Sunday, December 5, 2010

Initipati menarik Konvensyen BN 2010

PM bidas pembangkang tiru kerjasama BN
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas parti pembangkang yang cuba meniru kerjasama Barisan Nasional (BN) melalui penggunaan pelbagai nama gabungan sejak dahulu lagi tetapi menemui kegagalan lantaran tidak mempunyai ramuan keihklasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama.

Pengerusi BN itu berkata, turut ditiru ialah corak pemilihan kepimpinan baru UMNO yang telah menggerunkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga mereka kelam kabut dan melilau ingin menciplaknya.

"Pengajarannya di sini, kalau ada orang yang mahu meniru, sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini ada kebenarannya," katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari in






Kepimpinan pembangkang golongan antinasional
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepimpinan parti-parti pembangkang sebenarnya hanya berjuang mewakili kepentingan tertentu semata-mata bagi mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat.


Perdana Menteri berkata, berdasarkan realiti itu, rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati dan berwaspada kerana pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat mereka termasuk memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

"Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat berbahaya. Saya mahu jelaskan di sini, mereka ini antinasional.


"Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka," katanya ketika menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA di sini, hari ini.


Dalam amanat bertema "Mengukuh Barisan, Mendahulu Rakyat" Najib yang juga Pengerusi BN berkata, usaha parti pembangkang untuk cuba meniru BN dari segi kerjasama melibatkan semua komponen parti yang mewakili pelbagai kaum adalah sia-sia kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. - Bernama


Pas henti perjuangan dengan pembohong besar
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas adalah sebuah parti yang pelik apabila diamati kerana mendakwa memperjuangkan Islam tetapi boleh bekerjasama dengan pembohong besar.

Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, Pas juga dilihat bekerjasama dengan pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

"Adalah elok Pas bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah sahaja terus berpegang kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini," katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari ini. - Utusan


DAP parti anak -beranak - PM
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak melabelkan DAP sebagai parti anak-beranak sendirian berhad walaupun mereka berkokok dan menjerit kononnya keahlian mereka adalah berbilang kaum.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sedangkan apabila dikaji senarai kepimpinan pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja manakala Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili.

"Sebab itu saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan.

"Di sini saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah kerana jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh bahawa merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampai sekarang," katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari ini. - Utusan


PKR terdesak raih simpati - PM
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) begitu terdesak untuk meraih simpati apabila Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anugerah tuhan.

Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pihaknya faham kesetiaan dan kekaguman Wan Azizah sebagai seorang isteri namun rakyat perlu bertanya apakah nas dan hadis yang digunakan bagi membolehkan pendapat itu dibuat.

"Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat sebenarnya satu lagi ajaran songsang. Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu.

"Saya harap rakyat jangan mudah terpengaruh dengan perkara yang karut-marut seperti ini. Mustahak untuk diingat, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin.

"Sebaliknya pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari ini. - Utusan



Bookmark and Share

















Teks penuh ucapan PM pada Konvensyen BN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yi ge Malaysia [Cina],...

Oray Malaysia [Tamil],...

Ndi Malaysia [kata Bidayuh],...

Ji Malaysia [kata Orang Ulu],...

Ise’ Malaysia [kata Kadazan & Dusun],...

Saumi Malaysia [kata orang Murut],...

atau kata orang Iban pula Sato Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

Naib-Naib Pengerusi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional

Menteri-Menteri

Timbalan-Timbalan Menteri

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Presiden dan wakil-wakil dari Friends of Barisan Nasional, KIMMA, IPF, Makkal Sakti dan MIUP

Para perwakilan Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen

Para Pemerhati

Wakil-wakil media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

1.Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Dewan San Choon yang indah, dalam penuh kesepakatan, dengan kebulatan tekad dan suasana yang begitu harmonis.

2.Sesungguhnya, perhimpunan pada hari ini, membuktikan kepada dunia bahawa, sebagai rakyat Malaysia, we stand united, indivisible with one purpose, that, of building a better future. Apa yang penting kepada kita, yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, semua dapat berkumpul beramai-ramai, tanpa rasa takut, tanpa rasa bimbang mahupun gundah gulana terhadap keselamatan diri masing-masing.

3.Ia sekali gus menjadikan telahan para prophets of doom and gloom yang telah meramal dan menujumkan kemusnahan Malaysia selama ini oleh sebab faktor kepelbagaian kita, terbukti salah sama sekali.

4.Sesungguhnya, walau apa warna kulit kita, walau apa anutan kepercayaan kita, walau apa pun taraf sosioekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1Malaysia.

5.Ternyata pula, Malaysia telah dikurniakan dengan segala nikmat dan kedamaian, sehingga kita mampu berjalan sejauh ini. Dalam keadaan banyak negara majmuk lain di dunia, ditandai dengan bermacam krisis dan konflik, jalan yang dilalui Malaysia jelas istimewa. Kita telah merintis jalan yang panjang dan berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada dengan begitu baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

6.Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan kerumitan pelbagai yang wujud atau “a potential achilles heel” kepada kelebihan persaingan atau “competitive advantage”. Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.

7.Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau ‘melting pot’ dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.

8.Misalnya, kalau nama Samy Vellu, tak payah tukar jadi Suhaimi atau Sazali. Kalau Chua Soi Lek, tak payah tukar jadi Salleh, So ud atau Ayoub, kalau John Ambrose tu John Ambrose lah, tak payahlah jadi Johan Ambrose. Sehinggakan, orang Asli sekalipun bebas mengekalkan identiti mereka. Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

9.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan,

10.Hari ini, pagi ini, sekali lagi setelah konvensyen lalu pada tahun 1995, perwakilan tiga belas buah parti komponen dari kesemua tiga belas Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia, duduk berhimpun, terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan, berkumpul, dengan satu tekad, satu hati dan satu matlamat yakni untuk memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan.

11.Tambahan pula, konvensyen kali ini berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa kita adalah rakan kongsi saksama dalam mengkhidmati rakyat. Indeed, we are committed partners in our endeavour to serve the Malaysian people.

12.Kata orang, we stand on the shoulder of giants, bapa-bapa kita selaku para pendahulu. Mereka telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.

13.Sudah barang pasti, pendahulu-pendahulu kita adalah political geniuses yang berwawasan. Mereka telah berjaya mengatasi muslihat dan helah penjajah Inggeris dengan dasar pecah perintahnya. Secara sedar atau tidak, sepanjang tempoh penjajahan, rakyat telah diasingkan mengikut kaum dari segi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan aliran pelajaran secara halus. Matlamat penjajah sebenar adalah, agar perbezaan ini, akan akhirnya, menyebabkan semua kaum terpaksa bergantung kepada mereka sebagai kononnya the impartial referee.

14.Jadinya, pada waktu itu, pemimpin seperti Allahyarham Dato’ Onn menyedari hakikat dan cuba mengatasinya dengan membuka keahlian UMNO kepada pelbagai kaum, namun percubaan pertama tersebut dan kemudiannya pula melalui Parti Kemerdekaan Tanah Melayu yakni IMP yang dipimpinnya juga, tidak berjaya.

15.Lalu, menyedari bahawa rakyat belum bersedia menerima sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum tetapi menginsafi bahawa inilah jalan ke hadapan untuk mencapai kemerdekaan dan membina masa depan yang lebih baik, maka, mereka telah mencipta suatu kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa melalui konsep Parti Perikatan yang sangat unik dengan mengambil kira persekitaran dan realiti yang ada.

Tuan-tuan dan puan-puan,

16.Jika diimbau peristiwa lalu, benih-benih Perikatan ini telah bermula melalui kerjasama UMNO dan MCA semasa pemilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Perikatan kedua-dua parti ini telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kerjasama ini kemudiannya, telah diperluaskan ke peringkat nasional melalui penyertaan MIC pada tahun 1954 bagi menghadapi pemilihan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun berikutnya.

17.Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa, antara kaum melalui kerjasama antara tiga parti UMNO, MCA dan MIC ini telah diterima rakyat terbanyak apabila Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya tahun 1955.

18.Seterusnya, konsep dan keanggotaan Parti Perikatan ditambah baik selepas Tragedi 13 Mei 1969 apabila pintu keahliannya dibuka kepada parti-parti yang sebelum ini berada di luar. Malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.

19.Ini kerana, mereka mempercayai bahawa, masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh Barisan Nasional. Selanjutnya, Barisan Nasional juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila Barisan Nasional menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut Cina Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

20.Berbanding Pilihanraya Umum 2008, Barisan Nasional yang cuba dimomok-momok, sebagai sudah suram, Alhamdulillah, kini, nampaknya semakin hari sudah semakin pulih. Begitulah, episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar. Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan, sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.

21.Justeru, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah membantu kita mencapai kejayaan manis semasa pilihanraya-pilihanraya kecil tersebut. Jelas sekali, ini adalah kejayaan semua pihak, kemenangan demi kemenangan milik kita bersama. Kata-kata tersohor orang Iban “Agi idup agi ngelaban”. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata orang Bajau di Sabah pula “Mangan niak mangan, asal kurung, kurung”. Maksudnya, makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama. Pastinya, mengambil semangat itu, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, kita mesti tetap bersama demi Barisan Nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan,

22.Memang benar, dikatakan bahawa politik itu penuh dengan percaturan persepsi dan permainan angka. Namun begitu, ia tidak akan berlaku dengan sendirinya. Sebetulnya lagi, bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap Barisan Nasional perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

23.Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk Barisan Nasional terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat.

24.Sebab itulah, pasca Pilihanraya Umum 2008, semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun tersebut, saya telah dengan tegas mengingatkan bahawa UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah. Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa.

25.Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.

26.Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan. Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

27.Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan. Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.

28.Syukur kepada Tuhan kerana kita melihat perkembangan-perkembangan positif yang memberangsangkan di dalam parti-parti komponen semenjak 2 tahun yang lalu. Perubahan-perubahan yang berlaku menunjukkan bahawa kita, sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

29.Sememangnya seperti yang saya sebutkan tadi, kisah-kisah kejayaan Malaysia ini terhasil tidak lain dan tidak bukan, di atas satu formula perkongsian politik antara kaum dicetus oleh our forefathers dan terserlah sebagai satu resipi penerajuan negara yang sangat mujarab.

30.Oleh itu, kita akan sentiasa mengenang jasa-jasa pemimpin utama Barisan Nasional seperti bekas Pengerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin pemimpin parti komponen pula seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephen dan ramai lagi pimpinan pelbagai kaum yang tidak terhitung di sini, namun pasti kita tidak pernah lupakan.

31.Sehubungan itu juga, dengan perasan sedih dan rasa belasungkawa, baru-baru ini kita telah kehilangan seorang lagi negarawan tulen dan bekas pemimpin yang bersifat ikonik yakni mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Sesungguhnya, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang penuh percaya kepada gagasan serta perjuangan Barisan Nasional dan mendiang telah banyak membantu parti bagi membina negara ini.

32.Pastinya segala khidmat dan bakti para pemimpin ini kekal terpahat dengan tinta emas dalam lembaran sejarah negara sebagai muliawan muliawan yang telah berjuang demi membina tamadun rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

33.Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah ke Sabah, Barisan Nasional menjiwai degupan nubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia.

34.Pucuk pangkalnya, Barisan Nasional telah sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekali gus mengangkat negara kita ke satu tahap yang sungguh membanggakan. Hakikatnya pun, bukankah Parti Perikatan, yang telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan? Bukankah muafakat murni ini, yang sedang mengisi kemerdekaan itu? Dan bukankah barisan ini, yang diberi mandat oleh rakyat, untuk menerajui negara?

35.Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, traders of dreams, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kita lah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, merchant of realities, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun.

Tuan-tuan dan puan-puan,

36.Oleh sebab itulah, saya suka mengulang-ulangkan bahawa antara nilai paling penting yang telah menjadi penguat kepada Barisan Nasional adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan kita, untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.

37.Kepentingan itu, adalah mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana rendangnya, semua dapat berlindung dan berteduh, di mana limpahan nikmat alamnya, semua dapat mencari rezeki, di mana keamanannya, semua dapat membina kehidupan yang bahagia.

38.Furthermore, when the time comes where each of us can rest assured, that our children and grandchildren and in turn their children will have a better future, a higher standard of living, a better quality of live, able to realise their dreams and their God given potential.

Tuan-tuan dan puan-puan,

39.Seperti yang saya katakan, perhubungan kaum dan cara kita menguruskannya di Malaysia adalah sesuatu hal yang boleh kita banggakan. Cara kita menangani realiti kemajmukan yang wujud adalah secara realistik dan berpegang kepada prinsip universal bahawa semua makhluk dicipta sama oleh Maha Pencipta, dengan hak-hak yang tidak dapat dinafikan. Sejarah menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekali-kali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.

40.Jika kita meninjau di Amerika Syarikat, kononnya sebagai negara yang dijadikan contoh kepelbagaian demokrasi pun, telah mengambil masa lama yakni 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaan yang menyatakan “semua manusia diciptakan sama” atau “all men are created equal” kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Manakala ia memakan tempoh 102 tahun lagi selepas itu, apabila semua diskriminasi dalam pendaftaran pengundi diharamkan.

41.Namun, di Malaysia ini, semenjak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi. Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasing penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain.

42.Lantaran itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan Barisan Nasional, sebagai parti pelbagai kaum sebenar, yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini. Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum, dan ada yang bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama-sama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, simply because they, are not adequately represented.

Tuan-tuan dan puan-puan,

43.Kita adalah parti yang progresif, bersatu secara ikhlas dengan matlamat dan nilai yang dikongsi bersama. Kita bergabung secara sah dari segi undang-undang, mempunyai perlembagaan, lagu dan lambang sendiri sebagai panji-panji yang mana kita berdiri megah di belakangnya.

44.Telah terbukti, kerajaan Perikatan dan kemudiannya, Barisan Nasional, berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, dalam masa hanya lima puluh tahun. Kita telah bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara multi-racial dengan baik, malah, kita telah berjaya memajukan bidang sosioekonomi dan memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.

45.Barisan Nasional telah mencipta kemakmuran melalui rancangan pembangunan lima tahun, rangka rancangan jangka panjang, reformasi tanah besar-besaran, perang terhadap kemiskinan, dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar pembangunan wawasan, dan hari ini kita telah menggariskan laluan-laluan besar seperti Government Transformation Programme atau GTP, Economic Transformation Programme atau ETP dan mutakhir adalah Political Transformation Programme atau PTP.

46.Antara contoh PTP terkini, adalah perubahan bersejarah dalam Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan yakni berkaitan keahlian. Atas prinsip keterangkuman dan berjiwa besar, seberapa ramai rakyat, NGO, persatuan, penyokong dan generasi muda supaya dapat bersama dalam perjuangan ini, maka kita bersetuju untuk mewujudkan empat jenis keahlian baru. Pertama, keahlian secara bersekutu; kedua, keahlian secara bergabung; ketiga, friends of Barisan Nasional dan keempat, kelab rakan muda Barisan Nasional. Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus Barisan Nasional ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat.

47.As a matter of fact, we have never rested on our laurel or taken things for granted. We have toiled together with our constituency of one and many, you the people. These are exciting times, these are interesting and challenging times. We are a nation and a people at the crossroad of history, on the verge of the promised future.

48.Ladies and gentlemen, the clarion call of manifest destiny is beckoning upon us to bring this great nation, Malaysia, to its fullest potential, to take its’ rightful place in the community of nations with dignity and pride, holding our head up high, thankful in the blessings of providence.

Tuan-tuan dan puan-puan,

49.Apa yang menghairankan, adalah parti pembangkang cuba mendakwa bahawa merekalah pembawa obor perubahan dan pembaharuan. Betulkah begitu? Bahawa merekalah kononnya manifestasi demokrasi dan segala yang demokratik. Betulkah begitu?

50.Apa yang jelas, parti pembangkang cuba meniru kita dari segi kerjasama. Pada hemah saya, usaha ini sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apapun yang dicipta adalah hanya percubaan-percubaan pembangkang yang hendak bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan kerana masing-masing bersikap talam dua muka. Simpulan bahasa menyebut, mereka ini, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.

51.Antara DAP dan PAS misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga. Maksud saya, kalau dahulu Parti Melayu Semangat 46, hari ini peranan tersebut diambil alih Parti Keadilan Rakyat. Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama ini tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.

52.Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza. Lihat sahaja parti PKR, daripada barisan tujuh orang kepemimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja, yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.

53.Contohnya lagi, apabila UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepemimpinan yang baru mereka pun nak meniru juga. Kita faham mungkin mereka ikut kata pepatah Inggeris “imitation is the best form of flattery”. Tampak jelas, apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka, sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya.

54.Lagipun, jika hanya 7 peratus, yakni lebih kurang 30,000 orang dari kononnya ratusan ribu ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab, untuk keluar memilih barisan kepemimpinan mereka, maka, ia membawa dua konotasi.

55.Pertama, parti ini adalah parti yang tidak mendapat sokongan massa. Maksud saya, kepemimpinan parti ini sebenarnya hanya mewakili kepentingan tertentu yang mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat. Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat merbahaya. Mereka sanggup menjual apa sahaja, termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara. Saya mahu jelaskan di sini bahawa, mereka ini anti nasional. Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

56.Konotasi kedua adalah integriti dan kewibawaan parti tersebut sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka. Ahli-ahli mereka sendiri yang telah mengamuk, tidak berpuas hati, memberontak, kecewa, membuat kecoh, membaling kerusi dan ramai yang telah membawa pelbagai isu parti ke mahkamah. Selain itu, amat pelik bin ajaib, keputusan pemilihan boleh berubah dengan drastik, lantas mencemarkan kebolehpercayaan kepada proses yang dijalankan.

57.Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar, ramai pimpinan utama mereka sendiri yang telah keluar dari parti antara lain ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Pengerusi Negeri, Ketua Cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, Bekas Timbalan Ketua Menteri 5 orang ADUN dan 5 Ahli Parlimen. Lantaran itu, amatlah pantas jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.

58.Baru-baru ini pula, tampaknya PKR menjadi begitu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehinggakan Presidennya terpaksa mengutarakan, bahawa, Ketua Umum mereka adalah anugerah Tuhan. Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap “ke...he..ba..tan” suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadith mana pendapat itu boleh dibuat? Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga penyataan begini sanggup dikeluarkan?

59.Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat sebenarnya satu lagi ajaran songsang. Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu! Saya harap rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan perkara yang karut-marut seperti ini. Mustahak untuk diingat, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin. Sebaliknya, pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perbezaan paling ketara dan besar antara kita dan parti lawan kerana Barisan Nasional adalah parti sebenar yang merasai denyut nadi dan menjuarai keluh-kesah rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

60.Hakikatnya, ketiga-tiga parti lawan kita yang mendakwa bersifat pelbagai kaum ini, merekalah parti yang didominasi oleh satu kaum sahaja. Jika adapun kaum-kaum lain, hanyalah bersifat token atau sekadar kosmetik. Sebenarnya, mereka bukan Pakatan Rakyat tetapi hanyalah pakatan tiga empat kerat rakyat, atau tiga empat kepala, atau tiga empat orang sahaja.

61.Lebih tepat dikatakan, mereka adalah parti dua buah keluarga dengan satu pihak lagi sekadar menjadi pak turut atau kuda tunggangan. Di sinilah lainnya dengan konsep Barisan Nasional yang memang dari segi hakiki dan maknawinya benar-benar berdasarkan perkongsian sejati rakyat dengan mengiktiraf realiti kepelbagaian kaum.

62.Di dalam sistem Barisan Nasional, setiap parti mempunyai perwakilan yang sama rata dalam Dewan Tertinggi, tidak kira parti itu besar atau kecil. UMNO mempunyai perwakilan yang serupa dengan parti-parti komponen yang lain. Paling mustahak, semua keputusan dibuat secara musyawarah dan konsensus. Ini bagi menjamin, walaupun sebahagian parti yang menganggotai Barisan Nasional adalah berasaskan kaum, akan tetapi, kepentingan semua, tetap dipelihara, dilindungi, diambil kira dan terus dipertahankan sampai bila-bila.

63.Hal yang sebaliknya berlaku di sebelah sana, keputusan pemilihan parti lawan baru-baru ini menyaksikan Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden parti datang dari satu keluarga. Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya nak tanya, siapakah pengamal nepotisme yang sebenar di sini? Seperti kata Legal Maxim, justice must not only be done it must seen to be done. Moreover, it must not only be proper it must also be seen to be proper.

Tuan-tuan dan puan-puan,

64.Satu lagi parti pula adalah parti Anak Beranak Sendirian Berhad. Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa, dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial. Sebabnya, dalam sistem parti ini Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini, tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka adalah berbentuk pelbagai kaum.

65.Namun begitu, jika dikaji daripada senarai kepimpinan pusat, kita dapat lihat, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir enam puluh tujuh peratus rakyat, hanya setakat mempunyai dua orang wakil. Lebih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?

66.Dari sebab itu, saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan. They should uphold what they so sanctimoniously preach to others with righteous indignation. Di sini, saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah. Jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh, bahawa, merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampailah sekarang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

67. Di sudut yang lain pula, kalau kita lihat tentang PAS, amat pelik jika diamati, apabila PAS sebagai sebuah parti yang kononnya mendokong pegangan menurut ajaran Islam, boleh pula bekerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen-dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara. Apa yang boleh kita katakan, adalah sepatutnya PAS bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah saja terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

68.Bercita-cita untuk menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik bukanlah perkara yang luar biasa, namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak. Rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.

69.Kita tahu, mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah, mereka sanggup berbuat apapun, hanya untuk merampas kuasa dan dari semasa ke semasa bersifat biadab, rakus lagi haloba. Dalam hal ini, seluruh Malaysia tahu, bahkan satu dunia tahu bahawa angan-angan 16 September oleh pihak pembangkang telah menjadi satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.

Tuan-tuan dan puan-puan,

70.Berbanding dengan Barisan Nasional, kita tidak pernah mengambil apa-apa langkah semata-mata kerana ianya popular tanpa memikirkan secara mendalam akibat jangka panjang kepada rakyat yang telah menaruhkan kepercayaan mereka kepada kita.

71.Kesimpulan yang boleh dibuat, Barisan Nasional adalah parti yang bertanggungjawab. Barisan Nasional adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat. Barisan Nasional adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan. The people can trust us to do, not only what is right, but what is in their best interest, and what is in the best interest of this beloved nation of ours.

72.Selanjutnya, sebagai pemimpin, saya mahukan semua dalam Barisan Nasional hendaklah memikirkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri. Saya ingin memetik satu falsafah Cina yang sangat sesuai dijadikan pengajaran kepada kita. Dalam bahasa Mandarin berbunyi:

“Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le ”

(“先天下之忧而忧,后天下之乐而乐” )

Saya difahamkan ia bermaksud “Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.

73.Itulah syarat-syarat yang diwajibkan seorang mahaguru dan ahli falsafah pada zaman Dinasti Sung beribu tahun dahulu kepada pemimpin yang hendak mentadbir negara. Saya berpendapat, bahawa, walaupun ajaran tersebut sudah muncul sekian lama, tetapi, ianya sangatlah sesuai dijadikan pegangan para pemimpin Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat dan mempertamakan kepentingan rakyat.

74.Satu falsafah dalam bahasa Tamil pula, menyeru dengan tegas supaya kita berjuang dengan sepenuh jiwa bagi memastikan kemenangan. Dalam bahasa Tamil disebut:

“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”

(Ertinya: “If this team cannot win the battle, no other team can”).

This is the team, this is the Barisan Nasional team!

“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

75.Pokoknya, kita telah meletakkan asas-asas konkrit yang perlu untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Pada waktu itu nanti, kita ingin semua bangsa menjadi maju. Orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Dusun, orang Iban, orang Bidayuh, orang Ulu, orang Asli, orang Sikh termasuk orang Siam dan semua suku kaum yang ada untuk menikmati sinar bahagia, dalam negara Malaysia yang maju.

76.Di sinilah tanah tumpah darah kita, di sinilah, kita dilahirkan dan dibesarkan, di sinilah kita menghirup udara segar sebagai nikmat dan rahmat dari Tuhan, di sinilah kita hidup aman merdeka dan di sinilah satu hari yang ditakdir dan ditentukan kelak, kita akan kembali menemui Yang Maha Esa dan dipusarakan.

77.Makanya, mahu tidak mahu, jangan sekali-kali biarkan apa yang telah kita bina dan bangunkan selama ini diruntuhkan oleh puak-puak yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa semata-mata. Oleh sebab itu, walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

78.Simbol kapal layar dan kini dacing sebagai logo parti kita adalah perlambangan Barisan Nasional sebagai bahtera gagah serta neraca keadilan yang akan terus menakhoda Malaysia ke ambang kejayaan. Justeru, saya berdiri dan berpidato sebagai Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, ingin berpesan, janganlah terpukau oleh helah pihak pembangkang yang penuh tipu daya, janganlah sekali-kali menumpang atau menaiki sampan rosak dan bocor, pakatan palsu mereka, yang makin hanyut dilanda badai.


Seperti diingatkan dalam pantun Melayu:

Kalau belayar perahunya senget,

Memang susah hendak kemudi,

Usah berharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak jadi.

79.Oleh itu, kepada semua saya mengajak;

Marilah bersama-sama barisan yang telah terbukti jasanya ini,

marilah mempertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong nusa,

marilah membina sebuah masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita dan juga anak-anak mereka,

tampillah, seluruh pemuda-pemudi negara,

di sini dan di luar sana,

dengan tangan terbuka, kita ingin menyambut semua,

inilah saat dan waktunya, bergerak bersama saya, berjuang dalam barisan,

menumpah khidmat, menggembleng kudrat.

Dakaplah barisan ini, yang selama lima dekad telah mencipta kejayaan bagi rakyat Malaysia.

Dukunglah barisan ini, dengan kepercayaan baru apabila tiba masanya nanti.

Moga-moga ditunjang sokongan saudara dan saudari, rakyat Malaysia, kita bakal menempa lima puluh tahun lagi yang lebih gilang-gemilang.

80. We will always put you, the people first in our priority, in our heart and our every action,

we shall stand by and with you, for we are part of you, and for you,

we are born out of your yearning for a better life and for a better future.

Barisan Nasional will always fight for your welfare and your wellbeing, every step of the way in this great national journey of ours.

This, is our promise to you, the people of Malaysia.

Let there be enough food on the table,

decent roof above every head,

well paying jobs for all who want to work,

a country where everybody feels safe and secure,

access to quality and affordable healthcare,

an education system that is able to optimise the potential of each and every Malaysian.

Let us go forth and strive for a developed and prosperous Malaysia with opportunities for all, a nation standing tall among the community of nations.

History has proven that Barisan Nasional has always delivered on its commitment and we will continue to deliver,

we have upheld your trust in us, and, we will continue to do so.

81. Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat. Barisan Nasional, barisan menjuarai rakyat.

barisan perpaduan,

barisan keamanan,

barisan kemakmuran,

barisan 1Malaysia.

Dengan kata-kata semangat itu, saya merasmikan Konvensyen Barisan Nasional tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Bookmark and Share

Monday, November 15, 2010

PKR tipu jumlah ahli untuk rundingan kerusi…menang sebab jentera PAS


PKR tipu jumlah ahli untuk rundingan kerusi…menang sebab jentera PAS

Oleh: HELME HANAFI

Betul ke PKR ada ahli seramai 400,000 orang? Rasa ragu dan pelik ini memang sudah menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi melihat pada jumlah ahli parti itu yang keluar mengundi dalam pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang.

Seorang bekas orang kanan parti itu tampil setelah membaca mengenai isu berkenaan dalam ruangan Sembang Kawan di Agendadaily Jumaat.

Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli mendakwa jumlah ahli yang digembar-gembur oleh parti itu hanya temberang.

Dakwanya tujuan PKR tipu jumlah ahli parti itu kononnya ramai semata-mata sebagai taktik rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan DAP.

“Mempunyai ahli yang ramai merupakan syarat penting rundingan kerusi dalam Pakatan Rakyat, sebab itu PKR terpaksa dakwa mempunyai ahli yang ramai untuk kaburi mata DAP dan PAS supaya parti itu dapat bertanding banyak kerusi,” katanya kepada Agendadaily Jumaat malam.

Sedangkan menurut Nazmi, hakikat sebenar ahli PKR jauh lebih rendah, dan jumlah itu dapat dilihat kepada ahli yang komited menyertai proses pemilihan PKR kali ini.

“Contohnya di Sungai Petani hari ini hanya 202 sahaja yang keluar mengundi daripada 3,222 ahli, jadi soalannya, betul ke ada ahli banyak macam itu, atau hanya data yang dimasukkan untuk tujuan lain?” soal beliau.

Ruangan Sembang Kawan membuat komentar mengenai perkiraan jumlah undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR di mana hanya 11,600 ahli yang mengambil bahagian.


Kalau mengikut putara… dari jumlah yang mengundi Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Auyb di 87 cabang yang telah selesai mengadakan pengundian setakat hujung minggu lalu hanya 134 ahli mengundi pada setiap cabang.


Menurut Nazmi, PKR selama ini hanya menumpang kekuatan PAS dari segi mobilisasi jentera setiap kali berlangsung pilihanraya.


“Tanpa sokongan jentera PAS dalam pilihanraya umum 2008, PKR tidak akan menang kerusi sebanyak yang kita lihat hari ini,” kata beliau.


Jelasnya lagi, apa yang mengecewakan ahli PAS sehingga kini adalah selepas menang besar PKR berlagak macam bos dalam Pakatan Rakyat.


“PAS hanya dapat ‘seredak’ sahaja, sebab itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengatakan PAS tidak mahu hanya melihat sahaja kemenangan ini tetapi mereka juga mahu memimpin dan memberi makna pada kemenangan Pakatan Rakyat ini,” ujarnya.


Menurut Nazmi, PKR perlu berterima kasih kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor yang sanggup berkorban dengan menerima PKR sebagai parti baru dalam Barisan Alternatif ketika itu.


“Tanpa pengorbanan Fadzil Nor, tidak akan ada Pakatan Rakyat hari ini, PKR tidak ada apa-apa, Anwar hanya menumpang apa yang telah diusahakan oleh Fadzil Nor semasa beliau dipenjara.


”Bahkan selepas Fadzil Nor meninggal dunia pun, dan Anwar bebaskan pun, PAS yang berperanan besar termasuk dalam ‘Demo Bersih’ beberapa bulan sebelum pilihanraya umum ke 12” kata beliau.


Dalam pilihanraya umum ke 12 BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Di peringkat DUN, BN hanya memenangi 307 kerusi daripada 505 kerusi yang ditandinginya.


PKR telah memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN, Pas menang 23 Parlimen dan 83 DUN manakala DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN




Bookmark and Share





Wednesday, October 27, 2010

Pemuda UMNO - Bergegar Atau Digegarkan?

Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Malaysia selesai kelmarin. Selepas kelmarin, apa lagi? Persoalan inilah yang perlu difikirkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Exco-exco Pemuda Pusat, Ketua Pemuda Negeri, Ketua Pemuda Bahagian dan keseluruhan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia.

Kita sudah malas dengan retorik politik yang hanya berkobar-kobar selama setengah hari tetapi follow-up dan kelangsungan gerakan Pemuda UMNO tidak seperti yang digambarkan di dalam Dewan Merdeka, PWTC.

Kerungsingan untuk memikirkan keaktifan dan keberkesanan gerak kerja Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya dikongsi bersama oleh keseluruhan ahli sayap parti.

Tanpa kemampuan menggerakkan aktiviti-aktiviti sayap parti itu, segala yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kelmarin hanya sekadar celoteh untuk memenuhi atur cara mesyuarat.

Tetapi penulis bukan pessimis bahkan optimistik dengan apa yang dihidangkan oleh perwakilan Pemuda UMNO di PWTC. Penulis berkata demikian kerana penekanan yang dicadangkan dan dijanjikan menampakkan perubahan angin perjuangan sayap tersebut.

Memang wajah politik Pemuda UMNO Malaysia mendatangkan pelbagai persepsi yang banyak negatif daripada positifnya. Tetapi persepsi itu bergantung kepada isi hati pihak yang menilainya.

Tidak perlu kita membincangkan 'isi hati' parti pembangkang kerana modus operandi mereka hanya satu iaitu memburuk-burukkan parti UMNO/BN.

Maka, tidak perlu kita membuang masa memikirkan pihak tersebut.

Tetapi penulis lebih memikirkan 'isi hati' generasi muda yang sepatutnya ditangani oleh Pemuda UMNO Malaysia dengan baik.

Generasi muda mempunyai perspektif politik yang berdasarkan kepada olahan dan kritikan yang berdasarkan pemikiran yang lebih intelek dan liberal.

Perspektif tersebut bagaimana pun menyediakan pegangan politik yang tidak berdasarkan kepada ketaatan kepada parti tetapi parti yang sepatutnya taat kepada mereka.

Pemikiran ini tidak ada salahnya kerana parti politik hanyalah sekadar kenderaan yang digunakan untuk memudahkan aliran perlaksanaan terhadap misi dan visi pihak-pihak yang menggunakan 'kenderaan' tersebut.

Tetapi generasi muda jangan nafikan tentang keperluan wang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.

Yang memualkan ialah wang yang masuk ke dalam poket tetapi sumbang kerja sungguh memalukan. Penulis menyarankan orang yang sedemikian itu supaya letak jawatan!

Penulis hanya mengharapkan wujudnya satu semangat baru yang tidak hanya berlandaskan kepada kronisme politik tetapi lebih kepada kemampuan ahli-ahli Pemuda UMNO mengerakkan jentera aktiviti Pemuda UMNO. Favouritsme tidak patut wujud.

Manakala aktiviti-aktiviti Pemuda UMNO yang diakui berkesan menyentuh dan rapat kepada rakyat, patut dikembangkan dan dibantu.


Bookmark and Share

Sunday, October 24, 2010

Ke Mana Selepas Ini?

APAKAH Perhimpunan Agung UMNO ke-61 ini dapat meningkatkan momentum UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13)?

Lebih penting, apakah perhimpunan ini dapat memberi gambaran jelas bahawa UMNO sedang berubah atau sekurang-kurangnya perwakilan sudah cukup faham betapa pentingnya usaha ‘bina upaya’, bukannya retorik tentang jasa UMNO sebagai umpan mendapat sokongan dan undi.

Oleh itu, wujud kebimbangan ketidakupayaan ahli UMNO mengikut Presiden parti untuk melakukan transformasi dan perubahan melalui pertarungan minda dan kemahiran. Masih ada suara-suara dalam perbahasan yang melihat UMNO sebagai privilege, bukannya amanah. Sebab itu, soal projek dan kontrak terus dibangkitkan.

Inilah yang mencacatkan Perhimpunan Agung UMNO termasuk menenggelamkan hujah beberapa pembahas yang masih ada isi tetapi kerana cara penyampaian tidak menarik, maka mesej penting mereka tidak dipedulikan. Dalam kecacatan itu, keupayaan pembahas dari Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang sepatutnya diberikan perhatian. Ucapan beliau mengandungi kritikan, muhasabah, cadangan, falsafah, sindiran dan gurauan. Tetapi semuanya menjadi kerana cara perbahasan yang articulate.

Analogi beliau, UMNO umpama rumah lama yang sudah berumur 64 tahun amat menarik sekali. Dalam umur tersebut, mungkin rumah berkenaan telah mengalami banyak kerosakan seperti kebocoran, kerosakan, dimakan anai-anai dan cat yang pudar. Oleh itu, UMNO perlu dibaik pulih, dinaik taraf atau dibina semula.

Untuk dibaik pulih, beliau mencadangkan supaya seluruh anggota bekerjasama. Majlis Tertinggi UMNO menjadi konsultan, Pemuda UMNO sebagai kontraktor dan Puteri UMNO membuat hiasan dalamannya. Justeru, rumah itu akan menjadi baru, berseri-seri, lebih kukuh, lebih selesa dan selamat.

Mesej analogi itu ialah semuanya perlu bekerja, bekerjasama, sama-sama berperanan menyumbang idea dan mendengar pandangan serta nasihat. Ini akan menjadikan UMNO berwajah baru dan kukuh.

Walaupun marah kerana dikritik keras oleh Setiausaha Agung UMNO, wakil Pemuda UMNO Perak itu mahu Pemuda UMNO mengelakkan ‘sindrom penafian’. Justeru, katanya pergerakan itu jangan menafikan tuduhan bahawa Pemuda UMNO turut menyumbang kepada persepsi negatif terhadap parti UMNO.

Pemuda UMNO dianggap sebagai liabiliti kerana imej ego dan elitisnya. Sama ada benar atau tidak, daripada 10 perkara biasanya tiga sahaja yang elok tetapi selebihnya tidak elok. Oleh itu, Pemuda UMNO harus mempunyai iltizam untuk membaikinya. Beliau menyarankan supaya Pemuda UMNO mesti gigih menyelami sanubari rakyat dan wujud sebagai gerakan massa.

Dalam konteks ini, makmal Pemuda BN mesti terus berfungsi, konsisten dan terbuka. Ia mesti menyediakan ruang suara hati nurani generasi muda dan bersifat outreach supaya pandangan hati nurani golongan muda dapat direalisasikan.

Sebab itu, cadangan Pemuda Bukit Gantang supaya insentif rumah pertama perlu diperluaskan kepada golongan muda di luar bandar yang tidak berpendapatan tetap harus dipertimbangkan. Mereka ini juga perlu memiliki rumah. Majoriti golongan muda tidak ada rumah sendiri, menumpang di rumah keluarga atau menunggu masa mewarisi rumah pusaka, itupun kalau ada.

Itulah cadangan touch point yang jarang didengar atau dilontarkan oleh perwakilan sepanjang perbahasan kecuali suara-suara sumbang yang masih lagi terikat dengan tradisi lama seperti sukar dapat projek walaupun sudah lama berbakti pada parti. Suara seperti inilah yang menyebabkan UMNO kadang-kadang dilihat sebagai arrogant.

Amat tepat sekali apabila Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam ucapan penggulungannya menegaskan Pemuda UMNO mesti menolak 10 perkara termasuk budaya politik ‘sate’ iaitu cucuk, bakar dan kipas. Ini semua merosakkan imej pergerakan itu dan inilah persepsi rakyat.

Tetapi Khairy jangan lupa teguran Pemuda Bukit Gantang itu apabila mengatakan jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah institusi. Maka tanggungjawab Khairy untuk memastikan institusi itu terpelihara dan bermaruah.

Kalau imej Ketua Pemuda UMNO terjejas maka rosaklah imej institusi itu. Padahnya Pergerakan Pemuda UMNO akan menjadi liabiliti kepada parti dan inilah cabaran besar Khairy.

Khairy perlu melaksanakan semangat kepimpinan melalui teladan. Dia mesti memulakan pada dirinya terlebih dahulu iaitu menjauhi 10 perkara negatif yang dia sendiri gariskan. Termasuk di dalamnya budaya ‘masuk frame’ dan budaya ‘punch card’ di mana pastikan pemimpin nampak kehadirannya tetapi balik lebih awal sebelum pemimpin beredar dari majlis (check in dan check out).

Kalau ini berjaya dilakukan oleh Khairy, beliau bukan sahaja semakin matang tetapi usahanya mengubah imej Pemuda UMNO akan menjadikan beliau berjasa besar kerana menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.

Ingatan Pemuda UMNO Bukit Gantang itu amat penting. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Panas di Perhimpunan Agung UMNO tetapi kembali sejuk apabila balik ke medan perjuangan. Sebab itu soalan beliau: “Di mana Pemuda, apabila raja-raja dihina” perlu diambil perhatian.

DR. MOHD PUAD ZARKASHI
Ahli Majlis Tertinggi UMNO


Bookmark and Share

Saturday, October 23, 2010

Ayuh! Bingkaslah bangun UMNO!!

TIADA lagi esok untuk kita! Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13." Beliau diundang berceramah dan beri bantuan di dalam surau. Banyak benar kita bercakap tentang Islam tetapi bantuan untuk surau pun, kita minta daripada orang bukan Islam. Di mana maruah kita?

Mungkin Teo terlupa memberitahu Harakah, "Penyokong Pas akan tetap mengundi DAP, kerana mereka percaya DAP lebih baik daripada UMNO. Mereka lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu." Pemimpin DAP sudah diundang memberi ceramah dan bantuan dalam surau dan masjid.

Orang Pas sangat bangga. "Tengoklah, Pas berjaya bawa Cina masuk ke dalam surau. Bagi duit pula".

Pemimpin dan penyokong Pas megah kerana pemimpin DAP baca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Beri sumbangan untuk majlis berkhatan. DAP tak sokong negara Islam, tetapi menyokong Pas, sebab Pas sekarang bukan lagi 'Parti Islam', tetapi 'Parti untuk Semua'.

Teo mungkin terlupa, "Majlis Syura Pas telah bersetuju dan membenarkan orang bukan Islam bertanding di bawah lambang Pas. Zaman dulu, Pas tuduh UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA untuk memerintah, tetapi sekarang 'Pas baru' pimpinan Tok Guru Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz boleh ikut memerintah dengan DAP. Di Pulau Pinang, khatib pun mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Banyak lagi alasan mengapa pengundi Cina tak akan undi UMNO, tetapi pasti akan undi DAP.

Maka kehilangan kuasa Melayu ini bukan suatu dongeng. Ia telah terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Petaling Jaya sekarang. Hal ini terjadi disebabkan majoriti pengundi bukan Melayu berada di kawasan bandar.

Kita boleh kira berapa kerusi yang akan dimenangi DAP dan Pas. Seperti yang pernah berlaku di Perak, Pas pun boleh duduk dengan megahnya di bawah bayangan kuasa DAP. Fakta ini, semua tahu. Lebih daripada tahu! Tak payah diulang-ulang. Tak payah diperingatkan oleh Teo Nie Ching "Orang Cina tidak akan undi UMNO."

Akan tetapi masih ramai orang Melayu, termasuk pemimpin politik dan generasi muda, tidak menganggap perubahan ini suatu kecelakaan besar. Orang seperti Datuk Nazri Aziz mungkin tak kisah, sebab beliau "rakyat Malaysia terlebih dulu, barulah orang Melayu". Tok Guru Nik Aziz pun "tak bangga jadi Melayu".

Bagi orang yang sama sikap dengan mereka ini, siapa perintah negara dan jadi Perdana Menteri pun sama saja. Akan tetapi bukankah Datuk Nazri seorang menteri dan Ketua Bahagian serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Beliau tak wajar lagi memegang semua jawatan itu mewakili parti kebangsaan Melayu. Betullah ramai pemimpin kita yang bercelaru, lantas Melayu pun bercelaru.

Kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin, umat Islam di negara ini sudah "tenggelam punca". Tun Mahathir telah banyak kali sangat memberi amaran.

Beliau memerintah negara dan menjadi Pengerusi BN selama 22 tahun. Mengepalai BN bertarung dalam lima pilihan raya. Ada pilhan raya yang BN menang besar dan ada yang hampir hilang kuasa. Beliau kalah di Kelantan, Terengganu dan Sabah. Mengalami dua krisis UMNO yang sangat besar. Pada zamannya, UMNO pecah dua dan diharamkan di mahkamah.

Beliau turut berhadapan dengan raja-raja kerana meminda Perlembagaan. Ada orang Melayu menggelar beliau "Maha Firaun" dan ada orang UMNO kata, dia "diktator". Beliau menangani krisis kewangan yang gawat. Dan macam-macam krisis dan cabaran lagi. Dihadapi dan diselesaikan satu persatu.

Apabila mengundurkan diri tanpa terpaksa atau dipaksa, dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; BN, UMNO dan negara berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. Bukan dalam masa kekalahan! Maka pemerhatian politiknya tajam dan berdasarkan pengalaman dan fakta yang nyata. Amarannya bukanlah wayang politik dan suka-suka.

Tan Sri Harussani, Mufti Perak, seorang ulama dan bukan orang politik yang telah cuba memperkukuh politik Melayu, akhir-akhir ini ikut prihatin dan mengingatkan: "Jika UMNO dan Pas tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU ke-13" dan "Akan berlaku satu bentuk penjajahan baru." Lebih daripada itu, dalam masa dua tahun terakhir ini, beberapa orang Raja Melayu pun, sudah berkali-kali memberi nasihat dan amaran. Tidak pernah Raja-Raja Melayu bercakap politik seperti sekarang. Tidakkah ini alamat keruntuhan kedaulatan institusi Raja Melayu sudah bermula?

Raja Dr. Nazrin bimbang masa depan umat Islam di negara ini yang katanya berada "dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca". Katanya lagi, "Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam sendiri."

Justeru baginda mengingatkan: "Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

"Ia bermula daripada pencerobohan kecil, ketika orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah. Mereka sebenarnya memberi petanda yang salah, seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam."

Antara perubahan utama yang akan dilakukan apabila pakatan Pas-DAP-PKR memerintah adalah meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, mengubah pengagihan jawatan menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, polis dan tentera dan ketua eksekutif GLC, PNB, TNB, dan Telekom Malaysia. Menambah kawasan pilihan raya di kawasan bandar. Mereka juga akan mengadakan semula pilihan raya untuk Dewan Bandar Raya, Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan. DBKL pasti akan berubah wajah. Maka bermulalah "penjajahan baru" yang disebut Tan Sri Harussani.

PRU ke-12 adalah tsunami politik dan amaran Allah. Malangnya pemimpin politik Melayu-Islam masih terus bertelagah merebut kuasa, jawatan, pangkat dan kekayaan. Sejarah kejatuhan Empayar Rom, Empayar Islam dan kemusnahan kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, nampaknya tidak mampu mengajar kita.

Justeru, kecelakaan politik yang akan menimpa kita bukanlah kerana 'nasib' tetapi kerana perbuatan kita sendiri. Maka janganlah kita selalu sedih 'mengenangkan nasib' kerana ini sikap orang yang mengaku tewas sebelum berjuang.

Hakikatnya, asas dan kunci kekuatan Melayu berada di tangan Melayu. Jangan kita lupa bahawa pertubuhan-pertubuhan Melayulah yang menubuhkan UMNO dan sepanjang perjuangan UMNO, di belakangnya bergerak secara konsistan pelbagai macam pertubuhan Melayu, termasuk pertubuhan pegawai kerajaan, penghulu, penulis, wartawan dan guru.

Meskipun adakala mereka tidak sekata dengan UMNO, tetapi mereka tetap setia bersama UMNO. Di situlah kekuatan UMNO. Kekuatan sebenar yang telah terbukti selama setengah abad, bukan kekuatan dalam pesta makan minum berbaju batik aneka warna.


Bookmark and Share

Tambah, daftar ahli untuk menang PRU13: Shafie Apdal

KUALA LUMPUR: Penambahan ahli baru, peningkatan jumlah pendaftaran pemilih dan jaminan ahli keluar mengundi adalah antara faktor yang perlu diberi keutamaan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ketika ini usaha memperbaiki kelemahan berhubung ketiga-tiga faktor itu belum sampai ke tahap dikehendaki.

"Mengikut statistik Januari hingga Jun tahun ini, UMNO hanya berupaya mendaftar 13,125 ahli, dan BN keseluruhan pula hanya 14,768 ahli, sedangkan DAP sahaja berjaya mendaftar 10,693 ahli dan keseluruhan parti pembangkang sebanyak 18,129 ahli."

Seakan kelihatan belum ada keperluan bertindak segera, semangat ketergesaan untuk ingin mengekalkan kuasa dan merampas kuasa dari negeri-negeri yang kita kalah (dalam pilihan raya umum lalu). Ini yang membimbangkan saya," katanya
ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, selepas proses pemutihan keahlian UMNO, seramai 700,000 anggota didapati tidak mengundi pada pilihan raya umum lepas hingga menyebabkan calon UMNO tewas tipis kepada parti pembangkang seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan DUN Pantai Merdeka, masing-masing di Kedah.

UMNO kini mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli.

Mohd Shafie yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Ahli Umno, berkata bagi memperkukuhkan kuasa, selain mendekati kaum bukan Melayu, UMNO perlu menghayati keperluan rakyat serta menolak sikap berpuak-puak.

Beliau mengingatkan orang Melayu supaya jangan leka kerana hak yang terpateri kemas dalam Perlembagaan Persekutuan semata-mata tidak cukup untuk menjamin kejayaan bangsa itu di masa depan.

Katanya, Melayu juga tidak boleh cemburu dengan orang lain yang berjaya dalam perjuangan mereka, sebaliknya harus melihat keupayaan diri sendiri dan meningkatkan daya saing sepertimana digariskan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

"Apa maknanya kita berjaya bila orang cakap ada tongkatnya. Kita harus berani mencapai kejayaan, berani dan berupaya menguasai ilmu dan bila kita berjaya ia bukan semata-mata kerana hak," katanya. - BERNAMA


UMNO CWGAN Taman Sejahtera Insya-Allah akan melipatgandakan pendaftaran pengundi dan ahli baru UMNO selepas ini.

7 strategi tawan semula Kedah

KUALA LUMPUR 22 Okt. - UMNO Kedah telah menggariskan tujuh strategi dalam misi menawan semula negeri tersebut daripada tangan pembangkang.

Wakilnya, Datuk Othman Aziz berkata, strategi itu juga akan melibatkan 13 aktiviti teras termasuk memantapkan semula hubungan dan keupayaan kepimpinan di semua peringkat bahagian.

Dalam usaha merealisasikan impian tersebut katanya, UMNO negeri juga akan memastikan pengundi dan penyokong sedia ada sentiasa dijaga, mengambil hati pengundi muda serta mengukuhkan hubungan dengan agensi kerajaan.

"Peralihan kuasa ke tangan pembangkang telah menyebabkan kita terpinga-pinga dan hilang pedoman buat seketika.

"Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh berdiam diri sebaliknya bermuhasabah dan mengatur gerak kerja untuk kembali memerintah Kedah.

"Justeru kita memerlukan bantuan daripada segenap ahli UMNO untuk sama-sama membantu merealisasikan misi ini," katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Othman berkata, dalam konteks memenangi semula hati rakyat, mereka yang memegang jawatan mesti melakukan kerja secara fokus dan terancang serta mempunyai sasaran.

Mereka yang memegang jawatan, tegas beliau, tidak boleh lagi leka dan berseronok dengan jawatan sebaliknya harus bertanggungjawab memegang amanah yang diberikan.

"Kita kena segerakan kerja, jangan tangguh-tangguh lagi," jelasnya.

Dalam memastikan kejayaan itu, kata Othman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, empat peringkat UMNO iaitu bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri juga harus memiliki semangat berpasukan yang tinggi serta bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah setiap ahli dan pemimpin juga katanya, perlu memiliki 'rasa terancam' sebagai satu dorongan dan motivasi untuk mencapai impian tersebut.

"Oleh yang demikian, kita ingin meminta jasa baik para menteri yang turun padang melakukan kerja rasmi masing-masing untuk turut meluangkan masa menyusun program UMNO.

"Bukan itu sahaja kita juga amat berharap bapa angkat Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik Perdana Menteri dapat mencetuskan sesuatu sebagai peniup semangat," katanya.


Bookmark and Share

Thursday, October 21, 2010

Saudagar Mimpi


Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

45. Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.

Saudara dan Saudari sekalian,

46. Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.

Saudara dan Saudari sekalian,

47. Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.



Bookmark and Share

Monday, October 18, 2010

Perhimpunan Agung UMNO 2010 Selaras Model Politik Baru

Beberapa perubahan yang dilakukan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 termasuk acara di dalam dan di luar dewan serta sepanjang perhimpunan agung itu adalah selaras dengan model politik baru.

Setiauaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof berkata perubahan yang dilakasanakan itu juga selaras dengan kehendak semasa dan mesra media agar ianya memberi manfaat kepada UMNO sebagai parti yang telah lama berkhidmat untuk rakyat dan menunjukkan ianya mampu berubah.

“Signifikan perubahan Perhimpunan Agung UMNO kali ini bukan sahaja mengikut model politik baru tetapi juga mengikut perubahan semasa dan kehendak landskap politik hari ini bahawa kita juga harus menunjukkan mampu berubah bermula daripada corak pengurusan acara-acara perhimpunan agung.

“Inilah yang akan tonjolkan nanti. Perhimpunan agung kali ini kita akan dapat lihat imej baru dengan hiasan logo-logo dan pelbagai hiasan lain seperti “billboard“ yang besar dan sebagainya. . Di dalam dewan juga ada perubahan yang mana gerai yang dulunya ditingkat bawah dipindah ke tingkat 3, manakala tingat bawah untuk gerai korporat.

“Manakala aliran pergerakan pelawat, orang ramai dan pemerhati serta para delegasi yang lain juga akan dibuat secara sehala. Kedudukan dewan persidangan sayap juga telah diubah daripada konsep “classroom“ kepada konsep “centre stage“ untuk dekatkan para perwakilan dengan pemimpin,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas sesi raptai akhir perbarisan dan upacara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa di Anjung Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ia merupakan raptai kedua untuk acara luar dewan dan melibatkan 200 kakitangan ibupejabat UMNO bersama 150 ahli pergerakan sayap, masing-masing 50 ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Ab Rauf seterusnya menambah, raptai perbarisan yang dilaksanakan itu juga turut mengambil kira pandangan media agar ianya memudahkan wartawan dan jurugambar melaksanakan tugas mereka.

Pada masa yang sama beliau sekali lagi menjemput para pemerhati serta penganalisis politik agar menghadiri persidangan Forum Antarabangsa esok yang melibatkan delegasi asing dan wakil-wakil parti luar negara.

“Sebanyak 20 parti daripada 19 negara telah mengesahkan kehadiran masing-masing. Menerusi forum ini, kita cuba tonjolkan kepimpinan UMNO menjurus kepada model politik baru selain memperlihatkan cara kita mengendalikan konsep kongsi kuasa BN dan UMNO serta mendahului dalam konsep mengantarabangsakan Malaysia untuk dilihat sebagai “rule model“ salah satu konsep kongsi kuasa yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

“Dengan adanya forum antarabangsa ini kita akan dapat lihat bagaimana negara-negara lain akan mengkagumi formula yang ada di Malaysia hari ini. Dalam masa yang sama kita juga boleh berkongsi pengalaman tentang negara-negara yang mempunyai parti politik menempuh segala rintanagan dan masalah untuk kita jadikan tauladan dalam memperkukuhkan kedudukan UMNO dan BN,“katanya.

Tambah beliau lagi, menerusi forum itu juga, ianya akan dapat berkongsi pandangan bagaimana untuk menghadapi serangan dunia maya dan bagaimana untuk membina kekuatan politik dalam dunia berkenaan.

Foum tersebut akan menampilkan negarawan terkemuka iaitu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan ucaptama, majlis perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala majlis penutupnya akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tema forum berkenaan adalah ‘Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’.

Bekas Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Tan Sri Razali Ismail, bekas Menteri Luar, Tan Seri Syed Hamid Albar dan bekas Ketua Setiasuaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa akan turut terlibat menjayakan forum berkenaan. -MediaUMNO




Bookmark and Share



Anwar: Saudagar Mimpi yang berangan nak jadi PM

Kesimpulannya, bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia. Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini.

Wawasan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelosok dan ceruk negara. Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) berupaya melakukannya selama puluhan tahun.

Kita telah berjaya mentransfomasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.

Kita telah berjaya meningkatkan per kapita daripada AS260 di awal merdeka kepada kira-kira AS8,000 AS hari ini. Kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga berada diambang menghapuskan kemiskinan tegar dan berjaya mencipta kelas menengah yang dinamik.

Hakikatnya, pengurusan kewangan yang berhemat jugalah yang telah menyaksikan kita berupaya keluar dari krisis kewangan 1997/1998 dengan jayanya bersandarkan langkah tegas di luar kelaziman ketika itu. Hasilnya, kritikan menjadi pujian, sifat berwasangka berubah menjadi kekaguman. Begitu juga di kala tsunami ekonomi melanda pada tahun 2008, kerajaan tidak langsung berlengah-lengah mengambil langkah pemulihan melalui pakej ransangan dan mini bajet. Sekali lagi, rakyat diselamatkan daripada terjebak dalam situasi yang membebankan dengan merasai kesan sangat minima.

Pendek kata, walau apapun cabaran yang mendatang, kita tidak akan sekali-kali berundur dari misi mulia ini, atas keyakinan bahawa kebenaran berpihak kepada kita dengan rekod prestasi yang cemerlang.

Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi.

Percayalah, bahawa kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek. Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang.

Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab



Bookmark and Share

Saturday, October 16, 2010

Friday, October 15, 2010

Azmin panggil GoBALAkrishnan PARIAH

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakrishnan bukan sahaja boleh bikin gamat macam aksinya ketika cuba dicekup polis semasa buat kacau waktu penamaan calon pilihanraya kecil Penanti tidak lama dahulu.

Karektor Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memang semulajadi apabila beliau ‘mengamuk’.

Penyokong tegar Datuk Zaid Ibrahim ini betul-betul lepas geram pada Azmin Ali pagi Khamis mengenai dendam lamanya kerana memanggil beliau ‘ pariah ’ dalam satu mesyuarat parti itu beberapa tahun lalu.

Inilah waktunya untuk ‘ mandikan ’ Azmin sampai basah kuyup.





Ledakan Gobala di sidang akhbar di bangunan Parlimen tentunya boleh bikin Azmin hilang markah untuk berdepan pemilihan jawatan Timbalan Presiden di kalangan para pengundi kaum India yang tidak kurang pengaruhnya dalam parti itu.

Geramnya pada apa yang didakwanya tindak tanduk sekumpulan pimpinan PKR yang manipulasi percaturan pemilihan – telah juga mendorongnya memberi kata dua nak angkat kaki dari PKR jika ia tidak diperbetulkan segera.

Drama Gobala VS Azmin ini adalah antara insiden yang menurut ahli PKR paling menconteng arang imej parti itu selain daripada hu ha kerusi terbang dan bergaduh di beberapa cabang semasa mesyuarat baru-baru ini.

Kalau orang di atas sudah main bahasa ‘ pariah ’ dalam mesyuarat tertutup seperti yang didedah oleh Gobala ini ramai yang dikatakan merasa kabur dengan ikatan pimpinan yang selalu cuba ditunjukkan berpadu dan mesra di khalayak ramai.

Sumber-sumber parti memberitahu semasa kejadian berkenaan Gobala dan Azmin nyaris bergasak dalam mesyuarat.

Azmin yang diserbu wartawan di Parlimen juga untuk mendapatkan reaksinya tidak langsung menafikan insiden ‘ pariah ’ itu.

Mungkin beliau sedar ramai saksi waktu kejadian itu dan pastinya tidak mahu jolok lagi Gobala yang dah naik sheikh habis.

Beliau sebaliknya menolak dakwaan terlibat manipulasi proses pemilihan.

Naib Presiden PKR itu tidak faham bagaimana beliau boleh didakwa manipulasi sedangkan kuasa mengundi ada pada setiap ahli.

Dengan nada sayu Azmin berkata kini semua masalah hendak dipersalahkan ke atasnya.

“Tidakkah anda bersimpati dengan saya…” ujarnya yang kini berdepan dengan kartel Tan Sri Khalid Ibrahim-Datuk Seri Wan Azizah Ismail-Nurul Izzah Anwar dan pastinya Zaid yang hendak memintas cita-citanya untuk menjadi orang nombor dua PKR

Wednesday, October 13, 2010

Apabila Peguam menjadi ANJING Anwar

Lihatlah dan sedarlah berapa ramai Ahli Parlimen Pembangkang yg menjawat jawatan PEGUAM? Memang zaman akhir zaman akan wujud golongan fasik:-peguam yang menegakkan kebatilan. Dan sesungguhNya Allah Maha Kaya membuka mata dan hati kita melihat siapakah ANWAR sebenarnya. Para PEGUAM ni, tidak ubah seperti ANJING belaan ANWAR. Menyalak apabila kedudukan BOSS nya diganggu-gugat.

Baik bubar sahaja MAJLIS PEGUAM yg terang-terang BUTA HATI dan BUTA MATA melihat kebenaran.

Wee sahkan akuan bersumpah pertama Rahimi tidak babitkan PM dan isteri...

Kenapa akuan bersumpah pertama yang ditandatangi Muhd Rahimi Osman, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh hilang?

“Ini pelik,” kata Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong sambil mendakwa ujud skandal dan konspirasi dalam (PKR berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah bekas pemimpin PKR itu turut kecewa kerana Ketua Penerangan parti itu Latheefa Koya cuba mengaitkannya dalam isu tersebut sedangkan beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama Rahimi sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

Katanya, akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi padal awal pagi 29 Jun 2008 tidak mengaitkan mana-mana pihak berhubungan laporan liwat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“"Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful.

"Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) pasali keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau percaya, keujudan akuan bersumpah kedua kerana ada motif tertentu yang tidak berpuashati dengan akuan bersumpah pertama yang dibuat oleh Rahimi.

Menurut Wee, beliau tidak terbabit dengan akuan sumpah ke dua.

"Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa (motif) akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu.

"Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis atau peguam negara mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu," katanya.

Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu.

Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam.

"Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun.

"Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan," katanya.

Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar,

Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Sehubungan itu, Wee berhasrat mendedahkan kandungan surat bersumpah pertama Rahimi yang beliau dapat mencari dokumen itu yang diyakini masih ada dalam simpanannya.

Dalam pada itu, Wee juga mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan akuan bersumpah sehingga jadi alat politik.


Seorang lagi bekas pembantu dedah tembelang Anwar...

Selepas seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Rahimi Osman baru-baru ini membuat laporan polis menafikan kandongan akuan bersumpah mengenai kes liwat yang ditandatanganinya pada tahun 2008 – hari ini muncul seorang lagi bekas pembantunya – Rasid Rosdi mendedahkan perkara serupa.

Beliau membuat laporan polis di IPD Shah Alam tengahari Rabu mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah berhububung kes yang sama.

Rasid mengaku mengenali Anwar semenjak berada di dalam penjara di Sungai Buloh dan kemudian bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat Ketua Umum PKR itu.

Berikut ialah kenyataan penuh Rasid kepada media berhubung laporan polis yang dibuatnya:


Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.

Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.


Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.



Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.



Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.



Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.



Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.


Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.

Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.




Bookmark and Share

Monday, October 11, 2010

Anwar Vs Rahimi + Saiful: Siapa yg takut sebenarnya?

Bekas pembantu kontroversial Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman yang mendakwa dipaksa membuat akuan bersumpah palsu - menyangkal cerita Latheefa Koya berhubung peristiwa merangka akuan tersebut.

Katanya, cerita Latheefa kepada Malaysiakini, yang disiarkan semalam adalah tidak betul dan hakikatnya, - dia langsung tidak takut bahawa polis akan menangkapnya dan sekaligus menafikan yang dia mencari perlindungan di Quality hotel di Shah Alam pada 28 Jun 2008.

"Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel.

"Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.Cerita sebenar?

Latheefa sebelum ini, mendakwa Rahimi tiba pada malam 28 Jun itu dengan gementar dan ketakutan sebelum menceritakan semula apa yang beliau dengar daripada Saiful Bukhari Azlan.

Menurut ketua penerangan PKR itu lagi, Rahimi juga minta tinggal di hotel itu kerana takut dicari polis berikutan kemungkinan namanya turut disebut dalam laporan polis Saiful Bukhari. Pasukan peguam itu kemudian bersetuju memberikan perlindungan kepada Rahimi.

Rahimi dilaporkan kembali tenang semula setelah beberapa hari Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Rahimi menafikan cerita Latheefa itu.

Dakwanya, sebelum ke Quality Hotel, dia berada di Hospital Kuala Lumpur bersama Saiful Bukhari, pakciknya, staff-staff dan doktor serta ramai pihak polis termasuk daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

"Jadinya, kenapa pula kata Latheefa bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel?

"Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa."Tangannya mengeletar

Sebaliknya menurut Rahimi, sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan.

Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang mengeletar.

"Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?" soal Rahimi.

Katanya, beliau telah menceritakan berhubung apa yang sebenarnya terjadi kepada naib pengerusi PKR, R Sivarasa dan Latheefa tetapi mereka menyuruhnya menukar cerita.

"Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkmah.

"Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya?" katanya .

Menurut Rahimi beliau juga bersimpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan tetapi sebagai seorang peguam, ketua penerangan PKR itu sepatutnya faham apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk meperbetulkan kesilapan.Mulut sangat becok

"Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.

"Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi. Amin," kata Rahimi.

Rahimi membuat kejutan pada 6 Oktober lalu, apabila memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuatnya lebih tiga tahun lalu.

Peguamnya - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.


Bookmark and Share