Tuesday, March 31, 2009

PAU: Masa untuk merealisasikan dan menterjemahkan usul² ke bentuk tindakan dengan kawal selia


Jangan hanya tinggal usul seperti PAU² yang lepas. Terjemahkan apa yang diusul dalam bentuk tindakan dengan kawal selia yang rapi. Jika perlu perlu lapurkan kepada rakyat KPI (Key Performance Index) atau rekod pencapaian tentang perkembangan usu² tersebut. Jangan tinggal "blue-print" dan janji kosong sahaja. Rakyat menunggu transformasi yang diucapkan. Ingat! Rakyat adalah hakim negara....

MUNGKIN tidak ramai yang sedar bahawa persidangan UMNO kali ini adalah persidangan pasca tsunami politik Mac tahun lalu dan ia persidangan untuk tahun 2008. Maka tahun ini juga akan diadakan satu lagi Perhimpunan Agung UMNO. Sudah tentu jarak yang dekat antara dua perhimpunan ini dapat digunakan sebaik-baiknya oleh perwakilan untuk membuat susulan terhadap apa jua cadangan serta usul yang akan dikemukakan.

Pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO kali ini juga adalah yang terakhir sebelum UMNO sekali lagi berusaha mendapatkan mandat rakyat pada pilihan raya akan datang. Justeru, pemimpin serta perwakilan harus berhati-hati dalam berbahas, berhujah serta bertikam lidah agar suasana dapat dikawal. Lagi pun, tiga pilihan raya kecil sedang menanti selang beberapa hari selepas persidangan tamat.

Setiap kali UMNO bersidang, tidak boleh tidak untuk kita mengatakan parti itu tidak memperjuangkan perihal bangsa Melayu. Sebut apa sahaja yang ada di bumi ini yang berkaitan dengan Melayu, pastinya tiada yang tertinggal.

Pelbagai bentuk usul, resolusi, sumpahan, ikrar dan sebut sahaja apa lagi yang boleh disandarkan sebagai harapan pada orang Melayu akan dibahas oleh perwakilan dan pimpinan parti. Namun janganlah "usul hanya tinggal usul".

Tetapi sebagai perwakilan atau pemimpin, pernahkah kita menyoal diri sendiri sama ada UMNO sudah melakukan yang terbaik untuk orang Melayu? Benarkah segala janji dan sumpah ikrar serta usul-usul yang diluluskan itu dikotakan?

Di luar PWTC, ramai Melayu masih merungut akan hal serta isu-isu yang melibatkan Bumiputera yang masih belum selesai bak kata pepatah, "Seperti duri tersangkut di anak tekak".

Isu perihal beratus-ratus ribu dan mungkin telah mencapai jutaan insan bernama Melayu yang hak dan keperluan mereka untuk membuat pinjaman serta hal yang berkaitan dengan bank disita hasil tindak-tanduk satu syarikat yang bernama C Tos Sdn. Bhd. masih belum terlerai. Apakah UMNO tidak dapat melakukan sesuatu?

Satu lagi isu yang menjadi rungutan ialah betapa ramainya orang Melayu yang dihalang dan disenaraihitamkan oleh pelbagai agensi seperti LHDN, Bank Negara, Insolvensi, Mara dan JPA daripada keluar negara atas sebab tidak membayar hutang dan sebagainya. Di mana silapnya? Apakah UMNO tidak boleh dipersalahkan di atas kesusahan orang Melayu untuk membayar hutang dan permasalahan itu?

Tidak perlulah disebut kemudahan canggih di Petaling Street di Kuala Lumpur dan juga Jonkers Walk di Melaka untuk kaum lain, walhal suasana perniagaan ala cowboy dan setinggan masih lagi di takuk lama di Chow Kit dan juga di Kampung Baru yang rata-rata terdiri daripada peniaga Melayu.

Tidak juga perlu dipanjangkan kisah tentang ratusan ribu orang Melayu yang masih tinggal di kawasan setinggan ketika pemimpin-pemimpin negara asyik bercerita mengenai pelaburan berbilion-bilion ringgit yang dibawa masuk ke negara ini.

Pemimpin UMNO harus sedar bahawa wang berbilion yang dibawa masuk itu tidak memberi makna selagi hidup mereka ibarat "kais pagi makan pagi" dan masih tinggal di kawasan setinggan.

Di sinilah masa dan tempat yang sesuai untuk perwakilan serta pemimpin Melayu merungkai permasalahan orang Melayu secara telus, nyata dan tanpa rasa prejudis.

Harapan orang Melayu sungguh tinggi untuk mereka dibela oleh UMNO. Apa yang mereka mahu adalah sedikit keprihatinan serta pembelaan agar kualiti hidup mereka yang sedia ada akan dapat dipertingkatkan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini.

Monday, March 30, 2009

Jeritan Khairy "Rasuah" di PWTC semasa mlm pengumuman pemenang

Inilah yang terjadi di dalam PWTC semasa malam pengumuman Ketua Pemuda UMNO yang baru.
Jelas, suara keramat majoriti Pemuda menolak "RASUAH" KJ!!! Apakah ini tidak didengar oleh Lembaga Disiplin UMNO? 3 Pilihanraya Kecil akan menghukum UMNO dan BN.




Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

PKR Bahagian Jerai Dibubar


[dari Bernama]
Orang lama PKR Jerai lawan Manikumar di Bkt Selambau
PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama.Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu keranamereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.


Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.
Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk berdiri atas tiket PKR.Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang

Sunday, March 29, 2009

Gambar Pilihan Minggu ke 13


Kembali bertaut dan bersepakat demi maruah dan masa depan perpaduan Bangsa Melayu.

Friday, March 27, 2009

INFO ke Pusat Penamaan Calun P/Raya Kecil N25 Bukit Selambau

JUMPA anda di sanaaaaa!!!!

Tarikh: Ahad 29 Mac 2009
Tempat: Sekolah Menangah Teknik 1, Sungai Petani
Masa: 8-12 tghari (sila datang awal untuk mengelak kesesakan)

Peringatan:
1) Lokasi sekolah Teknik 1 adalah disebelah Tol Sungai Petani Utara (exit Sungai Lalang). Sekolah Teknik, betul-betul disebelah Toll Plus.
2) Sila letak kenderaan anda ditempat yang dikhaskan untuk mengelak kesesakan. Jika boleh, letak di Tesco, Laguna Merbok, atau Taman Ria dan berjalan kaki ke sekolah tersebut jika anda berhasrat untuk balik awal.
3) Kunci kenderaan anda.
4) Bawa payung untuk mengelak cuaca panas dan hujan.
5) Bawa bekalan air mineral.
6) Short-cut untuk mengelak kesesakan di Plaza Tol Sungai Petani Utara- ambil Jalan AmanJaya ke hospital Sultan Abdul Halim, ambik jalan ke Ambangan Heights dan ambik semula jalan lama (Jalan Sungai Lalang-Alor Setar)
7) Pusat Logistik BN berada betul-betul di depan sekolah Teknik (gambar) (Logistik Kawan-kawan BN di jalan menuju ke Sungai Lalang)



Peta ke pusat penamaan calun:

Pentingnya UMNO untuk kembali 'dirakyatkan'



SEJAUH mana UMNO mengambil iktibar yang betul daripada mesej yang disampaikan oleh orang Melayu? Bagaimana formula pembaharuan yang diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri kelmarin dapat diterjemahkan pada pilihan raya akan datang khususnya Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini.



Kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, Allah telah menurunkan 'hero Melayu baru'. Ucapannya datang dari lubuk hati dan adalah suara UMNO yang sebenar serta mewakili aspirasi majoriti Melayu.



"UMNO perlu perubahan drastik dan holistik. Beliau tegas dalam hal ini. Beliau jelas dengan kaedah pembaharuan UMNO iaitu melalui perkaderan," kata Saifudin.



Bagi Datuk Hashim Suboh pula, bakal Presiden UMNO itu bersikap amat realistik dalam melakarkan hala tuju dan transformasi perjuangan UMNO dengan mengakui kelemahan-kelemahan UMNO. Beliau juga dapat menghidu kelemahan UMNO di semua peringkat yang kerap kali menjadi asas kepada penilaian rakyat terhadap parti selama ini.



Sudah tentu UMNO tidak boleh saban masa menagih sokongan rakyat semata-mata dengan membangkitkan jasa-jasa parti di dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia. UMNO sebaliknya perlu sentiasa ke depan dalam menampilkan agenda-agenda baru supaya ia sentiasa segar, relevan dan seiring dengan tuntutan zaman.



Menurut Hashim, masalah besar UMNO adalah kerana parti ini terlalu lama menjadi parti pemerintah dan parti kerajaan. Tempoh masa ini telah memerangkap pemimpin dan ahli UMNO dalam zon selesa sebagai 'kerajaan'. Akhirnya kedudukan UMNO dikelirukan dengan tanggapan UMNO itu kerajaan dan sebaliknya.



"Akibatnya parti tidak kelihatan berfungsi sepanjang masa kerana wujud tanggapan bahawa apa jua yang dibuat oleh kerajaan adalah juga merupakan aktiviti atau program parti," kata Ketua Penerangan UMNO Perlis itu.



Tidak hairanlah setiap kali pilihan raya, UMNO tidak turun sebagai sebuah parti tetapi menyerahkan sebahagian besar tanggungjawab kepada jabatan seperti Kemas, Jabatan Penerangan dan sebagainya.



Kegagalan meletakkan garis pemisah di antara parti pemerintah dan kerajaan pula telah menyuburkan sindrom membisu yang cukup ketara dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.



"Barangkali kerana tidak mahu berbeza pandangan dengan kerajaan, UMNO tidak lagi bercakap tentang isu rakyat di peringkat akar umbi sekali gus membuka ruang yang luas kepada pembangkang untuk muncul dalam menjuarai isu-isu rakyat," jelasnya.



Dengan pendekatan demikian maka terpancarlah imej bahawa pemimpin pembangkang itu lebih berani, komited dan dekat dengan rakyat walaupun hakikatnya yang saban masa bekerja keras adalah pemimpin-pemimpin UMNO.



Desakan Najib supaya pemimpin UMNO lebih memberikan perhatian kepada perkhidmatan dan berdampingan dengan rakyat sememangnya bertepatan dengan hasrat rakyat di peringkat akar umbi.



Hashim yang juga Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia mengajak para pemimpin di semua peringkat mengikis 'Sindrom Jentuai Padi' yang hanya muncul ketika musim pemilihan serta ketika pilihan raya umum hampir tiba.



"Justeru, amatlah penting untuk UMNO kembali 'dirakyatkan.' Agenda merakyatkan UMNO menjadi begitu penting kerana pemimpin-pemimpin parti dikatakan sombong, angkuh dan tidak mesra rakyat," kata beliau.



Pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang tebal dengan imej 'orang besar' sering tidak pandai menyesuaikan diri dengan rakyat kerana biasanya mereka hanya hadir ke majlis rasmi yang sarat dengan formaliti dan mengganggu interaksi pemimpin dengan rakyat.



"Lihat sahajalah betapa di setiap pilihan raya kecil, Pak-Pak Menteri hanya turun untuk berucap dan merasmikan program sedangkan pada masa yang sama pemimpin pembangkang tanpa perlu menjanjikan apa-apa sentiasa berada bersama pengundi untuk mendengar masalah dan rintihan rakyat.



"UMNO sebagai parti pemerintah perlu kembali memberikan tumpuan kepada agenda untuk memperkasakan rakyat di peringkat akar umbi. Bajet dan projek-projek ekonomi yang wajib diutamakan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO mestilah sentiasa mengutamakan projek yang berimpak dan berskala besar serta bersifat people centric.



"Alangkah besarnya harapan rakyat untuk melihat gagasan-gagasan besar yang melahirkan Felda, Felcra, Tabung Haji, PNB, ASN dan sebagainya dapat diketengahkan di sebalik keghairahan untuk mengetengahkan projekprojek bertaraf dunia yang jauh daripada mendekati keperluan sebenar rakyat," kata Hashim.



Beliau berpendapat, rakyat akan lebih menghargai UMNO sekiranya peruntukan berbilion ringgit untuk Value Cap diberikan sebagai dana untuk menampung kerugian petani dan pekebun kecil yang terjejas akibat penurunan harga getah dan kelapa sawit.



Bagi menjayakan agenda transformasi perjuangan ini, sudah tentu UMNO perlu memiliki barisan kepimpinan yang bukan sahaja berwawasan besar tetapi lebih penting, mereka yang sentiasa bersama dengan rakyat.



"Tiada guna kita memiliki pemimpin yang hanya berwawasan besar tetapi amat tipis perkhidmatan dan pendampingannya dengan rakyat," jelas Hashim lagi.



Pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO perlu lebih agresif dan kembali ke alam "Pemuda tahan lasak dan kumpulan pendesak" kerana inilah yang sebenarnya menjadi imaginasi anak-anak muda apabila mereka terlibat dengan politik.



"Pemimpin generasi baru UMNO juga tidak boleh terus tenggelam dengan imej korporat dan keghairahan yang melampau untuk memburu gelaran 'Datuk' yang sebenarnya hanya mewujudkan jurang antara mereka dengan anak-anak muda yang mahu dipujuk untuk menyertai UMNO itu," kata beliau.




Menurut Hashim, gaya dan pendekatan elitis tidak lagi boleh menjadikan UMNO hebat kerana akhirnya yang akan menentukan kejayaan parti adalah pengundi muda dan rakyat yang sudah jengkil dan muak melihat pemimpin-pemimpin muda UMNO yang ranggi itu.

Thursday, March 26, 2009

KJ: Suatu "Kemenangan" yg menambah parah dan bebanan kepada UMNO/BN

Salam Perjuangan


Minda penulis masih lagi berfikir dan cuba memahami apakah yang dimahukan oleh perwakilan pemuda... Khairi Jamaludin telah menang selaku ketua pergeram Pemuda UMNO Malaysia - satu kejutan walhal suara akar umbi dan jumlah pencalonan sememangnya mahukan Dato' Mukhriz Tun Mahathir yg jelas mahu membawa perubahan besar dalam Pergerakan Pemuda melalui Slogan "Berani Berubah".


Apakah 304 Perwakilan Pemuda yang memilih KJ melihat ganjaran kewangan, harta dan pangkat lebih besar daripada idealisma sejati Pemuda UMNO Malaysia... ramai kecewa bukan sahaja ahli UMNO dan pemuda di peringkat marhaen malahan seluruh rakyat Malaysia...


Khairy adalah liabiliti kepada BN, UMNO dan Pemuda dan dengan memilihnya apakah dapat memperbaiki Pemuda dan UMNO atau menyebabkan semakin jauh rakyat, ahli UMNO dan golongan muda kepada UMNO...



Benar Dato' Mukhriz HANYA SALAM KOSONG (SK) seperti kata Dato' Najib - Dato' Mukhriz berpegang teguh pada prinsip TIDAK PADA POLITIK WANG! walaupun kita tahu Beri Salah (Rasuah) tak beri Kalah - namun demi perubahan Pemuda dan UMNO Dato' Mukhriz sanggup mengambil risiko ini. Tapi apa balasan perwakilan Pemuda??? Pemuda sendiri mengkhianati perjuangan UMNO dengan memilih Khiry.


Terbukti Khairi BERSALAH POLITIK WANG! dan tanyalah kepimpinan UMNO di bahagian atau tertinggi mereka tahu Khairy tabur duit untuk lobi kemenangan ini... tapi kenapa masih mahukan Khairy???



Khairy janji projek ke? Khairi SALAM ISI (RASUAH) menyebabkan mereka memilih Khairy... Pelik jika pencalonan Mukhriz sikit punya berlambak... banyak meninggalkan jauh Khir Dan KJ tetapi akhirnya Mukhriz mendapat tempat tercorot undian selaku ketua pemuda... apa yg berlaku...



Apakah sogokan pergi karaoke, disko, rumah urut, wanita, janji projek, wang HARAM dan lain-lain lagi melenturkan hati perwakilan pemuda??? Bagi saya pemuda sudah hilang maruah dan perwakilan yg mengundi Khairy menjahanamkan UMNO dan mengkhianati MELAYU dan ISLAM...


Senario di PWTC:
Keadaan begitu tegang hinggakan Kemenangan Khairy ini, yang diberikan terbukti bersalah dan hanya dihukum diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pemilihan Umno (main duit) , dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz.


Mereka berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno. Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.


Mungkin TERBUKTI benar wujud konspirasi bagi memenangkan Khairy (KJ) yg mana berita mengatakan Pak Lah sudi lepas jawatan Presiden UMNO dan PM kepada Najib dengan syarat Najib Bantu Khairi jadi Ketua Pemuda dan projek-projek kroninya jangan diganggu atau dibatalkan seperti Pak Lah buat pada Tun Mahatir.



Harapan kini terletak pada saudara Razali "Kid" selaku naib Ketua Pemuda UMNO yg berjaya menumbangkan regu Khairy iaitu Rizal Merican... Harapnya Rizal teguh dengan prinsip dan jati diri tulen pejuang dan berani menegakkan kebenaran walau terpaksa mencabar Khairy selaku ketuanya nanti kerana yg pasti Khairy akan menggunakan senjata sama "kepala agong" untuk mengekalkan sokongan kepada beliau...


Saya yakin kalau 1 lawan 1 KJ lawan Mukhriz pasti Mukhriz menang... sebab Razali "kid" menang lawan Rizal disebabkan undi solid perwakilan yg mahukan perubahan dalan UMNO dan Pemuda...



Kekalahan Mukhriz adalah kerana berlaku perpecahan undi bagi perwakilan yang mahukan pembaharuan dengan undi pecah antara Mukhriz dan Khir Toyo... Takdir Allah SWT siapa yg dapat melawannya... kita harus akur. Saya Berbangga dan Menjunjung ketulusan dan sikap gentleman Mukhriz walaupun tewas teruk masih naik ke pentas mengangkat tangan Khairy membuktikan mukhriz mementingkan perpaduan dalam Pemuda UMNO walau jauh disudut hati kita semua tahu Mukhriz lah yg sepatutnya menang... dan telah tertewas akibat permainan jijik, keji dan hina Khairy...Apa akan jadi selepas ini ya? Apakah telah berakhir perjuangan membawa perubahan dalam Pemuda UMNO? TIDAK!!!...



Kepada Pemimpin Pemuda yang mendokong aspirasi berani berubah dan mahu membawa perubahan kita perlu fleksibel dan menyusun semula gerakan kita dan terus berpegang jitu kepada prinsip dan semangat pejuang sejati... biarkan mereka yg mahukan wang, duit, harta, pangkat dan projek bernaung dibawah Khairy... namun kita harus bersatu dan berani bersuara menegur dan bertindak jika budaya itu terus dipupuk dan menular dalam Pergerakan Pemuda walau kita berperang dan berpatah arang dengan Ketua Pemuda KJ ini.



Apakah kita ingat org yg menang kerana menggunakan taktik keji, hina dan busuk akan cuba membersihkan Pemuda dari gejala yang dia sendiri amalakan???. Walaupun usaha dilakukan rasanya apakah akan mendapat kepercayaan dan sokongan???



Bos sendiri main duit nak betulkan kami??? apa akan jadi nanti??... namun saya percaya Allah maha adil dan janji Allah itu benar... bersama kita berdoa agar Allah mentakdirkan perjuangan yg suci dan benar-benar sejati akan mencul bersama pergerakan Pemuda UMNO ini...



Moga Allah memberikan ketabahan hati dan semangat buat Mukhriz dan rakan-rakan pejuang tulen dalam Pemuda UMNO agar terus berjuang tanpa jemu walau menghadapi ketewasan ini... percayalah Allah bersama orang-orang yang benar...

Kemenangan Khairy tak mewakili suara perwakilan


Kemenangan yang diperolehi oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar disifatkan tidak mewakili apa yang dimahukan oleh perwakilan tegas penulis blog tersohor, Ahirudin Attan atau mesra dikenal Rocky Bru <http://rockybru.com.my/>


Beliau menegaskan Khairy memperolehi kemenangan disebabkan dua calon lain tidak mahu berkompromi bagi memastikan hasrat perwakilan dapat direalisasikan.


"Kemenangan tipis Khairy itu memberikan gambaran bahawa perwakilan sebenarnya tidak mahukan beliau.


"Jika salah seorang dari dua calon lain itu menarik diri, mustahil untuk Khairy mencapai kemenangan," tegas Rocky.


Rocky juga menegaskan kemenangan Khairy ini merupakan peluang terbaik untuk Najib merombak sistem pemilihan pimpinan Umno dan menyerahkan kepada ahli-ahli untuk menentukan pemimpin yang mereka mahukan.


Kemenangan Khairy itu juga disifatkan sebagai cabaran yang begitu besar bagi Umno untuk memastikan ketua Pemuda Umno yang baru itu bukan liabiliti kepada parti.


"Kemenangan itu juga merupakan cabaran besar buat Khairy untuk mengetuai sayap penting Umno," tegas beliau.


Rocky juga menegaskan kemenangan itu merupakan peluang Khairy untuk membersihkan nama dan membuktikan pendapat orang terhadap beliau selama ini salah.

Wednesday, March 25, 2009

Tuesday, March 24, 2009

Semoga Berjaya Mukhriz!: Hasrat Akar Umbi UMNO

Tagline Mukhriz: Berani Berubah


Photobucket

Survey Mukhriz: 58% Percaya Mukhriz Terbaik

Anak Bapa Vs Anak Mertua


Photobucket

Generasi Muda menyokong Mukhriz


Photobucket

Sokongan Bapa


Photobucket
Karisma Ketokohan Bapa

Semoga Najib dapat team terbaik


1) HAKIKATNYA, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan parti yang lemah dan penuh cabaran.



2) Apa yang beliau hadapi sama seperti yang dialami bapanya, Tun Abdul Razak kira-kira 40 tahun lalu. Ketika itu berlaku Peristiwa 13 Mei 1969. Tidak banyak bezanya antara apa yang berlaku waktu itu dengan sekarang.



3) Bagi menghadapi situasi yang cukup mencabar itu, Tun Razak mengambil 'singa politik' dari Johor, Tun Ismail sebagai timbalannya.



4) Gandingan dua singa ini telah menjadikan kepemimpinan UMNO menjadi mantap. Tun Razak dan Tun Ismail telah menangani kegawatan politik dan sosial dengan jayanya.



5) Kini sesudah 40 tahun, sejarah itu berlalu, waris Tun Razak, Datuk Sri Najib yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri keenam akan menerajui UMNO dan negara pada April 2009.



6) Tidak mudah bagi Najib berseorangan menangani krisis politik dan ekonomi yang dihadapi oleh UMNO dan negara sekarang.



7) Justeru, selain beliau memerlukan regu kepemimpinan, beliau juga memerlukan satu team (pasukan) kepemimpinan yang kuat. Regu dan pasukan yang Najib perlukan tentunya daripada mereka yang berpengalaman dan berkebolehan dalam politik dan kerajaan.



8) Tidak ada lagi selepas ini pemimpin tangkap muat dan hanya sekadar bergantung pada populariti semata-mata.



9) Najib dalam wawancara dengan akhbar arus perdana Ahad lalu sudah membayangkan ciri-ciri pemimpin yang beliau mahukan sama ada sebagai regu mahu pun anggota team kepemimpinannya.



10) Ini kerana apa yang bakal beliau hadapi memerlukan satu kebijaksanaan tindakan terutama bagi memulihkan kekuatan UMNO dan mengatasi kegawatan ekonomi negara.



11) Najib sudah tentu mahu membawa lebih banyak singa dan harimau di atas gunung bagi mendepani cabaran yang ada.



12) Pemimpin yang hanya mahu menjadi pak turut atau pengampu sudah tidak sesuai lagi sekarang. Kita perlukan pemimpin yang berani dan lantang sesuai dengan kehendak rakyat terbanyak.



13) Sebab itulah Najib mahukan mereka yang bakal dipilih dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini, mereka yang bukan saja diterima oleh UMNO tetapi juga rakyat. Inilah yang perlu difikirkan oleh lebih 2,500 perwakilan dalam pemilihan kali ini.



14) Pemilihan kali ini berbeza sama sekali dengan pemilihan sebelumnya. Ini kerana UMNO mendapat presiden baru dan berlaku pemilihan untuk timbalannya.



15) Setiap mereka yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda, Wanita, Puteri serta exconya tentu sudah 'mengukur baju di badan sendiri'.


16) Satu keazaman yang perlu ada pada perwakilan, jika mereka mahu UMNO menjadi bersih dan kelihatan bersih, tolaklah mereka yang rasuah.



17) Pilihlah mereka yang benar-benar berkebolehan dan berpengalaman.



18) Jangan tersalah pilih dengan memilih mereka yang berkepentingan dan hanya mengejar kedudukan. Ingatlah, kini UMNO sudah berada di penghujung jalan.



19) Hanya tinggal empat tahun saja lagi untuk membuktikan UMNO masih relevan dan diterima rakyat. Seluruh rakyat sedang memerhati siapa yang bakal menerajui UMNO.



20) Tersalah pilih, mereka akan mengajar kita pada pilihan raya ke-13 nanti.



21) Sebab itu Najib menyebutkan tiga ciri pemimpin yang beliau kehendaki iaitu


(a) pertama pemimpin yang komited kepada perjuangan UMNO lebih daripada diri atau kelompok.


(b) Kedua, bersikap terbuka melakukan perubahan, dan


(c) ketiga mesti pemimpin yang mencerminkan apa yang baik di sisi rakyat.



22) Maksudnya, apa yang rakyat pandang baik yang harus ada pada pemimpin, maka pemimpin itu sebaik-baiknya dipilih.



23) Najib telah berlaku jujur kepada perwakilan UMNO, dengan mengatakan beliau mahukan satu pasukan yang berwibawa memandangkan UMNO dan kerajaan menghadapi keadaan yang begitu mencabar.



24) Jika ahli-ahli UMNO telah memberi kepercayaan kepada Najib untuk menerajui parti, maka adalah wajar mereka memberikan Najib sebuah pasukan yang dimahukannya dengan memilih pemimpin yang berintegriti dan berwibawa bagi masa depan UMNO dan negara.

Monday, March 23, 2009

Pembersihan parti perlu kerjasama padu iltizam ahli


PERALIHAN kepemimpinan dalam Umno akan berlaku selepas berakhirnya Perhimpunan Agung minggu ini sekali gus menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih sebagai Presiden parti dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada masa yang sama, Najib akan mengetuai pasukan baru Umno yang dipilih oleh kira-kira 2,000 perwakilan.



Justeru, tanggungjawab perwakilan Umno pada perhimpunan agung kali ini amat besar kerana barisan kepemimpinan yang bakal mereka pilih, daripada ketua Pergerakan Puteri, Pemuda, Wanita, ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden hinggalah kepada Timbalan Presiden, bakal mencorakkan masa depan parti di bawah kepemimpinan Najib.



Seperti dibayangkan oleh Najib dalam temuramah khas disiarkan akhbar ini semalam, beliau memerlukan barisan baru yang terbuka dan sanggup melakukan perubahan. Dalam kata lain, barisan yang dimaksudkan Timbalan Presiden Umno itu mesti komited pada perjuangan parti lebih daripada memikirkan diri atau kelompok sendiri.



Perkara kedua digariskan Najib ialah mereka yang bersikap terbuka iaitu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan perubahan, manakala ketiganya ialah pemimpin yang mencerminkan apa yang baik di sisi rakyat. Ciri-ciri pemimpin sebeginilah yang sebaik-baiknya dipilih oleh perwakilan nanti untuk menduduki pelbagai jawatan dalam parti.



Kini terserahlah kepada perwakilan untuk memastikan calon yang memiliki ciri-ciri itu terpilih dalam barisan baru kepemimpinan Umno apabila mereka mengundi nanti. Kita menjangka, Najib akan memperincikan kriteria itu apabila buat kali terakhir selaku Timbalan Presiden, beliau akan berucap merasmikan serentak perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri malam esok.



Bukan saja ahli Umno, malah rakyat terutama orang Melayu mahukan perubahan dalam Umno jika parti itu mahu terus relevan. Umno perlu berubah jika tidak mahu diubah pada pilihan raya umum akan datang. Inilah juga tugas berat Najib yang bakal memimpin parti dan kerajaan dalam suasana yang amat mencabar, dihambat oleh kegawatan ekonomi dan kemelut politik yang tidak pernah dihadapi oleh mana-mana Presiden Umno atau Perdana Menteri sebaik memulakan tugas nombor satu itu sejak 50 tahun lalu.



Umno perlu melakukan pengukuhan budaya dan sistem nilai pada semua peringkat bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Bayangan awal usaha Najib untuk memulihkan imej Umno dan integriti pemimpinnya ialah apabila beliau berjanji melakukan ‘pembersihan’ dalam Umno dan membuat perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu pada dialog sempena Perasmian Persidangan Agenda Integriti Nasional, di ibu negara, Selasa lalu.



Tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap beberapa calon kerana melanggar etika parti dan mengamalkan politik wang boleh dianggap permulaan langkah ke arah perubahan dan pemulihan Umno supaya ia terus relevan sebagai parti yang menjadi tonggak pemerintahan negara ini.

Saturday, March 21, 2009

Politik wang ancam kestabilan bangsa, negara


POLITIK wang menjadi penyakit yang mengancam masa depan sesebuah parti politik. Malah ia turut mengancam bangsa dan negara. Individu yang terlibat dalam politik wang ini biasanya menganut fahaman "matlamat menghalalkan segala cara".



Menjelang pemilihan UMNO, banyak pihak menyuarakan kebimbangan apabila wujudnya pelobi atau orang tengah. Situasi ini sebenarnya lebih menyemarakkan lagi gejala politik wang yang kian berleluasa dalam parti itu.



Jika ia tidak dibendung dan dibanteras, sudah pasti akan wujud senario tidak sihat dalam parti dan lambat-laun UMNO sendiri musnah akibat tindak-tanduk ahlinya.



Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah lama mengeluarkan arahan agar pasukan pemantau mengawasi ejen-ejen ini bagi memastikan tidak berlaku gejala rasuah. Namun, tidak dapat dipastikan sejauh manakah kejayaan pasukan pemantau menangani hal tersebut.



Sirah negara bangsa memperlihatkan gejala rasuah boleh meruntuhkan tamadun.
Ramai yang tahu keburukannya tetapi mereka tidak menghiraukannya. Mereka seolah-olah lupa firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (Surah Al-Baqarah Ayat 168).



Hari ini ramai ahli politik menjadi hipokrit kerana budaya politik wang.
Pemilihan pemimpin akhirnya bukan lagi dibuat atas landasan "memperjuangkan kehendak rakyat dan kepentingan negara" sebaliknya "siapa yang banyak menabur wang dan menjanjikan habuan."



Hakikatnya politik wang mengajar pengikut menjadi tidak bertanggungjawab dan kita mendidik mereka untuk menipu. Kuasa bukan lagi untuk kepentingan masa depan, sebaliknya kuasa menjadi jambatan kekayaan. Politik kekuasaan hanya akan melahirkan golongan ahli politik kaya raya yang menggunakan kuasa dan kekayaan untuk menjajah pemikiran rakyat.



Jangan marahkan rakyat, khususnya bangsa Melayu sekiranya mereka terus meminta-minta dan mengharapkan tongkat kerana puncanya kerana didikan ahli politik yang gilakan kuasa dan menggunakan politik wang.



Aliran politik wang menjadikan ahli politik yang tidak berduit seolah-olah tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kerana gagal menabur wang, ahli-ahli politik yang beretika dan bermaruah sudah tidak mempunyai tempat dalam dunia politik.



Ironinya, rasuah, politik wang bercanggah sama ada dari sudut hukum duniawi mahupun ukhrawi untuk mengorak langkah membina semula penyertaan politik di kalangan ahlinya secara sihat, berakhlak dan beretika.

Friday, March 20, 2009

Sejauh mana ketelusan SPRM diperhati rakyat

HAMPIR setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berita rasuah, politik wang dan penyelewengan kuasa di media massa. Ia bukan saja membabitkan pihak bawahan, bahkan pemimpin atasan.


Tindakan seadil-adilnya perlu dikenakan kepada pihak berkenaan kerana negara memerlukan pemimpin yang benar-benar bersih daripada penyelewengan dan salah guna kuasa. Pemimpin bersih, adil dan bijaksana diperlukan untuk memacu pembangunan negara.


Jika pemimpin melakukan penyelewengan, sudah tentu ia akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya dan jika tidak diperangi dari awal lagi, ia akan menjadi barah. Oleh itu, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat bertepatan untuk memerangi permasalahan ini.


Rakyat memerhati sejauh manakah tindakan SPRM terhadap pelaku jenayah terbabit. SPRM perlu berani, profesional dan telus untuk mengambil tindakan kepada sesiapa saja tanpa memilih bulu. Tindakan bukan saja kepada 'ikan bilis' tetapi juga kepada 'ikan jerung'.


Di samping itu, langkah menubuhkan Institut Integriti Malaysia adalah satu lagi tindakan yang amat bertepatan pada masanya untuk memerangi salah laku di kalangan penguat kuasa. Ini bagi memastikan penguat kuasa melaksanakan tanggungjawab dengan amanah, cekap dan berkesan. Kedua-dua badan itu perlu menangani sebarang salah laku rasuah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan pendekatan terbaik.


Siasatan kes penyelewengan berprofil tinggi perlu disegerakan tetapi pada masa yang sama semua pihak mendapat keadilan. Rakyat perlu diyakini agar kes penyelewengan diperangi secara menyeluruh. Tanggungjawab untuk memeranginya bukan saja terletak pada SPRM saja tetapi membabitkan semua individu.


Kesedaran yang tinggi mengenai jeleknya jenayah penyelewengan dan rasuah perlu diterapkan di setiap sanubari individu. Kesedaran itu harus dimulakan sejak kecil lagi dan antara caranya ialah didikan ibu bapa dan guru. Anak perlu diajar dan dibudayakan dalam diri mereka agar menjauhi jenayah. Mereka bakal generasi pemimpin akan datang. Didikan sejak kecil lagi boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dengan jenayah penyelewengan dan rasuah apabila menjadi pemimpin pada masa depan.


Membudayakan kehidupan tanpa penyelewengan dan rasuah akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan organisasi dan negara. Oleh itu, setiap tindakan pencegahan memerangi jenayah ini perlu disokong sepenuhnya tanpa berbelah bagi supaya ia tidak menjadi budaya dan amalan dalam kehidupan seharian rakyat

Tuesday, March 17, 2009

Rasuah dalam UMNO: Penyuap dah kena, yang MELAHAP bila lagi?



Percayalah: Rakyat Malaysia akan bersama kembali menyokong BN dan UMNO sekiranya RASUAH dibersihkan dan pemimpin yang bersih dan mesra rakyat. Pemimpin yang memahami aspirasi perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan bukannya pemimpin yang MELAHAP untuk diri dan keluarga.


1. Dua calon jawatan tinggi dalam pemilihan UMNO di dapati bersalah.

2. Dua juga keputusan yang berlainan. Satu dilucutkan kelayakan bertanding dan satu lagi diberi amaran dan dibenarkan bertanding.

3. Apapun keputusan, sudah tentu Lembaga Disiplin ambil berlandaskan Perlembagaan UMNO dan Tataetika ahli.

4. Penulis amat berbesar hati sekiranya Lembaga Disiplin dapat juga memaklumkan kepada ahli UMNO jumlah wang yang digunakan oleh mereka yang terlibat. Ini kerana sebagai ahli UMNO, penulis rasa berhak untuk mengetahui jumlah wang yang terlibat.



Kita tak perlu pertahankan amalan rasuah! Kita kena selamatkan bangsa dan rakyat dan bukannya pemimpin KORUPSI!


5. Penulis percaya ramai ahli UMNO yang ingin tahu jumlah yang telah ‘dilaburkan’. Seperti menjatuhkan hukuman kepada pesalah sebagai contoh mencuri, kesalahan mencuri adalah satu perkara dan benda yang dicuri adalah satu perkara yang berbeza.

6. Apa2pun yang bersalah tetap bersalah dan yang benar tetap benar.




7. Tengku memaklumkan bahawa Khairy bertanggungjawab terhadap tindakan ejennya, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen enggan mendedahkan identitinya. Bagaimanapun, katanya, kesalahan yang dilakukan oleh ejen Khairy itu tidak seberat kes yang membabitkan Mohd Ali. Apa ni Tengku, ada pula kes berat, kes ringan? Kalau sudah langgar tu langgar la. Apa pula "double standard".


8. SPRM di harap bertindak cepat untuk menyiasat dari manakah sumber kewangan yang perolehi oleh PERASUAH-PERASUAH ini untuk menjalankan misi politik wang beliau !!!!!! Mereka telah tidak dibenarkan bertanding kerana politik wang. Pemberi rasuah telah di jumpai.Yang menerima rasuah macam mana pula??


9. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke bumi jua ia jatuh.


10. Tetapi takkan tindakan disiplin dikenakan kepada si pemberi sahaja? bagaimana dengan penerima?? Terlepas begitu sahaja?


11. Jangan SPRM selepas ini di anggap sebagai suruhanjaya penipu rakyat Malaysia dengan mengalihkan perhatian ke isu lain.



12. Bersihkan UMNO dari PERASUAH dan mereka yang kebuloq duit.

Dr M: Najib 'jerat leher' jika lantik anggota kabinet rasuah


BEBASKAN DAN BERSIHKAN UMNO DARI PERASUAH DAN PUAK² KEBULOq DUIT !!



Lembaga Disiplin UMNO patut serahkan kes rasuah kepada SPRM!

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Tun Razak "akan menjerat lehernya sendiri" jika beliau melantik pemimpin yang rasuah menganggotai kabinet barunya nanti."

Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

"Jadi apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, maka seperti yang telah saya katakan, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," katanya.

Perdana menteri keempat itu menegaskan demikian dalam wacana mengenai Demokrasi dan Kepimpinan Masa Depan Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan hari ini.Oleh itu, menasihati Najib supaya memastikan barisan kabinet terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.

Dr Mahathir memang kritikal terhadap pentadbiran penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan sejak kebelakangan ini, juga turut kritikal terhadap Najib.Najib akan diisytiharkan secara rasmi menjadi presiden Umno pada 26 Mac depan sewaktu perhimpunan agung Umno.

Bagaimanapun, tidak jelas bilakah beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri.Najib dijangka mengambil alih kuasa daripada Abdullah sebagai sebahagian daripada pelan peralihan kuasa, tetapi Dr Mahathir masih tidak yakin yang ianya akan menjadi kenyataan.
Menurut Dr Mahathir ia hanya satu konvensyen parti bahawa presiden Umno akan dilantik sebagai perdana menteri, tetapi ini tidak dikehendaki oleh undang-undang.


Daripada pengalamannya sendiri, Dr Mahathir berkata, perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn tidak melepaskan jawatannya sehinggalah dua minggu selepas beliau (Dr Mahathir) dilantik sebagai presiden Umno pada 1981.



Ali Rustam digantung?



KUALA LUMPUR 16 Mac – Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, esok.


Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.


Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di sini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.


Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan di Hotel Bluewave, Shah Alam malam ini, tetap enggan mengulas perkara tersebut.


“Tanyalah Lembaga Disiplin,” katanya sambil menjelaskan pertemuannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Melaka esok tiada kaitan dengan desas-desus tindakan Lembaga Disiplin itu.


Menurut beliau, pertemuan itu bagi membincangkan persiapan ke Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini.

Ditanya pula jika salah seorang calon Timbalan Presiden yang bakal dikenakan tindakan itu adalah dirinya, Mohd. Ali berkata: “Tak ada... tak ada, kerana itu saya datang (ke majlis bertemu perwakilan malam ini).”

Selain Mohd. Ali, turut bertanding merebut jawatan yang sama ialah Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dalam pada itu, sumber dalaman mengesahkan bahawa ahli-ahli Lembaga Disiplin telah membuat siasatan dan memanggil beberapa pemimpin kanan UMNO untuk memberi penjelasan terhadap pembabitan mereka dalam politik wang dan pelbagai kesalahan minggu lalu.


‘‘Ahli-ahli Lembaga Disiplin telah membuat cadangan agar beberapa pemimpin kanan parti yang akan bertanding jawatan tertinggi sama ada digantung ataupun dilarang bertanding dalam pemilihan UMNO pada 25 dan 26 Mac ini,’’ katanya ketika dihubungi.


Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai beberapa pemimpin kanan UMNO dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti berhubung kesalahan politik wang.


Desas-desus mengaitkan beberapa calon jawatan tertinggi UMNO diarah berbuat demikian mula tersebar luas sejak seminggu lalu.


Bagaimanapun beberapa pemimpin parti termasuk calon Timbalan Presiden mengambil sikap ‘membisu’ ketika ditanya kesahihan desas-desus tersebut.


Tengku Ahmad Rithauddeen pula ketika diminta mengesahkan tentang adanya calon jawatan tertinggi dipanggil memberi keterangan bertegas, walau apa pun keadaan, beliau tetap tidak akan membuat sebarang ulasan.


Beberapa lagi anggota Lembaga Disiplin yang cuba dihubungi turut mengelak daripada berbuat demikian.


Pada mesyuaratnya esok, Lembaga Disiplin turut dijangka mencadangkan pemimpin yang telah didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan hilang hak bertanding.

Sumber dalaman itu menambah, Lembaga Disiplin juga telah memutuskan untuk menarik hak bertanding pemimpin-pemimpin yang disiasat oleh SPRM kerana terlibat dalam politik wang.


Dalam pada itu, di Shah Alam, calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tidak mengiya atau menidakkan desas-desus beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin.


Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia, enggan mengulas perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk mengumumkannya.


“Saya tidak cakap pasal ini, kita tunggu pengumuman Lembaga Disiplin esok,” katanya.

Monday, March 16, 2009

Rasuah dalam UMNO: Calon hilang kelayakan tanding?


Bersihkan RASUAH, POLITIK WANG demi masa depan UMNO. Tolak pemimpin KORUP. MALULAH JIKA HARGA DIRI DAN MARUAH MASA DEPAN BANGSA BOLEH DIBELI HANYALAH RM50, RM1,000

PETALING JAYA: Lebih 20 calon yang bertanding pada pemilihan umno kali ini dijangka menemui Jawatankuasa Disiplin parti minggu ini, dipercayai berhubung kes salah laku kempen dan politik wang.

Mereka termasuklah beberapa calon jawatan utama yang berkemungkinan dikenakan hukuman hilang kelayakan bertanding.

Beberapa calon terbabit yang disebut-sebut tidak dapat dihubungi mStar Online yang berusaha menghubungi mereka.

"Difahamkan Lembaga Disiplin sudah mengeluarkan surat...dipercayai beberapa calon utama terlibat.


"Ada yang merayu dan ada kemungkinan hilang kelayakan bertanding," kata sumber kepada mStar Online hari ini.


Difahamkan Lembaga Disiplin akan mengumumkan keputusannya menjelang Rabu ini. Antara hukuman yang bakal dikenakan termasuklah amaran, hilang kelayakan bertanding ataupun digantung keahlian selama tiga tahun.

Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini.Pemilihan diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan bulan ini.

Penghujung tahun lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata beliau ada menerima laporan berhubung aduan politik wang bagi jawatan tertinggi, Timbalan dan Naib Presiden parti.


Jumaat lalu, calon Majlis Tertinggi (MT) Datuk Mohamad Norza Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua tuduhan rasuah.


Beliau yang meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.


Bagaimanapun Mohamad Norza berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai anggota MT hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.


Sebaliknya, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu berkata, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan Umno yang akan diadakan hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Minggu lepas, dua pegawai Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk setiausaha politiknya yang bergelar Datuk sebelum dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.


Ketika ditahan, SPRM menemui RM70,000 dalam kereta setiausaha politik itu, dipercayai untuk diagihkan kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.

Setiausaha politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi MT

Saturday, March 14, 2009

Pilihan raya: BN umum calon tiga kawasan serentak

3 Calon BN:
Parlimen Bukit Gantang: Ismail Safian
DUN Bukit Selambau: S. Ganesan
DUN Batang Ai:


Parlimen Bukit Gantang:

Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan calon bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan serentak pada 7 April ini.


Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, BN akan diwakili oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagiannya, Ismail Saffian.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berkenaan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat sini hari ini.


Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.


Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.


Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan.


"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.
Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.


Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.


Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lepas.


Pada pilihan raya umum lepas, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.


Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lainlain pengundi 0.4 peratus.


Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang dan pada pilihan raya umum lepas BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.


DUN Bukit Selambau:
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.


Pemilihan Ganesan, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, diumumkan Timbalan Perdana Menteri hari ini, beberapa jam selepas beliau mengumumkan Ismail Saffian sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.


Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal bulan lepas.



DUN Batang Ai
Bagi DUN Batang Ai, Barisan Nasional Sarawak memilih Malcolm Mussen anak Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak sebagai calon.


Bagaimanapun, calon yang dipilih itu perlu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mesyuarat parti-parti komponen BN Sarawak hari ini.


"Kami sebulat suara telah memperakui calon Parti Rakyat Sarawak (PRs) bagi kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di sini hari ini.


Taib, yang juga pengerusi BN negeri, enggan mendedahkan nama calon itu, menyatakan ia akan diserahkan kepada perdana menteri untuk kelulusan dan dijangka diumumkan pada Isnin.


Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing mengesahkan PRS telah mencalonkan Malcom Mussen Lamoh, 49, jurutera di Jabatan Pertanian, sebagai calon BN bagi Batang Ai.


Bapa kepada tiga cahaya mata, Mussen merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pembuatan Sistem Kejuruteraan dari Universiti Warwick dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian) dari Univerisiti Putra Malaysia (UPM).


Kerusi Batang Ai kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lalu selepas berada dalam keadaan koma akibat serangan angin ahmar selama sembilan bulan.


Dalam pilihan raya negeri pada Mei 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.


Pada pilihan raya negeri Sarawak 20 Mei, 2006, BN memenangi 62 daripada 71 kerusi.DAP menang enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua dan calon Bebas di satu kerusi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi ketiga-tiga kawasan pada 29 Mac dan hari pengundian pada 7 April, jika ada pertandingan.

PAS Yang Lesu lagi Bercelaru

Luahan hati penyokong PAS. Pahit tapi mmg ada kebenarannya yg tidak mungkin dilihat. PR13 nanti rakyat akan menghukum PAS yang bertindak seperti sesumpah

Mungkin ramai yg akan melenting bila saya menulis artikel ini. Mungkin juga segelintir yg akan setuju dengan apa yg akan diperkatakan. Yang penting adalah, kenapa & tujuan saya menulis pendapat ini adalah utk menegur parti yg masih saya hormati iaitu PAS.

PAS YANG LESU
Lagi dua hari lagi genap 1 tahun PAS bersama2 PR meneraju 4 Negeri + 1 Bekas Negeri. Sebagai rakyat biasa kita perlu lihat balik apa yg telah dilaksanakan oleh PAS dlm merancanakan matlamat @ objektif parti tersebut.**Matlamat PAS ialah memperjuangkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalam nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH. **Pas mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Persoalannya sekarang di mana PAS dlm menegakkan perkara2 diatas sejak sama2 memerintah 4 Negeri + 1 Bekas Negeri tersebut. Adakah makin hampir @ makin jauh? Dimana janji2 utk menegakkan panji Islam di negeri2 yg dikuasai. Dimana usaha2 utk melaksanakan apa yg diungkapkan di ceramah2 seluruh negara sewaktu pilihanraya? Dimana janji utk menghapus @ mengawalnya arak, maksiat & judi apabila menguasai negeri? Dimana?


Di Parlimen
Jika kita lihat di Parlimen. Dahulu PAS adalah sangat 'vokal' bila isu2 melibatkan Agama & Bangsa dimainkan. Tetapi PAS sekarang bukan lagi PAS dahulu. PAS telah hilang taring & menjadi 'parti lesu' di Parlimen. PAS tidak lagi nampak berjuang bila mahupun dr segi agama @pun bangsa.


PAS juga dormant apabila bercakap mengenai isu lain seperti ekonomi, perundangan, kewangan & lain2.Disamping tiada idea2 & isu2 yg bernas dicadangkn, nama2 dalam MP DAP lebih senonim dgn kita daripada MP PAS sendiri. Sebagai contoh Siapa MP PAS Sik ?


Bolehkah kita berikan jawapan secepat mungkin ? Sehinggakan kita perlu meneliti dgn
lebih dalam internet baru boleh kita ketahui jawapannya. Kenapa ini berlaku ? Adakah pimpinan PAS di Parlimen ketandusan Idea, Lesu @ Ilmu utk diketengahkan @ menonjol di Parlimen.Untuk mengambil hati rakyat perang Persepsi adalah amat penting.


Ini yg menjadi strategi DSAI utk menonjolkn ahli2nya. Cara ini juga digunakan oleh MP DAP utk menaikkan 'rating' masing2 di Parlimen dgn bertanyakan hal2 yg sensitif tanpa mengambil kira apa pandangan PAS sebagai rakan PR. Jika wakil PAS 'cerdik', isu2 yg dimainkan oleh DAP perlulah dilawan @ dipertikai tidak kira siapa mereka. Kawan @ lawan. Bersikap membisu akan menyebabkn persepsi masyarakat PAS sbg parti penumpang dlm PR.


Walaupun ada Ahli Parlimen PAS yg bercakap & mempamerkn idea2 yg bernas utk diketengahkan utk masyarakat tetapi ia tidak mencukupi. Utk menuju kearah 'parti replacement' UMNO, PAS perlu lebih kelihatan 'berkredibiliti' dimata masyarakat. Persoalan yg skrg kenapa PAS kelihatan seperti ’pengikut’ drpd menjadi 'leading'. Ini jelas dimana2 baik di peringkat PR pusat mahupun diperingkat negeri Selangor, bekas Perak & Pulau Pinang.


Setiap kali idea diketengahkan ia ditentang habis-habisan oleh sahabat2 karib di dlm Pakatan. Antara contoh yg boleh dilihat adalah cadangan utk menghapuskan lesen judi & arak di Selangor. Juga tentangan PAS di Penang bila berdepan dgn konsert I-Dance.Jika dilihat media rasmi Harakah sendiri tidak kira Harakah Online @ suratkhabar Harakah banyak memberi liputan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR & DAP yg lain lebih dari pemimpin mereka sendiri.

Misalnya di Parlimen semalam, kenyataan Utz Taib Azamudden mengenai penjelasan penggunaan kalimah Allah tidak diberi liputan di Hakarah tetapi liputan diberikan di Utusan yg dikatakan media UMNO. Pelik bukan. Ini adalah amat berbeza jika dilihat akhbar PKR & DAP yg lebih mengutamakan berita & kenyataan pemimpin mereka drpd pemimpin PAS.

PAS YANG CELARU
Terdapat beberapa Isu yg menyebabkan saya katakan PAS celaru sejak akhir-akhir ini.Isu AzanIa bermula dengan Isu Azan. Terdapat perbezaan pendapat antara ahli2 PAS & juga pimpinan PAS sendiri. Mereka mula terikut dgn rentak DAP dgn menyatakan pendirian menyokong supaya diperlahankan Azan hanya kerana utk mengambil hati 'rakan' mereka.

Malah ada yg mengeluarkan dgn menyatakan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' dalam erti kehidupan berjiran (mengutamakan jiran dr azan). Tetapi mereka mungkin lupa salah satu tanda2 kiamat adalah apabila 'Azan tidak Lagi berkumandang di Udara' & menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda2 umat akhir zaman.Ketiadaan kenyataan yg jelas dr PAS sendiri menyebabkn ramai penyokong2 membuat 'fatwa' yg jelas menyokong isu tersebut.


Ia menimbul kecelaruan dikalangan ahli2 PAS sendiri malah kecelaruan ini menyebabkan 2 Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh agama lain didalam Parlimen. Mujurlah ada Ust Taib Azamudden memperjelaskan isu penggunaan Kalimah Allah selepas mereka memberi komen.Dewan Rakyat diberitahu oleh beliau bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (Tauhid) org Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.


Dalam semua org2 Islam di Malaysia menentang penggunaan Allah oleh agama lain masyarakat dikejutkan oleh PAS yg memberikan kenyataan sebaliknya. Kenyataan ini boleh mengelirukan umat Islam terutamanya bg ahli2 PAS sendiri. Penentangan penggunaan perkataan ini juga ditentang oleh Mufti Perak Utz Harussani Zakaria.Isu Ketaatan Kepada 'Ulul Amri'Dalam isu di Perak. PAS sekali lagi celaru dgn mempertikaikan 'kredibiliti' Sultan @ Ulul Amri dlm melaksanakan tugas.


PAS bertindak amat berbeza sekali dgn membelakangkan Al-Quran & Sunnah terutama berkenaan dgn kewajipan mentaati pemimpin. Malah ada Ulama' PAS juga mengeluarkan kenyataan yg menjurus kearah menghalalkan tindakan ahli-ahli mereka dgn mempertikai status 'Ulul Amri' pada pandangan mereka. Utk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas hadis & al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin demi utk tidak melihatkan tindakan PR adalah salah.


Dimana Objektif penubuhan PAS disini?Kurangnya penerangan @ tindakan oleh Ulama' PAS telah menyebabkn segelintir penyokong2 PAS di Perak bertindak diluar batasan dgn berdemo & berhadapan dgn Institusi Beraja Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS @ merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir2kanlah. Nasi telah menjadi bubur kerana sikap tersebut akan menjadi 'burden' kpd PAS di kemudian hari.


Bar Council (Isu Hak Keistimewaan & Forum Kebebasan Beragama)PAS kelihatan kurang menyerlah dlm menghentam Bar Council. Mungkin kerana kebanyakan ahli DAP merupakan ahli Bar Council maka PAS bersikap 'tak apa' & kurang menyengat.


Terang2 Bar Council bertindak mempertikai & menempelek salah satu rukun negara & juga mempertikaikan kewibawaan Islam. Kenapa PAS senyap? Kenapa PAS tidak memberikan 'warning' seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini.Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dr UMNO.

Dilihat UMNO lebih menyerlah dlm mempertahankan isu ini.Dewan Ulama Pas PAS terkenal dgn dewan Ulama' PAS. Tetapi sejak akhir2 ini peranan Dewan tersebut amat lesu & kadangkala tidak berfungsi dgn baik. Dewan Ulama' juga kurang diberi liputan oleh Harakah sendiri. Sepatutnya Dewan Ulama' PAS perlu digunakan sebaik2nya bilamana kemusykilan berlaku bila melibatkan Al-Quran, Hadis & isu2 agama.


Ini dapat mengelakkan berlakunya pertembungan @ konflik kenyataan celaru pimpinan2 PAS yg memberikan pendapat berbeza2 tanpa merujuk kepada Dewan Ulama.Musyawarah @ perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama' PAS sebelum apa2 kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS @ saf kepimpinan.
Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat basalannya diakhirat kelak.Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain2 hanya akan menjadikn bahan @ 'point' utk BN menghentam PAS.


Adakah isu2 ini mendapat sokongan Dewan Ulama' ? Salah siapa? Komen2 pimpinan @ individu bila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan & pendapat dikeluarkan.
Jgnlah Dewan Ulama' berfungsi apabila Muktamar diadakan @ bilamana diperlukan sahaja. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan & menjadi rujukan oleh semua pimpinan & ahli2 PAS sebelum terlambat.