Tuesday, October 7, 2008

Al-Fatihah:Bekas Setiausaha UMNO Cawangan Meninggal Dunia

UMNO Cawangan Taman Sejahtera telah kehilangan seorang lagi "pioneer" atau peneraju asal UMNO Cawangan iaitu Saudara Pear.

Saudara Pear menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi tadi akibat kompilasi penyakit kencing manis.

(Allahyarham Pear -dua dari kiri disebelah bekas ADUN Merbau Pulas, Cikgu Det semasa perasmian Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga Taman Sejahtera pada bulan Ogos 2007)
Allahyarham juga adalah Ketua dan Penaung Rukun Tetangga Taman Sejahtera. Beliau bergerak aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Taman Sejahtera dan daerah Kulim. Beliau merupakan pesara dari Hospital Kulim.

Pihak blog UMNO Cawangan Taman Sejahtera ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau. Ketiadaan beliau merupakan satu lagi kehilangan "mutiara yang bersinar" pada penduduk Taman Sejahtera. Semoga jasad beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin. Bersamalah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.