Friday, July 11, 2008

Projek Mega PKR (Projek Khinzir Rakyat)

Mulai semalam, selepas mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besarnya Tan Seri Khalid Ibrahim mengumumkan PKR telah ditukar nama kepada parti PROJEK KHINZIR RAKYAT (PKR). Ianya sejajar dengan kesanggupan Khalid untuk menjadi pak turut kepada DAP untuk melaksanakan projek meja pertama DAP dalam sejarah Malaysia yang menggunakan peruntukan dan tanah milik rakyat. Lebih hebat lagi Khalid ingin menjaga hati exconya sendiri Theresa Kok yang juga seorang anak dara tua dan kuat makan babi terutamanya babi panggang.Inilah impian rakyat Selangor selama ini.

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini demi kemakmuran rakyat. Projek Khinzir Rakyat (PKR), RM 100J telah diluluskan sebagai projek mega pertama Selangor. Adakah orang Melayu Selangor sangat gembira dengan projek ini?RM100 juta sama dengan membina 100 masjid di kampung-kampung. Jika seekor babi berharga RM100 seekor bermakna dalam RM100juta ada 1 juta ekor babi di Selangor iaitu jumlah babi lebih banyak dari penduduk daerah Sepang dan Kuala Langat.

Mungkin babi-babi ini bakal menjadi pengundi PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya yang akan datang.Mari sama-sama ucapkan tahniah kepada kerajaan Projek Khinzir Rakyat (PKR) dan MBnya yang sangat prihatin dengan masalah rakyat Selangor. Rupa-rupanya manifesto "Kerajaan Berkebajikan" ditujukan kepada babi dan bukan kepada manusia.