Saturday, October 18, 2008

Hormati penduduk asal Nusantara

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total. Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya. Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri. Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini. Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu. Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu?

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.

Friday, October 17, 2008

Sekitar keputusan pemilihan Bahagian UMNO Kedah

























Mukhriz kuasai 7 negeri


Selepas 72 Pemuda Umno bersidang setakat ini, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia di tujuh buah negeri.Pada keseluruhannya, Mukhriz memperoleh sejumlah 42 pencalonan dan melepasi jumlah - 39 pencalonan - untuk bertanding jawatana tersebut

Manakala pesaing terdekatnya, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 20 pencalonan dan hanya mendahului di satu negeri sahaja, iaitu Kelantan.Malah, pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda di Negeri Sembilan yang selama ini dianggap pro-Khairy juga berpihak kepada Mukhriz.Sehingga ini, semua tiga pencalonan dari negeri tersebut - Rasah, Jelebu dan Jempol - memihak kepada Mukhriz.Manakala di Perak - juga dianggap pro-Khairy - beliau dan Mukhriz masing-masing mendapat empat peencalonan.Negeri-negeri lain yang memihak kepada Mukhriz ialah Kedah, Terengganu, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Mukhriz mendapat kesemua lima pencalonan dari Kedah manakala Khairy pula menguasai empat pencalonan di Kelantan setakat ini. Khir Toyo dahulu di S'gorDua lagi calon jawatan Pemuda Umno ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang setakat ini mendapat 12 pencalonan.Manakala timbalan ketua badan perhubungan Umno Perlis yang juga ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abdidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya.Di Perak pula, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat empat pencalonan manakala Dr Mohd Khir mendapat dua pencalonan.Di Pulau Pinang, Mukhriz mendapat empat pencalonan, manakala Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo masing-masing satu pencalonan.Di Johor pula, daripada 12 pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat lapan pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).Manakala di Pahang, Mukhriz mendapat empat pencalonan dan Khairy mendapat dua pencalonan.Di Sabah, daripada pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat enam pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).Sementara itu, Dr Mohd Khir mendahului pencalonan di Selangor dengan mendapat empat pencalonan, Mukhriz (3) dan Khairy (1)
- dipetik dari malaysiakini.com
(Komen Cabai Melaka: Syabas Mukhriz kerana mendahului pencalunan, dan harap-harap bulan 3 ini akan terus mendapat undi dan seterusnya menjadi Penghulu terbaru Pemuda UMNO dalam memtransformasi Pemuda untuk mengembalikan keyakinan pengundi muda.)

KENYATAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU


KENYATAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract. Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan. Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud. Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Wednesday, October 15, 2008

Harga Minyak Dunia dan harga Minyak Malaysia


Harga minyak pada tahun sebelum 1990-2008 di Malaysia
Sumber source: http://tonto.eia.doe.gov/dnav/pet/hist/rwtcM.htm: untuk melihat jajaran harga minyak setong dunia dan harga seliter minyak di Malaysia untuk tempoh 1970-2008



Warga UUM Mengundi hari ini

Dipetik dari laman web ANGIN PERUBAHAN: http://anginperubahan.blogspot.com/
Hari ini, 15 Oktober 2008 adalah hari pengundian untuk pilihan raya kampus di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Sejumlah 36 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar dipertandingkan di UUM. 11 kerusi umum dan 25 kerusi fakulti. Seramai 30 orang calon PERUBAHAN, 5 calon dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan 10 orang calon BEBAS bertanding. Buat pertama kalinya GPMS meletakkan calon di UUM.


Ini bermakna calon PERUBAHAN telah menang tanpa bertanding 26 kerusi daripada 36 kerusi (72%) yang dipertandingkan. Tahniah PERUBAHAN.Pertembungan sengit berlaku di College of Law, Government & International Studies (COLGIS). Ada isu risalah berlogo DAP disebarkan pagi tadi. Risalah berlogo DAP itu menyertakan sekali gambar dua orang calon BEBAS berbangsa Cina dan India yang bertanding di kawasan umum dan COLGIS. Dua calon tersebut adalah Tneh Chee Yong (no. matrik 113472) dan Harisdass A/L Selvaraman (no. matrik 111289). Entah mengapa unsur DAP boleh merebak masuk ke UUM pula. Benarkah mereka ini calon BEBAS atau calon pihak lain?

Gambar 1: Risalah berlogo DAP dan gambar calon Tneh Chee Yong ) Apa pun yang berlaku, mahasiswa UUM adalah ibarat satu keluarga yang besar. Seolah tinggal bersama dalam satu kampung yang besar. Jauh dari kota, jauh dari konflik luar. Ketika pilihanraya kampus 1998/99, sewaktu penulis bertanding di Sekolah Teknologi Maklumat, calon-calon PERUBAHAN (ketika itu Islah Agenda Utama, IAU) juga menerima tamparan hebat bila ada poster kambing yang datang mengubah mood pengundi di pagi hari. Alhamdulilah, 6 orang calon PERUBAHAN termasuklah saya menang juga, biarpun diasak hebat oleh kumpulan mahasiswa pro pembangkang (digelar sebagai Taliban) ketika itu.Pada pilihan raya kampus sesi 99/2000, suasananya lebih panas. Hari pengundian yang jatuh pada 30 November 1999 adalah sehari selepas pengundian dalam Pilihan Raya Umum yang ke-10. Ketika itu mood reformasi turut menyinggah di luar pagar Sintok. Buluh dan kayu poster pembangkang turut menjadi medium kempen dalam kampus. Namun mahasiswa memilih PERUBAHAN yang membawa motto "Kebajikan, Kerjasama, Kecemerlangan". 13 orang calon PERUBAHAN (digelar Parti Kuning kerana menggunakan poster berwarna kuning) menang dan saya diamanahkan untuk menjadi Yang Dipertua MPP bagi sesi tersebut.
Gambar 2: Risalah berlogo DAP dan gambar calon Harisdass A/L Selvaraman) AUKU memang menjadi modal mahasiswa pro pembangkang sejak dulu lagi. Alasan mahasiswa dikongkong oleh AUKU adalah tidak relevan lagi sekarang. Ini kerana isu AUKU sudah dicanang sejak sekian lama. Malah ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, AUKU yang dibenci itu tidak pun dihapuskan oleh Anwar. Oleh itu mengapa sekarang, ketika berada dalam posisi membangkang, Anwar mahu pula mansuhkan AUKU? Persoalan utama yang perlu dititik beratkan oleh mahasiswa ialah mencari pemimpin yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa di universiti. Inilah tugas sebenar MPP. Bukan menjadi jurucakap dan penyambung bicara untuk parti pembangkang di luar sana. Selamat memilih.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)










Tuesday, October 14, 2008

Badan saja PAS - baju Keadilan.

Luahan hati penyokong PAS
Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’


Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.




(aziziabdullah.blogspot.com), pengarang novel Seorang Tua di Kaki Gunung itu yang pernah menjadi calon PAS berkata "sangat payah hendak membezakan yang mana PKR, yang mana orang PAS"."Sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli PAS semacam sudah menjadi ahli PKR, malah mereka lebih PKR daripada PAS, mabuk rasa, mabuk nama," katanya, yang pernah dilantik pengarah Majlis Tindakan DUN parti itu."Terakhir, dari mulut ke mulut, mereka (ahli PAS) impikan peralihan kuasa melalui PKR dan apabila ada pemimpin PAS berceramah, mereka akan merungut dan membebel mulut jika pemimpin PAS mengupas soal peperangan Kubra atau nuzul Quran dalam konteks politik kini, kerana pemimpin PAS itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Anwar menjadi pemimpin."

Azizi berkata, ahli-ahli PAS tidak lagi melaungkan takbir tetapi "reformasi" dalam ceramah-ceramah dan lebih banyak menghabiskan masa di pondok panas PKR daripada pusat PAS ketika menghadapi pilihanraya."Memang muak pun melihat ramai ahli-ahli PAS, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan PAS tetapi berbaju PKR."Sesekali semacam hendak menyindir betapa akidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap 'reformasi'," katanya.Ahli-ahli PAS juga didakwa terikut-ikut dengan pendirian PKR terhadap ahli parlimennya Zulkifli Nordin berhubung tindakan membantah forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam, Ogos lalu.
Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.
Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.
Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.
Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.
Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin. Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.
Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.
Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau “Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato’ Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.
Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.
Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

Monday, October 13, 2008

BN withdraws Kulim Bandar Baharu election petition

Secara umumnya kerusi P.18 mempunyai 51,444 pengundi dengan pecahan kepada 2 DUN iaitu DUN N.35 Kulim dan N.36 Bandar Baharu yang pecahan pengundi adalah seperti di atas.
[Dari The Star]
ALOR STAR: A High Court here has struck out an election petition for the Kulim-Bandar Baru parliamentary seat after Barisan Nasional candidate Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir withdrew his petition.

Justice Datuk Balia Yusof Wahi made the decision after Abdul Aziz’s counsel Firoz Hussein Ahmad Jamaludin told the court of his client’s decision on Monday.
The withdrawal allowed PKR candidate Zulkifli Nordin to continue as Member of Parliament for Kulim-Bandar Baru.

When met outside the court Monday, Abdul Aziz said that his decision to withdraw the petition was made after discussions with Barisan leaders. He said the decision was made after taking into consideration the current economic situation.

“I am willing to sacrifice my right to challenge Zulkifli so that the people and the government can work together to stabilise the country’s political, economic and unity situation, which are in critical condition right now,” he said.

He said that he also respected the decision made by Kulim-Bandar Baru voters in the March 8 general election.

Abdul Aziz also said that he would continue to serve the people in Kulim-Bandar Baru through a Barisan service centre that he had since set up.

In the petition he filed in April this year, he had named Zulkifli, the returning officer and the Election Commission (EC) as the first, second and third respondents respectively.

Abdul Aziz had requested the court to declare that the March 8 election results for the Kulim-Bandar Baru seat be null and void.

Zulkifli won the seat, polling 22,255 votes against Abdul Aziz’s 5,583.

Zulkifli was recently embroiled in the controversy involving the Bar Council forum on Muslim conversion.

The PKR disciplinary committee is inquiring into his action, but has not taken any disciplinary measure yet.

In the petition Abdul Aziz claimed that Zulkifli had failed to submit his statement of expenditure when he contested the Kuala Langat parliamentary seat in the 2004 general election, which contravenes the Election Act.

Abdul Aziz also claimed that the returning officer had failed to act against Zulkifli’s nomination despite the fact that EC had the documents confirming Zulkifli’s failure to submit his statement of expenditure.
Versi Bahasa Melayu:
Mengulas desas-desus wakil rakyat PKR kawasan itu Zulkifli Nordin akan menyertai Umno, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tentang perkara tersebut.
"Tetapi saya juga ada mendengar khabar angin itu," katanya.
Zulkifli terlibat membantah penganjuran forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu. Penglibatannya menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.
Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.Desas-desus mengatakan beliau akan menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu, yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Aziz, ditanya sama ada keputusan beliau menarik balik petisyen itu akan menyebabkan kerugian bagi Umno dan dirinya, beliau berkata:“Saya cuma hilang satu peluang. Bagaimanapun, di hujungnya, rakyat akan buat keputusan.”
Beliau yang juga ketua bahagian Umno Kulim-Bandar Baharu mendakwa masih mempunyai tanggungjawab dan tugas yang sama seperti Zulkifli walaupun tidak menjadi wakil rakyat.“Saya ada pusat khidmat masyarakat. Saya masih bekerja macam biasa, cuma tidak menjadi ahli parlimen sahaja,” katanya.
Sementara itu, peguam Zulkifli, Aaqbal Shiffudin Adnan Sallehudin berkata pihaknya gembira dengan keputusan mahkamah itu.Bagaimanapun, peguamnya itu belum mendapat maklum balas daripada anak guamnya.
Ahli parlimen itu tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini.
[Komen Cabai Melaka: Patut2nya Zulkifli meninggalkan PKR yg semakin hitam-legam sbb parti tu dah banyak orang bukan-Melayu yg join sbb boss PKR depa tu dok berjanji macam-macam mimpi]

Sunday, October 12, 2008

Pencalunan terkini Jawatan Ketua UMNO Malaysia


7.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir telah melepasi jumlah minimum kelayakan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas memperolehi 38 pencalonan setakat ini.
Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian.

6.55 petang Bahagian Nibong Tebal mencalonkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda dan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk naib ketua.
Dengan ini, Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan 11 pencalonan sehingga ini manakala Reezal mendapat 29 pencalonan dan layak bertanding naib ketua.

Seorang lagi calon yang turut layak ialah ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang telah mendapat lebih 29 undi atau 15 peratus pencalonan minimum dari 191 bahagian Umno.

Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Keningau, Sabah, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua. Reezal kini memperolehi 27 pencalonan dan memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

6.30 petang Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-33 dari bahagian Batu Pahat yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua. Razali kini memperolehi 30 pencalonan dan telah melepasi tahap kelayakan bertanding (29 pencalonan).

6.20 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Sepang yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

5.30 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-10 dari bahagian Sungai Siput, Perak, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

5.10 petang Datuk Mukhriz mendapat pencalonan ke-32 dari bahagian Beaufort, di Sabah untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Bahagian itu juga mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.
Mukhriz mendapat 72 undi dan Khairy Jamaluddin (6 undi) manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (10). Reezal dipilih sebulat suara.

4.05 petang Datuk Mukhriz mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Gombak untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Kini beliau mendapat 31 pencalonan.

3.50 petang Datuk Zahidi Zainul Abidin mendapat pencalonan pertama bagi jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Padang Besar, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.
Zahidi adalah ketua Umno Padang Besar dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis.

3.45 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-17 untuk jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Johor Bahru, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

3.30 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-16 untuk jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Bayan Baru, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.
3.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan satu lagi pencalonan dari bahagian Padang Serai untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Dengan itu, sehingga hari ini, Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno, mendapatkan 38 pencalonan. Manakala ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sehingga ini mendapatkan 19 pencalonan, termasuk pencalonan terbaru di bahagian Parit Buntar.Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula mendapat 10 pencalonan. Hari ini beliau mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Kuala Langat dan Hulu Langat - kedua-duanya di Selangor.

Bagi jawatan naib ketua pula, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masih kekal dengan 27 pencalonan.Bagaimanapun, seorang lagi calon, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapatkan empat pencalonan hari ini.Dengan itu, beliau sehingga ini, mendapat 22 pencalonan untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda.
(Komen Cabai Melaka: Persaingan sihat. PEMUDA perlukan perubahan dalam merencana agenda masa depan negara. Ini sebenarnya mengembleng satu pandangan baru bahawa Umno di peringkat muda mahu perubahan. CM baru jer umur 33 tahun tapi dah mengundi Pilihan Raya umum sebanyak 4 kali: 1998, 2000 (P.R. Kecil Lunas Joe Fernandez kena tembak), 2004, 2008)

Pemuda Bahagian Padang Serai, Kedah calun Datuk Mukhriz

Terkini! Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai mencalunkan Datuk Mukriz Tun Mahathir sebagai calun Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pemuda Bahagian Padang Serai bersidang pada hari ini.Ketika Blog ini dikemaskini pada pukul 8:20 malam, Mukhriz sedang mendahului Khairy Jamaluddin dengan mantapnya dengan meninggalkan persaingnya hampir 2 kali ganda. Mukriz-38 pencalunan, KJ-19 pencalunan. Dengan mendapat 38 pencalunan, maka Mukriz secara teknikalnya layak untuk bertanding pada Persidangan Agung UMNO bulan March ini. Syabas Mukhriz!

(Komen Cabai Melaka: Tertarik dengan slogan Mukriz BERANI BERUBAH!)

Mode Operandi Politik Murahan Anwar Ibrahim















Oleh Dr Novandri Hassan Al-Basri (AJK Pemuda Bukit Gelugor, P. Pinang)
Penulis ingin membincangkan dua perkara harian yang biasa kita tempuhi. Yang penulis ingin tekanan ialah sebenarnya, konsep/niat kepada cara untuk kita mengatasi kesulitan tersebut telah digunapakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jayanya.
1. Senario Satu
Kadangkala, jika seseorang itu berjanji untuk bertemu rakan-rakan tetapi beliau gagal untuk menunaikannya, beliau akan mencari alasan dengan menyalahkan orang lain atau apa pun kecuali diri sendiri.
Beliau akan salahkan jalanraya kerana sesak atau cuaca kerana hujan lebat. Pokoknya, beliau tidak mahu rakan-rakan kecewa atau pun marah dan mereka tetap percaya kepada beliau, walau pun hakikatnya beliau telah gagal menunaikan janji itu.

2. Senario Dua
Makanya, untuk pertemuan seterusnya, beliau akan letakkan syarat-syarat kepada rakan-rakan terlebih dahulu dengan apa cara sekali pun.
Dan jika janji seterusnya tidak dapat ditunaikan juga, maka ia bukannya salah beliau tetapi salah rakan-rakan beliau.
16 hb September 2008 telah menyaksikan Anwar Ibrahim telah gagal di dalam misi beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah gagal menunaikan janji beliau.
Dan pada saat ini, beliau adalah seorang pemimpin besar yang sedang menahan malu kerana kredibiliti beliau tercalar dek mainan politik beliau sendiri.
Realitinya, tiada siapa pun yang menekan atau memaksa beliau untuk melakukan sesuatu yang majestic pada 16 September 2008.
Ramai rakan dan lawan beliau yang mahu beliau menunjukkan 'kejantanan' beliau untuk memikirkan hal-hal negara mengikut lunas-lunas demokrasi.

Dan motto 'Anwar Perdana Menteri pada 16 September' adalah salah satu daripada ungkapan yang digunakan untuk menarik undi penduduk Permatang Pauh dan ungkapan tersebut juga merupakan sumber semangat kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.
1. Siapakah yang tidak teruja apabila pemimpin yang mereka sanjungi itu akan menjadi perdana menteri Malaysia hanya beberapa hari sahaja selepas menjadi MP Permatang Pauh?
2. Siapakah yang tidak akan mulai memasang angan-angan untuk menjadi orang penting di dalam kabinet Anwar Ibrahim jika beliau memerintah negara ini?
3. Siapakah yang tidak akan kagum dengan ke'cerdikan' Anwar Ibrahim yang mampu menjadi Perdana Menteri TANPA mengikut lunas-lunas normal negara yang dicintai ini?

Pokoknya, ungkapan "Anwar Ibrahim Perdana Menteri 16 September" telah membawa satu semangat dan keghairahan yang amat tinggi kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.
Malah, mereka yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, pastinya turut terasa akan aura yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim. Hari ini, Anwar Ibrahim telah gagal. Dan beliau telah mengguna pakai Senario Satu (seperti di atas) iaitu menyalahkan orang lain dan keadaan.
Beliau menyalahkan Pak Lah, Taiwan, politik dan sebagainya, pada hal beliau sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana memimpikan bulan di langit dan berbohong.
Akan tetapi, Anwar Ibrahim cepat belajar dari kesilapan strategi politik beliau itu. Beliau lebih cerdik kali ini dan telah menggunapakai Senario Dua (seperti di atas)
Jika kita ikuti kenyataan akhbar Anwar Ibrahim, anda tentu bersetuju dengan penulis.
Ikutilah:-
"Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya....
"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.....
"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.....
"Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional," katanya......
"Saya minta kerajaan tidak halang termasuk mengadakan sekatan jalan raya dan sekatan-sekatan lain untuk bergerak ke Parlimen dalam tempoh ketika yang ditetapkan......
Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta. Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.

Seperti yang penulis katakan, kali ini Anwar Ibrahim telah belajar dari kesilapan beliau.
Dan seperti Senario Dua, beliau telah meletakkan pelbagai syarat terlebih dahulu (hampir semua yang boleh difikirkan termasuk yang tidak masuk akal) kepada segala yang beliau akan lakukan selepas ini.
Maksudnya, jika isu MP melompat ke PKR dan menubuhan kerajaan baru gagal terlaksana, Anwar Ibrahim boleh 'membasuh tangan beliau' dengan menyalahkan orang lain, sistem demokrasi, jalan raya dan pelbagai lagi. Canggih!
Pokoknya, Anwar Ibrahim mahu dunia tahu bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang telah 'berusaha sepenuh jiwa dan raga' dan mempunyai 'pelan politik yang amat praktikal dan logik' akan tetapi keadaan 'amat mencemburui' beliau.

Padahal, satu fakta yang paling jelas ialah Anwar Ibrahim telah berbohong.
Patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau semasa pilihanraya Permatang Pauh tempoh hari. Dan sebagai seorang pemimpin yang licik, beliau tidak mungkin tidak mahu menggunakan apa sahaja cara untuk menang termasuk mengaku sumpah.

Rupa-rupanya, Anwar Ibrahim tahu beliau sedang berbohong.
Seperkara lagi, MalaysiaKini juga melaporkan :-
Katanya (Anwar Ibrahim), tindakan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Teresa Kok adalah untuk menyekat perubahan rakyat.
Persoalannya :-
1. Di manakah logiknya dakwaan Anwar Ibrahim ini atau ia hanya sekadar gimik murahan untuk meraih undi?
2. Apakah menegur dan tidak sensitif kepada hak agama orang lain adalah perubahan yang Anwar Ibrahim mahukan?
Seperti kata penulis, patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau
(Komen Cabai Melaka: Teringat lagu "Who's let the DOG out? dengan cerita budak pengembala biri-biri dan serigala" Whoofff!! whoofff!!)

Bekas Ketua Puteri Cawangan Taman Sejahtera Kini Menerajui Puteri Bahagian Padang Serai

Taniah kepada bekas Ketua Puteri UMNO Cawangan Taman Sejahtera Puan Faezah bte Haji Pear Muhamad.

Ucapan taniah tersebut diucapkan kerana beliau telah dilantik dengan sebulat suara oleh perwakilan Puteri Bahagian untuk menerajui Sayap Puteri UMNO Bahagian Padang Serai bagi sessi 2008-2012. Puteri Bahagian Padang Serai bermesyuarat pada hari Jumaat lalu (10/10/2008) di Kulim Golf Resort, Kulim Hi-Tech.



















Dengan perlantikan tersebut ini menyambungkan lagi kesinambungan legasi dan kecemerlangan UMNO Cawangan Taman Sejahtera di peringkat Bahagian Padang Serai.



Pada mesyurat Puteri Bahagian tersebut, Puteri Padang Serai telah sebulat suara mencalonkan Datin Ismalina Bte Ismail (PENGERUSI BIRO KEAHLIAN PUTERI UMNO) untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia. Untuk jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Puteri UMNO Bahagian Padang Serai mencalunkan Puan Shahanim bte Modh Yusof (Ketua Puteri Kedah)

(Komen Cabai Melaka: Agaknya rezeki anak kandungan Faezah dan syabas kepada Puteri UMNO yg telah berkempen melalui internet. Inilah yang kita mahu. Banyak anak muda di luar sana tu mendapat maklumat melalui internet sbb depa malas baca paper dan suka terperuk dalam rumah sambil main internet)

Saturday, October 11, 2008

Anwar Ibrahim Berangan Lagi


Anwar Ibrahim terus menerus berangan hendak menjadi Perdana Menteri lagi. Sesudah tiga kali ramalannya untuk menjadi PM tidak menjadi iaitu pada 16 September, 23 September dan 1 Oktober. Anwar menetapkan pula tarikh yang keempat iaitu pada 8 Disember 2008, iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha untuk menjadi Perdana Menteri. Selepas ini akan ada tarikh yang lain pula kalau tidak jadi 8 Disember?

Anwar mengumumkan tarikh 8 Disember dalam satu ceramah Perdana Aidilfitri di Padang Perdana, Kota Bharu. Saksinya ialah Husam Musa dan Nik Aziz Nik Mat. Apa akan berlaku jika tarikh yang keempat ini juga tidak menjadi kenyataan? Apakah Anwar akan terus menerus menyalahkan pihak lain sebagai kegagalannya untuk menjadi PM?

Sehingga kini Anwar masih belum lagi menyahut cabaran PAS untuk mengemukakan senarai nama 31 orang ahli parlimen yang bakal melompat. Sampai bila orang orang PKR dan PAS akan terus mempercayai Anwar? Mengapa beriya iya benar Anwar hendak menjadi PM? Tidak bolehkah tunggu sehingga pilihan raya umum seterusnya? Seharusnya daripada terus berangan angan hendak menjadi PM, Anwar laksanakan dulu tanggungjawab sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

(Komen Cabai Melaka: DSAI jadi jer PM negeri-negeri Pakatan Rakyat tu....senang jer...lagi satu, CM tak nampak pun pelabur asing masuk ke Kedah...) dan SYABAS kepada Tengku Razaleigh kerana berjaya menepis PEMBOHONGAN Pakatan Rakyat yg kononnya beliau telah bersetuju untuk menyertai PR.

PAS Pertahan Patung Anwar

"Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh. "Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar," kata Sallehen Mukhyi (Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor).

Sallehen amat marah bila Ali Rustam (Naib Presiden UMNO) menyatakan replika gergasi itu bukti perbuatan mendewa dewakan Anwar Ibrahim."Yang beliau (Mohd Ali ) sensitif sangat kenapa? Meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara itu pun menyalahi akidah, (hukum) itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan itu memang jelas berbentuk manusia, (perkara) itu beliau tidak sibuk pula.” kata Sallehen.

Sewajarnya Dewan Ulama PAS yang mengulas isu patung ini bukan membiarkan Dewan Pemuda PAS yang bersuara. Nik Aziz dan Ustaz Azizan (MB Kedah) hendak kata apa pula tentang patung ini?

(Komen Cabai Melaka: CM pernah ke Marang, Trengganu kawasan Hadi Awang....situ ada patung SOTONG dengan Udang Galah...itu kawasan Presiden PAS tu...ntah laaa dengan Parti cakap Islam, tapi tak buat)

Friday, October 10, 2008

Tempat Duduk Bagi Majlis Babitkan Ceramah Tun Dr Mahathir Di Melbourne Sabtu Ini Habis Ditempah


Oleh Neville D'CruzMELBOURNE, 9 Okt (Bernama) --
Satu seminar pembangunan belia anjuran Malaysian Youths in Melbourne (MyM) di sini pada hari Sabtu ini yang turut menjemput mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang penceramah, mendapat sambutan cukup hangat apabila semua tempat duduk bagi majlis itu sudah habis ditempah.

Presiden MyM Mohd Izhar Moslim berkata Dr Mahathir dijangka akan menampilkan pandangan-pandangannya semasa menyampaikan ceramah yang bertajuk "Cabaran-cabaran yang dihadapi belia hari ini bagi membentuk dunia akan datang".

"Semua tempat duduk bagi Dewan Sydney Myer Asia Centre di University of Melbourne di sini yang boleh memuatkan 480 orang sudah habis ditempah, dan kami ada 200 nama lagi yang masih dalam senarai menunggu," katanya.

Beliau berkata lain-lain penceramah ialah pengasas dan pengarah urusan Limitless, Jack Delosa, serta pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Mapan University of Melbourne Professor Danny Samson.

Katanya seminar itu bertujuan memberikan peluang kepada golongan muda untuk mendengar dan berbincang mengenai pandangan pemimpin-pemimpin nasional, di samping menyemai inspirasi daripada pandangan-pandangan mereka.

Tahun lepas seminar itu menjemput ahli-ahli politik terkenal Malaysia seperti Dato' Seri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin sebagai penceramah.MyM yang merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, menjunjung usaha memupuk jati diri dan harmoni di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti sosial dan kebudayaan.

Cina DAP saman Khir Toyo: Membujur Lalu Melintang Patah

(dipetik dari laman blog Dr Mohamad Khir Toyo: http://www.drkhir.com/)
Membujur lalu melintang patah! Berani kerana benar, takut kerana salah! Biar putih tulang, jangan berputih mata! Mari kita lihat siapa yang terperangkap dan menipu. Puak-puak DAP yang selama ini berbangga dengan kempen melalui laman video YOUTUBE, kini terjerat sendiri dengan Youtube! Syabas Dr Khir Toyo kerana dengan kecanggihan teknologi internet ini juga, anda berjaya menangkis tohmahan pembangkang. Mari kita sebarkan kepada semua orang tentang pembohongan pembangkang ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat blogers sekalian,1. Seperti yang diketahui umum bahawa saya telah disaman oleh YB Ronnie Liu kerana mendedahkan bahawa beliau pernah ditangkap kerana menghalang satu operasi menutup sebuah hotel yang menjadi pusat pelacuran di Puchong Jaya tahun lalu.











Berikut ialah Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat saya siang tadi.

KENYATAAN AKHBAR PEJABAT KETUA PEMBANGKANG SELANGOR
YB. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo berharap anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu, dapat menafikan beliau pernah ditahan oleh Polis kerana menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Puchong Jaya, Selangor pada 2007.

YB Ketua Pembangkang juga berharap Ronnie perlu menjelaskan kepada masyarakat sama ada:

Benar atau tidak beliau ditahan dan di siasat oleh Polis di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang polis menjalankan tugas dan kemungkinan terbabit dengan sindiket pelacuran.

Benar atau tidak beliau bersama para penyokongnya menghalang Polis dari menyita hotel terbabit, yang bukan sahaja tidak mempunyai lesen tetapi juga terbabit dengan aktiviti pelacuran.

Benar atau tidak, terdapat 22 orang GRO warga asing ditangkap dalam operasi di hotel yang sama beberapa jam sebelum hotel tersebut disita oleh penguatkuasa MPSJ dan Polis.

Jika semua ini benar, apakah motif Ronnie menghalang penguatkuasaan undang-undang?

Berhubung dengan saman yang difailkan oleh Ronnie, Dr. Mohamad Khir dengan senang hati akan menjawabnya di mahkamah melalui Firma Guaman Athimulan & Co.

2. Insyaallah saman ini tidak akan menakutkan saya untuk terus bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang bertanggungjawab menyuarakan pandangan masyarakat dan menjadi pemantau kepada tindak-tanduk kerajaan Selangor.
3. Sesiapa yang ingin mengetahui mengenai isu ini bolehlah membaca keratan akhbar Utusan Malaysia atau siaran berita NTV7 (diserta di bawah) pada November 2007 lalu.4. Bagi saya jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak

(Komen Cabai Melaka: Dulu Teresa Kok cakap makan dalam lokap mcm makanan anjing, sekarang siapa pulak yang jadi Bapak Ayam? Banyak sangat laaa binatang dalam Pakatan Rakyat ni naa...shuuuh! shuuh! pi main jauh-jauh )












Thursday, October 9, 2008

Isu Patung Anwar: Tindakan JUMUD PKR. Syabas. Satu lagi perojek PKR

Syabas!! Satu lagi projek PKR! Bangsa apa yg bina Patung Anwar ni? (dekat-dekat dgn Batu Cave ni). Tepuk dada tanya selera bangsa apa yg byk dlm PKR yang berserabut dan GELAM masa depan ni...


(Dewa di depan Batu Caves, patung dekat-dekat Batu Caves, Semangat "Fitrah" PKR??)

Assalamu'alaikum,
Adalah haram hukumnya membena lukisan yang berupa patung untuk mengagongkan seseorang pemimpin yang di hormati atau yang di sayangi, bukan itu cara yang baik dan sesuai untuk di lakukanSaya mengambil fakta yang di kaitkan dengan hukum yang jelas sama ada mengikut pandangan Al Quran ataupun hadis yang sohih yang berdasarkan tujuan ianya di benar.
1. Tidak boleh di lukis lukisan makhluk yang ada nyawa dengan cara lengkap yang merupakan mempunyai cukup sifat fizikal.
2. Ada unsur pendewaan terhadap lembaga yang di lukis dan didirikan.
3. Ada perasaan apabila melihat gambar atau replika tersebut

Itu adalah garis kasar tentang gambar yang berbentuk patung yang di dirikan yang mengandungi maksud dan tujuannya di buat, tidak ada alasan jumud atau apa juga istilah untuk mempertahankan gambar patung tersebut. Jika kita sayangkan mana-mana pemimpin negara atau kita kasih kepadanya,perjuangannya,cita-citanya atau apa juga yang akan dan telah di lakukannya maka adalah lebih baik kita do'akan pemimpin tersebut kepada Allah s.w.t.

Memaparkan gambar yang di kategarikan dalam kumpulan patung sebab ia telah di dirikan sebegitu tinggi dan lengkap sifat adalah nyata terhukum haramKita tidak dapat menafikan perasaan setiap orang yang melihat gambar patung tersebut berasa bangga akan kebolehan, ketangkasan, kepintaran dan kelicikkan yang membawa kepada perasaan pendewaan yang menyebabkan ia terhukum kepada HaramGambar yang tegak megah pasti akan membawa kepada perasaan taksub,megah dan bangga yang membawa kepada tergelincirnya akidah seseorang tersebut.
(Gambar: Adun Batu Caves dari PKR: Terpegun dengan Projek Rakyat anjurannya. Siapa pulak dok tengah berlagak bercekak pinggang mcm BOSS BESAR itu??)


Oleh yang demikian jika seseorang yang berbuat gambar patung, sebenarnya ia akan membawa kepada hilangnya sokongan orang ramai kepada gambar patung tersebut dan ia akan di jadikan hujah musuh politik yang akan membawa rebahnya popularitya yang ampunya gambar tersebut. Nasihat saya turunkan saja gambar patung tersebut. Mendirikan gambar patung tersebut adalah di anggap mensabotaj orang yang ampunya gambar patung itu dengan cara yang jelas, sekalipun orang yang mendirikannya berniat untuk menaikkan namanya.


KENYATAAN RASMI KONTRAKTOR PATUNG
Berhala besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak akan diturunkan sekarang walaupun dianggap “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”

Berhala penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.








Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan berhalaAnwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.“Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan.

”Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan,” , mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.
(Komen Cabai Melaka: nak tgk apa Exco Agama Sgor PAS tunggangan DAP si Al Ustad Al-Hassan Ali nak cakap apa...dulu masa zaman BN dia ckp nak hapuskan Kilang Anchor Beer dgn Carlsberg kat Federal Highway, Sgor., tapi dah dapat kuasa tak tutup-tutup pun kilang tu..sekarang patung Anwar ni dia senyap pulak...apa-apa pun Cabai Melaka nak ucap SYABAS laa kepada PKR kerana tindak-tanduk PKR Sgor ni dapat membuka minda dan mata orang Melayu betapa mereka telah ditipu selama ini)