Kalau Aminah Abdullah melihat dirinya dalam cermin mungkin beliau akan mengakui dirinya macam kata orang Utara tak ada tanjak untuk pegang jawatan Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang.
Naib Presiden PKR Azmin Ali tidak salah bila bagi gelaran ‘ Minah Ronggeng’ pada Aminah dalam mempersendakan dakwaan calon bebas pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti itu bahawa parti itu cuba menyogoknya dengan jawatan itu jika menang pilihanraya kecil itu.
Gelaran yang mencetuskan deraian ketawa hadirin di ceramah kempen pilihanrayanya di kawasan kubu bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh itu adalah cara terbaik untuk cincang lumat kredibiliti mana-mana musuh yang mau bikin kacau.
Malah perwatakan Aminah yang macam mana-mana surirumah biasa tentu tidak terlawan bala tentera PKR yang berkampong di Penanti untuk mempertahankan kerusi DUN yang sengaja dikosongkan oleh bekas ADUN Fairus Khairuddin untuk beri laluan kepada orang kepercayaan Anwar yakni Dr Mansor Othman.
Ikut ceritanya bukan saja Azmin malah semua orang kanan PKR merasa tidak sedap badan kena melayan perang si Lone Ranger ‘Minah Ronggeng’ ini yang merupakan bekas Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang.
Aminah mungkin tidak dapat merasa jadi wakil rakyat di Penanti.Namun apa yang dikatakan sangat merisaukan PKR ialah karenahnya telah membuka banyak pekong yang terselindung dikacamata umum tentang hal dalaman parti itu.
PKR selama ini sentiasa mahu tampil sebagai parti yang steady dan cantik serba serbi.
Siapa saja yang berpeluang mendengar rakaman perbualannya tiga jam yang didedahkan oleh Aminah pasti tertarik tentang chit chat yang casual antaranya dengan Ahli MPT PKR Cheah Kah Peng dan pegawai khas Exco Pulau Pinang ,Lim Eng Nam pasal politiking dalaman parti itu selain isu dakwaan cubaan sogok untuk tarik diri sebagai calon pilihanraya kecil Penanti.
Ia bukan saja mengambarkan bagaimana kalangan pimpinan PKR saling tidak ngam antara satu sama lain malah Dr Mansor dicop sebagai pemimpin yang ‘ slow ’.
Ini nyata bertentangan dengan apa yang diwar-warkan oleh Anwar bahawa bekas professor di Universiti Sain Malaysia yang mempunyai ijazah berjela-jela itu dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng untuk mewakili orang Melayu dalam kerajaan Pulau Pinang sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Disebalik usaha Anwar untuk mengambarkan bekas Setiausaha Politiknya itu adalah calon terbaik,sebenarnya Dr Mansor sendiri tidak mempunyai imej politik yang menyerlah.
Semua orang tahu beliau bukan sekali tetapi tiga kali pernah kalah pilihanraya.
Beliau tewas dalam pilihanraya tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong.
Lebih jauh lagi selain membuka pekong PKR,perang ‘ Minah Ronggeng’ ini membuka kembali ingatan orangramai kepada nasib ramai bekas pejuang asal PKR yakni semasa Parti Keadilan Rakyat dulu yang meninggalkan parti itu kerana berbagai sebab yang masih terpendam.
Antara nama nama besar ialah Dr Chandra Muzaffar,Ezam Mohd Noor,Abdul Rahman Osman,Annuar Shaari,Lokman Nor Adam,Zahid Md Arip,Zainur Zakaria,Ruslan Kassim dan Hamdan Taha.
Banyak lagi cerita yang tidak sedap mungkin dapat didengar jika setiap mereka tampil bersuara.
Seperti mereka, Aminah juga adalah salah seorang pejuang asal parti itu.Beliau sendiri melihat senario parti itu tidak macam dulu... apa lagi bila kuasa sudah terserlah di depan mata.
Orang-orang baru dalam parti itu yang tak tahu cerita mungkin tumpang ketawa bila Azmin gelarnya ‘ Minah Ronggeng’.
Ketawa itu sekurang-kurangnya dapat jadi pengubat geram melihat Aminah yang nak terus meronggeng hingga 31 Mei ini
Thursday, May 28, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Program Nizar gagal raih sambutan
Yang datang tu puppet master DAP jaa...Nizar tak sedar-sedar lagi diperkotak-katik Beberapa ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini gagal menarik perhatian ramai dengan gimik menanam 10 'pokok demokrasi' di kawasan lapang berhampiran sebuah bank di Medan Istana, Ipoh.
Malah seorang petugas bank itu pula dilihat mengambil kesempatan daripada program itu dengan mengedarkan risalah promosi produk perbankannya kepada wartawan, anggota polis serta beberapa ADUN yang hadir, lapor Bernama.
Mereka yang hadir termasuklah ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP), Lim Pek Har (ADUN Menglembu-DAP), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan Thomas Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji).Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu, tamat sejam kemudian.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang dijadualkan hadir bersama untuk menanam pokok itu hanya tiba pada pukul 10.15 pagi selepas pokok-pokok itu selesai ditanam, lapor agensi berita itu lagi.Semua yang hadir bersurai kira-kira 15 minit kemudian.
Tuesday, May 26, 2009
Pemimpin kena tunjuk kesungguhan
Sehingga hari ini, Malaysia tidak putus-putus dihidangkan dengan senario pilihan raya kecil yang seakan-akan tidak berkesudahan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) berakhir hanya 13 bulan lalu.
Bermula daripada peletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh sehinggalah Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin di Penanti, dapat dilihat ia bagaikan suatu proses berterusan.
Banyak penganalisis politik berpendapat pilihan raya ini (selain Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Manik Urai ekoran daripada kematian penyandang sedia ada) adalah suatu strategi grand design yang dimainkan oleh pakatan pembangkang bagi memastikan kelangsungan momentum protes terhadap pucuk kepimpinan praperalihan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Apapun pendapat atau teori dan sama ada ia benar ataupun tidak, wang yang terpaksa dibelanjakan untuk pilihan raya-pilihan raya kecil itu bukanlah sedikit jumlahnya. Justeru, jika benarlah ia sengaja dirancang walhal boleh dielakkan, ia amat mendukacitakan kerana yang dibazirkan itu ialah wang rakyat.
Menilai daripada sudut akal yang sihat, tindakan sedemikian bukanlah suatu perancangan terpuji dalam keadaan dunia yang tidak menentu dan negara yang sedang menongkah arus kegawatan ekonomi sejagat.
Sewajarnya apa yang perlu diutamakan adalah pencapaian pemimpin-pemimpin setempat dan parti politik yang dipilih rakyat setahun lalu.
Sehingga saat ini, parti-parti pembangkang terus mengganggu-gugat ketenteraman negara dengan pelbagai isu dan "desakan yang bukan-bukan".
Kerajaan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menunjukkan kepimpinan positif dalam membawa senario politik negara ke arah fasa penyelesaian isuisu berbangkit secara menyeluruh dan bukannya secara pendekatan jangka pendek (fire-fighting) seperti yang disangka dan diharapkan oleh parti pembangkang.
Pendekatan menyeluruh ini amat penting kerana ia secara langsung menggagalkan strategi pembangkang untuk menghalakan kerajaan BN ke arah satu sudut yang mampu memusnahkan imej BN-UMNO itu sendiri.
Kita juga tidak boleh lupa bahawa sebilangan besar rakyat terdiri daripada kelompok rakyat rasional yang tidak mudah terbuai oleh hujah-hujah pesona ahli-ahli politik.
Kelompok ini sentiasa menilai dan menitikberatkan pencapaian para pemimpin dan parti yang disokong mereka bagi memastikan ia mengotakan janji-janji yang dibuat semasa kempen PRU12 lalu.
Kesungguhan mengotakan janji
Persoalan sama ada janji-janji itu sudah dikotakan atau tidak, kesungguhan untuk merealisasikannya dinilaikan sebagai usaha di landasan yang tepat.
Rakyat ingin melihat kesediaan pemimpin untuk "menyinsing lengan dan membanting tulang" dalam usaha memenangi hati mereka.
Bagi para pemimpin berjiwa rakyat, usaha mereka perlu dibuat dalam bentuk fizikal dan nyata. Aktiviti bersama rakyat tidak boleh menjadi aktiviti waktu senggang yang hanya bermusim.
Demikian juga dalam hal beramah mesra dengan masyarakat serta mengambil tahu susah senang rakyat bawahan. Setelah mengenal pasti isu rakyat, laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh kejujuran serta kegigihan.
Rakyat hari ini mendambakan keringat yang keluar daripada setiap pengorbanan yang telah mereka curahkan. Setiap titisan keringat itu sebenarnya mewakili setiap undian dan sokongan ke atas wakil rakyat tersebut. Inilah terjemahan lahiriah kepada slogan yang menyuruh wakil rakyat 'turun padang'. Ia perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.
Pendefinisian semula istilah 'turun padang'
Puas saya mendengar istilah menyuruh wakil-wakil rakyat untuk 'turun padang'. Pada fikiran saya, jikalau pemimpin tersebut dipilih oleh rakyat dan proses pemilihan itu juga dibuat di kalangan rakyat maka istilah pemimpin 'turun padang' tidak seharusnya terus wujud.
Sesungguhnya, pemimpin dan rakyat adalah dari 'padang' yang sama dan tidak perlu diumpamakan seperti golongan dewa-dewa yang hidup dalam dunia double standard sehingga dipisahkan daripada rakyat.
Pemimpin harus sedar bahawa majikan mereka sebenarnya adalah rakyat. Pemahaman mendalam ini melahirkan konsep "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".
Jika istilah 'turun padang' masih lagi terus digunakan, pastikanlah tujuan program 'turun padang' adalah tulus untuk bertemu, mendengar rintihan dan membantu rakyat.
Yang patut diutamakan ialah memastikan negara kekal berdaya saing dalam memacu ke arah kemajuan dan kemakmuran. Kepada semua wakil rakyat, jalankanlah tugas seperti tiada esok, secara bersungguh-sungguh, jujur serta jangan lari daripada tugas itu.
Ingatlah, usaha yang gigih dan istiqamah perlu sentiasa disulami dengan ketelusan, keikhlasan dan kepimpinan berhemah

Monday, May 25, 2009
Tunggu apa silat PKR bila Aminah dedahkan...

Walaupun hanya berhadapan dengan calon Bebas, PKR nampaknya tidak boleh duduk senang kerana ‘serangan’ awal salah seorang calon bebas, Aminah Abdullah mengundang reaksi daripada pimpinan kanan parti tersebut.
Aminah selepas penamaan calon berkata, beliau akan mendedahkan bukti ada pemimpin PKR yang telah menemuinya dengan membuat pelbagai tawaran asalkan beliau sedia menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.
Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan, adalah antara kumpulan awal yang berjuang bersama Parti Keadilan dan menerajui kepimpinan di peringkat negeri Pulau Pinang di samping aktif dalam pergerakan wanita di peringkat pusat.
Difahamkan, Aminah akan membuat sidang media bagi mendedahkan dakwaannya itu kerana menurut beberapa sumber rapat dengannnya, beliau mempunyai gambar dan rakaman perbualan yang melibatkan salah seorang pemimpin PKR.
Mengulas mengenai dakwaan Aminah itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mencabar Aminah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengemukakan bukti.
"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya.
Manakala Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula ketika mengulas dakwaan Aminah tersebut mengaitkannya dengan kemungkinan Aminah mempunyai rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam PKR.
Cumanya, jika Aminah tampil mengemukakan bukti, kita lihat apa pula ‘pencak silat’ yang akan digunakan oleh PKR. Selalunya pemimpin PKR membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan tetapi tiada bukti yang dikemukakan. Itu tidak apa bagi mereka.
Kalau orang lain kemukakan bukti, apa agaknya jawab mereka.
Gelaran 'Menteri Besar Mahkamah' patut diberi kepada Nizar - Zambry

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah' patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.
Beliau berkata oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnyanya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya.
"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.
"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lepas bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.
Terdahulu Zambry mengadakan perjumpaan dengan dua orang perenang Selat Inggeris, Zahra Ma'soumah dan Salman Ali Shariati Abdul Halim di pejabatnya di sini.
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.
"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.
"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

Dari BERNAMA
Tawaran PKR: RM80 ribu, jawatan Presiden MPPP...janji tarik diri

Calon Bebas Aminah Abdullah hari Isnin membuat laporan polis di balai polis Bandar Perda bagi mendapatkan jaminan keselamatan ekoran tindakannya henda mendedahkan tawaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya dan sebagi balsan beliau hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.
Menurutnya yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang, beliau membuat laporan polis berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya. Sehubungan itu sebagai susulan, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok dengan menyerahkan bukti tawaran yang dibuat oleh PKR tersebut.
Beliau mendedahkan, PKR menawarnya RM80,000 dan jawatan Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan syarat beliu hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil berkenan. Difahamkan, Aminah mempunyai rakaman perbualan dan gambar antaranya dengan pemimpin PKR yang membuat tawaran berkenan.
Sunday, May 24, 2009
Siapakah Exco Kedah yang claim memBABI buta itu?
Terpalit lagi kerajaan PR (Perosak Rakyat) Kedah dengan tuduhan seorang Exco dia buat tuntutan perjalanan yang sangat tinggi.Kalau tengok angka dia memang sangat tinggi.
Baru 15 bulan jadi Exco, tuntutan perjalanan, makan minum dan penginapan dah lebih RM100,000. Wow, kalau diteruskan 4 tahun lagi, mau Exco tu jadi orang kaya baru.Siapa Exco tu.
Yang pasti, ia bukan dari parti PAS.
Dengar kata dia ADUN dari selatan Kedah (Lunas? Kulim? Sidam, Bakar Arang)?
Bidang tugas yang dia pegang pun ada kaitan dengan usaha bawa mai orang luar melawat Kedah, jadi mungkin sebab tu dia kena claim tinggi, bagi layan kunjungan tetamu luar tu.
Tapi dengar kata, ADUN merangkap Exco yang claim terlampau tu memang sejak dari dahulu lagi tidak ada rekod bersih. Malahan dikatakan juga Exco itu sememangnya bermasalah dengan pentadbiran kerajaan negeri sekarang.
Beliau bagaikan "lone ranger" dalam senarai Exco sekarang kerana merasakan diketepikan oleh pentadbiran kerajaan Kedah Sejahtera.
Lebih kurang dia dengan pemimpin wahid parti dia sama sahaja, bergelumang dengan bermacam masalah moral. Nampak sangat parti dia tu ketandusan calon, main tangkap muat sahaja.
Mungkinkah akan ada pilihan raya kecil di Kedah berikutan isu itu, ini kerana terdapat cerita ADUN merangkap Exco itu sebenarnya juga tidak sebulu dengan pemimpin wahid parti mereka
Lagi Berita: Pejabat Kewangan Negeri Kedah diarah kemuka rekod
ALOR SETAR: Pejabat Kewangan Negeri Kedah diarah mengemukakan segala rekod tuntutan oleh Exco kerajaan negeri yang didakwa membuat tuntutan elaun melampau sejak 13 bulan sehingga Mac lalu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memudahkan siasatan dijalankan.
Azizan berkata, beliau juga mengarahkan supaya kes itu diteliti pejabat kewangan negeri bagi menentukan sama ada tuntutan itu mengikut peraturan ditetapkan atau sebaliknya.
Katanya, beliau akan bertemu dengan Exco itu yang kini berada di luar negara atas urusan tertentu sebelum melanjutkan siasatan bagi menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat.
"Kita sudah kenal pasti siapa yang dimaksudkan, tetapi tidak adil untuk saya mendedahkannya kerana kita masih meneliti dan menyiasat kes ini. "Kita mahu tentukan dulu sama ada tuntutan dibuat mengikut peraturan kerana ia mungkin tidak melanggar undang-undang walaupun saya sentiasa menegaskan kita mengamalkan perbelanjaan berhemah.
"Ada kemungkinan juga ia permainan politik pihak tertentu untuk menggugat imej kerajaan negeri, tetapi kita tetap akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti benar Exco berkenaan melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, jika terbukti benar Exco terbabit melakukan kesalahan dan kes itu ada asas, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang. Semalam akhbar ini melaporkan kerajaan Kedah akan menyiasat seorang ahli Exconya yang didakwa membuat tuntutan elaun sampingan melampau sehingga mencecah RM148,000 dalam masa 13 bulan sehingga Mac lalu.
Azizan dilaporkan berkata, perkara itu akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang sebelum tindakan selanjutnya diambil.
"Saya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang pegawai saya," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan seorang penulis menggelar dirinya sebagai penyiasat persendirian dalam laman blog kedahlanie.blogspot.com mengenai Exco itu, yang dikatakan membuat lawatan selama 219 hari termasuk 36 perjalanan ke Langkawi dengan tempoh menginap selama tiga hingga empat hari pada setiap kali lawatan.
Menurut penulis itu, Exco berkenaan menerima gaji dan elaun tetap berjumlah RM16,500 sebulan, tetapi pendapatan puratanya mencecah RM28,000 sebulan dengan bulan tertinggi RM34,601 dan terendah sekitar RM17,000 sebulan. Tuntutan elaun penginapan Exco itu sejak Mac tahun lalu saja mencecah lebih RM25,000.
Saturday, May 23, 2009
Episod seterusnya Pembangkang Perak: Nak Kebuloq pulak

Nak kebuloq, kebuloq laaa...apa rakyat Perak kisah!!!. 28-31: yang mana majoriti? Budak PASTI pun tahu mcm mana nak mengira
Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.
Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini.
Mesej langkah itu ialah menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan kembali kepada rakyat, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online.
"Ya, ya... kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa)," katanya.
Tambah beliau, langkah itu telah lama diputuskan dan tiada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat) dan mendaftarkan diri mereka," kata beliau sambil menambah, tidak pasti berapa ramai yang akan mengambil bahagian.
"Tidak pasti berapa ramai sebab ia akan diadakan selama tiga hari," katanya.
Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."
Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.
Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
Semalam Mahkamah Rayuan sebulat suara mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
Krisis politik Perak bermula awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan negeri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Pada 7 Mei lalu, krisis politik menuju "era baru" apabila Speaker V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat disingkir dan digantikan dengan wakil Barisan Nasional (BN).
Dr Lo'lo: MP yang tahu menempek sahaja
Tempek lagi: Yb Dr Lo'lo dan Yb Saari sedang mendengar penerangan pegawai DUKEAhli Parlimen PAS: Dr Lo' Lo' terlolo dan hanya tahu menempek dan kebuloq dengan aktiviti kerajaan sahaja.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen sebelum beliau melakukan lawatan mengejut ke sesuatu kawasan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan hari ini. "Lawatan mengejut ini dibuat bagi membolehkan menteri meninjau apa yang berlaku di lapangan.
Tempek membuat lawatan ke tapak Kompleks Pasar Keramat pada pagi isnin 23 Jun 2008. Patut dipanggil MP "nasi tambah""Apa ertinya lawatan mengejut jika semua orang dimaklumkan mengenainya? Kami berusaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Tolong, jangan politikkan perkara remeh, yang tidak memberi faedah kepada sesiapa, kecuali untuk kepentingan politik peribadi," katanya kepada Bernama hari ini.
Saravanan berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS menyelar Raja Nong Chik kerana tidak memaklumkan kepadanya tentang lawatan mengejut menteri itu ke Keramat Mall di sini pada 21 Mei.
Pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS semalam, Dr. Lo' Lo' mendakwa beliau telah bersemuka dengan Raja Nong Chik tentang apa yang beliau sifatkan sebagai sikap menteri itu yang tidak berhemah kerana tidak memaklumkan kepadanya tentang lawatan mengejut itu, dan jawapan kurang enak yang disuarakan oleh Raja Nong Chik kepadanya pada hari berkenaan.
"Saya pergi ke merata tempat dan saya tak perlu beritahu awak semuanya. Sekarang, saya nak ke tandas, perlukah saya tanya sama ada awak nak ikut sama?," demikian dikatakan bunyi jawapan Raja Nong Chik kepada Dr. Lo'Lo' seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita semalam.
Dr. Lo'Lo' berkata beliau "terkejut dan tergamam" dengan reaksi Raja Nong Chik itu serta berasa malu kerana komen menteri itu dapat didengar oleh ramai anggota rombongan menteri itu yang terdiri daripada para pegawai kementerian berkenaan dan Dewan Bandar Raya.
Dr. Lo' Lo' berkata, walaupun Raja Nong Chik telah memohon maaf kepadanya pada satu majlis berasingan pada hari yang sama, tetapi beliau perlu menyuarakan isu itu bagi mengelaknya daripada berulang dan komen menteri berkenaan mengandungi unsur-unsur gangguan seksual.
Kata Saravanan: "Menteri berkenaan telah memohon maaf kepadanya (Dr. Lo' Lo') tentang perkara itu, jadi tak ada sebab lagi untuk beliau mengadakan sidang akhbar bagi menghebahkan isu itu. Ini bukan suatu kes sensitif berkaitan gender, tapi lebih merupakan suatu muslihat politik.
"Menteri berkenaan akan memberi komen serupa sekiranya pertanyaan serupa disuarakan oleh Ahli Parlimen lelaki. Saya minta Ahli Parlimen pembangkang agar tidak mempolitikkan semua perkara.
"Kini, kita tahu dengan jelas bahawa mereka akan mempolitikkan apa saja. Hentikanlah retorik seperti ini dan mulalah bekerja untuk rakyat kerana itulah sebab utama kita berada di sini," katanya. BERNAMA
Lagi berita: Tiada maaf lagi buatmu, Dr Lo' Lo' (dari Malaysiakini)
Menteri Wilayah Persekutuan, yang didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, tidak akan meminta maaf sekali lagi kepada ahli parlimen wanita PAS itu.
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal berkata beliau telah meminta maaf kepada Dr Lo' Lo' pada hari kejadian, kelmarin, sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal berkata beliau telah meminta maaf kepada Dr Lo' Lo' pada hari kejadian, kelmarin, sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
"Sebagai orang Islam saya telah meminta maaf kepada beliau."Tetapi saya dimaklumkan Dr Lo' Lo' kata ia tidak ikhlas. Bagaimana dia tahu hati saya?" kata Raja Nong Chik ketika ditemui selepas mesyuarat badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan di ibu negara semalam.
Beliau, ketua bahagian Umno Lembah Pantai, dilantik sebagai timbalan ketua badan perhubungan Wilayah Persekutuan."Kalau mempersoalkan orang ikhlas atau tidak ikhlas, (cara) itu sudah tidak betul."
Beliau diminta mengulas dakwaan ahli jawatankuasa PAS itu bahawa menteri berkenaan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang bersifat "gangguan seksual" terhadapnya.
Menurut Dr Lo' Lo', ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata kepadanya: "Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?
"Kata-kata itu didakwa dituturkan kepada Dr Lo' Lo' selepas wakil rakyat wanita itu mempersoalkan kenapa Raja Nong Chik tidak memaklumkan kepadanya tentang program lawatan di pasar baru itu - dalam kawasan parlimen Titiwangsa yang diwakilinya.
Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam, Dr Lo' Lo' menggesa Raja Nong Chik memohon maaf secara terbuka walaupun mengakui menteri itu telah berbuat demikian secara peribadi kepadanya di tempat tersebut pada hari yang sama.
Wakil rakyat PAS itu juga mempertikaikan kenapa beliau tidak diundang di majlis tersebut walaupun pemimpin-pemimpin Umno bahagian, pegawai kanan kementerian, datuk bandar dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diundang.Diminta mengulas dakwaan tersebut, senator itu berkata, urusan jemputan dikendalikan oleh DBKL.
"Ini lawatan mengejut, kalau ada orang hendak ikut, itu hak dia," katanya lagi."Tetapi dia (Dr Lo' Lo') sebagai ahli parlimen Titiwangsa dan pasar (ini) dalam parlimennya, dia boleh datang, tidak perlu dijemput."
Friday, May 22, 2009
Siri ke-3: Pendedahan Adun Behrang: Jamaluddin Mohd Radzi
Bila dah berkuasa...2 x 5...mereka sebat juga"Pernahkah kita terbayang Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati," itulah soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam temubual SIRI AKHIR dengan Agendadaily.
Beliau membangkitkan perkara tersebut bagi menggambarkan betapa perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan, hanya retorik sebelum berkuasa. "Bila dah berkuasa dua kali lima saja," katanya.
Malah beliau turut menyatakan sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri Perak, agenda perjuangan yang dilaungkan selama ini tidak nampak pelaksanaannya.
"Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah saja ," katanya. Selain penguasaan Ngeh dan Nga dalam Exco dan mainan politik PKR, apakah punca YB bertindak tinggalkan kerajaan campuran pakatan pembangkang?
"Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan. Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan.
Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kita ini dah keterlaluan. Mana pernah berlaku sebelum ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghormatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja".
Sejak sertai PKR dulu hingga sekarang, adakah YB menduga ini akan berlaku akhirnya?
"Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. ini perjuangan kita bersama selama ini.
Tapi bila dapat bentuk kerajaan sebagai sebuah pakatan, itu juga yang berlaku. Serupa sahaja. Maknanya hanya nak rebut kuasa. Bila dah berkuasa sama saja, serupa saja.
Cuma lebihnya PKR dia dah dekati rakyat dari dulu lagi, Jadi kalau ada orang kata PKR tak betul, rakyat susah nak percaya. Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan.
Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah."
YB sebut soal ‘sama je bila dah memerintah’ apa yang YB maksudkan "
Seperti saya jelaskan, isu utama saya keluar kerajaan pakatan pembangkang ini kerana Nizar tak jaga kepentingan Melayu. PKR pula ada konspirasi nak jatuhkan saya. Kalau kata saya keluar kerana wang ringgit, lama dah saya keluar. Lepas pilihan raya umum 2008 saya dah keluar dah kalau saya nak duit. Selain itu saya lihat soal-soal salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka pun sebat juga.
Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng. Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan.
Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng. Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan. Tanah kerajaan tak perlu di bawa mesyuarat, MB sahkan sahaja. Akhirnya kawasan itu diberikan kepada orang lain tanpa dibawa dalam mesyuarat pun. Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat katanya.
Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat... kamu buat tak benda itu?. Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali.
Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat... kamu buat tak benda itu?. Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali. Apa yang saya lihat dalam masa saya banyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR. Dia bagi balak kepada mereka. Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.
Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.
Bagaimana sambutan orang Behrang kepada YB selepas jadi ADUN Bebas?
Saya di Behrang, Alhamdulilah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakat Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.
PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur. Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat perisytiharan beramai-ramai keluar PKR.
Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang yang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri. Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang. Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ek tangan pembangkang.
Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO. Cuma bagaimana dengan sikap orang bukan Melayu. Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhannya.
Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu. Jangan kita bakar UMNO tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu. Cuma orang UMNO janganlah sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.
Salah UMNO pun ada, pimpinan tidak turun ke bawah. Pimpinan UMNO di Cawangan tidak mesra rakyat. Sekat orang yang hendak masuk UMNO…semua ini sebabkan orang makin jauh dengan UMNO.
Saya sampaikan ni semasa kami semua jumpa Datuk Seri Najib bagi nyatakan sokongan kepada BN. Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan mereka beri sokongan kepada pembangkang. Itu saja," katanya mengakhiri temubual.
ADUN Manek Urai PAS meninggal dunia

Dari Malaysiakini:ADUN Manek Urai (N41, P031 Kuala Krai), Ismail Yaacob meninggal dunia selepas subuh hari ini dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.
Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.
Al-fatihah
Thursday, May 21, 2009
Kempen Pembangkang Halang Projek Kolej TAR Di Sarawak
Kempen pihak pembangkang dengan mendakwa kononnya berlaku rasuah ke atas pelaksanaan cadangan projek membina Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) di Bintangor merupakan sebab kenapa pendokong projek itu Tan Sri Ting Pek Khiing enggan meneruskannya, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan.
Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata SUPP jelas menyokong pembinaan projek itu kerana sudah menjadi dasar parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggalakkan sektor swasta supaya mengadakan institut pengajian tinggi yang boleh menawarkan kos pembiayaan belajar yang mampu ditanggung oleh masyarakat tempatan.
"Malangnya, saya diberitahu oleh Ting semasa dan selepas pilihan raya umum tahun lepas, terdapat kempen memburukkan dirinya yang dikatakan tidak jujur dan mengunakan cadangan pembinaan Kolej TAR untuk mendapat sokongan umum," kata Dr Chan yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Negeri, semasa menggulung ucapannya di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.
Bagi memburukkan keadaan, beliau berkata calon DAP yang tewas dalam pilihan raya, Dr Wong Hua She, pada April tahun lalu memfail petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Sibu, dengan mendakwa Ting telah menggunakan cadangan pembinaan kolej tersebut sebagai "rasuah" semasa pilihan raya.
Oleh itu sebarang perancangan atau pembangunan berhubung kolej tersebut selepas itu boleh dianggap sebagai subjudis semasa perbicaraan petisyen tersebut sementara Ting Tze Fui (DAP-Meradong) turut menyerang Ting yang kononya telah berbohong kepada rakyat, katanya.
Dr Chan berkata rakyat sendiri boleh menilai keadaan sebenarnya bahawa DAP yang menggagalkan cadangan projek tersebut, tetapi SUPP sebagai parti politik akan terus mencari alternatif lain untuk membantu rakyat di Meradong seperti mana parti itu dapat meyakinkan Universiti Curtin dan Universiti Swineburne dari Australia untuk mewujudkan kampus di Sarawak demi membangunkan modal insan di negeri itu.
"Ting juga telah mengulangi, sekiranya kerajaan BN meluluskan untuk membina kolej teknikal di Bintangor satu hari nanti, beliau akan menyumbang tanah untuk tujuan pendidikan," kata Dr Chan.
Beliau berkata semasa Ting memulakan cadangan untuk membina Kolej TAR, pemimpin BN termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri memberi restu

Wednesday, May 20, 2009
Siri ke-2: Pendedahan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi

Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.
Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.
Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku dan dalam temubual bersama Agendadaily beliu menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut
SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.
Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu pada temubual siri pertama sebelum ini.
“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR."
Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.
Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.
Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.
Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman
Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Kenapa saya kata begitu.

Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.
Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.
Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahwa beliau akan menjadi calon.
Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Surat itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.
Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.
Kenapa YB buat kesimpulan demikian
Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Firus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Firus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN
Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Firus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.
Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.
Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.
Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.
Bila lihat apa yang berlaku kepada Firus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.
Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tugur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.
Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.
Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN
Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.
Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.
Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.
Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja
Kurang ajar punya HINDRAF!
Usah layan kerenah Hindraf, hentikan pendekatan lembut
KATA dua kepada kerajaan? Bunyinya memang lucu, apatah lagi jika amaran itu dibuat oleh sebuah pertubuhan haram. Namun itulah lagak Hindraf ketika ini. Semakin dibiarkan, ia semakin besar kepala. Malah ia merasakan semakin mendapat sokongan.
Ketika pelbagai pihak memerah otak untuk mencari jalan menyemarakkan kembali perpaduan antara kaum, pertubuhan itu sekali lagi cuba tampil sebagai perosak.
Hindraf merasakan mereka hebat. Padahal mereka sebenarnya "entah siapa-siapa".
Ia diketahui umum sebagai pertubuhan haram yang cuba menjadi 'wira' kepada penduduk India. Namun percaturan mereka ternyata silap kerana 'memperjuangkan' elemen yang boleh mencetuskan keresahan kaum.
Kata dua yang diberikan kepada kerajaan untuk menarik balik arahan kepada P. Uthayakumar menunjukkan keangkuhan pertubuhan itu. "Amaran" tersebut membuktikan Hindraf merasakan mereka hebat.
Namun sejauh mana 'kehebatan' mereka? Adakah mereka mampu mengatasi undangundang? Adakah kerajaan akan membiarkan mereka merosakkan keharmonian negara?
Jawapannya sudah pasti tidak! Majoriti rakyat juga menolak pertubuhan itu. Termasuklah juga majoriti kaum India yang cuba 'diwakili' oleh Hindraf. Lagi-lagi Hindraf! Rakyat sudah bosan dengan kerenahnya.
Dan kelmarin, ungkapan "siapa dia nak bagi-bagi amaran?" yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memang amat tepat untuk pertubuhan itu. Sesuai dengan ungkapan tersebut, kerajaan dan pihak polis mesti bertindak tegas dan pantas.
Pengaruh Hindraf - sekiranya ada - perlu dibendung segera.
Mesej lebih jelas perlu diberikan kepada golongan yang tidak tahu "berterima kasih" itu.
Namun yang paling penting, jangan sesekali mengikut rentak pertubuhan itu. Usah dilayan kerenah mereka.
Jangan lagi guna pendekatan berlembut. Usah lagi beri amaran. Ia sudah acap kali dilakukan. Namun amaran-amaran itu tidak pernah berbekas di hati para pemimpin dan ahli pergerakan haram tersebut.
Jadi, kini adalah masa untuk bertindak. Jika mereka melanggar peraturan, kenakan tindakan tegas. Jangan lagi wujud elemen tolak-ansur. Masa untuk itu rasanya sudah berakhir. Apa lagi kompromi yang boleh ditawarkan kepada golongan yang sanggup memberi kata dua kepada kerajaan?
Sampai bila kerajaan perlu melayan desakan yang diiringi ugutan? Seandainya semua desakan perlu dilayan, bilakah agenda untuk rakyat majoriti boleh dijayakan?
Sudah tiba masanya untuk memberi pengajaran kepada Hindraf. Hentikan kerenah buruk mereka.
Jika tahanan ISA adalah jawapannya. Lakukan sahaja. Jangan dikira bantahan mereka yang tidak mahukan ISA. Keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan.
Sekiranya negara huru-hara, kerajaan dan pihak polis yang bakal dipersalahkan.
Maka, sebelum "nasi menjadi bubur", bertindaklah segera. Jangan tunduk kepada Hindraf.

Tuesday, May 19, 2009
11 bulan berkuasa...apa kata Ngeh & Nga, Nizar ikut aje
SIRI SATU (dari Agendaily.com)Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.
Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.
Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.
Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.
Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.
Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan. Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?
Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata: “Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada. Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu.
Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000.
Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton. Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.
Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya. Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.
Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ? Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo. Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik.
Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar. Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.
Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.
Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu. Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.
Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat. Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo.
Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera. Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.
Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa.
M lulus tiga C lulus sembilan. Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje.
Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun. Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.
Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco? Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.
Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan. Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau. Ekoran itu, saya bertemu Nizar.
Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh. Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat. Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya.
Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja. Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.
Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga.
Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja. Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga. Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.
Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.
Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ?
Monday, May 18, 2009
Gempaq Selasa ni: "Ini semua gara gara kamu…"

Dari Agendadaily.com
Tengok betul betul gambar siapa di sebelah kiri.Rasa macam kenal.Kalau tidak kerana gara gara beliau mungkin Perak kini tenang tenang saja.
Siapa lagi kalau bukan YB Jamaluddin Mohd Radzi, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Behrang,Perak yang lompat jadi ADUN Bebas bersama dua lagi ADUN pembangkang,YB Osman Jailu,bekas PKR Changkat Jering dan YB Hee Yit Foong,bekas DAP Jelapang.
Kenapa Jamaluddin tunjuk kad keahlian parti DAP? Sebenarnya banyak cerita yang orang tak tahu kenapa Jamaluddin menyinga sampai kerajaan negeri pakatan pembangkang Perak terbalik.
Tuduhan biasalah.Beliau kena beli,kena culik dan sudah dapat ‘ bulan bintang ’.
Ikut Jamaluddin selama duduk dalam kerajaan negeri pakatan beliau nampak sendiri realiti politik pembangkang PAS-DAP-PKR bila sudah berkuasa.”Kita selalu dengar pembangkang kata UMNO penyamun.
Ini lagi dasyat…penyamun,perogol dan pembunuh dalam satu ,”katanya.
Dalam interbiu eksklusif selama hampir tiga jam di Kuala Lumpur Sabtu malam,Jamaluddin cerita dengan panjang lebar apa yang didakwanya berlaku.
Ikuti interbiu penuh dengannya di Agendadaily Selasa.
Adakah BN tidak akan tanding DUN Penanti?
Adakah Barisan Nasional (BN) akan bertanding, atau ia akan memutuskan untuk tidak terbabit dalam pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini?
Ia nampaknya menjadi topik perbualan yang hangat diperkatakan di kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen BN semasa mereka menimbangkan pelbagai pilihan sebelum membuat sebarang keputusan muktamad pada mesyuarat Majlis Tertinggi di Putrajaya hari ini.
Kemungkinan BN tidak akan bertanding timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pilihan raya kecil yang tidak perlu adalah sesuatu yang membuang masa dan wang awam.
Penganalisis politik dan sumber dalaman parti melihat kenyataan ini sebagai tanda bahawa kepimpinan tertinggi BN mungkin menimbangkan untuk tidak bertanding kerana ia juga perlu mengambil kira kejerihan orang ramai terhadap perbalahan politik dalam negara.
Sejak pilihan raya pada Mac tahun lepas sehingga kini, Malaysia menyaksikan lima pilihan raya kecil.
"Saya secara peribadi bersetuju dengan langkah untuk tidak bertanding kerana pilihan raya kecil akan hanya melencongkan perhatian dan masa, yang seharusnya ditumpukan kepada perkara yang lebih mendesak seperti isu berkaitan ekonomi.
"Dengan tidak bertanding, BN dapat mengelak daripada terjerumus dalam perangkap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, kerana semua tahu bahawa dia memang merancang untuk mengadakan banyak pilihan raya kecil," kata Timbalan Presiden parti Gerakan Datuk Chang Ko Youn.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan pula berpendapat bahawa BN tidak seharusnya bertanding "kerana kalah atau menang BN tidak akan membawa banyak perbezaan kepada lanskap politik negeri".
Beliau berkata, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak menjelaskan mengapa Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu Mohamad Fairus Khairuddin, meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan kemudiannya mengundur diri sebagai wakil rakyat.
Memandangkan Penanti adalah kubu kuat PKR, Teng merasakan bahawa perletakan jawatan Fairuz adalah sebahagian daripada strategi kempen politik oleh PKR bagi meraih lebih banyak perhatian.
Bagaimanapun Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow pula merasakan bahawa soal sama ada BN harus bertanding atau tidak, banyak bergantung kepada sentimen di peringkat kawasan setempat terlebih dahulu.
Menurutnya sentimen di peringkat tempatan mungkin "berbeza daripada apa yang disangka".
"Ia adalah soal sekiranya tiada peluang untuk menang, mengapa perlu dikerah satu batalion yang cukup besar untuk ke medan perjuangan? Jimat tenaga, menangi hati dan minda rakyat serta tunggu pertempuran berikutnya adalah lebih penting," katanya.
Teng berkata sekiranya sentimen tempatan menunjukkan bahawa BN tidak seharusnya mengecewakan penyokongnya pula, ia perlu menyusun semula strategi, namun ia masih tidak perlu mengerah tenaga yang cukup besar untuk membantu pilihan raya kecil itu.
Pengerusi Bahagian MCA Permatang Pauh, Datuk Ma Kok Ben pula berkata tidak ada salahnya jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, dan ia masih boleh menyalurkan dana yang perlu, terus kepada penduduk di kawasan itu.
"Sekiranya anda sampaikan peruntukan semasa pilihan raya kecil, orang ramai mungkin mendakwa ia bertujuan membeli undi dan macammacam lagi," katanya.
Penganalisis politik James Wong pula percaya bahawa sekiranya BN memutuskan untuk tidak bertanding, ia masih membawa implikasi yang baik terhadap Najib apabila beliau akan dilihat sebagai lebih arif dan bijak dalam proses membuat keputusan.
"Sekiranya BN memutuskan untuk tidak bertanding, satu-satunya masalah yang perlu ditanganinya ialah di peringkat akar umbi, terutama membabitkan penyokong yang ingin sangat untuk bertanding apabila ada saja pilihan raya kecil," katanya.
Wong berkata Najib akan perlu meyakinkan penyokong BN bahawa keputusan untuk tidak bertanding adalah langkah yang bijak dan terbaik.
Beberapa pemimpin BN berkata sekiranya BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini, ia bukanlah kali pertama dalam sejarah bagi BN berbuat demikian.
Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu.
Pilihan raya itu diadakan selepas Anggota Parlimen Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan pada 13 Januari di Mahkamah Tinggi, di mana selain didenda RM2,000 atau enam bulan penjara, Fan turut dilucut daripada status beliau sebagai Anggota Parlimen.
Pilihan raya kecil kemudiannya diadakan namun BN memutuskan untuk tidak bertanding, dan akhirnya pilihan raya kecil tidak diadakan apabila Fan berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang pilihan raya kecil itu.
Biar apa pun keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi BN hari ini, Umno Pulau Pinang sudah bersedia.
Ia sudahpun menghantar senarai kemungkinan calon kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan."Kami akan menerima sebarang keputusan oleh Umno dan kepimpinan BN, tapi Umno Negeri sudah bersedia untuk pilihan raya kecil," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman

Friday, May 15, 2009
60,000 anggota jentera penerangan UMNO tak faham tugas - Ahmad Maslan
KUALA TERENGGANU 15 Mei — Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.
Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.
Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.
“Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat,” katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Thursday, May 14, 2009
Tiga muka baru dalam UMNO Kedah

UMNO Kedah hari ini melantik tiga muka baru untuk menduduki Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Dalam rombakan itu, Ketua UMNO Bahagian Langkawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dilantik sebagai Setiausaha mengisi tempat Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Hadzir Ismail.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Badruddin Amiruldin.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan pelantikan itu berkata, pelantikan tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan UMNO Negeri yang beliau pengerusikan.
Dalam mesyuarat itu juga, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan secara rasmi tugas Pengerusi Badan UMNO Kedah kepada Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Wednesday, May 13, 2009
UMNO: Usah terlalu bernostalgia dengan sejarah lalu

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu.
Sebaliknya, Perdana Menteri mahu mereka berusaha melakukan perubahan supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan.
Beliau yang juga Presiden UMNO4 menegaskan, pemimpin dan ahli parti perlu menyedari bahawa semakin ramai pengundi masa kini terdiri daripada golongan pasca merdeka dan tidak pernah melalui peristiwa penting yang berjaya ditangani oleh UMNO dan BN.
Sehubungan itu, beliau menuntut ahli-ahli parti itu berubah dari segi cara berfikir, strategi politik dan kaedah berkomunikasi dengan pengundi baru mengenai dasar yang diperjuangkan UMNO dan BN.
''Sekarang bukan zaman seperti UMNO mula-mula dilahirkan. Ramai kalangan generasi hari ini tidak berpengalaman melalui peristiwa penting seperti tragedi 13 Mei dan kegawatan ekonomi pada 1997.
''Jadi, kita tidak boleh bersandar kepada nostalgia dan sentimen kerana walaupun jasa menggunung tinggi, ia bukan jaminan untuk terus mendapat sokongan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan secara berkelompok mesyuarat 140 cawangan UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO di sini hari ini.
Najib seterusnya memberitahu, masyarakat kini terbahagi dua iaitu kelompok berpendidikan tinggi yang mempunyai 'kuasa' maklumat dan golongan muda yang hanya mengetahui peristiwa-peristiwa bersejarah negara menerusi bacaan dan lisan.
Golongan muda kini juga, jelas beliau, mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan maklumat menerusi media alternatif seperti laman web dan blog.
Sambil menyifatkan golongan muda sebagai 'kain putih', beliau mahu pemimpin dan ahli UMNO mencari kaedah terbaik mendekati mereka dan menyalurkan maklumat tanpa dipengaruhi anasir negatif.
''Cara kita (UMNO) berbicara dalam media alternatif adalah penting. Generasi baru mendapat maklumat melalui media alternatif dan bukan media arus perdana.
''Terpulang kepada kita, kalau mereka (golongan muda) mendapat maklumat yang betul, mereka akan sokong, kalau kita gagal, mungkin mereka akan terpengaruh walaupun maklumat yang diperoleh tidak benar," katanya.
Najib turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak hanya menjalinkan hubungan erat dengan ahli parti semata-mata dan meminggirkan golongan yang berada di luar parti.
''Bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka tidak menyokong kita, kena fikir seperti peniaga mengapa orang tidak mahu membeli barang kita. Buatlah analisis.
''Selama ini, mungkin kita tidak rajin untuk menolong orang lain, tidak rajin pergi kenduri-kendara dan majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan penduduk kampung.
''Sikap sedemikian menyebabkan UMNO semakin hilang 'roh' dan semangat sebagaimana yang dilakukan oleh ahli-ahli parti terdahulu yang berjuang menentang gagasan Malayan Union," jelasnya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan menegaskan, pihaknya tidak akan dibuai dengan kemenangan besar yang dicapai oleh BN dalam mempertahankan Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Sebaliknya, kata beliau, UMNO dan BN Pekan akan terus memperjuangkan nasib rakyat supaya parti itu terus relevan sekali gus menjadikan Pekan kubu kuat kerajaan yang memerintah.
''Saya tidak mahu bersandarkan kepada keputusan cemerlang pada pilihan raya lalu walaupun meraih majoriti terbesar. Kita akan meneruskan khidmat kepada penduduk dan melaksanakan apa yang dirancang," jelasnya.
Perubahan UMNO satu keperluan

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perubahan terhadap parti itu bukan lagi satu pilihan tetapi sudah menjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan.
Sehubungan itu katanya, UMNO perlu berani membuat perubahan jika parti keramat orang Melayu itu mahu terus kekal relevan terutama di kalangan generasi muda hari ini.
Katanya, perubahan yang hendak dicapai juga hendaklah ikhlas dan sama sekali tidak boleh bersifat retorik semata-mata kerana rakyat hari ini memiliki minda yang kritis dan lebih terbuka.
Kata beliau, untuk UMNO mahu kekal, ia perlu merasai aspirasi dan denyutan nadi rakyat.
“UMNO tiada pilihan, kalau ingin menjadi parti relevan, parti yang teras pada pemerintahan, UMNO mesti merupakan parti berani buat perubahan, menerajui pembaharuan, berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru bagi negara kita secara keseluruhan.
“Kalaulah kita berada di kelok pembaharuan selama ini, kalaulah kita adalah parti yang menerajui perubahan, mengapa kita tidak sekali lagi bangkit dan muncul sebagai parti yang berani membuat perubahan.
“Saya yakin, walau pahit sekali pun pengalaman kita selama ini, walaupun kita berada di dalam keadaan getir, tetapi jika sanggup belajar daripada pengalaman waima pahit dan getir, kita jadikan itu sebagai ingatan dan sanggup lakukan perubahan besar, insya-Allah kita boleh bangkit menjadi parti lebih kuat, subur dan berjaya lagi,’’ katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan 63 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Najib berkata, budi yang ditabur UMNO selama ini bukan kecil dan tidak boleh dinafikan, tetapi untuk parti itu terus mendapat tempat di hati rakyat, ia tidak hanya boleh bergantung kepada jasanya semata-mata.
“Saya mengajukan perubahan kerana mana-mana parti yang tidak berani buat perubahan, walaupun parti itu banyak jasa, akhirnya jasa itu akan tinggal dalam lipatan sejarah,” katanya
Tambah beliau, UMNO perlu menyemai budaya-budaya baru yang berpaksi pada semangat sanggup berkhidmat dan meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain.
“Budaya yang tawaduk, merendah diri, suka menyusur bersama-sama dengan rakyat mestilah budaya yang kita pupuk di kalangan ahli-ahli parti,” katanya.
Beliau berkata, jasa baik para pemimpin sebenarnya dinilai oleh rakyat sepanjang masa.
“Jangan ingat khidmat kita yang ikhlas itu tidak akan diperhatikan dan dihargai oleh rakyat, dan akhirnya sebagai orang Islam, kita percaya Allah SWT adalah penilai yang sebaik-baiknya kepada kita,” jelas beliau.
Pada majlis itu, beliau turut menyentuh gagasan pentadbirannya iaitu Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Katanya, soal Satu Malaysia bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya penyambung kepada gagasan-gagasan para pemimpin lain sebelum ini.
“Apabila saya menyusul dengan Satu Malaysia, ia berpaksi kepada Perlembagaan negara kita, berpaksi pada Rukun Negara, hakikat dan realiti bahawa kita adalah negara majmuk dan kejayaan UMNO mestilah bersandar pada kejayaan orang Melayu dan sokongan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional (BN).
“Dengan semangat kebersamaan ini, maka kita akan dapat kekuatan yang baru untuk menghadapi pelbagai cabaran,” katanya
Subscribe to:
Posts (Atom)