Thursday, March 26, 2009

Kemenangan Khairy tak mewakili suara perwakilan


Kemenangan yang diperolehi oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar disifatkan tidak mewakili apa yang dimahukan oleh perwakilan tegas penulis blog tersohor, Ahirudin Attan atau mesra dikenal Rocky Bru <http://rockybru.com.my/>


Beliau menegaskan Khairy memperolehi kemenangan disebabkan dua calon lain tidak mahu berkompromi bagi memastikan hasrat perwakilan dapat direalisasikan.


"Kemenangan tipis Khairy itu memberikan gambaran bahawa perwakilan sebenarnya tidak mahukan beliau.


"Jika salah seorang dari dua calon lain itu menarik diri, mustahil untuk Khairy mencapai kemenangan," tegas Rocky.


Rocky juga menegaskan kemenangan Khairy ini merupakan peluang terbaik untuk Najib merombak sistem pemilihan pimpinan Umno dan menyerahkan kepada ahli-ahli untuk menentukan pemimpin yang mereka mahukan.


Kemenangan Khairy itu juga disifatkan sebagai cabaran yang begitu besar bagi Umno untuk memastikan ketua Pemuda Umno yang baru itu bukan liabiliti kepada parti.


"Kemenangan itu juga merupakan cabaran besar buat Khairy untuk mengetuai sayap penting Umno," tegas beliau.


Rocky juga menegaskan kemenangan itu merupakan peluang Khairy untuk membersihkan nama dan membuktikan pendapat orang terhadap beliau selama ini salah.