Friday, September 26, 2008

Teresa Kok cuba memanipulasi fakta

Dari blog Kamaluddin: http://din.huluselangor.net/modules.php?name=News&file=article&sid=784

(Gambar sebelah: Meraikan kejayaan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri dengan hidangan istimewa 5 ekor khinzir panggang)
Nampaknya Teresa Kok anak dara tua si pelahap babi telah cuba memanipulasikan fakta mengenai petisyen yang diusahakan olehnya untuk menghentikan laungan azan di kawasan perumahan di Kinrara Puchong iaitu DUN yang di wakilinya. Hairan, pelik bin Ajaib kenapa petisyen ini berlaku dalam DUN yang diwakilinya. Secara kebetulan pula, penduduk bukan Islam di kawasan ini mempunyai keberanian seperti ini. Kenapa di Kinrara Puchong, kenapa tidak di kawasan “hardcore” bukan Melayu seperti di Cheras dan Kepong??? Kebetulan pula kawasan ini diwakili oleh Teresa Kok kafir harbi atau sebenarnya memang dia adalah dalang yang menghasut selepas kejayaan besar DAP kafir harbi selepas PRU 12?

Ketika isu Datuk Ahmad sedang hangat diperkatakan dan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi, Teresa Kok si kafir harbi ini telah cuba memanipulasikan fakta untuk menyelamatkan diri. Teresa Kok merasakan adalah amat penting baginya untuk “membersihkan” dirinya daripada isu ini dan menyalahkan kepada UMNO. Hakikatnya, bukan UMNO dan Dr Khir yang mula-mula memaparkan isu ini. PembelaMelayu.com sudah menyiarkan artikel ini sejak lama dahulu iaitu pada 26 Jun 2008 dan kami adalah sebuah laman web milik golongan professional Melayu yang tidak terikat kepada mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Ramai yang tertanya kenapa Dr Khir atau laman- laman web UMNO menyiarkan isu yang sama. Cuma minggu lalu, Dr Khir mengesahkan perkara ini seperti yang disiarkan oleh Utusan Melayu selepas ramai orang yang menghubunginya untuk mengesahkan perkara ini. Ini membuktikan Dr Khir cuba mengelak daripada perkara sensitif ini tersiar kepada masyarakat umum tetapi kecanggihan teknologi Internet menyebabkannya tersebar meluas.

Saya yakin sedikit sebanyak Teresa Kok kafir harbi ini bimbang sekiranya tercetus perbalahan kaum yang besar, ramai orang Islam yang akan mencarinya. Jadi, adalah wajar untuknya cuba memanipulasikan fakta untuk menyelamatkan diri sebelum apa-apa yang buruk berlaku ke atasnya.
Mari sama-sama kita ulas penipuan Teresa Kok yang tersiar di blognya.


Tulisan Merah adalah tulisan Teresa di lama blognya.
Manakala tulisan biru adalah ulasan untuk menepis pembohongan beliau

UMNO SELANGOR memutar-belitkan isu azan di Puchong
Sejak kempen Pilihan Raya Permatang Pauh bermula, saya telah diberitahu bahawa terdapatnya satu email yang mengatakan saya membawa sekumpulan penduduk di Puchong mengadakan petisyen untuk membantah azan terhadap sebuah masjid di Puchong, dan saya dikatakan membentangkan petisyen ini kepada YB Satim, ADUN UMNO di Puchong.

Ulasan: Penipuan oleh Teresa Harbi kerana berita ini telah tersiar di laman web ini sejak Jun 2008. Teresa Harbi cuba menggambarkan bahawa isu ini sengaja ditimbulkan kerana UMNO cuba meraih undi politik di Permatang Pauh. Ianya bukan timbul sejak Pilihan Raya kecil Permatang Pauh!!!

Pada mulanya, saya tidak peduli khabar angin ini kerana saya amat sibuk dengan banyak urusan kerajaan. Tetapi selepas itu, email yang diedarkan di internet ini telahpun dihantar kepada lebih ramai orang, termasuk wakil rakyat kaum Melayu dan wartawan di akhbar Bahasa Malaysia. Pada Ahad yang lepas, saya terima panggilan daripada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan dua orang pemberita daripada Berita Harian dan Sinar Harian mengenai isu ini. Pada hari ini, saya juga terima panggilan daripada pemberita daripada Utusan Malaysia yang menyoal saya tentang perkara ini, beliau berkata Khir Toyo juga mendakwa saya berbuat demikian.
Ulasan : Terlalu sibuk dengan isu-isu untuk menjatuhkan bangsa Melayu dan agama Islam. Ini termasuk mengenai usahanya si Teresa Kok ini cuba untuk menghapuskan tulisan jawi dan diganti dengan tulisan Mandarin dan Tamil?

Tibalah masa bagi saya untuk menerangkan perkara ini dengan kenyataan yang saya telah ulangi kepada YB Khalid Samad dan pemberita pada Hari Ahad adalah seperti berikut:
i) Saya sendiri tidak pernah menerima aduan daripada penduduk di Puchong berkenaan dengan isu azan ini, jadi saya langsung tidak tahu tentang perkara ini dan saya amat hairan untuk mendengar tuduhan tersebut;
ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, buat apa saya tulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?

Ulasan: Mungkin kerana terlupa yang dia bukan tidak peduli mengenai isu ini tetapi pernah dijawab olehnya apabila ditanya oleh pelawat blognya. Diacuba mengelak dengan mengatakan bahawa perkara ini tidak pernah berlaku dan memanipulasi isu mengenai siapa yang patut buat petisyen kerana DAP sekarang adalah Exco Kerajaan Negeri. Petisyen ini oleh penduduk Kinrara yang disokong oleh Teresa Kok harbi dan bukannya untuk diserahkan kepada Satim tetapi sekadar untuk memberitahu YB Satim yang merupakan Naib Ketua Pembangkang Selangor mengenai isu tersebut. Memang sudah ada bukti pun, tetapi sengaja dimanipulasikan oleh si Teressa Kok dengan mengakui surat ini wujud tetapi diletakkan dibawah artikelnya. Dia berpendapat ramai orang hanya akan membaca sebahagian sahaja artikel ini dan terus percaya kepadanya.
Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk, saya akan minta bantuan daripada YB Datuk Dr Hasan Ali, iaitu exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, ataupun pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor, dan bukannya Satim.
Ulasan: Saya yakin Hassan Ali sudahpun menerima petisyen ini tetapi seperti biasa dia tidak akan berbuat apa-apa untuk membela agama Islam demi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat dan jawatan exconya. Ini terbukti apabila Hassan Ali yang begitu lantang menentang pembinaan kandang babi Mega di Sepang menyokongnya. Begitu juga dalam isu tempat perjudian dan kilang arak, semuanya kini disokong kuat oleh Hassan Ali. Dalam isu ini pun saya yakin dia akan berdiam diri dan menyokong Teresa Kok seperti yang diarahkan.

Satim Gagal Menunjukkan Bukti
Saya minta pemberita yang menanya komen saya tersebut untuk minta surat yang dikatakan ditulis oleh saya daripada Satim, tetapi pembantu Satim gagal menunjukkan bukti tersebut kepada pemberita akhbar Bahasa Malaysia tersebut. Kegagalan menunjukkan bukti tersebut menunjukkan kesemua tuduhan yang disebarkan dalam email dan pemimpin UMNO Selangor tersebut merupakan pembohongan yang besar.
Ulasan: Sebenarnya bukan YB Satim yang menyiarkan isu ini tetapi banyak blog-blog pro Melayu dan Islam. Sekali lagi, Teresa Kok harbi cuba menyalahkan UMNO yang menyebarkan perkara ini. Surat itu memang benar-benar wujud dan diakui sendiri oleh Teresa Kok setelah kantoi dengan pengundi daripada kawasan Kinrara yang fakskan semula surat petisyen tersebut.


Kes Aduan Tentang Azan di Kondominium di Bandar Tun Razak
Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, saya pernah menerima aduan daripada penduduk bukan Islam di sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak berkenaan dengan bunyi azan yang terlalu kuat pada awal pagi. Saya terpaksa bercampur tangan dalam isu tersebut kerana ia telah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam. Pada waktu itu, saya minta bantuan daripada pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan dan kami pernah mengadakan satu dialog di antara penduduk yang beragama Islam dan bukan Islam di kondominium tersebut secara bersama. Akhirnya, isu di kondominium itu diselesaikan dengan bantuan daripada Pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan.
Ulasan: Nampaknya ini bukan kali pertama Teresa Kok menjadi juara dalam kes sebegini. Jika dahulu tanpa apa-apa kuasa (belum menguasai Selangor), dia sudah berani untuk mencampuri urusan agama Allah ini. Saya tidak hairan jika Teresa Kok cuba “test power” dengan menjadikan isu ini lebih besar selepas menjawat exco kanan Selangor (merangkap Menteri Besar sebenarnya). Bagaimanakah yang dikatakan Teresa Kok berjaya “menyelesaikan” isu ini. Saya yakin dia “berjaya” menyelesaikannya dengan mengarahkan Surau itu memperlahankan laungan Azan jika tidak orang bukan Islam dan Teresa Kok sendiri tidak akan anggap isu itu “berjaya diselesaikan”.
Saya tidak memanggil sidang akhbar ataupun menggalakkan pengadu di kondominium berkenaan untuk membuat apa-apa petisyen, dan pergaduhan di kondominium tersebut diselesaikan secara “low key” sahaja.

Penduduk Yang Membuat Petisyen Hantar Faks Kepada Saya
iii) Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.

Ulasan: Lihatlah akhirnya ternyata si Teresa Kok ini terjerat oleh permainan politik kotornya sendiri. Surat ini benar-benar wujud tetapi si kafir harbi ini “terlupa” akan kewujudan demi menjaga karier politiknya. Kenapa disiarkan dibahagian bawah artikel, pengakuan yang amat penting ini? Satu lagi cubaan untuk memanipulasikan fakta oleh kafir harbi ini.
Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk ”acknowledge receipt” dengan cop pejabat saya dalam surat mereka. Tetapi adalah jelas bahawa surat petisyen mereka kepada Satim bukan dibuat atas surat kepala pejabat saya.

Ulasan: Cara mudah untuk mengelakkan diri terbabit dengan isu ini ialah dengan menyalahkan bekas pembanti pejabatnya. Jika sudah dicop “acknowledge receipt” tak kan surat ini tidak pernah sampai ke pengetahuan Teresa Kok? Isu ini isu besar dan sensitif sudah tentu perkara ini tidak mudah terlepas pandang oleh Teresa Kok. Memanglah tidak menggunakan surat kepala pejabat si Teressa KOk babi ini kerana dia memang pandai untuk menyembunyikan fakta. Tujuan penduduk yang membantah tentang bunyi azan untuk hantar ke pejabatnya ialah untuk membuktikan bahawa mereka sudah hantar surat petisyen bantahan itu seperti yang diarahkan oleh Teresa Kok.

Perbuatan UMNO Selangor Sangatlah Keji
Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini. Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam.

Perbuatan pemimpin UMNO Selangor ini adalah amat keji. Bukankah sekarang bulan Ramadhan, bulan suci? Bukankah mereka sebagai penganut agama Islam sepatutnya kuat bersembahyang dan bertaubat ke atas perbuatan mereka yang lepas? Apakah mereka masih mereka tuduhan yang bukan-bukan dan pembohongan terhadap saya ini bertentangan dengan ajaran Islam dan bulan Ramadhan?
Ulasan: Tak usahalah cuba memainkan isu untuk membuat orang membenci UMNO. Bukan mereka yang memulakan isu ini tetapi Teresa Kok yang memulakan isu ini dan cuba mengalihkan perhatian daripada isu asal seperti yang selalu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Sudah jelas lagi bersuluh kerana ini bukan kali pertama DAP cuba memainkan isu azan ini seperti dalam screenshot yang saya ambil daripada laman blog Teressa Kok yang tersiar pada tahun 2006 lagi.
Saya amat menghormati orang Islam yang berpuasa dan berpegang kuat ke atas ajaran agama mereka. Saya selalunya berdoa bersama dengan rakan kerja yang beragama Islam apabila membuat doa Al-Fatihah sebelum bermulanya mesyuarat dan sebelum makan, kerana saya juga percaya pada Tuhan yang Maha Kuasa dan Pencipta kita yang mengadili kita dalam dunia ini dan pada Hari Akhirat.

Ulasan: Bacaan al-Fatihah dan sebelum memulakan mesyuarat sudah lama dilakukan sejak kerajaan terdahulu kerana Islam adalah agama rasmi Malaysia. Mungkin apa yang cuba dimaksudkan oleh Teresa Kok ialah dia tidak cuba menghentikan budaya ini maka dia menghormati agama Islam. Cubalah Teresa Kok hentikan budaya membaca al-fatihah dan doa ini kalau anda berani!!

Sejak bila Teresa Kok si kafir harbi ini menghormati agama Islam. Si pelahap daging babi inilah yang jadi juara ladang babi mega di Sepang. Dia jugalah yang meletakkan gambar lima ekor babi panggang diblognya sebagai menandakan kejayaan DAP harbi menguasai (membabikan) lima negeri tersebut. Jangan lupa pula, isu si anak dara tua yang cuba menghapuskan tulisan jawi. Dia juga memainkan isu perkauman kes orang Cina diarah berjalan itik secara bogel apabila pemeriksaan polis semasa ditahan reman. Bila terbukti orang tersebut orang Melayu, terus senyap sepi daripada diperjuangkan.
Peribahasa yang selalu digunakan oleh Orang Cina ialah “Tuhan ada mata”. Saya percaya Tuhan yang maha kuasa ini tengah melihat dan memantau apa yang berlaku pada kita semua. Saya juga percaya balasan dan hukuman Tuhan tentu akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab dan orang yang bohong.

Adalah lebih baik bagi Satim dan Khir Toyo untuk insaf dan bertaubat dalam bulan yang suci ini!!”

Thursday, September 25, 2008

Benar kata Dr M Melayu Mudah LUPA

Bila kita susah, makan pun tak cukup, kita terpaksa meminta bantuan kerajaan, kesana- kemari mancari sedara mara dan sahabat handai. Kita sanggup melutut di depan pegawai kerajaan agar dapat memberi bantuan biasiswa kepada anak-anak untuk bersekolah dan sedikit bantuan untuk menampung keperluan harian. Itu, 50 tahun yang lalu, di mana rata-rata orang Melayu adalah petani & nelayan. Ramai yang miskin dan daif.

Kini, ramai orang Melayu telah bertaraf professional. Golongan pertengahan telah melebihi golongan miskin. Shopping complex telah tumbuh bak cendawan, menandakan kemampuan membeli yang telah tinggi.

Kini telah ramai yang mampu bersekolah dengan tanggungan keluarga sendiri tanpa mengharapkan biasiswa. Selepas tamat pengajian, ada yang berkerja secara professional dengan firma swasta & bukan kerajaan.


Kini kita mula mendengar perkataan ‘meritokrasi’, hapuskan DEB dan hak sama rata antara kaum. Sedihnya bila ianya datang dariipada golongan Melayu Profesional. Yang merasakan apa yang memreka kecapi sekarang ini adalah hasil usaha sendiri, tanpa ada apa-apa bantuan daripada kerajaan.

Golongan ini juga tidak memerlukan tender-tender karajaan untuk mencapai tahap mereka sekarang. Kini masing-masing mempunyai idealogi dan pemahaman politik yang tersendiri. Ramai juga yang leka dengan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan keadaan semasa.

Apabila harga barangan keperluan mula naik, semua orang mula naik angin, kerana terasa seperti mereka telah di rompak. Kerajaan kurang pandai. Masing-masing mula menunding jari kepada kerajaan, mereka mula mempunyai teori tersendiri untuk sebuah kerajaan yang sempurna.

Kerajaan sedia ada sudah tidak releven, mula timbul idea untuk menubuhkan kerajaan baru, walaupun YB nya lessen memandu pun tak ada, tak reti berbahasa Melayu pun, tapi kerana dia seorang jurukemera yang cekap (correct, correct, correct…) tak mengapa, janji ianya kerajaan baru.

Kerana kepintaran orang Melayu ini, kini Melayu terbahagi kepada beberapa pecahan, UMNO kem A (yang berjawatan), UMNO kem B(kurang berjawatan/tidak cukup jawatan), Reformasi (golongan taksub), PAS (golongan yang anggap mereka paling beriman) dan golongan yang tak ambil POT.

Masing-masing sanggup mati untuk memperjuangkan idealogi mereka. Ia macam satu pertandingan pula. Apa objektif akhir yang ingin dikecapi disebalik idealogi ini pun agak kabur di pandangan mereka, tetapi yang penting untuk jangka pendek, kalau idealogi ini diterima pakai, maka satu kemenangan bagi mereka.

Contoh mudah ialah, Pak Lah kena lepaskan jawatan. Siapa yang akan mengganti, kita pikir kemudian. Perioriti jangka pendek ialah untuk jatuhkan Pak Lah dulu. Short term thinking cam nie lah yang memburukkan lagi keadaan.

Persoalannya ialah, apa yang ingin kita capai untuk idealogi2 ini. Adakah selama ini kita merempat, tak cukup makan? Setahu saya, sejak 50 tahun yang lepas, kita hidup aman makmur dan keadaan ekonomi yang semakin lama semakin baik.

Adakah hanya kerana harga tol dan harga keperluan meningkat, kerajaan baru perlu di wujudkan. Adakah kerajaan sekarang ini kurang berkemampuan untuk memenuhi kehendak rakyat? Adaka sebegitu kejam kerajaan dan menteri2nya yang tidak langsung peduli akan kehendak rakyatnya? Adakah kita telah mengalami penindasan yang dahsyat sehingga ramai yang mati kebuluran, sehinggakan sebuah kerajaan baru perlu diwujudkan?

Wednesday, September 24, 2008

JANGAN SAMPAI MELAYU KENA BULI

Jika ditanya sekarang ini kepada orang bukan Melayu, apa kuasa yang ada pada orang Melayu? Jawab mereka orang yang berkulit sawo matang ini adalah pemerintah kerajaan, kakitangan awam, polis, tentera, pihak yang ada kuasa penguatkuasaan dan suka menyaman orang. Pada mereka golongan ini tidak memberikan keadilan kepada mereka kerana yang menguatkuasakannya adalah majoritinya orang Melayu.

Sedangkan undang-undang tidak mengenal warna kulit, bangsa dan agama. Yang salah tetap salah. Cuma pelaksana undang-undang dan peraturan adalah kebanyakkannya orang Melayu, persepsi mereka orang Melayu sering menyalahgunakan kuasa untuk menindas kaum lain.

Tanyalah peniaga haram VCD, pekedai yang meletakkan barangan di kaki lima kedai, pemandu yang sering melakukan kesalahan jalan raya dari kaum lain, mereka akan mengutuk “kerajaan” kerana mengambil tindakan undang-undang atau saman terhadap mereka. Pada mereka saman yang dikeluarkan oleh bangsa asing daripada mereka adalah suatu diskriminasi kaum, kononnya. Padahal apabila mereka di saman membuang sampah di Singapura atau menahan teksi bukan di tempatnya di Hong Kong, tidak pula mereka “mengutuk” petugas yang mengeluarkan saman. Ini kerana petugas itu sama bangsa dengan mereka dan takut pula sehingga tergesa-gesa membayar saman.

Ironinya keadaan sebegini telah lama berlaku. Mereka benci kerajaan kerana sering mengganggu kerja harian mereka terutamanya peniaga yang menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang dan peraturan. Secara langsungnya mereka telah di tanam membenci Melayu juga kerana dalam benak otak mereka kerajaan itu Melayu dan Melayu itu kerajaan.

Kini, mereka semakin berani menonjolkan kemarahan mereka terhadap kerajaan apabila pembangkang semakin kuat dalam penguasaan kuasa sama ada di parlimen ataupun dewan undangan negeri. Pada mereka 82 kerusi pembangkang di parlimen, menang hampir semua kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan memerintah 5 negeri di Semenanjung telah menyemarakkan lagi penonjolan secara terbuka sikap anti kerajaan dan anti Melayu secara langsungnya.

Mereka menjadi “syok” apabila ditambah dengan petualang orang Melayu sendiri yang sanggup menggadai maruah dan ketuanan Melayu dengan menjadi jurucakap kepada orang bukan Melayu untuk mempertikaikan hak keistimewaan kaumnya sendiri.

Pemimpin PKR seperti Khalid Ibrahim bolehlah kita lebelkan sebagai “orang Melayu murtad” yang tidak sedar diri dan sudah pun menjadi seperti kacang lupakan kulit. Jelas sekali orang Melayu di dalam PKR kini menjadi “barua” kepada DAP. Bukan suara Khalid yang sebenarnya untuk memberi cadangan di buka kuota 10 % kepada kaum lain untuk menuntut di UiTM.

Akibat tamak dan gelojoh kuasa supaya ingin kekal sebagai pemimpin negeri, Khalid sanggup lakukan apa sahaja arahan daripada DAP terutamanya Ronnie Liu. Sanggup juga menjual orang Melayu demi menjamin jawatannya sebagai Menteri Besar. Sanggup juga menghina orang Melayu sendiri semata-mata kepentingan politiknya yang seakan-akan memperlihatkan beliau sendiri sudah bukan orang Melayu.

Golongan penentang secara senyap ini semakin membara anti Melayunya apabila dengan secara tiba-tiba beberapa pemimpin kaum bukan Melayu mula mengkritik kerajaan dan orang Melayu secara terbuka. Sifir di sini cukup mudah – kerajaan itu Melayu, Raja itu Melayu dan UMNO itu Melayu. Lebih naik tocang golongan penentang senyap ini ialah apabila pemimpin bukan Melayu dari komponen Barisan Nasional(BN) sendiri yang tewas dalam pilihan raya dan yang menang tetapi tidak di pilih menganggotai kabinet mula melakukan “serangan terbuka” kepada pemimpin kerajaan dan UMNO.

Ong Ka Ting telah mula mengutuk orang Melayu dan Tengku Mahkota Kelantan apabila satu perhimpunan untuk menyatupadu dan memperkasakan Melayu dikatakan cuba menimbulkan sentimen anti perpaduan. Ketuanan Melayu mula dicabar dan sudah berani bangsa asing mempertikaikannya. Salahkah orang Melayu bermuhasabah dan mencari formula untuk bersatu sesama mereka dan di tanah airnya sendiri?.

Samy Vellu dengan lantang mengutuk Dr. Mohamad Khir Toyo kerana beliaulah menyebabkan orang India mengundi pembangkang kerana isu merobohkan kuil Hindu. Yang hairannya kenapa semasa di dalam kerajaan perkara ini tidak diutarakan?. Sungguh mudah menuding jari untuk menyalahkan UMNO yang menyebabkan prestasi partinya merosot. Malah beliau mendesak kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindraf yang di tahan di kem Kemunting dengan alasan yang berbaur perkauman.

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan pula dengan lantang dan berani mencampuri urusan rumah tangga UMNO dengan menghina UMNO dengan tuduhan orang UMNO asyik suka berebut jawatan dan kuasa sehingga berani mencadangkan UMNO menukar pecuk pimpinan parti.

Apakah sudah ada suatu pakatan sulit oleh pihak tertentu untuk melupuskan Melayu dari negaranya sendiri? Kuasa ekonomi, golongan profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan akauntan sememangnya sudah dikuasai oleh bukan Melayu. Malah pemilikan hartanah terutamanya di bandar sudah lama dikuasai oleh bangsa asing. Apakah sudah ada gerakan sulit orang bukan Melayu tanpa mengira parti di pihak kerajaan atau pembangkang, untuk menguasai kuasa politik pula?.

Perkara ini sebenarnya tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Dalam suasana politik negara masa kini, tidak mustahil aspek politik yang satu-satunya dikuasai oleh orang Melayu akan terhakis sedikit demi sedikit. Jika diambil kira 60 peratus penduduk Malaysia adalah orang Melayu, secara mudahnya keanggotaan ahli parlimen yang seramai 222 orang itu semestinyalah lebih kurang 133 orang ahli parlimen dari orang Melayu. Keputusan pilihan raya 2008 menunjukkan ahli parlimen orang Melayu hanya seramai 124 orang sahaja iaitu termasuk dari parti UMNO, PKR, PAS dan parti dari Sarawak. UMNO sebagai tonggak pejuang orang Melayu hanya ada 78 kerusi sahaja. Bayangkan semua ahli parlimen bukan Melayu bersatu dan termasuk “pak turut DAP” orang Melayu dari PAS dan PKR menentang UMNO, apa akan jadi kepada negara dan bangsa Melayu? Sebenarnya suara jati orang Melayu iaitu diwakili oleh UMNO di parlimen hanyalah 35 peratus sahaja dari keseluruhan ahli parlimen. Fikirkanlah.

Atas perkiraan sebegitulah ahli politik bukan Melayu semakin lantang menghina UMNO dan orang Melayu kerana mereka tahu orang Melayu sudah tidak kuat dalam kuasa politik. Pada mereka orang Melayu di dalam PAS dan PKR tidak boleh berbuat apa-apa kerana terikat dengan paksi Pakatan Rakyat yang didominasi oleh DAP. Lebih-lebih lagi mereka sedang kemaruk kuasa terutamanya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Siapa sebenarnya Menteri Besar Selangor dan Perak kalau bukan DAP?

Akibat idelogi dan janji pakatan untuk menang dalam pilihan raya yang lalu, PAS dan PKR sebenarnya tersepit dalam konteks membela orang Melayu. Kerana rakus berpolitik , mereka sanggup mengenepikan dan melupakan bahawa diri mereka adalah orang Melayu. Yang untung adalah DAP sebenarnya. Lebih parah lagi PKR sendiri yang kononnya parti berbilang kaum (tetapi sebenarnya lebih mirip kepada parti Melayu) mula memeningkan kepala pemimpinnya apabila ramai calon bukan Melayu menang di dalam pilihan raya. PKR juga risau jika ahli bukan Melayu mula menguasai parti.

Hebatkan orang Melayu berpolitik sehingga sanggup menelan jadam walaupun rakan pakatan mereka sudah boleh menghina, mencerca, mengutuk, mencampuri hal rumah tangga orang Melayu dan malah menghina Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Tanpa mengira UMNO, PAS atau PKR, mereka semuanya sama sahaja kerana sikap orang Melayu sendiri yang terlampau berbudi bahasa, terlampau berlebih kurang, terlampau bersikap tidak apa dan terlampau sangat mengambil hati orang bukan Melayu sehingga bangsa lain sudah boleh memijak kepala orang Melayu.

Akibat percaturan politik orang Melayu sendiri, Karpal Singh dengan bangganya mengadakan sidang media di Parlimen dengan duduk di kerusi roda dan berlatar belakangkan Jata Negara Malaysia, telah secara bongkak, ego dan sombongnya mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan campurtangan istana dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, selang sehari sahaja beliau turut mempertikaikan titah Yang Di Pertuan Agong semasa upacara perasmian persidangan parlimen penggal yang ke 12. Mengapa Karpal Singh berani berkata-kata sebegitu?. Jawabnya beliau sudah tahu kuasa politik orang Melayu semakin lemah dan berpecah belah. Beliau tahu orang Melayu dalam PKR akan diam seribu bahasa. PAS pula akan memutar belitkan fakta dan akan mengaitkan Islam dan pegangan anti nasiolismenya. Itu sememangnya kerja mereka tanpa mempedulikan hak keistimewaan, ketuanan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Apabila orang bukan Melayu mula mengungkitkan kuasa Raja-Raja Melayu, apa reaksi kita sebagai orang Melayu?. Di sini jelas menunjukkan walaupun sultan sebagai ketua negeri dan jajahan takluknya, orang bukan Melayu sekarang ini langsung tidak peduli. Jika pemimpin politik mereka boleh berkata sebegitu, bayangkan golongan bawahan apa pula kata mereka yang semestinya tidak ditapis ayatnya dan malah lebih hina dan provokasi sekali ungkapan mereka.

Mungkin secara kebetulan sebaik sahaja tamat Kongres Permuafakatan Melayu di Persada Johor pada 2 Mei hingga 4 Mei lalu, maka perbagai isu mula dibangkitkan. Apakah bukan Melayu cemburu apabila Melayu bersatu? Apakah hak mereka untuk mencampuri urusan dalaman orang Melayu sehinggakan majlis perpaduan dan perbincangan orang Melayu pun hendak dipertikaikan?

Salah kita sendiri kerana sebelum ini orang Melayu terlampau toleransi dengan bangsa lain dengan kata-kata “tak apa..kita negara berbilang kaum..mestilah saksama”. Akibatnya orang Melayu secara keseluruhan telah mula dihina, dicerca dan dipertikaikan pula hak ketuanan orang Melayu dan melindungi hak orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Malah isu menghunus keris oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut dipertikaikan. Apakah keris sebagai lambang kekuatan, tradisi dan sejarah Melayu pun boleh dipertikaikan?. Sungguh malang sekali. Lebih malang lagi orang Melayu sendiri memohon maaf kepada bangsa lain secara terbuka untuk menutup isu keris yang kononnya menjadi suatu isu besar semasa pilihan raya lalu? Apakah benar besar isu tersebut ataupun takut dengan bayang-bayang sendiri kerana terlalu taksub mengamalkan toleransi dalam kepartian sehingga sanggup melukakan hati orang Melayu?. Kita hendak hunus ke, nak asap kemiyan ke keris tersebut, mengapa pula cepat melatah?. Sedangkan upacara tersebut sudah lama berlaku dan berlangsung di dalam “rumah UMNO’ sendiri iaitu di PWTC bukannya di dewan MCA. Terlampau sangat bertolak ansur sehingga bangsa lain hilang hormat kepada orang Melayu.
Segala yang keji dan buruk sebenarnya sudah berlaku kepada orang Melayu. Yang belum lagi ialah dibuli, disiksa dan dihalau dari tanah airnya sendiri. Apakah orang Melayu baru hendak bersatu apabila perkara tersebut berlaku?. Mungkin sudah terlambat umpama nasi menjadi bubur. Tetapi masih belum terlewat jika kita benar-benar ikhlas untuk bersatu dengan menolak segala idealogi politik dan mesti bebas unsur peribadi.

Melayu boleh perkasa jika amalan turun temurun iaitu “perasaan hasad dengki” dihapuskan dari sanubari setiap insan yang bergelar orang Melayu. Kekalkan institusi raja sebagai lambang dan payung keutuhan jatidiri dengan pengekalan tradisi orang Melayu.

Ketepikan ego dan bongkak disamping musnahkan tamak dan haloba untuk berjaya dalam kehidupan. Sandaran kepada bangsa lain perlu dihapuskan kerana Melayu boleh berdikari jika mental kita terbuka dan kuat semangat keMelayuannya. Pedulikan apa yang hendak diperkatakan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang, Samy Vellu, Ong Ka Ting dan lain-lain. Orang Melayu mesti sanggup melakukan revolusi mental dirinya sendiri. Gerakkan semboyan untuk mengejutkan orang Melayu yang masih tidur dan dibuai mimpi. Padukan tenaga membimbing generasi muda agar mengenal siapa sebenarnya bangsa mereka yang bernama Melayu agar mereka tidak hanyut akibat pengaruh kemodenan suntikan pemusnah ala “penghapusan etnik” secara saraf dan materialistik.

Mungkin kata-kata Al Marhum Pak Hamka “Mereka tahu kelemahan kita dan tidak susah untuk memusnahkan kita. Hanya jihad bangsa dan agama sahaja yang boleh mengagungkan kita”, boleh diambil panduan sebagai pemula gerak perpaduan Melayu untuk menjamin ketuanan, hak dan keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun

Tuesday, September 23, 2008

Mencari Lailatul Qadar

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,
[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]


2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).

Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).

Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya - engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).
Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram

Kesimpulannya:
Jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”

Monday, September 22, 2008

Kadang-kadang Kita Baru Tersedar, Kita Lupa Sejarah

Anuar Hj Safian
Penulis terpanggil untuk juga membicarakan tentang apa yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang dalam isu hangat yang diperkatakan ketika ini berkaitan dengan orang Cina adalah menumpang dalam negara ini dan tidak boleh memiliki hak samarata dengan orang Melayu.


Bagi penulis isu ini, sama ada ianya telah dimanipulasikan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh atau dipermainkan oleh anggota parti Gerakan atau sengaja diperbesarkan oleh parti lawan dan pembangkang kerajaan itu tak penting.


Yang penting ialah fakta dan sejarah yang nak diluahkan oleh Datuk Ahmad sendiri selaku pemimpin bahagian dan pemimpin yang berada di dalam sebuah negeri yang dipimpin oleh orang bukan Melayu sejak begitu lama.


Kadang-kadang kita juga harus menghormati apa yang ditafsirkan sebagai luahan dari hati kecik sendiri yang telah lama berlegar-legar diminda Datuk Ahmad.


Dan mungkin kita mengambil satu peluang untuk berfikir sejenak tentang apakah yang dikatakan oleh Datuk Ahmad itu ada betul atau tidaknya di dalam arus politik adu domba semasa yang penulis kira orang bukan Melayu sedang mencari kelemahan di atas kedudukan semasa yang tidak menentu.


Memang mengikut sejarah sepertimana yang terkandung di dalam buku bertajuk "The Asian Godfathers, Money & Power in Hong Kong and Southeast Asia" tulisan Joe Studwell, mengatakan bahawa, "kedudukan Semasa ekonomi Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Hongkong adalah disebabkan dua faktor sejarah besar yang berlaku sejak kurun ke 18 iaitu penghijrahan dan kolonisma".


Di dalam buku tersebut ia mengatakan bahawa penghijrahan besar-besaran telah berlaku pada pertengahan abad ke 19 daripada tanah besar negeri Cina sehinggalah ke negara Asia Tenggara kerana dua faktor penting iaitu berlakunya perang candu yang berlaku 1839-42 dan di antara 1856-60 berlaku pembukaan pelabuhan kapal dagang wap di samping pembukaan pelabuhan baru kapal wap di Asia Tenggara.


Pembukaan perkhidmatan kapal wap daripada Haikou di Hainan ke Bangkok sebagai contohnya menyebabkan begitu ramai orang China yang berketurunan Hainese di Thailand pada masa ini.


Dan daripada pengamatannya mengikut sejarah jumlah ini telah meningkat disebabkan oleh pembukaan industri-industri baru yang berasaskan timah dan perladangan oleh Inggeris yang ternyata telah banyak mewujudkan pelan pola pendudukan baru kepada Orang Cina dan India dirantau ini.


Maka bagi penulis ini adalah bukan penemuan baru, dan semasa kemerdekaan terbentuk pun pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu pun sudah bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain di dalam PERIKATAN asalkan hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, bahawa Melayu dan agama Islam didalam negara ini tidak diancam.


Dan ini terbukti apabila pengasas MCA pada masa itu iaitu; Tun Tan Siew Sin, mengakui semangat toleransi UMNO untuk mewujudkan negara ini bersama-sama PERIKATAN melalui kata-katanya kepada Tunku;


"Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemulian dan sikap tolak ansur pemimpin-pemimpin UMNO, lagipun ini juga adalah isu-isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu, mereka masih boleh bertolak ansur dan perpandangan jauh".


"Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan-rakan telah menunjukkan keihklasan yang tidak berbelah bahagi semasa melalui ujian getir itu, anda telah membuktikanya dengan tindakan anda, kami semua tidak mampu meminta lebih dari itu".


Oleh yang demikian kita semua harus sedar bahawa pemimpin-pemimpin dahulu adalah dari mereka yang sedar tentang diri dan kedudukan mereka dalam masyarakat negara ini, tetapi pada hari ini kita berdepan dengan pemimpin yang tidak sedar lagi akan kedudukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.


Dan sebagai tambahan kepincangan politik sedia ada, kita juga sudah mulai terhakis untuk memiliki kriteria dan ciri-ciri kepimpinan bersuara seperti Datuk Ahmad Ismail dalam UMNO dan Kerajaan.
Maka sedarlah.. ambo pun baru khaba...bekalih..


Penulis Adalah Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian

ANWAR a Desprado politik


(Apa yang dibangga sangatkah Anwar nak menjadi hero bangsa lain dalam pada masa yg sama menipu Bangsa Melayu)
Dia kemarok sokongan sampai ketepikan Hak Orang Islam Dan Melayu…..Meludah bangsa sendiri bila turun berarak bertemu Kumpulan HINDRAF di Padang Jeti Kelang selepas pemimpin HINDRAF dibebaskan dari Mahkamah pada 26 NOV 2007.

(Aku tipu Melayu, aku tipu India, aku tipu Cina, aku tipu Iban, aku tipu Kadazan...janji aku jadi PM!)

Tahukah anda antara tuntutan HINDRAF,“Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu”….Mana prinsip Anwar????


Sentimen Cina, India cetus keresahan kaum
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memainkan sentimen amat berbahaya dengan menimbulkan pelbagai isu berbentuk spekulasi seolah-olah melakukan 'tawar-menawar' dengan masyarakat Cina dan India untuk meraih simpati bagi mencapai impiannya untuk berkuasa. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan lepas satu isu satu isu lain, macam dalam drama, plot demi plot, sedangkan semua itu hanya spekulasi politik.
"Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum. Semua kaum seharusnya mematuhi hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui ketika kemerdekaan," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan slogan politik Anwar yang memainkan sentimen orang Cina dan India supaya meruntuhkan keharmonian serta kemakmuran yang dibina kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, berikutan sentimen yang dimainkan Anwar itu, wujud persepsi rakyat bahawa kerajaan BN lemah, sedangkan BN sudah mentadbir dengan baik. "Kalau BN benar-benar lemah, keadaan kewangan tidak stabil dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak cekap mentadbir negara, bagaimana kerajaan boleh mengumumkan bajet yang begitu pemurah dan menyenangkan tahun demi tahun sejak 2004?" katanya
"Mereka nak guna blog dan internet untuk ajar kita mengenai peralihan kepemimpinan dan kuasa. Sangat malang kerana kebanyakan rakyat terlalu mempercayai kandungan bahan dalam blog sedangkan di Amerika Syarikat, rakyat negara itu menyiasat dulu butiran dalam blog dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam, berkata Anwar jelas bermain sandiwara selama ini yang bukan saja menggugat hubungan kaum, malah menjejaskan ekonomi negara. "Permainan politik Anwar sangat bahaya dan tidak bertanggungjawab.
Saya minta orang ramai terutama masyarakat India tidak terpengaruh dengan pembohongan beliau," katanya. Bagaimanapun, beliau yakin sokongan masyarakat India terhadap BN akan terus kukuh dan segala tembelang Anwar akan terbongkar.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, berkata cara politik yang berbaur perkauman sangat berbahaya terutama di Malaysia yang memiliki rakyat majmuk. "Anwar terus menerus menggugat keamanan negara dan bermain dengan emosi rakyat.

Sunday, September 21, 2008

Jangan Padam Fakta Sejarah


(Tulisan di bawah ini adalah satu pandangan ikhlas dari seorang pemuda Cina yang begitu jitu dan terbuka pemikirannya. Fakta yang diberikan cukup bagus. Artikel ini ditujukan kepada pembaca yang buta sejarah dan yang semborono mengeluarkan kata-kata apabila berbicara persoalan perkauman di Malaysia)

PRESIDEN MCA, Datuk Ong Ka Ting berkata, sebab utama komuniti Cina berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang menganggap mereka sebagai pendatang adalah kerana "nenek moyang mereka telah berkorban untuk negara ini lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan."

Saya tidak pasti sama ada boleh bersetuju dengan pendapat Ka Ting itu. Sebagai generasi muda keturunan bukan Melayu saya ragu-ragu dengan kebenaran kenyataan itu. Benarkah nenek moyang kita telah berkorban untuk negara ini melalui kerja keras setelah berhijrah dari benua China ke Malaysia, dulunya Tanah Melayu?

Atau kerja keras yang dilakukan itu adalah pengorbanan untuk membebaskan diri mereka daripada kehidupan yang melarat sewaktu berada di negara asal mereka sehingga ada antara kita menjadi kaya raya dan tidak mahu lagi balik ke China atau India atau Indonesia?
Sebagai pelajar sejarah, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa nenek moyang saya yang datang ke negara ini bekerja siang malam bukan sangat ingin berbakti kepada Tanah Melayu, seperti yang didakwa oleh Ong Ka Ting, tetapi lebih untuk memajukan diri supaya kesengsaraan kehidupan mereka sebelum itu berjaya diatasi.

Pengamatan ini saya buat setelah membaca buku V. Purcell berjudul Chinese in Malaya. Dalam buku itu, pengarang Inggeris itu antara lain merumuskan, " in Malaya their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible ."
Menurut Purcell, matlamat Inggeris membawa pendatang asing China dan India adalah untuk memeras kerajinan mereka bekerja bagi meraih keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Tidak tertulis - secara tersurat atau tersirat yang pendatang China itu dibawa ke Tanah Melayu untuk memberi pengorbanan bagi membangunan negara ini.

Dengan kata-kata lain, kedatangan komuniti dari China ke negara ini bukan untuk berbakti untuk Tanah Melayu seperti yang didakwa oleh Kah Ting tetapi untuk meneroka atau malah memeras kekayaan negara Melayu ini, membuat sebanyak mungkin kekayaan pada waktu yang singkat, kemudian hidup untuk senang lenang di negara asal mereka.

Ka Ting dan warga Malaysia keturunan Cina yang lain patut menerima hakikat itu, bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan untuk menyedapkan hati masyarakatnya dengan menolak hakikat sejarah. Usahlah kita menipu sejarah atau menggunakan sejarah sebagai expidient politik untuk menghalalkan tentangan kita terhadap persetujuan asas yang telah kita capai sewaktu negara ini mencapai kemerdekaan.

Fakta
Benar, generasi keturunan pendatang itu sekarang mungkin sudah menjadi warga negara Malaysia. Tetapi kita tidak akan dapat memadamkan fakta bahawa warga Malaysia keturunan Cina adalah berasal usul pendatang. Apa yang saya tahu tidak ada antara mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dulu dengan niat untuk berkorban membangunkan Tanah Melayu. Mereka datang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Setelah menemuinya, mereka membuat keputusan untuk tinggal terus di sini.

Tuan rumah pula bersetuju untuk mengiktiraf mereka bukan sebagai penumpang, tetapi sebahagian daripada warganya. Alangkah bertuahnya kita. Kalau orang luar berhijrah ke negara China, mereka belum tentu lagi diberi layanan yang sama.

Lihatlah bagaimana pihak berkuasa China melayan komunis Melayu yang tinggal dalam buangan di negara China. Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Beijing, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai warga negara. Mereka dilayan seperti sampah.

Akhirnya, pejuang komunis seperti Musa Ahmad, Khadijah Sidek dan ramai lagi terpaksa pulang ke Malaysia kerana berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China walaupun mereka pernah berjuang untuk kepentingan ideologi yang sama.

Lantaran usahlah kita emosional kerana hakikatnya warga keturunan bukan Melayu memang bangsa luar dari alam Melayu ini. Cuma status kita sudah bertukar yang memberi kita hak untuk menetap di negara ini, sama seperti yang dimiliki penduduk pribumi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bernaung di bawah kepimpinan Melayu, dulunya Raja-raja Melayu sekarang UMNO. Kita dibenarkan membuat kekayaan mengatasi orang Melayu itu sendiri. Alangkah beruntungnya kita.

Jadi bagi saya sebab yang lebih munasabah mengapa orang Cina di Malaysia patut berang kalau dianggap sebagai pendatang bukan kerana nenek moyang kita pernah berkorban untuk Tanah Melayu, tetapi kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia. Sebagai warga negara tentulah tidak kena jika label pendatang dipakai untuk kita.

Hak-hak kita sebagai warga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tentulah tidak ada jaminan yang lebih kudus daripada apa yang terkandung dalam undang-undang utama negara itu. Tiada siapa yang boleh menarik balik atau membatalkan apa yang tercatat di dalamnya.

Bagi saya apa yang saya pasti ialah pemberiaan kewarganegaraan kepada penduduk imigran Cina secara liberal berdasarkan prinsip jus soli adalah satu lagi bukti hasil kemurahan hati pemimpin Melayu pada 1957 telah membolehkan kita tinggal di bumi Melayu tanpa berasa takut diusir ke tempat lain. Kita hendaklah menjadi manusia yang tahu mengenang budi kerana dengan satu coretan pena, 1.5 juta penduduk imigran telah menjadi warga negara Tanah Melayu. Jika tidak, datuk nenek kita kita dulu mungkin menjadi orang tanpa warga negara. Bayangkan kesusahan yang akan kita alami.
Atau jika tidak besar kemungkinan nenek moyang kita terpaksa balik ke negara China dan kita tidak ada hak untuk tinggal di negara yang bernama Malaysia ini.

Bagi saya pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli ini adalah hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kita menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.

Warga Malaysia keturunan Cina patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, marilah kita akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Marilah kita belajar untuk menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.
GENERASI MUDA REALISTIK Shah Alam



PANAS. Anwar telah berjaya mendapat kerusi

Gila kuasa! Itulah perkataan yg sesuai dgn beliau! Merampas hak pengundi yg memilih wakil Parlimen mereka dengan begitu senang sahaja dengan alasan ingin menegakkan keadilan, tetapi hakikatnya beliau membelakangi kuasa rakyat! Niat menghalalkan cara! Tunggu PR ke 13 sahaja lah!!!!

Saturday, September 20, 2008

Wait for next election, Anwar

SEPTEMBER 16 had come and gone. Datuk Seri Anwar Ibrahim failed to unseat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as the Prime Minister.
As a Muslim, Anwar should accept that he can plan, but God decides. From the very beginning what he did was morally wrong, although politics by a Machiavelian standard is apolitical.
It may be the accepted norms in other developing countries, but Malaysia has come of age and our politicians should show maturity and dignity when clamouring for political power.

Anwar should have the patience to wait for the next general election and let the people decide. He already has control over five states and should concentrate on them by showing to the people how the Opposition governs these states.

In a democracy it is the people who actually hold and wield power and not the politicians. For in the words of Abraham Lincon, “democracy is government by the people, of the people and for the people.”

On March 8, the people decided to cut Barisan Nasional’s two-third majority and yet BN accepted the defeat graciously and respected the will of the people.

When Anwar won in the Permatang Pauh by-election, it was again an indication of the people’s will and again BN accepted it in good faith.

Instead of being arrogant, Anwar should be humble with his victory in Permatang Pauh. Buying over BN representatives runs counter to his anti-corruption campaign.

A man of virtue will not resort to unethical means to meet his objectives and he has indeed lost the respect of certain quarters. As a member of the public, I call on Anwar to close ranks and work together in the interest of the country.
As a former Deputy Prime Minister and Umno strongman, he has access to Pak Lah and can contribute in terms of ideas etc.
As the Opposition Leader, he can play a constructive role by bringing up pressing issues which affect the rakyat directly.

What the people need is less politicking as there are many urgent matters affecting them, such as illegal immigrants, spiralling food prices, wayward youths, the education system, etc.etc.
I was in the Ministry of Foreign Affairs for a short stint when Pak Lah was the Minister. I had the opportunity to study him at close range.

In all honesty, Pak Lah is a God-fearing man, hardworking, humble and well-liked by civil servants. I believe he never yearned to be the Prime Minister. Tun Dr Mahathir probably saw the good values in Pak Lah and passed the premiership to him to the surprise of some hopefuls.

Being the Prime Minister is not as easy as being a Deputy Prime Minister. Indeed, heavy is the head that wears the crown,as Pak lah has probably found out.

But as he said at a press conference, ”... being Prime Minister is not main-main and olok-olok..it is serious business...”

I believe Pak Lah is a man of his word. When the time comes he will honour his words and pass the baton to his annointed successor Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meanwhile, let Pak Lah do his job in peace.

Thursday, September 18, 2008

Henti rosakkan rakyat


HARI ini 17 September 2008, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya masih menyaksikan rutin mingguan jemaah menteri menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Segala urusan di semua kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang berpusat di situ berjalan seperti biasa. Tiada yang luar biasa jika dibandingkan hari ini dengan hari-hari sebelumnya.

Cuma ada sedikit kelainan tercatat di Putrajaya hari ini apabila Abdullah memanggil sidang akhbar mengumumkan penyerahan jawatan Menteri Kewangan 1 kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Jawatan Menteri Pertahanan yang sebelum ini disandang oleh Najib pula dipikul oleh Perdana Menteri berkuatkuasa serta-merta. Manakala tempoh peralihan kuasa diperakui oleh kedua-duanya kekal pada 2010.


Itulah perkembangan terbaru dan terkini dari Putrajaya dan tiada lain daripada itu seperti diuar-uarkan oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Seharusnya diakui kebelakangan ini pemikiran dan tumpuan kakitangan kerajaan sedikit terganggu apabila ahli Parlimen Permatang Pauh itu tampil dengan penuh yakin bersama misi untuk menawan Putrajaya yang sepatutnya disempurnakan semalam.


Di sebalik penafian demi penafian di pihak Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang diuar-uarkan akan melompat parti, terpalit sedikit kebimbangan serta rasa gelisah kalangan rakyat sementara menunggu hadirnya 16 September.


Bukan sahaja kalangan rakyat bawahan, golongan pertengahan serta profesional yang diajak berbicara tentang pembentukan kerajaan baru oleh pakatan pembangkang pada 16 September tidak menolak kemungkinan itu.


Apatah lagi selepas Anwar mencatatkan kemenangan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, gambaran yang diperoleh menunjukkan sokongan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh diperkecilkan.


Sebab itu paluan gendang mengenai pembentukan kerajaan pakatan pembangkang tidak boleh tidak 'mengganggu' perhatian banyak orang di negara ini, biar pun ramai yang tidak percaya namun untuk menolaknya seratus peratus tidak sama sekali.


Namun kepercayaan serta keyakinan terhadap Anwar dan impian indah yang kini telah pun hancur lebur hakikatnya semakin goyah kerana sikap berdolak dalik beliau yang tidak pernah berubah.
Kita tentu tidak lupa bagaimana Anwar mencadangkan supaya negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum sempena pembentukan Malaysia yang menyaksikan kemasukan Sabah dan Sarawak.


Sementelah beberapa purnama sebelum itu Anwar mencanangkan kekecewaan ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu sehingga mereka beralih arah kepada pakatan pembangkang.


Kononnya jika cadangan tersebut dilaksanakan kelak, maka terubatlah luka mereka, dan sokongan kepada Anwar akan bertambah padu. Ia juga bertujuan menunjukkan betapa Ketua Pembangkang itu amat prihatin akan nasib penduduk di kedua-dua negeri itu dan mahu mereka dihargai dengan cara memberi cuti pada tarikh penting itu.


Lebih daripada itu, tarikh 16 September bersekali dengan idea pembentukan kerajaan pakatan pembangkang, justeru perisytiharan cuti umum tentunya sesuatu yang amat perlu.


Namun cadangan semudah dan seringkas itu pun tidak mendapat sokongan padu menteri besar dan ketua menteri di lima buah negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. Masing-masing tampil dengan alasan tersendiri.


Dan apabila tiba tarikh 16 September tidak ada satu negeri pun yang mengisytiharkan cuti - cadangan Anwar tinggal retorik dan seolah-olah tidak dihormati langsung oleh anak buah Perdana Menteri yang bakal dinobatkan itu.


Kemuncak
Kemuncak malam menjelang 16 September juga memperlihatkan bahawa impian Anwar tidak bersandarkan hujah jauh sekali bukti kukuh. Kehadiran ribuan penyokong pakatan pembangkang membawa harapan menggunung pada malam tersebut, namun ucapan Anwar yang ditunggu-tunggu ternyata hanya mengulangi episod silam.


Tiada idea baru jauh sekali sekelumit ayat yang boleh mengukuhkan segala impiannya, lebih daripada itu tiada countdown di ambang 16 September sebaliknya lampu di stadium dimatikan sebelum jam 12 tengah malam.


Pusingan masa telah membuktikan bahawa Anwar berjanji kosong sekali gus membohongi rakyat dan mengusik keharmonian yang telah dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan. Ketua Pembangkang itu cuba mengheret rakyat ke dalam mimpi-mimpinya dan kegilaan Anwar itu ternyata sedikit sebanyak menjejaskan usaha kerajaan untuk membangunkan negara apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.


Wakil-wakil rakyat tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kerana terpaksa menyakinkan pengundi masing-masing bahawa mereka tidak akan melompat parti. Anwar pula bermati-matian mempertahankan kenyataannya bahawa nama lebih 30 ahli Parlimen BN telah berada di dalam genggamannya.


Hakikatnya, jika benar sekali pun sebanyak itu ahli Parlimen BN yang akan melompat parti, penubuhan kerajaan pakatan pembangkang tidak semudah itu.


Pas sehingga kini tidak menyatakan komitmennya terhadap kerajaan 'mat jenin' Anwar. Jika ada pun yang kelihatan taksub kepada idea tersebut jumlahnya boleh dibilang dengan jari.


Apa akan jadi jika Pas enggan bekerjasama menjayakan kerajaan pakatan pembangkang yang kini tarikh akhirnya dilanjutkan lagi itu. Ia bukannya sesuatu yang mustahil kerana teras kerajaan pakatan pembangkang tidak bersandarkan Islam dan sukar diterima akal jika DAP mahu membenarkan pemimpin Pas menjadi Perdana Menteri.


Sebab itu tidak ada salahnya jika cita-cita Anwar disamakan dengan angan-angan mat jenin malah kegilaannya lebih daripada itu. Mat jenin tidak mengheret rakyat dalam mimpi-mimpinya. Mat jenin cuma mengangankan tuan puteri tanpa mendatangkan kerosakan kepada orang lain.


Tetapi Anwar telah mengkucar-kacirkan pemikiran rakyat sehingga pembohongan tidak berlapik itu diterima bulat-bulat biarpun tidak masuk akal.


Hentikanlah semua sandiwara yang tidak membawa keuntungan kepada rakyat, jika Anwar gila untuk memerintah maka lakukanlah secara berhemah. Jika ada rezeki jadilah Perdana Menteri dengan dengan cara yang bermaruah dan bukannya dengan merosakkan pemikiran rakyat.

Wednesday, September 17, 2008

Kecelaruan 16 September

Tanggal 16 September adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Tarikh keramat yang memerdekakan Sabah, Sarawak dan Singapura apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Hari ini, tarikh 16 September 2008 menjadi perhatian seluruh negara dan masyarakat antarabangsa. Apakah sejarah baru akan dicipta, dengan pemerintahan kerajaan Persekutuan bertukar tangan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat?

(The Zig-Zag Road to Sept 16?? Can you believe it?)

Dalam politik ia bukan mustahil berlaku dan tidak boleh ditolak ke tepi begitu sahaja.
Cerita pembentukan kerajaan baru yang digembar-gemburkan dan sepatutnya berlaku pada hari ini adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu, tetapi kecelaruan rakyat dan ketidaktentuan satu hal yang lain.

Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun negara merdeka, fikiran orang Melayu yang sepatutnya menumpukan kepada ibadah puasa Ramadan ini didera kerana pergolakan politik dan cita-cita merebut kuasa.

Inilah yang terjadi apabila Anwar Ibrahim yang tidak berkesempatan menyertai pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu menggunakan pilihan raya kecil Permatang Pauh untuk memulakan langkah ke Putrajaya.


Anwar menyatakan bahawa kerajaan BN akan tumbang pada 16 September ini. Mereka mendakwa seramai 30 orang ahli parlimen (MP); 13 daripada Sabah dan 17 daripada UMNO Semenanjung akan menyertai mereka menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan baru menggantikan BN.


Ketika ini Parlimen Malaysia mempunyai 222 buah kerusi. Kerajaan BN mempunyai 140 kerusi manakala PR 82. BN menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu majoriti 58 kerusi; kurang 8 untuk membentuk majoriti 2/3.


Apakah mungkin 'Kejutan 16 September' terjadi pada hari ini?
Jika berlaku, rakyat ingin sangat melihat wajah ahli Parlimen yang hendak berpaling tadah ini. Jentera pelobi Pakatan Rakyat memfokuskan kepada ahli Parlimen UMNO Semenanjung dan BN Sabah untuk menyertai mereka.


Sebab itu ada rombongan pembangkang sanggup ke Taiwan untuk terus melobi anggota Parlimen BN yang membuat lawatan ke sana.


16 September cukup bermakna pada hari ini. Penyokong pembangkang yakin inilah saatnya pakatan pembangkang tampak mempunyai peluang cerah untuk menumbangkan kerajaan BN.


Sebaliknya, penyokong BN juga percaya inilah masanya tembelang kepura-puraan aspirasi Pakatan Rakyat boleh ditelanjangkan. Ini kerana apa lagi alasan dan hujah jika peristiwa 16 September tidak berlaku. Apakah maruah Anwar dan pembangkang tidak tercalar dan terhina?


Dengan masa yang tinggal beberapa jam sebelum tarikh hari ini bertukar ke angka 17 September akan terjawabkah satu teka-teki mengenai satu 'rampasan kuasa' dengan cara yang tidak beretika dalam sejarah negara.


Sekiranya 16 September gagal direalisasikan, kita percaya Anwar sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan. Sebelum ini Anwar tidak peduli pun soal tiadanya persidangan Parlimen dalam bulan Ramadan, ahli Parlimen Sabah dan Sarawak belum bersedia, masanya terlalu awal, lalu Anwar akan beri hujah bahawa usaha berterusan sedang dijalankan dan sebagainya.


Bagaimanapun PKR telah berjaya menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat terhadap pimpinan kerajaan BN. Setiap hari kita dihidangkan kisah 16 September.


Anggota parti komponen BN nampak begitu mudah diusik hati mereka hingga rapuh dan hilang kepercayaan antara satu sama lain.


Anwar sudah tidak dapat bersabar lagi untuk melantik dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Satu-satunya jalan pintas ke arah mencapai cita-cita itu ialah merampas kuasa dengan cara 'membeli ahli parlimen BN' melompat parti.


Anwar yang gemar membuat kejutan-kejutan kini boleh bercelaru otaknya jika operasi 'lompat parti' oleh kira-kira 30 anggota Parlimen BN ke pihak pembangkang tidak berlaku. Lompat parti di kalangan ahli Parlimen BN diperlukan oleh Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sekarang yang sah terpilih dan mendapat mandat daripada rakyat.


Rahsia
Walaupun 'bayang-bayang' penubuhan kerajaan baru pada hari ini bagaikan tidak akan berlaku, namun seorang pemimpin pembangkang yang dihubungi tetap yakin ia akan berlaku. Tetapi ia bergantung soal bila dan bagaimana ia akan berlaku masih lagi rahsia.


Bagi PKR, jumlah ahli Parlimen yang akan melompat ke tempat duduk sebelah pembangkang sudah mencukupi.


Walau apa pun keputusan propaganda '16 September', gagal atau berjaya ditubuh kerajaan baru pada hari ini, ia sudah pasti menguntungkan Anwar.


Bayangkan jika impian itu terlaksana hari ini. Apa yang akan diubah dan ditukar oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Kita tunggu dan lihat pelbagai institusi dan dasar kerajaan terutamanya yang melibatkan segala kepentingan Melayu akan menerima kesan.


Rakan-rakan Anwar yang kini ramai bukan Melayu sudah tentu mahu segala warisan atau peninggalan BN dibuang. Mereka mahukan kelainan. Semuanya perlu disamaratakan.


Permainan politik yang diamalkan Anwar adalah politik celaru. Politik memecah belahkan orang Islam dan rakyat. Demi memenuhi cita-cita politik dan menjatuhkan kerajaan yang sah serta merampas kekuasaan, Anwar tidak peduli kesan akibat tindakan beliau yang mementingkan peribadi.
Anak jati Permatang Pauh itu tidak peduli timbul keresahan dan ketidakstabilan politik di kalangan masyarakat.


Kecelaruan fikiran Anwar tidak berakhir di situ. Selepas rasa kurang berjaya mencanangkan lompat parti, Anwar membuat satu kejutan lain. Dia mencanangkan agar negeri-negeri yang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat menjadikan 16 September sebagai cuti umum. Cadangan Anwar itu suatu pengkhianatan kerana ia bertujuan sekadar memancing sentimen masyarakat khususnya rakyat Sabah dan Sarawak.


Kita telah menerima dan menyambut 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia sejak 51 tahun yang lalu, sementara bagi rakyat Sabah dan Sarawak pula sejak 45 tahun yang lalu. Jadi, kenapa sekarang ini kita mahu timbulkan isu ini?


Bagi rakyat yang terpesona dengan penampilan Anwar, mereka begitu teruja dengan karisma dan pidato Anwar. Tetapi kita selalu lupa bahawa kesihatan dan usia Anwar bukan kekal muda dan bertenaga. Jika dia hanya sempat memimpin negara untuk tempoh yang singkat, siapakah pemimpin pelapis untuk menggantikan tempatnya.


Bahkan, kita tertanya-tanya siapa di kalangan pemimpin pembangkang mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan. Kewibawaan pentadbiran kerajaan negeri yang kacau-bilau dan berat sebelah sekarang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.


Rakyat negara ini ramai yang tertanya-tanya, sekalipun impian Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kenapa dia memilih jalan yang tidak beretika untuk berada di puncak kekuasaan. Mengapa tidak tunggu pada pilihan raya umum ke-13?

Tuesday, September 16, 2008

16 Sept tonjolkan lagi keretakan PAS


Gara-gara projek pembentukan kerajaan baru pada 16 September seperti diura-urakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula yang terpaksa bertelagah sesama sendiri khususnya antara Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.


Susulan sikap kritikal Mustafa terhadap projek Anwar dalam wawancaranya dengan Harakah dan Utusan Malaysia minggu lalu, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya parti itu “sudah menjadi lidah Umno” dan “betul-betul serupa dengan nada presiden Umno”.


Dalam kenyataannya sebagai reaksi terhadap pandangan Mustafa, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya" dengan membandingkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menganggap tersilap memilih penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Tokoh besar PAS itu turut membayangkan Mustafa kemungkinan akan meninggalkan PAS dan menyertai Umno.


Bagaimanapun beberapa bahagian panas kenyataan panjang Nik Aziz ini, yang dikirimkan kepada Harakah, tidak dimuatkan dalam akhbar rasmi parti itu dalam edisi terbarunya.Tidak cukup dengan serangan itu, Nik Aziz mengulangi kritikannya kepada Mustafa dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS di Gombak, Ahad lepas, dua hari selepas kenyataan kontroversi itu diterbitkan.Dihubungi Malaysiakini semalam, pesuruhjaya itu enggan mengulas kenyataan Nik Aziz.


Mustafa dalam kedua-dua akhbar itu berpendapat perubahan kerajaan yang cuba diusahakan Anwar hari ini "tidak mungkin berlaku" dengan dua alasan. Pertama, pada tarikh itu, Dewan Rakyat tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak boleh dibawa walaupun majoriti ahli parlimen menyebelahi Pakatan Rakyat.Beliau juga dilaporkan berkata, secara politiknya, tidak pernah berlaku wakil rakyat kerajaan melompat parti untuk menyertai pembangkang.Beberapa jam sebelum serangan sinis Nik Aziz kelmarin, seorang wartawan Harakah terpaksa menarik balik kenyataan penuh menteri besar Kelantan itu daripada blognya atas arahan ketua pengarang eksekutif akhbar itu Ahmad Lutfi Othman.


"Beberapa alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit. Malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberapa sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut dengan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat," catat Wan Nordin Wan Yaakob di blognya Politik Suku Sakat (wannordinwanyaakob.blogspot.com).


Tambahnya, seorang lagi wartawan akhbar rasmi PAS itu "turut menerima tamparan apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan, malah kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) itu katanya (pemimpin itu) melampau.""Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan ideologi politik suku-sakat, dan inilah yang dikatakan 'Politik Suku Sakat', akhirnya saya juga yang terkena penahan mereka," kata wartawan itu lagi.


Wan Nordin bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin-pemimpin PAS yang mengganggu beliau dan seorang wartawan wanita itu. Usaha Malaysiakini menghubunginya hari ini gagal.Dalam kenyataan yang sama, kini beredar lebih meluas dalam kalangan penyokong PAS yang pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat, Nik Aziz turut melahirkan kebimbangannya apabila Harakah sendiri terlibat menyiarkan pandangan Mustafa yang meragui usaha menumbangkan kerajaan BN gaya Anwar itu.


"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Harakah boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu (Mustafa) yang merupakan pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar," kata Nik Aziz.


"Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. "Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej Harakah. Pada logiknya, pembaca Harakah akan berkurangan. "Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini."
Dipetik dari laman Malaysiakini.com

Monday, September 15, 2008

Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA




Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.


Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama "tidak boleh dimainkan"."Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan)."


Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.


Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa."Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina.


Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah. "Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?" katanya.Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

A Trip to Taiwan


BRING ON "Katak" To Anwar Ibrahim
Do or Die Mission or Malu Mission.

Sunday, September 14, 2008

Teresa Kok di tahan ISA atas isu tulisan jawi







Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pukul 11.20 malam ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan itu di bawah Seksyen 73 (1) akta berkenaan.Masih belum ada pengesahan yang jitu berhubung dengan penahan Teresa Kok berbanding dua lagi atas Isu Datuk Ahmad Said dan Laman kontroversi RPK.Adakah Teresa Kok di tahan kerana isu Tulisan jawi? Kalau ya isu ini sudah lama, bulan Ogos lalu kenapa sekarang baru bertindak!




(Gambar: Teresa yang anti Tulisan jawi)
Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Ianya sama seperti cadangan Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dalam parlimen pada tahun lepas. Di manakah Hassan Ali (Exco dari PAS) dalam hal ini? Bukankah tindakan itu jelas jelas menentang Islam?









Thursday, September 4, 2008

Ramadhan: Bulan Penun Keampunan


Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan penuh dengan rahmat, berkah dan ampunan ALLOH SWT. Pintu-pintu surga dibuka sedangkan pintu-pintu Neraka ditutup dengan syetan-syetan dibelenggu. Dan sebagaian orang sudah tahu bahwa sepuluh hari pertama merupakan hari-hari yang penuh rahmat, sepuluh hari kedua dipenuhi dengan maghfirah (ampunan), dan sepuluh hari terakhir adalah dijauhkan dari api neraka. Hal itu tentu saja diperuntukan bagi orang yang melakukan puasa dengan penuh iklas dan bersungguh-sungguh.

Bulan yang penuh dengan Big Sale Pahala, ibadah yang kita lakukan akan mendapat pahala yang berlipat ganda.

Semoga Kita termasuk orang-orang yang mendapat ke tiga keutamaannya. AMIN

Monday, September 1, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dari UMNO Taman Sejahtera. Semoga Ibadah Puasa kita diterima Allah. Amin