Wednesday, September 2, 2009

Noh Omar cabar buktikan UMNO dalang demo kepala lembu


Pemimpin PAS yang bising-bising tuduh UMNO jadi dalang ‘demo kepala lembu’ di depan bangunan ibu pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam , Jumaat lalu dicabar membuktikan siapa pemimpin UMNO yang terbabit.

Jika tidak mampu membuktikan, maka pembangkanglah ‘hantu’ disebalik demo tersebut kerana demonstrasi adalah cara pembangkang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar.

Beliau juga bertanya pemimpin PAS terutama Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad apakah mereka pernah ke tempat cadangan kuil seperti diputuskan kerajaan Selangor.

“Saya tak boleh terima kalau kata UMNO (dalang demonstrasi)..apa juga isu nak alih kepada UMNO..saya nak cabar cakap siapa dibelakang..nak cabar Mahfuz, dia pergi tak tempat itu, jangan tahu tuduh-tuduh orang lain,” katanya.

Noh memberitahu Agendadaily demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS itu serta ahli parlimen Shah Alam yang menuduh UMNO terbabit demonstrasi mengarak kepala lembu yang masih berdarah di depan SUK, lepas solat Jumaat lalu.

“Jangan tunding jari pada pihak lain..saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 di Dataran Parlimen, Isnin..


Bagaimanapun, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak di luar negara, Noh turun padang dan tengok sendiri tempat yang hendak dibina kuil sehingga mencetuskan isu.

Katanya, sebagai negara yang mengamalkan kebebasan beragama, tiada pihak boleh menghalang pembinaan rumah ibadat.

“Saya terperanjat bila penduduk curah isi hati dan kata dah hantar memo pada Menteri Besar, ahli parlimen serta Adun tetapi tetapi tiada maklum balas. Mereka cukup marah ketika itu dan dakwa kerajaan negeri tidak patut benarkan bina kuil dalam kawasan melayu,” ujarnya.

Menurut Noh, penduduk di Seksyen 23 itu tidak menghalang pembinaan kuil tetapi tmepatnya biarlah sesuai.

Beliau juga hairan kenapa kerajaan campuran di Selangor tidak mendirikan kuil itu di lot yang sudah disediakan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini di Seksyen 18.

Noh berkata, beliau sendiri menasihatkan penduduk terbabit menyelesaikan masalah itu ikut undang-undang termasuk mendapat perintah mahkamah menghalang pembinaan tersebut.

“Saya kata pada mereka, jika tak puashati, jangan letak undang-undang di tangan sendiri..jangan ikut stail pembangkang, mereka rasa nak atasi undang-undang..buat demo jika tak puashati atau langgar arahan pihak berkuasa,” katanya..

Katanya, perkara itu jadi kecoh sebab kerajan negeri bongkak rasa merekalah yang berkuasa.

“Mereka persetankan semua rayuan rakyat menyebabkan mereka kini bangkit..dan bila jadi macam ini, mereka salahkan UMNO untuk tutup malu,” tegas beliau.

Mengenai kegagalan Exco PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang bertangugngjawab hal ehwal agama dan adat resam menangani isu itu, Noh berkata, PAS Selangor hanya mampu diam kerana mereka penumpang bas.

“Mereka bukan pemandu.(dalam kerajaan PKR,DAP dan PAS)..pemandu di Selangor adalah DAP..PAS penumpang..mana boleh cakap bnanyak..nanti kena halau keluar bas,” sindirnya.

Katanya, Dr Hasan hanya jaga kepentingannya dan tidak sehebat pemimpin DAP di Kedah yang sanggup keluar pakatan dalam isu pusat sembelih babi di negeri itu.

Sehubungan itu, Noh mahu kerajaan negeri mendengar bantahan penduduk melalui pendengaran awam dan selesaikan isu itu bukan menunding jari kepada pihak lain



Bookmark and Share