tinggi kerajaan bahawa negara akan berupaya menangani dirinya daripada terjerumus dalam kancah krisis yang berat.
Berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka sekitar -1 dan +1 peratus (menolak jangkaan 3 peratus sebelum ini), kita menjangka rakyat masih mempunyai harapan untuk terus menikmati kehidupan seperti biasa - walaupun dengan sedikit kesan cubitan.

Yang lebih penting, apa yang diharapkan ialah pelaksanaan pakej rangsangan itu akan dapat dijalankan dengan lancar dan telus bagi memastikan wang rakyat itu dapat dipulangkan semula kepada mereka secara berkesan dan menguntungkan.

Di sinilah letaknya peranan pihak pembangkang di Parlimen. Mereka harus menjadi mata dan telinga rakyat yang membina bagi mengawasi pengagihan pakej RM60 bilion itu dilaksanakan secara telus.
Pihak 'bangku belakang' (backbenches) juga harus mempunyai peranan yang sama - dan tidak hanya bersetuju dan menyokong kerajaan semata-mata.

Fungsi PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) juga cukup vital bagi memeriksa setiap perbelanjaan daripada pakej ini digunakan sebaik mungkin dan efektif; tanpa penyelewengan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran membentuk satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada anggota-anggota bebasnya - untuk mengikuti secara khusus proses pelaksanaan rangsangan itu secara dekat dan teliti dalam tempoh dua tahun ini.

Kita rakyat jelata, bimbang wang RM60 bilion - yang terlalu besar itu - akan mengalir tanpa kawalan walaupun menerusi beberapa sistem pengawasan yang telah dibentuk.

Perlu diingat, rakyat sekarang bukan seperti rakyat dulu - mereka kini semakin kritikal dan terbuka.

Apa sekali pun, kita bersetuju dengan kesimpulan Najib bahawa pakej rangsangan ekonomi menerusi bajet mini itu merupakan satu "formula damai atas nama kemanusiaan" untuk semua rakyat Malaysia.

Di masa negara-negara lain sedang berhempas pulas "untuk terus hidup" dalam suasana ekonomi merudum ini, kita di Malaysia harus bersyukur dengan keteguhan kedudukan kita setakat ini.

Oleh itu, marilah semua pihak mengetepikan seketika perbezaan politik kepartian, sebaliknya berganding bahu membantu kesejahteraan rakyat.
Itulah tanggungjawab sebenar parti-parti politik - baik pembangkang mahupun kerajaan.
Susulan daripada Cuit yang lepas: Najib tidak kalah, beliau belum diuji; Najib nampaknya sudah mulai diuji dengan tugasnya yang semakin berat.
Semalam beliau berjaya. Namun belum diuji sepenuhnya.
Tunggu beberapa bulan lagi.

Hentikan percakaran, bersatu cetus idea


"KAWAN sebenarnya dah muak dengan cerita politik sekarang. Hari-hari tengok YB kita gaduh, cabar mencabar." Itu luahan seorang rakan penulis ketika kami minum teh di kedai mamak baru-baru ini.

Pada mulanya penulis tidak kisah sangat, tetapi beberapa rakan turut meluahkan perasaan sama. Benarkah orang ramai sudah muak dengan cerita-cerita begini? Terdetik juga dalam hati, memang ada benar dakwaan itu.

Masakan tidak, hampir setiap hari ada sahaja berita-berita hangat melibatkan wakil rakyat yang bertegang leher, mengutuk satu sama lain dipaparkan media. Seorang kata dia betul, seorang lagi pun dakwa dia yang benar. Yang pening orang ramai dan rakyat. Yang mana betul sebenarnya?

Memang tanggungjawab wakil rakyat untuk menyampaikan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Tidak kira sama ada mereka wakil Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang atau Bebas. Kalau tak beri pandangan, rugilah pengundi yang sokong mereka semasa pilihan raya.

Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah berlalu selama setahun. Apa yang penulis perhatikan, perkara yang dibangkitkan wakil rakyat banyak berkisar kepada isu-isu politik. BN tuduh pembangkang tak betul, pembangkang pula dakwa BN tak pandai buat kerja.

Wakil rakyat Bebas pula kadang-kadang sokong BN, kadang-kadang sokong pembangkang. Kita faham situasi calon Bebas seperti Datuk Ibrahim Ali. Kadang-kadang pandangan wakil rakyat Bebas perlu diberi perhatian kerana mereka golongan yang tidak pro mana-mana pihak. Yang mana mereka fikir terbaik, mereka akan sokong.

Sekarang bukan lagi masa untuk wakil rakyat cabar mencabar dan tuduh menuduh. Kini adalah masa untuk wakil rakyat yang semuanya berpendidikan tinggi dan berfikiran rasional untuk menjana idea memperkukuhkan benteng pertahanan negara.

Benteng pertahanan negara yang dimaksudkan adalah idea yang mampu menggerakkan kerancakan ekonomi negara yang semakin menerima kesan daripada kelembapan ekonomi global. Di kebanyakan negara, sudah ramai pekerja diberhentikan, Malaysia juga kini sudah terasa bahangnya.

Beberapa kilang di negara ini sudah menghentikan pekerja dan mengurangkan waktu operasi. Inilah cabaran paling getir yang sedang dihadapi negara.

Sebagai golongan pembuat dasar, inilah masa untuk semua wakil rakyat menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan mereka mencari langkah serta menggubal dasar bagi menampan kesan kelembapan ekonomi serta memberi kesan yang paling minimum kepada Malaysia.

Bagi wakil rakyat yang berkelulusan ijazah, master atau doktor falsafah dalam bidang ekonomi, inilah masa tunjuk kehebatan dengan mencetuskan idea-idea bernas memperkukuhkan ekonomi negara.

Harus diingat faktor ekonomi merupakan segmen terpenting. Jika ekonomi bergolak, ia bakal mencetus kepada pelbagai masalah lain seperti jenayah, pengangguran malah penceraian. Jadi jangan biarkan ia menjadi 'penyakit' berjangkit yang sukar untuk dipulihkan.

Salah satu kesannya adalah peningkatan kadar jenayah. Ini kerana apabila ramai yang dihentikan kerja, maka untuk meneruskan hidup mereka memerlukan wang. Tanpa kerja, mana nak dapat wang. Mungkin cara terakhir yang dipilih melakukan jenayah. Yang dapat natijah adalah orang lain yang menjadi mangsa. Keadaan ini pasti menambah beban negara khususnya pasukan keselamatan.

Keadaan ekonomi yang semakin menekan juga boleh menyebabkan penceraian. Apa tidaknya, isteri atau suami mungkin tidak sanggup lagi hidup bersama dek tekanan kewangan. Misalnya, kalau si suami dihentikan kerja, siapa yang hendak menanggung perbelanjaan keluarga. Keadaan kian mendesak jika isteri juga tidak bekerja. Keadaan itu pasti menyebabkan hutang keliling pinggang sehingga mencetuskan pergaduhan antara suami isteri.

Mungkin betul juga andaian beberapa pakar ekonomi sebelum ini, putaran kelembapan ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun dan kini ia melanda semula. Jadi, semua wakil rakyat perlu 'bersatu' mencetuskan idea-idea bernas dan menggariskan langkah memperkukuhkan ekonomi negara. Ketepikan agenda politik peribadi dan usah cuba menjadi 'hero' yang hanya pandai bercakap tetapi hasil kerjanya tidak seberapa.

Usah lagi bertegang leher, cabar mencabar, tuduh menuduh membincangkan isu-isu politik yang memeningkan semua pihak.

Kadang-kadang, rakyat yang menonton sidang Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) malu dengan sikap sesetengah wakil rakyat yang suka bertegang leher tentang isu-isu remeh. Inikah imej Parlimen dan DUN kita?

Kalau itulah sikap yang ditonjolkan wakil rakyat semasa berdebat, rakyat dan pengundi perlu berfikir dua tiga kali untuk mengundi mereka semasa pilihan raya akan datang. Jika tidak dipilih, usah salahkan pengundi kerana sikap seseorang itu mencerminkan peribadinya.

Selain itu, isu-isu sensitif seperti hak keistimewaan Melayu dan bumiputera usahlah dicanang kerana ia sering menimbulkan rasa tidak senang golongan berkaitan. Jika isu-isu sensitif ini terus didendang, ia mampu mencetus ketegangan kaum. Tidak belajarkah kita bagaimana sejarah hitam 13 Mei 1969 berlaku?

Kalau berlaku lagi, keamanan dan keharmonian kaum yang masih rapuh kini dibimbangi gagal dipulihkan. Apabila itu yang berlaku, rasa kesal dan bersalah sudah tiada gunakannya lagi.

Tuesday, March 10, 2009

Menyelak duka, seloka sesudah 8 Mac 2008

Semalam 12 Rabiulawal 1430, hari bersejarah kepada umat Islam. Di sana sini, mereka menyambut Maulidur Rasul, bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Hari keputeraan ini disambut bagi mensyukuri rahmat Allah yang mengutuskan seorang pemimpin kepada umat di muka bumi ini. Allah mengutuskan Rasulullah SAW kepada umat di dunia ini untuk menjadi contoh tetapi sejauh mana umat Islam mencontohi Baginda?

Adakah sekadar mengadakan sambutan dan menyertainya tanpa mencontohi ciri-ciri peribadi mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW? Perkataan, perbuatan serta keperibadian Baginda hanya diakui melalui ceramah, kuliah dan majlis tertentu tetapi dalam kebanyakan masa, umat Islam melupakannya.

Lebih-lebih lagi dalam situasi hari ini, mereka lebih mengagungkan orang tertentu daripada Nabi Muhammad SAW. Orang itu dijadikan idola. Apa yang dilakukan idola mereka, itulah yang terbaik. Mereka lebih selesa mengikuti keperibadian idola yang dipuja dan disanjung.


Maka berkecamuklah pemikiran orang kita. Hari ini, esok dan seterusnya akan ada parti politik yang mengambil sempena sambutan Maulidur Rasul ini untuk mengadakan ceramah. Tetapi ceramahnya lebih kepada politik maki hamun, caci mencaci, fitnah memfitnah dan sebagainya. Sedangkan dalam suasana sekarang, kita seharusnya merenung sejenak perjuangan Rasulullah SAW.



Jadikanlah akhlak dan ajaran Baginda sebagai contoh yang terbaik untuk diikuti. Semoga sambutan kali ini membawa pembaharuan.

Apa yang penting, bukan sekadar menyertai acara sambutan atau perarakan. Diharapkan juga perhimpunan Maulidur Rasul yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur hari ini akan lebih ramai penyertaannya berbanding perhimpunan lain atau contoh paling dekat perarakan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kelmarin (Sabtu).
Menyentuh PPSMI, perhimpunan yang diadakan pada tanggal 7 Mac telah mencetuskan suasana yang kurang menyenangkan. Khabarnya ada dalang di sebalik perhimpunan itu.

Jika sekadar untuk menyerahkan memorandum, apakah tidak ada cara lain yang lebih bijak? Apakah itu sudah menjadi hobi orang Melayu berarak di sana sini untuk menunjukkan sokongan? Kenapa tidak disampaikan dengan cara lebih baik dan bersopan?

Rendah sangatkah martabat bahasa Melayu apabila kita hanya menyerahkan memorandum di depan pintu pagar? Sebenarnya banyak pro dan kontra orang Melayu berhubung isu ini. Tetapi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima semalam membuatkan penulis termenung sejenak.

Timbul persoalan macam filem Hang Tuah apabila Hang Tuah bertanya pada diri sendiri ''Tuah yang bersalah atau Jebat yang bersalah''.

SMS daripada seorang pelajar tingkatan 1 itu berbunyi: ''Saya melihat berita TV3 1.30 petang ini (Ahad) mengenai perarakan PPSMI. Saya tengok semuanya orang tua. Adakah mereka yang belajar PPSMI? Saya dah belajar dari awal guna dwi bahasa, bukan susah sangat, kalau tak jadi (PPSMI ditarik balik) nanti macam mana?''.

Itu pandangan daripada seorang pelajar yang sedang mengikuti PPSMI. Tetapi pandangan orang di luar lain, seolah-olah bahasa Melayu akan dihapuskan, dikapan, dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan. Itulah gambaran di luar!


Apa pun, adakah ini antara tsunami kecil yang akan terus melanda negara selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008? Mungkin.


Tetapi tsunami besar yang melanda dunia politik pada 2008 masih kekal dalam ingatan walaupun setahun berlalu. Sama seperti tsunami Disember 2004, kesannya masih ada. Dan gegaran atau gempa kecil terus menakutkan sekalipun ia tidak membawa bencana tsunami. Begitu juga dalam dunia politik hari ini.

Masih ada 'gegaran' atau 'gempa kecil' yang mencemaskan. Dalam tempoh setahun sejak 8 Mac 2008, pelbagai gegaran politik dirasai. Paling besar tentunya di Perak yang menyebabkan negeri yang diterajui pakatan pembangkang ranap.

Gegaran itu juga membawa kepada isu-isu mempertikaikan kuasa raja- raja Melayu sehingga ada yang memohon derhaka kepada Sultan, kemudian memohon pula untuk menghadap.

Tetapi tsunami kecil di Perak bukan sekadar membawa cerita duka sebaliknya banyak seloka - mengaku Menteri Besar, enggan serah rumah/kereta milik kerajaan, sidang bawah pokok, 'tanam pokok bawah pokok' dan macam-macam lagi.

Pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang di Perak walaupun menang dengan majoriti tiga kerusi tetapi tidaklah setenang kerajaan Kelantan pimpinan Pas penggal lalu.

Kerajaan Pas Kelantan mampu bertahan sehingga tempohnya berakhir walaupun menang dengan majoriti tiga kerusi (2004)/dua kerusi (2005). Nampaknya kehebatan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tidak mampu ditandingi seorang jurutera di Perak. Kenapa? Anda pikirlah sendiri.

Jika dilihat tempoh setahun selepas pilihan raya umum lalu, suasana politik tidaklah begitu stabil. Dalam UMNO, pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Akhirnya Perhimpunan Agung UMNO Mac ini dijangka meleraikan segala kekusutan.

Tetapi itu pun belum pasti kerana apakah perhimpunan itu juga dijamin selamat daripada 'gegaran'? Politik wang dan perebutan jawatan diharap dapat ditangani bagaikan menarik rambut di dalam tepung.

Di negeri-negeri lain yang diperintah pembangkang juga berlaku tsunami kecil. Ada negeri yang terpaksa bertukar portfolio Exconya. Kenapa? Sama ada nak beri peluang merasai portfolio lain atau tidak menunjukkan prestasi memuaskan?

Tetapi yang pasti, memerintah kerajaan bukanlah semudah bercakap dan berceramah. Manusia mudah menabur janji tetapi untuk menunaikannya bukan kerja mudah. Menjadi kerajaan lebih sukar daripada menjadi pembangkang yang hanya bercakap untuk membantah. Lihat sahaja Pulau Pinang dan Selangor.

Perjalanan masih jauh. Setahun selepas pilihan raya umum, BN sudah hilang tiga kerusi Parlimen - dua di Sabah (sertai Bebas) dan satu di Terengganu jatuh ke tangan Pas melalui pilihan raya kecil. Satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diserahkan kepada Pas melalui proses undang-undang.

Di DUN juga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hilang dua kerusi di Perak (wakil rakyat sertai Bebas). Begitu juga DAP hilang satu kerusi di Perak kerana ADUNnya menyertai Bebas.

Kini tiga kerusi menjadi rebutan iaitu dua DUN (milik PKR dan BN) dan satu Parlimen, sebelum ini diwakili Pas. Apakah BN mampu merampas kembali Parlimen Bukit Gantang daripada Pas sekali gus menebus kekalahan di Kuala Terengganu?

Apakah BN mampu merampas DUN Bukit Selambau dan mempertahankan DUN Batang Air? Semuanya akan terjawab pada 7 April nanti.

Dan dalam meniti perjalanan empat tahun lagi sebelum berakhirnya tempoh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (kecuali Sarawak) sekarang, entah berapa banyak lagi 'tsunami politik' yang akan melanda.

Terserahlah kepada manusia yang menjadi watak utama di pentas dunia ini untuk melakonkannya.

Hasrat 'penderhaka' bertemu Sultan

SEMUA orang masih ingat 'sembah derhaka' yang dipohon oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Sultan Azlan Shah.
Tanpa ada rasa kesal atau jauh sekali sedikit perasaan hormat, Menteri Besar Perak itu memohon untuk 'derhaka' lantaran Sultan membuat keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan pakatan pembangkang.

Insiden sembah derhaka itu berlaku lebih sebulan lalu. Akibatnya amat besar. Institusi raja-raja terutama di Perak diperlekehkan, dinista, dicerca dan dihina. Siri sembah derhaka diteruskan apabila Mohammad Nizar mencabar keputusan pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di mahkamah.

Hubung kaitnya tindakan itu dengan Sultan Perak amat jelas. Sultan yang perkenan melantik Zambry - apabila pelantikan itu dicabar bermakna yang dicabar sebenarnya ialah Sultan Azlan Shah.

Pastinya dalam kes tersebut, peguam Mohammad Nizar akan mengetengahkan bidang kuasa sultan untuk melantik Menteri Besar yang baru. Isunya tentu berkisar kepada persoalan sama ada sah atau sebaliknya - serta kedegilan mereka untuk mempertahankan pendirian bahawa kerajaan pakatan pembangkang masih sah.

Namun perkembangan terbaru menunjukkan sebaliknya. Mohammad Nizar seolah-olah terlupa bahawa beliau sedang 'menderhaka' lantas menyatakan keinginan untuk menghadap Sultan Azlan. Bagaimana agaknya perasaan dan kata hati bekas Menteri Besar itu sehingga mendorong timbulnya keinginan untuk bertentang mata dengan sultan?

Terlupakah beliau onar yang tercetus sehingga ada kalangan pengikut pembangkang sanggup mengepung kenderaan diraja, membawa banner mencerca institusi raja dan berbaring di atas jalan semata-mata untuk menghalang keberangkatan diraja.

Itulah onar yang tercetus gara-gara tindakan awal Mohammad Nizar dan teamnya menyanggah keputusan Istana. Sembah derhaka beliau menjadi ikutan di mana-mana. Baik Melayu, Cina, India dan Singh mula menunjukkan keberanian dan secara terang-terangan mempertikaikan raja-raja Melayu.

Apa sebenarnya hak Mohammad Nizar untuk menghadap sultan? Adakah dia dan pasukannya mempunyai hak untuk berbuat demikian apatah lagi untuk mempersembahkan usul 'sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok?

Siapa yang mengiktiraf sidang tersebut? Semestinya Sultan Azlan tidak merestuinya jauh sekali mahu menurunkan perkenan baginda. Untuk apa tiga usul itu dipersembahkan kepada sultan, jika Mohammad Nizar sendiri tidak mengiktiraf peranan serta fungsi sultan sebelum ini?

Sultan juga tidak mengiktiraf kerajaan Mohammad Nizar sekali gus menolak sidang bawah pokok yang dibanggakan oleh pakatan pembangkang itu.

Hakikatnya, bekas Menteri Besar Perak itu cuba bermain dengan teka-teki - sedangkan teka-teki itu telah ada jawapannya sejak hari pertama Sultan Azlan Shah memberi perkenan pelantikan Zambry serta mengiktiraf kerajaan negeri yang baru di bawah Barisan Nasional (BN).

Dan bukankah sesuatu yang amat memalukan apabila kerajaan negeri yang tidak sah, bersidang di bawah pokok untuk meluluskan usul menyatakan sokongan kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Tetapi kedegilan dan keegoan berterusan pakatan pembangkang menyebabkan mereka selamba menyatakan hasrat untuk menghadap sultan. Untuk apa mereka mahu menghadap sultan? Untuk mempersembahkan usul yang sebenarnya tidak wujud lantaran ia dibuat oleh kerajaan atas angin

Saturday, March 7, 2009

Selling the Rocket to help the hard core poor?


A state DAP-organised programme to help the poorest segment of the community to earn RM1 from the sale of every copy of the party newsletter has come under fire from the state opposition.


State Umno liaison committee secretary Datuk Azhar Ibrahim described the "Buy Rocket Help Hard Core Poor" programme as a disgraceful initiative.Azhar said the effort was an insincere one and that the target group was just being used for political gain.


Tindakan itu dikecam hebat pelbagai pihak termasuk Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menganggap tindakan itu tidak bermaruah dan menjijikkan.


He said the DAP-led Pakatan Rakyat state government had failed to implement concrete action plans to eradicate hard core poverty in the state.


"The programme is more like turning the participants into slaves of DAP. It is an utter disgrace for the party to have stooped to such a level.


"On Thursday, Komtar assemblyman Ng Wei Aik had announced the implementation of the programme as an effort by the party to reduce and subsequently eradicate hard core poverty in the state.


Ng, who is also political secretary to Chief Minister Lim Guan Eng, had said that the party would not force the community to participate in the programme.


Azhar, who is also Penaga assemblyman, said DAP's tactic was similar to the one practised by the banned Al-Arqam sect.


"In Al-Arqam's case, they used children to sell their publications."As a state opposition chief, I want DAP to stop the programme immediately," he said, adding there was a need for the state government to draw up proper programmes and set aside funds to help the hard core poor.



BILA UMNO LEMAH – Berlakulah Politik Huru-Hara









Setelah lebih 20 tahun UMNO memerintah Negara ini, perubahan demi perubahan telah dapat dilihat dari masa ke semasa. Dengan mendapat mandat yang kuat dari rakyat jelata ketika dibawah kepimpinan TUN Mahathir, kerajaan telah menumpukan sepenuhnya terhadap pembangunan Negara.


Namun kini, bila sahaja UMNO telah lemah satu keadaan dan scenario yang berbeza telah dapat dilihat. Kelemahan UMNO sedikit sebanyak telah melemahkan kedaulatan orang melayu di bumi ini.


UMNO lemah dari segenap segi. Kelemahan yang ada pada UMNO telah menjadi satu peluang kepada bangsa lain dan bangsa melayu sendiri untuk menekan kedudukan orang melayu.


Orang melayu semakin dipandang hina oleh bangsa lain. Lemahnya UMNO..lemahnya pemimpin..lemahlah melayu..Semasa UMNO kuat, walau pun kuasa Raja-Raja atau Sultan dikurangkan, UMNO tidak membabitkan mereka dalam kancah politik.


Namun kini, Yang Mulia Tuaku telah diheret oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kedudukan orang melayu telah dipersendakan. Kemuliaan AGAMA ISLAM telah dipersendakan.Tiada melayu yang beragama islam dari UMNO, PAS dan PKR yang mengambil tindakan terhadap mereka.

Mereka lebih senang mendiamkan diri dan berpeluk tubuh jika bangsa melayu dan agama islam dipermainkan di bumi mereka sendiri.Demi politik masing-masing..kedaulatan bangsa dan agama dipertaruhkan oleh bangsa sendiri.Bilamana UMNO lemah..
Politik Huru-Hara yang membosankan telah berlaku dalam Negara ini.

Adakah Dato’ Najib adalah sekuat TUN dalam mempertahan serta mempertingkatkan kedaulatan melayu dan islam di bumi sendiri.
Kita sama-sama perhatikan.

Friday, March 6, 2009

Tiada tempat untuk pemimpin 'pemanas kerusi'



PERISTIWA hitam 8 Mac 2008 seolah-olah baru sebulan berlalu. Tsunami politik ketika Pilihan Raya Umum ke-12 banyak mengubah landskap politik negara. Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak terkecuali.



Suka atau tidak, hakikatnya semua kena terima bahawa segala-galanya telah berubah. Pemikiran, penghayatan, pengharapan serta persepsi rakyat terhadap pembangunan, pentadbiran, ketelusan integriti serta keperibadian pemimpin, kini menjadi ukuran dan penilaian rakyat.



Faktor penting inilah yang banyak mempengaruhi pola keputusan pilihan raya. UMNO sebagai sebuah parti Melayu dominan dalam BN tidak terkecuali daripada fokus rakyat.



Akhir bulan ini akan menjadi hari penting buat UMNO. Daripada calon yang menerima tawaran dalam pemilihan UMNO, para perwakilan, jentera calon dan parti, ahli-ahli UMNO dan tidak terkecuali seluruh rakyat Malaysia sedang memerhati dengan penuh minat.



Pada masa ini jugalah angka-angka keramat calon akan menjadi bahan tusukan dan halwa telinga perwakilan. Banyak janji manis serta senyuman paksa calon yang akan berdepan dengan pelbagai bentuk dan jenis perwakilan.



Tidak keterlaluan kalau diterjemahkan perebutan jawatan pada pemilihan UMNO kali ini adalah yang paling sengit dan dramatik. Kesimpulan ini dibuat berasaskan bahawa keputusannya nanti akan menentukan hala tuju parti.


Sama ada UMNO akan terus subur atau terkubur bergantung kepada pemimpin mana dan bagaimana yang akan dipilih. Perwakilan kini memikul amanah lebih 3.2 juta ahli UMNO serta orang Melayu secara amnya untuk menentukan hala tuju kepimpinan.



Kalau diimbas, tidak banyak perubahan serta pembaikpulihan oleh pucuk pimpinan UMNO Mac tahun lalu selain peralihan kuasa.



Pada hemat saya, inilah masanya yang amat tepat sekali untuk perwakilan membuat perubahan terhadap wajah-wajah baru untuk menggalas amanah dan perubahan yang diperlukan oleh orang Melayu.



Inilah masa yang terbaik untuk perwakilan menterjemahkan kehendak ahli yang mahukan UMNO berubah wajah serta kepimpinan.



Saya ingin menyarankan bahawa UMNO sudah terlalu lama bertakuk dalam corak kepimpinan feudal yang sudah tidak sesuai pada masa kini.



Sudah tidak ada tempat lagi kepada pemimpin "Pak Angguk" atau sekadar "pemanas kerusi" dalam saf kepimpinan di peringkat Majlis Tertinggi.



Pemimpin yang bakhil dalam perjuangan harus tidak lagi mendapat tempat. Rakyat sedang menunggu isyarat serta memerhati dengan penuh minat. Pemimpin yang menjadi liabiliti kepada orang Melayu dan UMNO harus ditolak demi masa depan parti.



Pemimpin yang banyak retorik juga perlu menerima padah. Janji serta laungan terhadap isu penting melibatkan orang Melayu seperti bahasa, ekonomi, maruah serta integriti agama Islam yang menjadi topik utama masih segar dalam ingatan perwakilan. Ini masanya perwakilan menterjemahkan segala penilaian dalam bentuk undi terhadap kehendak suara akar umbi.



Pada kebanyakan perwakilan, mereka telah masak dengan sikap serta nilai pemimpin yang mereka kehendaki.



Semoga semua yang terlibat akan menggunakan masa tiga minggu ini untuk bermunajat dan bermuhasabah diri agar dapat Allah berikan taufik dan hidayah. Perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh melaksanakan amanah orang Melayu.



Sesungguhnya tuah angka calon, tuah badan serta janji-janji hanya menjadi prasyarat kemenangan. Apa yang lebih penting ialah keredaan serta takdir yang telah termaktub sejak di loh mahfuz untuk mereka menggalas amanah demi masa depan insan yang bernama Melayu.

Wednesday, March 4, 2009

'Kerajaan Pasir Dua Butir' di Perak imbau jenaka P. Ramlee

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti.


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut.


Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang.


Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula.

Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang.

Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah.


Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji
sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka.


Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini.


Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat.


Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.'
Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.'
Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang.


Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat.


Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.


Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini.


Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat.


Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat.

Entah kenapa bila saya melihat visual mengenai Nizar bersama Exconya mengadakan mesyuarat itu, saya terkenang kepada filem Laksamana Do Re Mi arahan P Ramlee terbitan 1972. Dalam filem itu ada satu bab bagaimana kisah seorang raja dari negeri Pasir Dua Butir yang kuasanya telah dirampas Menteri Pasola menyebabkan kuasa dan negerinya hilang.


Gara-gara itu, Raja negeri Pasir Dua Butir itu terpaksa melarikan diri dan berteduh di bawah sepohon pokok untuk dijadikan tempat semayam atau istana sementara bersama permaisurinya dengan dikeliling oleh beberapa orang datuk-datuk yang setia kepadanya sebagai batu asas kepada kerajaan negeri Batu Pasir Butir itu.


Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

Saya rasa apa yang dihadapi oleh Nizar sekarang ini tak ubah seperti nasib Raja Pasir Dua Butir itu manakala lapan Exconya itu tak ubahlah sepeerti datuk-datuk yang menjadi hamba yang 'tertonggol' menjaga Raja negeri Pasir Dua Butir sebagai batu asas itu.


Makanya sekiranya Nizar hendak dapatkan semula jawatan MB dan kerajaannya, beliau kena cari dulu orang-orang seperti Laksamana Do Re Mi itu yang mempunyai kuasa berusur magik itu. Do mempunyai tikar terbang, Re mempunyai teropong manakala Me ada bangsi ajaib. Hanya dengan memiliki tiga Laksamana yang sakti itu saja memungkin kerusi MB dan kerajaan Pakatan Rakyat akan dapat dikembalikan semula. Wa'lahualam. Zam...zam ala kazam....:)


Nizar dikontrol oleh Laksamana Bersepupu Do dan Re (Ngeh Ngah)
Nizar akhirnya dapat menemui Laksamana "Mi" (Sivakumar)

Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi.

Barisan penentu UMNO

Ketika Pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ariff Shah Omar Shah menganggap nombor tiga yang diperoleh dalam kertas undi akan membawa tuah manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Sallleh pula ketika bertanding di Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu menyifatkan nombor satu dalam susunan kertas undi adalah petanda baik, tetapi kesudahannya kedua-dua mereka kalah dalam pilihan raya berkenaan.

Sebenarnya nombor bukanlah penentu nasib seseorang calon sama ada ia bertanding di peringkat parti mahupun dalam pilihan raya. Begitulah juga dalam pemilihan UMNO kali ini apabila pelbagai tafsiran dibuat setelah kedudukan nombor calon-calon yang bertanding ditentukan pada 24 Februari lalu.

Walaupun nombor bukanlah penentu tetapi ada di kalangan mereka berasa gundah gulana kerana kedudukan mereka tidak menggambarkan jumlah pencalonan yang diperoleh dan ada pula yang resah kerana mendapat nombor yang dianggap 'sukar orang nampak'. Namun ada pula tafsiran lucu yang menyatakan nombor yang diperoleh akan membawa tuah kerana dikaitkan dengan kedudukan jawatan dalam parti.



Apa pun semua pihak berhak membuat tafsiran dan analisis masing-masing, apa lebih penting pemilihan parti yang bakal berlangsung pada Mac nanti bukanlah berkaitan soal tuah sesuatu nombor sebaliknya ia bakal menentukan masa depan UMNO.


Aspek utama ialah perwakilan perlu menilai secara mendalam kemampuan seseorang calon bagi memastikan beliau benar-benar layak menjadi pemimpin UMNO dan negara. Dalam soal ini, keupayaan seseorang pemimpin bukanlah berasaskan kepada orang yang pandai senyum sepanjang masa, berupaya bersalam dengan ribuan orang atau 'paling pemurah' di musim pemilihan, malah kita tidak boleh memilih seseorang calon hanya kerana hendak menyelamatkan karier politiknya.


Sebaliknya kriteria utama ialah sejauh manakah pemimpin itu mampu diterima oleh rakyat serta berupaya menjalankan tugas dengan berkesan untuk parti dan kerajaan.


Memang benar adalah menjadi hak ahli UMNO menentukan siapa yang mereka mahu tetapi perjuangan UMNO adalah demi kesinambungan kepimpinan negara dan berkait rapat dengan riwayat parti itu dalam arena politik tanah air.

Persoalannya, apakah dengan tersenyum sepanjang masa seseorang pemimpin mampu menyelesaikan rakyat?

Apakah dengan bersalam dengan ribuan orang pemimpin itu akan mampu memperkukuhkan agenda perjuangan UMNO sehingga kembali diterima oleh rakyat atau apakah dengan menjadi 'Santa Claus' semata-mata untuk menenangi jawatan akan mampu menarik jutaan pengundi mengembalikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN)?


Berdasarkan kepada cabaran yang sedang menanti BN dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, perwakilan yang akan mengundi apa juga jawatan tidak harus membuat keputusan berasaskan kepada persepsi atau andaian semata-mata.


Sebaliknya keputusan perlu berasaskan kepada keyakinan bahawa barisan yang bakal dipilih mampu memperkukuhkan semula UMNO dan BN. Perwakilan yang akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 hingga 28 Mac nanti mempunyai amanah yang cukup besar memandangkan masa depan UMNO berada dalam genggaman mereka yang memiliki sehelai kertas undi.



Oleh itu perwakilan UMNO perlu benar-benar mentelaah kriteria pemimpin seperti manakah yang harus menjadi pilihan. Mereka tidak harus melihat dari segi luaran apatah lagi persepsi ketika membuat keputusan. Sebaliknya setiap seorang calon itu harus dikaji kelebihan dan kelemahan secara terperinci.


Keputusan yang dibuat perlu berasaskan kepada pemerhatian, kajian dan akal yang waras, bukannya akibat dikaburi oleh 'tawaran', emosi, persepsi atau ilusi. Perwakilan yang gagal membuat pertimbangan sewajarnya harus memahami jika barisan pemimpin yang dipilih oleh mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya maka mereka juga harus bertanggungjawab sebagai pemusnah masa depan UMNO.


Oleh itu kebijaksanaan menilai pemimpin amat penting. Mungkin kita mengagumi calon yang bersedia bertemu perwakilan siang dan malam, mungkin kita terpegun dengan pemimpin yang mudah tersenyum dan melihat muka orang bila bersalam tetapi apakah itu sahaja kriteria yang dikehendaki oleh rakyat?

Bagaimana dengan pemimpin yang mempunyai track record yang baik sepanjang perkhidmatannya sama ada dalam parti atau kerajaan, di peringkat negeri mahupun pusat? Atau pemimpin yang kita tahu mampu meneruskan agenda perjuangan parti dan negara tetapi menolaknya kerana persepsi beliau tidak mesra rakyat atau bakal menjadi liabiliti kepada parti?


Justeru dalam membuat keputusan, perwakilan UMNO tidak seharusnya meletakkan diri sebagai ahli UMNO sahaja sebaliknya mereka juga perlu mendalami perasaan sebagai seorang pengundi, ertinya cuba berusaha memahami apakah pemimpin yang bakal mereka pilih itu akan diterima atau tidak oleh rakyat.


Semua pemimpin yang dipilih oleh UMNO akan dibawa berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya. Rakyat pula yang akan menjadi hakim, setiap seorang pemimpin UMNO itu akan dinilai dengan penuh teliti kemampuan dan kewibawaannya untuk menjadi barisan kepimpinan negara. Kalau rakyat merasakan UMNO tersilap memilih pemimpin, mereka sudah pasti tidak akan mengundi BN.

Berikutan keadaan itu, perwakilan UMNO perlu memahami mereka bertanggungjawab untuk melontarkan undi bagi menentukan barisan kepimpinan yang ampuh dan mampu menggalas tanggungjawab membantu Perdana Menteri di dalam dan luar negara.

Pemilihan UMNO akan datang bukanlah medan untuk membalas budi, menyelamatkan karier atau menguburkan politik sesiapa tetapi ia bagi mencari pemimpin terbaik bagi mengembalikan maruah UMNO yang tercalar teruk dalam pilihan raya umum lalu.

''Cabaran yang menanti kita cukup hebat, bukan sahaja dalam urusan politik, sosial dan ekonomi dalam negara malah kita juga harus membariskan pemimpin yang mampu berjuang di peringkat antarabangsa. Oleh itu perwakilan UMNO perlu memilih pemimpin itu berdasarkan kredibiliti, kemampuan serta imej di mata rakyat.

Jangan terperangkap dengan teori-teori politik dangkal seperti bahaya singa sama singa di puncak yang sama atau persepsi, perwakilan perlu menghasilkan barisan kepimpinan terbaik yang mampu menarik perhatian rakyat menyokong kembali BN," kata seorang anggota kabinet kepada penulis ketika ditemui.


Menurut anggota kabinet itu lagi, rakyat sekarang sudah bijak menilai dan dalam keadaan UMNO sekarang kesilapan memilih barisan terbaik boleh mendatangkan bencana kepada parti itu dan BN.


''Mungkin dalam tahun 2004 kita boleh meletakkan sesiapa sahaja sebagai pemimpin kerana ketika itu UMNO dan BN kuat tetapi pada masa ini, UMNO dan BN dilihat cukup lemah dan keyakinan rakyat kepada kedua-dua parti itu masih belum pulih, jadi perwakilan perlu membuat pilihan tepat," katanya.


Dalam membuat penentuan barisan kepimpinan ini juga, perwakilan harus melihat jangka masa panjang dan bukannya dengan tanggapan untuk memberi seseorang pemimpin itu 'peluang sepenggal'.


Apa yang harus diingat pemilihan UMNO akan datang kebiasaannya hanya diadakan selepas pilihan raya umum, justeru apa yang dibimbangi belum sempat ahli UMNO menukar pemimpin mereka, rakyat awal-awal lagi menguburkan perjuangan politik pemimpin tersebut bersama UMNO dan BN.



Kita tidak nafikan dalam usaha meraih sokongan pelbagai cara dilakukan dan tidak terkecuali amalan politik wang. Tetapi perwakilan perlu faham pemilihan ini bukan soal kemurahan atau kemesraan seseorang pemimpin, sebaliknya ia adalah soal masa depan parti, bangsa, agama dan negara.


Sikap mengugut untuk 'memandikan' mana-mana calon yang tidak menghulurkan wang bagi meraih undi harus dihapuskan.


''Saya berharap sangat-sangat ada elemen meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya. UMNO tidak kuat lagi sekarang, kita perlu kembalikan keyakinan rakyat, itu yang paling penting," kata seorang menteri kabinet yang turut bertanding.


Perwakilan UMNO perlu memahami tanggungjawab dan amanah berat yang dipikul oleh mereka, sama ada mereka akan menjadi perwakilan atau tidak selepas ini, itu bukan soalnya.


Mungkin ada antara mereka berharap melalui pemilihan ini, ia memberi peluang untuk mengaut laba sebanyak mungkin, kalau itulah sikapnya maka mereka juga perlu bersedia menghitung satu persatu kekalahan UMNO dalam pilihan raya dan lebih buruk bersedia menanggung dosa akibat tidak amanah dalam memilih barisan terbaik demi bangsa, agama dan negara.