Sunday, February 24, 2013

Lim Guan Eng badi Bantuan kepada Binatang ker Tok Guru atau Lim Guan Eng yg anggap rakyat sebagai Binatang? UAI sila jawap!



Ini yang orang kata kes main cakap dan rembat tanpa tengok kiri kanan ikut suka hati dia.Sepatutnya sebelum lepas cakap,Datuk Nik Aziz Nik Mat buat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Di negeri Lim Guan Eng itu pasti beliau akan dapat lihat di beberapa jalan utama di terpampang billboard besar program kerajaan negeri bagi duit RM100 setahun kepada wargaemas.

Itu baru Pulau Pinang.Selepas itu elok pergi jumpa Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor. Jangan lupa manifesto pakatan pembangkang di Selangor sebelum pilihanraya umum Mac 2008 janji nak bagi elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma dan sebagainya. Apa yang riuh di Selangor kebelakangan ini cuma janji-janji itu tidak ditunaikan. Dalam bab ini Tok Guru kena bagi kuliah pada Khalid apakah hukum hakam Islam keatas mereka yang tidak tunai janji.


Jumaat...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas 'fatwa' Nik Aziz yang cetuskan kemarahan ramai menyamakan penerima bantuan BR1M seperti haiwan. Rabu Menteri Besar Kelantan itu kata di Kota Bharu usaha kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu. Najib berkata "apa beza dengan janji dia di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?. "Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji...janji itu pula tidak ditunaikan," .

Perdana Menteri kata demikian kepada wartawan selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching. Bagi beliau kenyataan Musyridul Am PAS itu menghina rakyat dan amat keterlaluan. Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran. "Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung ...orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya. "Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya. Beliau berkata, kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.

"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu. "Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya. Sementara itu Muhyiddn ketika bercakap dengan wartawan selepas mendengar taklimat pilihan raya umum (PRU) ke-13 oleh pengerusi-pengerusi penyelaras BN Sabah di Kota Kinabalu anggap tindak tanduk Nik Aziz tidak bersifat seorang pemimpin Islam.

“Saya hairan dan takjub bagaimana seorang menteri besar dan pemimpin Pas yang sepatutnya berpegang kepada prinsip agama Islam boleh membuat satu kenyataan yang begitu menghina penerima bantuan, yang saya tahu jumlahnya amat ramai,” katanya. Timbalan Perdana Menteri kata penerima bantuan tersebut merupakan kumpulan yang dikenal pasti kerajaan benar-benar memerlukan bantuan dan pemberian BR1M dapat membantu mengubah kehidupan penerima ke arah masa depan lebih selesa.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kata-kata Nik Aziz begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang disampaikan beliau dan kedudukannya sebagai seorang Mursyidul Am sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. "Oleh itu, rakyat perlu fikir di mana seorang yang begitu tinggi ilmu agamanya dan berpengalaman luas dalam politik dan kedudukan beliau itu sendiri (mengeluarkan kenyataan sedemikian), apa harus kita buat?

Kita tidak perlu tempeleng, kita tidak perlu pukul, tetapi kita perlu gunakan isi hati kita. Hukuman yang dijatuhkan sebegitu, apa harus kita lakukan kepada fakta yang sebenar," katanya pada majlis perasmian Karnival Jelebu 1Malaysia 2013 anjuran Parlimen Jelebu di tapak pasar tani di Kuala Klawang , Jumaat. Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata seharusnya Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mungkin 'anak buah' dan anak murid beliau sendiri menikmati pemberian BR1M. Katanya wang BR1M ini adalah sebahagian daripada hak rakyat itu sendiri di dalam satu tabung namanya tabung kewangan yang disatukan di bawah Perlembagaan persekutuan Malaysia.

"Wang ini telah digunakan oleh kerajaan kita iaitu pihak pemberi yang memegang tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat kita. Duit ini adalah duit kita semua, ditadbir oleh kerajaan kita. Jadi, tidak salah gunakan perbelanjaan ini bagi rakyat. Adakah kita yang menerima sekitar lebih daripada 8 juta orang 'binatang', tentu tidak.

"Sebab itu kalau boleh setiap yang berfikir harus memberitahu bahawa kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang beliau beri. Tentu sekali ada dividen yang lebih tinggi untuk menentukan nanti bahawa kasih sayang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat kita tidak ada tolok bandingnya,"katanya. Ketua pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Abdul Rashid Shirlin PULA berkata kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang dianggap warak.

Sebaliknya, Mursyidul Am PAS itu sepatutnya menggerakkan satu tindakan untuk membantu ekonomi rakyat Kelantan dan bukannya mengeluarkan kenyataan penghinaan sedemikian. "Hinakah rakyat hanya kerana mereka memerlukan bantuan dan menerima daripada kerajaan pusat?, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, turut bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri yang hairan bagaimana seorang pemimpin PAS yang sepatutnya berpegang kepada ajaran Islam mengeluarkan kata-kata penghinaan sebegitu. "Kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh pembangkang hanya akan menambahkan rasa meluat serta menyampah rakyat terhadap permainan politik sempit mereka," katanya.


Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUITM) Datuk Zaini Hasan dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan Nik Aziz itu sebagai satu permainan politik yang amat keterlaluan. Katanya kenyataan politik Musyridul Am PAS itu mengguris hati dan menghina rakyat dari golongan berpendapatan rendah yang menerima bantuan tersebut. "PAUITM turut rasa terhina dengan kenyataan Nik Aziz seolah-olah penerima sebagai lembu dan ayam. Kebanyakan kami dahulu adalah dari keluarga miskin dari kampung terpencil di luar bandar," katanya. "Kami amat bersyukur, hasil dari dasar kerajaan membantu rakyat miskin, ITM/UITM ditubuhkan. Tanpa UITM ke mana kah kami semua hari ini," katanya. Zaini berkata PAUITM tidak berhasrat untuk campur tangan dalam budaya politik yang hendak diamalkan oleh mana-mana pemimpin politik termasuk Nik Aziz.

"Tetapi janganlah apa jua usaha murni untuk membantu rakyat golongan miskin yang dituntut oleh Islam juga hendak dijadikan modal politik kerana golongan rakyat tersebut memang sepatutnya dibantu," katanya. "Daripada tujuh juta rakyat penerima BR1M yang diperhina oleh Nik Aziz, tidak sedikit dalam kalangan mereka terdiri daripada ahli PAS dan parti pembangkang lain yang tidak didiskriminasi oleh pemberi," katanya.

Katanya tiada mana-mana pihak yang berhemah mahu mempertikai pemberian BR1M kepada rakyat dari berlainan parti politik sekalipun atas kesedaran bahawa ia adalah suatu usaha murni memfokus pemberian subsidi kepada golongan yang lebih berhak menerimanya. Zaini berkata sepatutnya semua pihak harus menyokong apa jua usaha murni bagi mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat miskin lebih-lebih usaha jangka panjang untuk meningkatkan tahap ekonomi rakyat.



Apa komen Ustaz Azhar Idrus pulak mengenai apa yang PR nak kasi tu? Bukankah sama dgn apa yg BN nak kasi? Jadi,,,siapa yang jadi binatang?

Sunday, October 14, 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Adilfitri 2012 UMNO Cwgan Tmn Sejahtera

Majlis Jamuan Hari Raya Adilfitri 2012 UMNO Cwgan Tmn Sejahtera
Tarikh: 03/09/2013
Tempat: Dewan UMNO Tmn Sejahtera
Kedatangan: Lebih 300 orang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis Perasmian Gerak Kerja PDM (Pusat Daerah Mengundi) P017 Parlimen Padang Serai

Majlis Perasmian Gerak Kerja PDM (Pusat Daerah Mengundi) P017 Parlimen Padang Serai
Tarikh: 13 October 2013
Tempat: Sekolah Rendah Paya Besar
Perasmian: Datuk Zaidi...Pengerusi WAR ROOM PRU13 Negeri Kedah.
Jumlah PDM di Parlimen Pdg Serai: 54 PDM dengan PDM Taman Selasih merupakan PDM terbesar

AJK PDM Terlibat:
  1. Ketua PDM, Penerangan,
  2. Puteri Cerdik IT,
  3. Keselamatan, Risikan,
  4. Wanita Gerak 10,
  5. Kebajikan
  6. Pemuda
  7. Polling & Counting Agen
  8. Agama
  9. Perang Saraf
  10. Ceramah & Isu setempat






 






Friday, June 8, 2012

Jelajah Janji Ditepati: Kulim

Jelajah Janji Ditepati: Kulim
Tarikh: 8 Jun 2012





 
 


Tuesday, May 15, 2012

Mesyuarat Tahunan UMNO Cwgan Taman Sejahtera/Mewah

Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan Taman Sejahtera/Mewah dan perasmian Jentera Pilihanraya PRU13 peringkat PDM (Pusat Dearah Mengundi) Taman Sejahtera: 5 May 2012. Perasmian oleh Datuk Marlia: Ketua Wanita UMNO Bahagian Pdg Serai merangkap Exco Wanita UMNO Pusat.

Diadakan pertandingan gubahan oleh ahli-ahli Wanita dan Puteri Cwgan.

TANIAH Semua!






Thursday, May 3, 2012

HALAU GURU WANITA BAHASA MELAYU DISEKOLAH CINA GUNA SAMSENG: Terima Kasih PAS!

PETALING JAYA:Guru wanita yang mengajar disebuah sekolah jenis Kebangsaan Cina di Damansara mendakwa hidupnya dalam ketakutan berikutan di ganggu serta diugut oleh sekumpulan samseng yang disyaki upahan ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengajar disekolah berkenaan.


Setakat ini guru wanita itu sudah menerima lima ugutan sejak 10 April lalu manakala ugutan terbaru yang diterimanya ketika berada ditempat letak kereta dirumahnya pada jam 10 pagi pada hari sabtu lepas.”ketika kejadian itu mangsa yang menuju kearah keretanya telah dihampiri oleh seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih lagi mengajar disekolah tersebut walupun amaran supaya berpindah sudah diberi beberapa kali” Inilah sikap kurang ajar dan pengecut samseng upahan terhadap seorang guru wanita yang mengajar disekolah Jenis Kebangsaan Cina .

Jika dilihat konteks perjuangan Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) mungkinkah ia ada kaitan dengan kejadian ini. ,Apa dihairankan jika Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ditumbuk dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang inikan pula seorang guru wanita. Rentak perang yang dimainkan oleh sebahagian mereka boleh membawa tafsiran dari pelbagai sudut dan tidak mendatangkan keuntungan kepada bangsa Cina secara kesuluruhanya malah dilihat mengajak kaum-kaum dinegara ini membenci antara satu sama lain.

Gangguan terhadap mangsa dikatakan bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu disekolah berkenaan ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu. Boleh dilihat dengan jelas bila kata-kata ugutan “ esok akan mati jika kau berdegil;dan berpindah dari sekolah berkenaan bukan satu pekara yang boleh dilihat remeh oleh pihak berkuasa sedangkan laporan polis sudah dilakukan oleh mangsa di Balai Polis Damansara, dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai peneraju Kemeterian Pelajaran harus bertindak dengan segera demi kebaikan dan keselamatan semua guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina agar tidak tidak dilihat lemah dan lembek.

Tunggu penjelasan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin atau dari menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atau dari dua timbalanya

Aman Central: Pas Kedah cuba berbohong?

ALOR SETAR 2 Mei - Dakwaan Kerajaan Pas Kedah yang menyatakan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini adalah projek swasta ternyata tidak benar apabila bukti menunjukkan pembangunannya turut melibatkan kerajaan negeri. Timbul persoalan apakah kerajaan negeri mahu berbohong atau cuba memberi jawapan mengelirukan untuk menutup kelemahannya tidak melaksanakan tender terbuka bagi projek tersebut?

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Warta Kerajaan Negeri pada 9 Jun 2011 menunjukkan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi pembinaan itu dikhaskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan agensi kerajaan negeri. "Pengerusi PKNK adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Majlis Peguam 'perkakas pembangkang', Chee Wee didesak letak jawatan

KUALA LUMPUR 2 Mei - Majlis Peguam bukan lagi sebuah badan bebas yang profesional, sebaliknya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) suruhan kepada pembangkang. Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor mendesak Presidennya, Lim Chee Wee meletak jawatan dan menyertai parti pembangkang dengan segera. Ini kerana, kata beliau, setiap kenyataan serta tindak-tanduk Majlis Peguam tidak lagi dibuat secara bebas dan objektif sebaliknya, bersifat memihak sepenuhnya kepada pembangkang. "Saya mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam dan sertai parti pembangkang agar lebih mudah untuk Chee Wee berdepan secara pendekatan politik. "Tindakannya memperalat Majlis Peguam untuk mengecam polis dalam isu demonstrasi ganas Bersih 3.0 bukan sahaja bersifat memihak dan tidak objektif tetapi biadab

Monday, April 30, 2012

Nik Aziz akui beri duit poket peserta Bersih 3.0

KOTA BAHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam. Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan. "Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi. "Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara. Ketika ditanya adakah Pas turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya. "Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas

Sunday, April 29, 2012

Biadap punya Orang! Get out of this country and go back to Tongsan!!

Biadap punya NYONYA!! Wartawan: Saya orang islam, Saya tinggal di sini. Isteri Saya orang Malaysia, Jangan biadap dengan saya

RapidKL bakal saman penganjur Bersih 3.0

KUALA LUMPUR 29 April - RapidKL, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan semalam kerana mengalami kerugian besar akibat tindakan liar oleh kumpulan demonstran. Syarikat itu mahu ganti rugi berpatutan termasuk kerosakan teruk kepada asetnys, kehilangan hasil pendapatan di stesen LRT Masjid Jamek selepas demonstran meluru menerusi pintu LRT tanpa membayar dan kehilangan pendapatan daripada operasi perkhidmatan basnya. "Kami mengalami kerugian besar seperti kerosakan pada penutup gulung dan pagar, pintu tandas serta orang menggunakan perkhidmatan kami tanpa membayar dan operasi bas juga terjejas teruk kerana penutupan jalan," kata Pengarah Urusan Kumpulan, Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan hari ini. Katanya syarikatnya akan membuat laporan polis terhadap penganjur dan percaya pengusaha pengangkutan lain dan peniaga turut mengalami nasib yang sama. Beliau berkata petugas Prasarana juga dibaling dengan botol air mineral dan dicaci oleh sekumpulan demonstran apabila petugas berkenaan cuba membantu seorang penumpang yang pengsan di stesen itu. "Menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan penumpang, aset dan petugas di stesen itu, Oleh itu, terdapat keperluan untuk menutup stesen itu pada masa itu," katanya, sambil memperjelaskan bahawa stesen itu turut ditutup pada dua perhimpunan sama sebelum ini

Bersih 3.0: Apa tuntutannya dan apa yg SPR dah buat

Dengan slogan Duduk Bantah, mungkin sesiapa yang terlibat dalam Bersih 3.0 ini tidak dibenarkan berdiri. Hahaha… #LOL! Apa sebenarnya Bersih 3.0 mahukan? Apakah Yang Bersih 3.0 ini tuntut? Semua kenyataan di bawah akan menrugkai segala misteri Bersih 3.0 Duduk Bantah!
Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi-SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.
Reformasikan Undi Pos-Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
Gunakan Dakwat Kekal-Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
Akses Media yang Bebas dan Adil-SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.
Tempoh Kempen Minima 21 Hari-Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian  Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.   Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969?   Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.
Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih

Friday, August 26, 2011

Ketua UMNO Padang Serai lepaskan jawatan


PADANG SERAI 26 Ogos - Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas.

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.

“Inilah satu keindahan pada pentadbiran UMNO, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini,” katanya selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di sini malam tadi. - Bernama

Thursday, August 25, 2011

BN Kedah akan adakan simulasi pilihan raya Oktober ini




ALOR SETAR 25 Ogos - Barisan Nasional (BN) Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya bagi membolehkan parti itu mengukur kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam jentera mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, simulasi pilihan raya itu berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini selepas berlangsungnya Konvensyen BN yang dijadual pada 24 September. - Bernama

Tidak banyak pembangunan di Kedah


Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh menerajui Kedah sejak tiga tahun lepas, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha daripada kerajaan negeri yang diterajui Pas itu, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat Kedah yang diharapkan.

Katanya, program-program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil daya usaha Kerajaan Pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita pada satu persidangan media di Pokok Sena dekat sini semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda ini dapat membangunkan negeri sendiri agar lebih maju.

Terdahulu Ahmad Maslah turun padang melawat tiga veteran UMNO yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Turut serta Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pokok Sena

HOT: PAS Sendiri Kata Lynas Selamat - Fuziah Nak Kata Apa?


Kah Kah Kah...

Ada orang halang ahli Parlimen PAS dari komen sebarang isu tentang kilang Lynas. Terbukti PAS hanyalah 'Pak Turut'.

Ahli Parlimen PAS berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh gerombolan Fuziah Saleh adalah satu pembohongan besar. Fuziah Saleh menipu penduduk di Kuantan.

Hahahaha...

Saturday, August 20, 2011

Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'



ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.

Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.

Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial (Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.

Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.

Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.

Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.

Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?

Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.

Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.

Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.

Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.

Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.

Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.

Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.

Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.

Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.

Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.

Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.

Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.

Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.

Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.

Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.

Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.

Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.

Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.

Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.

Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.

Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.

Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.


Wednesday, July 27, 2011

Langkah Mat Sabu dari Guar Petai menuju Putrajaya

SEKALI lagi anak Pulau Pinang diberi kepercayaan menduduki jawatan No.2 dalam parti politik. Jika dulu UMNO menampilkan Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas dan Anwar Ibrahim dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam sebagai Timbalan Presiden , kini giliran Pas pula melalui Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari Kampung Guar Petai.

Dulu Guar Petai dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi kini di bawah Tasek Gelugor. Guar Petai jiran kepada kampung penulis, Guar Perahu. Penduduk tempatan tentu gembira dengan kemenangan Mat Sabu lebih-lebih lagi mereka yang sering solat di ‘Surau Mat Sabu’. Memang hebat Mat Sabu. Siapa tidak kenal dengan bekas ‘ayam tambatan’ Pas ini. Terpukau orang mendengar ceramahnya. Ada serius, sinis, jenaka, merapu dan maki hamun. Seorang rakan di Permatang Pauh memberitahu penulis ada juga penyokong - tidak pasti Pas atau PKR di kawasan Parlimen itu tidak senang dengan kemenangan Mat Sabu. Mungkin mereka masih belum dapat menerima gelaran buruk yang diberi terhadap Anwar. Ada juga yang mengharapkan ulama menang jawatan itu.

Setakat ini hanya Abdullah berjaya menduduki jawatan Presiden sementara Anwar ‘ditendang’ keluar kerana isu moral. Apakah Mat Sabu akan terus meniti kejayaan sebagai orang No. 1 dalam Pas? Ini perkembangan yang amat menarik untuk dinantikan. Soal layak atau tidak, Mat Sabu sudah menang. Tidak payahlah kita selak kembali siapa Mat Sabu sama ada golongan profesional atau ulama. Tetapi ramai yang tahu siapa Mat Sabu sejak mula belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) kini UiTM, seorang peminat seni khabarnya drama, lakonan, boria dan pantun. Cukup aktif menyertai pelbagai demonstrasi dan macam-macam lagi sehinggalah menyertai Pas pada 1978 dan bertanding pada pilihan raya umum (PRU). Malangnya beliau tidak pernah menang di Pulau Pinang. Kali pertama Mat Sabu mencuba nasib pada PRU 1982 di Parlimen Kepala Batas dalam pertandingan tiga penjuru - BN, Pas dan DAP. Abdullah Badawi menang dengan majoriti 12,644 undi. Beliau juga bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi tewas. Pada PRU 1986, beliau mencabar ‘seteru’ politiknya Anwar di Parlimen Permatang Pauh dan tewas lagi.

Akhirnya Mat Sabu berhijrah ke Kelantan dan menang di Parlimen Nilam Puri pada PRU 1990, kemudian ke Parlimen Kubang Kerian (1995) dan Parlimen Kuala Kedah (1999). Cubaannya untuk mempertahankan kerusi bagi penggal ke empat di Kuala Kedah pada 2004 tidak kesampaian. Ketika tsunami politik melanda pada PRU 2008, Mat Sabu tewas lagi, kali ini di Parlimen Kuala Terengganu. Khabarnya, pada 2008, beliau berhasrat untuk bertanding di Pulau Pinang. Dalam satu ceramah politik di Terengganu yang turut dihadiri Lim Guan Eng, beliau berkata, orang Melaka bertanding di Pulau Pinang menang, jadi ketua menteri tetapi beliau dari Pulau Pinang bertanding di Kuala Terengganu tewas.

Mungkin dengan kedudukan No.2, beliau sudah bersedia untuk turun di Pulau Pinang lebih-lebih lagi hubungan baik dengan ‘adindanya’ Guan Eng. Ternyata pertemuan semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengukuhkan hubungan Mat Sabu dan Guan Eng. Ada juga hikmah di sebalik ISA ini. Di Pulau Pinang, Mat Sabu adalah pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd. sejak 16 April 2009. Baru-baru ini beliau mewakili kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.

Kini tugas Mat Sabu semakin berat. Lebih-lebih lagi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyifatkan Kabinet baru yang dipilih kelmarin barisan mantap menghadapi PRU Ke-13. Tugas besar Mat Sabu ialah pada 9 Julai ini bagi menggerakkan demonstrasi Bersih di ibu negara untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Kembali kepada PRU, di Pulau Pinang, kawasan mana Mat Sabu akan bertanding? Di Kepala Batas atau Tasek Gelugor? Mungkin di Bayan Baru, Permatang Pauh, Batu Kawan atau Nibong Tebal? Sebagai orang No.2, tentunya sekutu politik Pas iaitu PKR dan DAP sedia berkorban untuk memberi laluan. Apa yang penting bagi pakatan pembangkang ialah memastikan laluan ke Putrajaya yang suatu ketika dahulu mahu dilelong dipermudahkan.

Maka pakatan pembangkang perlu melupakan semua sengketa. Ini termasuklah bagi Mat Sabu dalam menghadapi seteru politiknya, yang pernah digelar ‘Al-Juburi’.

Kata Mat Sabu, beliau menyerang Anwar pada 1982 apabila bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu menyertai UMNO.

Sekarang, keadaan sudah berubah. Dalam politik tidak ada musuh yang kekal, hari ini kita lawan, esok kita berkawan dan lusa kita ‘berkahwin’. Begitulah politik. Jika dulu Pas begitu menekankan soal negara Islam tetapi hari ini tidak lagi. Semua sudah berubah mengikut tuntutan masa dan kuasa. Jika dulu prinsip didahulukan kini kuasa diutamakan.

Maka tidak hairanlah Mat Sabu yang pernah diuji dalam isu khalwat di bilik 121 boleh menang dengan majoriti 21. Kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga sudah dijangka oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ghazali Ahmad.

Biar apa pun label terhadap gandingan ini, perwakilan sudah buat keputusan. Tahniah kepada Mat Sabu dan rakan-rakan.

Dan meneliti seketika ucapan dasar Abdul Hadi kelmarin, adakah ucapan dasar Allahyarham Fadzil Mohd Noor akan tinggal kenangan?

Pada muktamar ke-40 (Jun 1994) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, dalam ucapan bertemakan Ulama: Teras Kepimpinan Ummah antara lain allahyarham menyebut: ‘‘Saya ingin menegaskan kepada seluruh ahli dan pendokong Pas bahawa perjuangan kita untuk mendaulatkan Islam akan terus mara ke hadapan...Pas mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin Pas sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita ini,”

Kita nantikan dalam Pas, siapa yang akan tetap berpegang kepada ‘kebenaran lebih penting dari kemenangan’.

Sunday, April 10, 2011

Kit Siang, Karpal, Nik Aziz lebih lama daripada Taib...


Kit Siang, Karpal, Nik Aziz lebih lama daripada Taib... Selain cuba menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya negeri, pembangkang turut bercita-cita mahu menumbangkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.


Pembangkang menyerang ‘kekayaan’ Taib dan menyatakan Presiden PBB itu sudah terlalu lama dalam politik dan menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak. Antara modal kempen PKR,DAP dan PAS, Taib sudah 30 tahun jadi Ketua Menteri dan perlu diganti orang lain. Malah pembangkang sudah sepakat menamakan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri jika pembangkang menang pada 16 April ini.


Sebenarnya, pembangkang meludah ke langit.



Mereka tidak semak dulu betapa lama Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik.


Kit Siang, kini 70 tahun dan mula bertanding di kerusi Kota Tinggi pada 1969 – bermakna sudah 42 tahun beliau dalam politik.



Karpal Singh, 71, pula terpilih kerusi Alor Star pada pada 1974 –bermakna peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah 37 tahun terbabit politik.



Nik Aziz lagi lama dalam politik mengatasi Kit Siang apabila mula bertanding dan terpilih di Pengkalan Chepa pada 1967. Dalam diam-diam dan bising mulut, Menteri Besar Kelantan berusia 80 tahun itu sudah 44 tahun terbabit politik.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 64, mula terpilih di Marang pada 1982 – bermakna sudah 29 tahun – Cuma kurang setahun daripada Taib jadi Ketua Menteri.


Apapun, Taib bukan pemimpin seperti Kit Siang, Karpal, Nik Aziz atau Hadi yang sanggup buat apa saja demi kepentingan politik dan peribadi mereka. Daipada parti perkauman dan memperalatkan Islam, DAP dan PAS bukan berjuang untuk rakyat.


Berbanding dengan Taib, tempoh 30 tahun jadi Ketua Menteri dimanfaat dengan membawa kemajuan serta pembangunan di Sarawak. Rakyat Sarawak kini boleh bangga dengan kemajuan negeri Kenyalang itu.


Dan yang membezakan Taib dengan empat pemimpin pembangkang di atas, beliau bersedia berundur untuk memberi muka baru memimpin Sarawak selepas pilihanraya nanti.


Namun, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz dan mungkin Hadi – mereka barangkali menunggu sehingga cangkul dan tanah yang akan mengakhiri usia dan hayat politik masing-masing