Tuesday, May 11, 2010

Khalid Samad dan Mariah jadi tukang sebar risalah gereja di Sibu.



Saya mati-mati ingatkan Khalid Samad dan juga Dr Mariah dari parti Pas datang ke Sibu untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen. Rupa-rupanya mereka berdua ini datang ke Sibu hanya semata-mata untuk dijadikan alat DAP bagi menyebarkan kefahaman agama Kristian disini.

Patutlah dari awal lagi Khalid dan juga Dr Mariah ini cuma asyik kehulu kehilir di kawasan berdekatan gereja besar di bandar Sibu sahaja.

Hari ini, Khalid Samad, Dr Mariah, Teresa Kok dan juga wakil kelab penyokong Pas Selangor, Saravanan Taileran berada di Gereja Sacred Heart Sibu bagi tujuan mempromosi satu Seminar oleh pihak Gereja yang bakal diadakan di Paramount Hotel besoknya.

Nampaknya, pengalaman Khalid yang pernah berceramah didalam sebuah gereja di Shah Alam ini dijadikan inisiatif oleh DAP untuk membantu menarik masyarakat Sibu kepada agama Kristian.

Saya juga dikhabarkan bahawa Khalid dan juga Dr Mariah menjadi alat DAP untuk berkempen dan menerangkan tentang kebebasan beragama yang diamalkan oleh Pas.

Khalid Samad juga tanpa segan silu menyatakan kepada wakil HarakahDaily bahawa Pas dan DAP kini bersama-sama diatas satu pentas bagi memastikan kebebasan beragama diamalkan sepenuhnya didalam negara ini.

Saya tertanya-tanya, sudah lenyapkah ideologi negara Islam yang selama ini Pas perjuangkan? Bukankah DAP itu menentang kewujudan negara Islam?

Yang paling menghairankan, pemimpin Pas seperti Khalid Samad dan juga Dr Mariah pula kini yang beria-ia mempromosi dan cuba menjuarai agama lain sedangkan DAP tak pula mahu mendekati Islam dan mentauhidkan Allah swt.

Bagi saya, tiada motif lain selain dari politik keterlaluan yang sedang dilakukan oleh Khalid dan juga Dr Mariah ini. Mereka sanggup merelakan diri mereka dipergunakan sebagai alat berkempen oleh pihak DAP dan gereja hanya semata-mata kerana kepentingan politik.

Saya sendiri berasa malu apabila melihat pemimpin melayu/Islam seperti dua orang pemimpin Pas ini tanpa malu menyebarkan risalah seminar agama lain dan beria-ia meyakinkan orang ramai untuk menghadiri seminar tersebut.

Benarlah kata ramai orang, Pas kini bukan lagi sebuah parti yang mempertahankan Islam. Pas kini semakin memburukkan imej Islam itu dan tindak tanduk kebanyakan pemimpin Pas kini lebih menjurus kepada menghancurkan semangat Islam itu sendiri.



Bookmark and Share