Tuesday, March 17, 2009

Rasuah dalam UMNO: Penyuap dah kena, yang MELAHAP bila lagi?



Percayalah: Rakyat Malaysia akan bersama kembali menyokong BN dan UMNO sekiranya RASUAH dibersihkan dan pemimpin yang bersih dan mesra rakyat. Pemimpin yang memahami aspirasi perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan bukannya pemimpin yang MELAHAP untuk diri dan keluarga.


1. Dua calon jawatan tinggi dalam pemilihan UMNO di dapati bersalah.

2. Dua juga keputusan yang berlainan. Satu dilucutkan kelayakan bertanding dan satu lagi diberi amaran dan dibenarkan bertanding.

3. Apapun keputusan, sudah tentu Lembaga Disiplin ambil berlandaskan Perlembagaan UMNO dan Tataetika ahli.

4. Penulis amat berbesar hati sekiranya Lembaga Disiplin dapat juga memaklumkan kepada ahli UMNO jumlah wang yang digunakan oleh mereka yang terlibat. Ini kerana sebagai ahli UMNO, penulis rasa berhak untuk mengetahui jumlah wang yang terlibat.



Kita tak perlu pertahankan amalan rasuah! Kita kena selamatkan bangsa dan rakyat dan bukannya pemimpin KORUPSI!


5. Penulis percaya ramai ahli UMNO yang ingin tahu jumlah yang telah ‘dilaburkan’. Seperti menjatuhkan hukuman kepada pesalah sebagai contoh mencuri, kesalahan mencuri adalah satu perkara dan benda yang dicuri adalah satu perkara yang berbeza.

6. Apa2pun yang bersalah tetap bersalah dan yang benar tetap benar.




7. Tengku memaklumkan bahawa Khairy bertanggungjawab terhadap tindakan ejennya, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen enggan mendedahkan identitinya. Bagaimanapun, katanya, kesalahan yang dilakukan oleh ejen Khairy itu tidak seberat kes yang membabitkan Mohd Ali. Apa ni Tengku, ada pula kes berat, kes ringan? Kalau sudah langgar tu langgar la. Apa pula "double standard".


8. SPRM di harap bertindak cepat untuk menyiasat dari manakah sumber kewangan yang perolehi oleh PERASUAH-PERASUAH ini untuk menjalankan misi politik wang beliau !!!!!! Mereka telah tidak dibenarkan bertanding kerana politik wang. Pemberi rasuah telah di jumpai.Yang menerima rasuah macam mana pula??


9. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke bumi jua ia jatuh.


10. Tetapi takkan tindakan disiplin dikenakan kepada si pemberi sahaja? bagaimana dengan penerima?? Terlepas begitu sahaja?


11. Jangan SPRM selepas ini di anggap sebagai suruhanjaya penipu rakyat Malaysia dengan mengalihkan perhatian ke isu lain.



12. Bersihkan UMNO dari PERASUAH dan mereka yang kebuloq duit.