Thursday, July 10, 2008

BERSATULAH BANGSAKU, MELAYU




“Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, airmata darah, bercampur keringat, bumi dipijak milik orang,nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesama lah kita, cinta lenyap di arus zaman, kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa,bersatulah hati, bersama berbakti, pulih kembali harga diri…KITA SUDAH TIADA MASA, majulah dengan maha perkasa, janganlah terlalai, teruskan usaha, melayukan gagah dinusantara, melayukan gagah dinusantara.”



Apabila pembaca melayu khususnya, mengenangkan kembali lagu ini dan sekaligus menghayati lirik lagu tersebut, saya percaya mereka akan berasa sayu dan pilu serta malu di atas apa yang berlaku pada bangsanya sendiri di waktu ini. Dan bukanlah niat dihati untuk membangkitkan rasa tidak selesa, cuma meluahkan rasa yang terbuku dihati sebagai manusia. Untuk itu juga, saya bukanlah seorang penulis yang pandai mengarang, maka ungkapan dan pendapat saya mungkin terlalu kecil untuk dipandang berat. Cuma cukuplah untuk saya untuk berkongsi pada yang sudi.



Untuk itu, saya berasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya, setelah beberapa isu hangat sejak dua tiga minggu ini mengenai hal Tan Sri Ahmad Ismail mengenai isu sensitif yang telah berbangkit sejak dari dulu lagi iaitu yang dikatakan isu perkauman. Isu yang amat sensitif yang mana sejarah telah meyaksikan betapa hitamnya hari 13 Mei itu diatas tiket tersebut.Dan saya pasti peristiwa ngeri itu tak akan berulang kerana saya tahu rakyat Malaysia tidak akan membenarkan ianya berulang lagi.Namun, adakah ianya mustahil?



Isu yang ingin saya bangkitkan disini, adalah satu dari pelbagai perkara tentang melayu. Iaitu isu kemaafan, pengorbanan dan bertoleransi demi kamakmuran dan perpaduan negara.



Sejarah itu telah tertulis dan mengapa perlu menafikan kenyataan TanSri Ahmad Ismail itu? Mengapa perlu tersinggung sekiranya, kita bukan seperti yang diperkatakan?Kalau saya dilahirkan sebagai orang melayu, mengapa saya perlu mengubahnya menjadi orang lain? Kalau keturunan saya pendatang dari Indonesia, dan keluarga serta keturunan saya telah menetap sejak berabad di Malaysia, perlukah saya menafikan keturunan saya adalah pendatang? Malah saya bertambah bangga kerana keturunan saya bersusah payah mngharungi onak dan pancoroba dan halangan untuk datang ke Tanah Melayu, demi mencipta syurga sendiri. Malah, keturunan saya diterima baik tanpa sebarang syarat. Tanpa apa-apa pertukaran.




Dan saya boleh mengaut sama rata kekayaan di muka bumi ini. Berlainan dengan negara-negara lain yang mana tak perlulah saya nyatakan.Cuma satu sahaja pribumi itu inginkan. Menjaga kepentingannya dan hak-haknya. Perlukah kita menafikan hak mereka setelah mereka menerima kita dan melayan keturunan kita dengan ikhlas dan mesra.



Kalau sudah orang melayu, sudah tentu budaya memegang keris itu adalah biasa. Malah ia dipakai ketika persandingan orang melayu dan diupacara tertentu penuh beristiadat. Jadi mengapa perlu dijadikan isu sebagai perkauman? Dan mengapa Tan Sri Hishamuddin perlu meminta maaf, sedangkan itu adalah melambangkan metafora sebagi memartabatkan bangsanya. Saya percaya, semua kaum, ada caranya sendiri untuk memertabatkan kaumnya sendiri. Semua orang ingin melakukannya.



Lihat pula pada isu yang terdahulu, pelajar Malaysia di Taiwan yang terang lagi bersuluh menghina negara, menteri-menteri,institusi-institusi kerajaan di dalam lagu ‘NEGARAKU’nya, kita langsung tidak menghukumnya. Malah kemaafan yang dibawanya adalah melalui bapanya sahaja. Bukan melalui empunya diri. Dengan alasan, dia masih muda, seringkali melakukan kesilapan. Dan kita menerimanya kerana tidak mahu isu sensitif ini berpanjangan, bukankah sama juga dengan isu Tan Sri Ahmad Ismail. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sudah meminta maaf. Tetapi gerakan masih juga mahukan kemaafan dari empunya diri malah mengugut untuk keluar dari Barisan.



Malah parti pembangkang, Karpal Singh dengan isu kontroversinya pada pilihanraya lalu, menghina institusi sultan.Ada beliau memohon maaf? Malah kita membiarkannya sahaja.Cuma laporan polis dilakukan.Bagaimana dengan desakan? adakah ia nya maha hebat seperti apa yang diterima oleh Ketua Umno Bah. Bukit Bendera itu? Terlalu banyak isu-isu kontroversi yang akhirnya menjerihkan orang melayu sahaja. Cuma kita tidak mampu mempertahankannya kerana atas dasar ‘perpaduan kaum’.



Itukah kemaafan, pengorbanan dan toleransi yang kita mahukan? Berapa lama lagi kita harus bersabar dan mengalah? Berapa lama lagi kita mahu bertahan dilayukan dengan ugutan dan tolak ansur di atas tiket perpaduan? Bila lagi bangsa kita ingin bersatu dan bertegas di atas apa saja yang berlaku?.Memang ada baiknya kita bersabar, tetapi ada kalanya, tindakan yang perlu harus dilakukan.




Man got to do what a man need to do? Bangsa lain sudah bersatu, kita masih lagi ditakuk yang lama. Kita bercakaran sesama sendiri, orang lain merenung dan bertepuk tangan. Tunggu dan lihat, dan akhirnya kita tak punya apa-apa lagi. Bila sedar, kita sudah terlanjur jauh dari sasaran.Isu besar yang harus dibangkitkan diperlekehkan begitu sahaja, isu yang kecil, dibangkitkan bagaikan tiada lagi hari esok.



Bersatulah bangsaku, walaupun berlainan fahaman, politik,apalah salahnya demi bangsa yang tercinta, demi mempertahankan hak-hak melayu, kita bersatu hati. Jangan jadi enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Bersatu kita teguh (Bila?), bercerai kita roboh.



Perpaduan antara kaum adalah penting.Ianya asas kepada pembangunan negara.Itu tidak boleh dinafikan. Tetapi, janganlah sehingga menggadaikan maruah dan martabat bangsa melayu itu sendiri. Sampai bila kita ingin menjaga tembolok sendiri? Susah walau macam manapun, kalau kita mulai dengan langkah yang kecil, saya pasti kita akan berjaya.



Bersatulah bangsaku, Melayu!