Sunday, July 12, 2009

Tuntutan kurang ajar minta status bumiputera


MENGGUNAKAN gagasan 1Malaysia untuk menuntut taraf bumiputera untuk bukan Melayu sememangnya tidak masuk akal atau boleh saja dikatakan hilang akal.


Juga ketara benar orang yang membuat tuntutan sedemikian rupa menggunakan segenap ruang yang ada untuk memanipulasi gagasan yang ditonjolkan kerajaan.
Matlamat 1Malaysia bukan untuk menyamaratakan segala-galanya yang ada di negara ini. Gagasan itu juga tidak bertujuan mengubah segala persetujuan yang telah dimeterai oleh kaum-kaum di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.


Sebaliknya gagasan itu merupakan satu lagi platform untuk menggembleng sokongan padu rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama kerajaan menjayakan dasar pembangunan negara.


Gagasan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bertujuan memastikan keserasian antara kaum yang wujud sekarang ini berjaya dikekalkan.


Justeru apabila
suara M. Manoharan berkumandang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menuntut status Bumiputera dikurniakan kepada bukan Melayu bersandarkan alasan 1Malaysia, ia semestinya di luar logik akal.

Tuntutan seumpama itu juga mencerminkan kedangkalan fikiran si penuntut. Dia hanya tahu mengaitkan gagasan pemimpin nombor satu negara dengan tuntutan bukan-bukan sehingga boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara.
Tindakan sedemikian juga boleh saja mengelirukan gagasan 1Malaysia yang kini dilihat oleh segelintir pihak kononnya untuk melenyapkan agenda bumiputera dan menjadikannya agenda nasional tanpa ada batasan kaum.


Seolah-olah 1Malaysia akan menghapuskan keistimewaan bumiputera dan segala-galanya akan diberi sama rata.


Sedangkan hakikatnya status bumiputera hanya dimiliki kumpulan tertentu - Melayu dan golongan pribumi dengan sedikit keistimewaan diperuntukkan kepada mereka.


Keistimewaan itu kekal begitu selamanya - jika pun tiada pengurangan, tiada juga tokok tambah sehingga mampu menggusarkan bukan bumiputera di tanah air yang bernama Malaysia ini.


Tidak juga keistimewaan yang kini diimbangi oleh pengenalan dasar-dasar baru yang mampu melukai hati bukan Melayu sehingga mewajarkan mereka untuk menuntut diberi status yang sama.


Hakikatnya bumiputera tetap bumiputera. Selepas berkorban mengetepikan kepentingan diri dengan menerima kaum-kaum lain sebagai saudara senegara, kini status Bumiputera ingin dikongsi?


Semestinya tuntutan yang boleh saja dirumuskan sebagai kurang ajar dan tidak sedar diri itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Apatah lagi episod tuntutan itu dikaitkan dengan arahan pemakaian songkok pada sidang DUN.


Paling dikesali apabila terlontar dari mulut bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu orang bukan Melayu merasakan hak mereka dalam perkara tertentu diketepikan berikutan taraf bukan bumiputera itu.


Hak apa yang diketepikan? Dalam aspek mana bukan bumiputera dipinggirkan? Jika benar taraf bukan bumiputera menghalang mereka mendapatkan hak tertentu, atas dasar apakah bukan bumiputera tidak boleh meneruskan kelangsungan hidup di negara ini?


Atas alasan apa jugakah penguasaan ekonomi di negara ini menyaksikan pegangan bukan bumiputera mengatasi bumiputera?


Adakah kerana status bukan bumiputera? Atau kemuliaan hati kerajaan yang diterajui bumiputera menyebabkan mereka kini 'memijak' bumiputera yang kononnya sarat dengan pelbagai keistimewaan sehingga tertinggal jauh di belakang?


Pengenalan biasiswa nasional misalnya membuka ruang yang sama rata kepada pelajar cemerlang tanpa mengira kaum.


Begitu juga agenda pembangunan ekonomi yang tidak membataskan kaum selain bidang pendidikan yang memberi layanan sama rata kepada semua kaum.
Manoharan mesti menyelak teks sejarah atau meneliti Perkara 153 Perlembagaan dan lain-lain peruntukan yang terkandung di dalamnya.


Cukuplah menyentuh hati orang Melayu yang dengan rela hati berkongsi hak dan kepentingan yang sepatutnya dinikmati bersendirian secara bersenang-lenang.
Sedarlah kaum bukan Melayu tidak pernah dilayan berasingan jauh sekali dipinggirkan.


Buka mata dan pandang sekeliling. Jika kaum India masih ada yang merempat di ladang-ladang, orang Melayu tidak kurang dihimpit lara di pedalaman.


Jika bukan Melayu muncul sebagai orang terkaya, kaya raya dan kaya, di mana pula kedudukan Melayu yang begitu 'istimewa' hanya kerana status bumiputeranya!



Bookmark and Share

Saturday, July 11, 2009

Pas salahguna jentera kerajaan Kelantan

Dari laman blog Bicara Manek Urai: http://manekurai2009.blogspot.com/

Sebelum ini Pas begitu lantang menuduh UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen di Manek Urai, sehinggakan lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri pun dipolitikkan dan dianggap menyalahgunakan kemudahan dan kenderaan kerajaan. Pasukan keselamatan turut dikatakan menjadi sebahagian daripada siri kempen BN.

Titik peluh dan keringat anggota polis mengawal lalulintas bagi melancarkan perjalanan kenderaan (termasuk kenderaan pemimpin pembangkang sendiri) tidak pernah dihargai malah tohmahan dan tuduhan liar dibuat untuk merosakkan imej mereka.

Husam Musa, orang harapan Nik Aziz sendiri menyamakan khemah-khemah yang menempatkan anggota polis itu sama seperti khemah yang didirikan tentera Amerika untuk menyerang Iraq. Melampau la lu bro!!!

Kehadiran agensi-agensi kerajaan yang menjalankan tugas di Manek Urai dianggap sebagai musuh. Apakah mereka sedar sekiranya RTM tidak ditugaskan di Manek Urai adakah ucapan kepala-kepala pembangkang ini boleh disebar ke serata negara?

Apakah tanpa surat khabar, aktiviti calon mereka sendiri boleh diikuti pembaca di tempat lain?

Pernahkah mereka mengucapkan terima kasih apabila agensi kerajaan turut membuat liputan pada aktiviti mereka? Usahkan ucapan terima kasih, agensi-agensi kerajaan inilah yang menjadi sasaran sumpah seranah mereka.

Sebenarnya kehadiran agensi-agensi kerajaan ini adalah untuk melaksanakan tugas. Tidak ada satu pun kenderaan kerajaan diguna untuk kegunaan parti BN.

Sebaliknya Pas dengan sewenang-wenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri Kelantan untuk berkempen. Tanpa segan silu dengan logo kerajaan Kelantan di pintu, kenderaan ini diguna keluar masuk kampung meraih undi untuk calon mereka. Apakah ini tidak dikatakan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan.


Gambar di atas dirakamkan di Kampung Kubur Jantan dalam Peti Undi Lata Rek. Anda saksikan sendiri kenderaan kerajaan Kelantan diguna untuk tujuan politik. Siap ada sticker Pas lagi kat cermin belakang. Di sini Pas mengadakan satu program (aku tak nak sebut program apa nanti bagi promosi percuma pulak), jauh di hujung kampung.

Kerana rasa curiga, kami kru ManekUrai2009 mengekori kenderaan ini dari jalan besar lagi sejauh kira-kira 2 km masuk ke Kampung Kubur Jantan



Pada mulanya tidak ada apa yang berlaku. Tetapi apabila mula menyedari diekori mereka memecut mula kenderaan walaupun dalam keadaan jalan kampung yang sempit dan tidak sempurna. Bayangkan memandu laju di jalan seperti ini pastinya akan membahayakan kenderaan lain dan juga kanak-kanak yang bermain di tepi jalan

Kenderaan kerajaan tadi membelok masuk ke tempat program Pas. Memikirkan risiko yang dihadapi sekiranya turut masuk ke kawasan berkenaan, kami mengambil keputusan merakamkan dari jauh sahaja sebagai bukti untuk paparan di ManekUrai2009.
Relevankah kain rentang di atas?! Sekarang siapakah yang guna jentera kerajaan sebenarnya?!



Bookmark and Share

Najib Buat 11 Pengumuman Mesra Rakyat Sempena 100 Hari Jadi PM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Sabtu ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini,


(1) Perdana Menteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.Katanya beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri:"

Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun."Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.


(2) Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lepas, Najib juga mengumumkan bahawa penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu.Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.


(3) Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.Najib berkata ini sebagai memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lepas."Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.


(4) Selain itu Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.Menurut Perdana Menteri dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.


(5) Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang."Setelah berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik sahaja beliau mengumumkan pengurangan itu.



(6) Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.



(7) Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.


(8) Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.


(9) Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib mengumumkan bahawa jumlah permohonan tertangguh pada 1 Nov 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lepas, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.


(10) Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.


(11) Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.


Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".



"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.--BERNAMA



Bookmark and Share

Transformasi 100 hari Najib


SUDAH menjadi kelaziman, setiap kali berlakunya peralihan tampuk pemerintahan di mana-mana negara sekali pun, 100 hari pertama pemimpin baru disorot dengan penuh perhatian. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak terkecuali.


Mengambil alih pemerintahan negara secara rasmi daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaik mengangkat sumpah pada 3 April lalu, Najib melengkapkan perjalanan 100 hari beliau hari ini.


Logiknya, tidak banyak yang boleh diperkatakan dalam tempoh sesingkat itu. Apatah lagi untuk menyorot sumbangan dan perubahan dalam urusan pentadbiran sesebuah negara.


Namun 100 hari Najib adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan memandangkan beliau mengambil tampuk pemerintahan ketika negara bergelut dengan asakan dalaman dan luaran.


Najib berdepan dengan senario politik domestik yang tidak menentu dan paling ketara krisis keyakinan serta kepercayaan yang parah terhadap BN.


Iklim ekonomi negara juga berada dalam keadaan tidak menentu kesan krisis kewangan global yang melanda sejak awal tahun lalu. Semua itu menjadi cabaran yang besar kepada Najib sepanjang 100 hari pentadbirannya.


Bagaimanapun, pengalaman selama kira-kira 32 tahun dalam pentadbiran negara ternyata mematangkan Najib.


Dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara paling hadapan, Najib membuktikan beliau seorang pemimpin yang berani menongkah arus.


Dalam memperlahankan
suara-suara lantang segelintir pihak yang cuba membuat tuntutan di luar batasan, Najib melontarkan sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.

Gagasan Satu Malaysia adalah sebuah manifestasi yang unik kerana ia tidak memberi ruang kepada kecacatan matlamat dan objektif sesebuah kerajaan.
Gagasan Satu Malaysia juga menyediakan penyelesaian kepada isu dan masalah domestik terutama yang berkaitan dengan rakyat.


Meletakkan perkataan Rakyat Diutamakan sebelum Pencapaian Diutamakan, melambangkan fokus pentadbiran negara di bawah Najib.


Beliau sangat maklum bahawa perpaduan rakyat adalah kunci utama dalam mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial lebih-lebih di negara dengan masyarakat berbilang bangsa seperti Malaysia.


Melihat gerak kerja jentera kerajaan Najib seperti bentuk sebuah piramid, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh menilai Perdana Menteri cuba merealisasikannya dengan agresif tetapi tersusun.


Menurut beliau, dari sudut pentadbiran, Najib bermula dengan tahap paling atas dalam pentadbiran iaitu di peringkat Menteri dan Kementerian masing-masing.
Penekanan terhadap keperluan dan kepentingan jemaah Kabinet untuk memenuhi tuntutan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan Bidang Keputusan Utama (KRA) secara jelas menunjukkan Najib mahu jenteranya benar-benar bekerja.


Soal perpaduan turut menjadi perhatian apabila Najib memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis.


Antaranya dengan menghapuskan dasar (PPSMI). Keputusan itu dilihat sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak.


Selain itu, dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum, Najib melancarkan Biasiswa Nasional.


''Dalam isu ini, Najib mengguna pakai dasar pembesaran saiz biasiswa negara yang mana tambahan biasiswa diwujudkan tanpa menghapuskan kategori biasiswa sedia ada," ujar Asri.


Blog peribadi dan Bank Idea Rakyat yang dilancarkan Najib juga dilihat sebagai salah satu pembaharuan pentadbiran Najib dalam mendekati generasi muda.
Najib juga mengambil pendekatan turun padang dalam mendalami masalah serta keperluan rakyat secara lebih dekat.


Walaupun langkah ini bukanlah sesuatu yang baru, namun ia meninggalkan kesan psikologi yang mendalam di kalangan rakyat terhadap corak kepimpinan sebenar Najib.


100 hari pentadbiran Najib turut menyaksikan pembaharuan dan transformasi parti Barisan Nasional khususnya UMNO dan iklim politik negara.


Melalui transformasi parti, Najib memperkenalkan beberapa langkah holistik untuk menjamin ketelusan dan membasmi gejala rasuah.


Antaranya dengan memperkenalkan draf cadangan konsep pemilihan dan pindaan perlembagaan UMNO.


Turut dicadangkan ialah penggantian sistem kuota dengan kriteria calon dan usul membenarkan 2.3 juta ahli UMNO memilih Ahli Majlis Tertinggi secara langsung.
Dalam transformasi politik negara pula, Asri menyorot pendekatan mesra yang diamalkan Najib terhadap parti pembangkang.


Menurut beliau, matlamat Najib menerusi pendekatan itu dapat dilihat bertujuan melahirkan satu iklim politik bipartisan yang matang.


Walaupun ia tidak mungkin dapat bertahan lama, Najib sekurang-kurangnya memperlihatkan imej yang tidak jumud.


Ia juga mungkin boleh membawa kepada permulaan sama ada positif atau negatif kepada BN khususnya UMNO pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
''Saya kira ia juga dapat membantu menenangkan hati dan perasaan rakyat bahawa politik di negara ini adalah sesuatu yang sangat stabil dan selamat," ujar beliau.


Dari sudut ekonomi pula, dasar-dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan sepanjang 100 hari pentadbiran Najib dapat dilihat menjurus ke arah usaha membina sebuah model ekonomi baru.


Ia antara lain bertujuan memenuhi dua keperluan asas masyarakat ekonomi iaitu ahli perniagaan, pelabur, pekerja dan semestinya rakyat kebanyakan.


Dua dasar itu ialah keperluan dari sudut psikologi serta material ekonomi. Menjelaskan lebih lanjut, Asri berkata, keperluan psikologi ekonomi itu dicapai melalui faktor kestabilan dasar.


Ia merupakan faktor penyumbang yang menjadi perhatian utama komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa.


Pentadbiran Najib tampak rensponsif dengan keperluan psikologi ekonomi negara apabila tidak memperkenalkan perubahan drastik terutama dalam jentera pentadbiran kewangan negara.


''Sebagai contoh pengekalan Tan Sri Mohamad Nor Yaakop sebagai Menteri Kewangan Kedua sebenarnya amat penting dalam memenuhi keperluan psikologi kestabilan dasar ini," ujar beliau.


Dari sudut keperluan material ekonomi pula, Najib sepanjang 100 hari pentadbirannya telah memperkenalkan beberapa instrumen fiskal dan melancarkan polisi ekonomi negara yang menarik.


Antaranya menerusi penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), transformasi berterusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengurangan bidang kuasa Pelaburan Asing (FIC).


Pengenalan model ekonomi baru ini antara lain bertujuan menarik dan menjana pelaburan luar terutama dari China dan negara-negara Timur Tengah.


Ia juga memberi peluang kepada ahli perniagaan tempatan merebut peluang ekonomi yang bebas dan terbuka luas.


Asri menambah, suntikan kepada ekonomi itu juga dapat meningkatkan daya saing komuniti perniagaan bumiputera untuk menjadi lebih kompetitif dan lebih berdaya saing.


Ia juga merupakan persediaan kepada komuniti ekonomi tempatan sementelah ASEAN juga akan mula mengamalkan liberalisasi ekonomi ASEAN-6 sepenuhnya pada tahun depan.


Namun sesuatu yang pasti tambah Asri, transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib itu bertujuan mempersiapkan negara untuk berdepan dengan cabaran globalisasi dan keterbukaan ekonomi pada masa depan.


''Paling utama, Najib sebenarnya mengamalkan pendekatan ekonomi yang memperbesarkan lagi saiz kek ekonomi negara untuk dikongsi secara saksama oleh semua kaum," ujar beliau.


Rangkuman serba ringkas dasar-dasar dan pendekatan yang diperkenalkan Najib sepanjang 100 hari pentadbiran beliau itu secara tidak langsung memberi gambaran hala tuju pentadbiran beliau pada masa depan.


Selepas meletakkan kepentingan kepada isu-isu domestik seperti ekonomi, pentadbiran dan pendidikan, dasar-dasar baru dalam hari-hari mendatang adalah sesuatu yang menarik untuk dijangkakan.


Bagi Asri, antara yang perlu diberi perhatian oleh Najib ialah aspek perhubungan antarabangsa. Tidak dinafikan Najib mengambil langkah pantas apabila membuat lawatan rasmi ke negara jiran Indonesia serta negara yang pesat membangun, China.


Namun, lawatan itu dilihat tidak memadai dalam konteks memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara berpengaruh dalam peta dunia.


Kerana itu juga Asri melihat, Najib perlu menyatakan pendirian yang lebih jelas dalam beberapa isu rutin antarabangsa.


Antaranya dalam konflik di Palestin, senjata nuklear Korea Utara dan isu Myanmar yang harus diterjemahkan atau diberi nafas baru oleh Najib.
Lawatan ke negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah Barat juga perlu diberi perhatian utama.


''Najib harus mula melangkah ke 'luar' dengan kekerapan yang lebih daripada sekarang. Ini penting untuk memastikan Malaysia kekal dalam radar global dan dihormati masyarakat antarabangsa," ujar Asri.



Bookmark and Share

Friday, July 10, 2009

PAS jerit ajak makan roti canai nak ganggu ucapan TPM

Dari Agendadaily.com

Dalam usaha nak wujudkan budaya kempen cara baik-baik di Manek Urai ada juga kalangan ahli PAS yang terus buat perangai.Punyalah busuk hati hingga mereka sanggup menyanyi semata-mata berniat menganggu ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bertemu penduduk Kampung Budi , Manjor, petang Jumaat.

Mereka mengadakan program kilat di sebuah kedai runcit yang juga menjual minuman kira-kira 50 meter daripada tempat Muhyiddin berucap sebaik sahaja mengetahui lawatan Timbalan Presiden UMNO itu ke kampung berkenaan.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak terganggu dengan perbuatan kurang ajar ahli-ahli PAS tersebut sebaliknya meneruskan ucapan kepada hampir 100 peduduk kampung itu.

Peliknya, program anjuran PAS itu hanya hendak menjemput penduduk kampung yang lalu lalang serta yang menghadiri program anjuran Barisan Nasional (BN) itu untuk makan roti canai.

Dengan menggunakan pembesar suara, pengacara majlis PAS itu menyanyi dan diselang seli mengajak orang ramai datang ke kedai itu makan roti canai.

“Mari, mari...makan roti canai. Yang ada kat depan tu ( program Muhyiddin) mari jugak,” jerit pengacara majlis anjuran PAS tersebut.




Bagaimanapun, hanya beberapa orang penduduk yang dipercayai penyokong kuat PAS dan kanak-kanak dilihat berada di majlis tersebut.



Muhyiddin pula dalam ucapannya menjelaskan, masuk syurga atau neraka seseorang itu ditentukan Allah bukan manusia mahupun Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Sebaliknya tegas beliau, manusia kena berusaha memastikan kejayaan dunia serta akhirat seperti doa muslimin dan muslimat setiap kali sembahyang.



“Dunia bukanlah neraka tetapi jadi syurga jika manusia berusaha menuntut ilmu untuk maju di dunia serta akhirat,” katanya merujuk soal perlunya seorang wakil rakyat yang berilmu seperti calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat untuk membawa pembangunan di Manek Urai.



Katanya, PAS tiada keupayaan membangunkan negara ini termasuk Kelantan dan sebab itu pemimpin parti tersebut hanya pandai menjanjikan syurga jika mengundi PAS.



Sambil mengakui persaingan sengit UMNO dan PAS, Muhyiddin berharap semua penyokong UMNO dan BN keluar mengundi menyokong Tuan Aziz pada 14 Julai nanti.



“Banyak beza kalau kita menang di Manek Urai. Kalau Nik Aziz tak nak bantu, Pusat boleh bantu penduduk di sini. Kita perlu banyak pembangunan di sini supaya kita boleh gah bila masuk ke kawasan ini,” tegasnya





Bookmark and Share

Wednesday, July 8, 2009

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012


PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.



Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.


Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.



BM dimartabat, BI dimantap - Muhyiddin

Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu Kementerian Pelajaran akan melaksanakan beberapa langkah untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa.

“Ia akan dilaksanakan di kalangan murid melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

“Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bookmark and Share

Tuesday, July 7, 2009

DAP: Parti RACIST yang membahaya


Bookmark and Share






Dari Awang Selamat: Mingguan Malaysia



Tidak habis-habis pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan provokatif liar. Terbaru Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau mendakwa, adanya perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera menyebabkan wujudnya amalan aparteid dalam pentadbiran negara ini.



Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina Batu Pahat, yang kemudian turut dilaporkan oleh akhbar Cina terbitan 30 Jun lalu.
Dakwaan itu bukan kali pertama keluar daripada mulut Cheng Hau. Tahun lalu, beliau pernah menyatakan amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera di negara ini menyamai dasar aparteid di Afrika Selatan suatu masa dahulu.



Walaupun dibantah oleh banyak pihak ketika beliau mengeluarkan kenyataan yang sama sebelum ini, ia tidak menghalang wakil rakyat DAP itu mengulanginya lagi.



Menyamakan konsep membantu bumiputera yang majoritinya masih ketinggalan dengan amalan aparteid adalah tidak berasas dan melampau.



Pemahamannya tentang maksud aparteid juga salah. Kalau mengikut dasar aparteid, orang Cina tidak boleh bergaul dengan orang Melayu seperti naik bas, ke sekolah, ke tandas dan ke tempat kerja. Bukan setakat itu, di Malaysia, perayaan kaum disambut bersama sehingga ada majlis khas untuk sambutan peringkat nasional kaum Cina. Maka Awang ingin menyatakan dengan terang dan jelas bahawa kenyataan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan buta realiti malah biadap.





Kadang-kadang Awang tertanya-tanya mengapa ada orang jenis ini dan yang sealiran pandangan dengannya boleh menjadi warga negara, elok sahaja berhijrah melalui kehidupan yang mereka inginkan di negara lain.





Membuat dakwaan itu kali pertama tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan dan mengulangi dakwaan yang sama kali ini, adalah bukti jelas bahawa negara ini tidak mengamalkan dasar aparteid. Melihat sekolah Cina yang tumbuh pesat sedangkan kaum itu cuma minoriti, satu lagi bukti tiada amalan aparteid. Mana ada negara dalam dunia yang bahasa ibunda kaum minoriti mendapat layanan begitu istimewa.






Tidak usah pergi jauh, jengoklah realiti di Singapura selain Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, parti-parti Cina diketuai DAP menolak sistem pendidikan satu bahasa sedangkan ia dilaksanakan di seluruh dunia.
Dari segi kebebasan berpolitik, jika Cheng Hau menjadi pembangkang di Singapura, orang mulut celupar seperti beliau akan tertindas bagai singa bisu tanpa taring.





Malah kekayaan negara ini terus 'dijajah' oleh kaum Cina. Terlalu banyak petunjuk, bukan setakat kedai motosikal, kedai tayar bahkan kawasan komersial, rumah-rumah kedai serta pemilikan kebanyakan hartanah di seluruh negara adalah milik orang Cina. Hampir kesemua pekan dan bandar termasuk pusat membeli-belah dikuasai perniagaannya oleh kaum tersebut. Itu belum bercakap tentang senarai teratas individu terkaya yang sebahagiannya menikmati monopoli bidang bisnes tertentu atas pemberian kerajaan.





Pertumbuhan pesat akhbar Cina yang menikmati keuntungan besar hasil pendapatan iklan amat lumayan kerana sokongan masyarakat perniagaan kaum itu serta edaran naskhah yang tinggi, adalah antara petunjuk jelas kekayaan kaum Cina di semua peringkat.





Sedangkan di kalangan masyarakat Melayu, masih ramai yang tidak membeli akhbar antaranya kerana kesempitan hidup. Bukan itu sahaja, akhbar-akhbar Cina lebih menikmati kebebasan dalam laporan mereka sehingga kelihatan begitu rasis. Kebanyakan akhbar Cina juga mempunyai kecenderungan menyokong pembangkang terutama DAP dan PKR sehingga membawa aspirasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan realiti sejarah.





Usahawan Cina yang berniaga termasuk peniaga kedai di kampung-kampung Melayu di seluruh negara sejak merdeka lagi, tidak pernah diganggu. Mereka kaya kerana pasaran mereka ramai orang Melayu. Begitulah kebaikan dan kemurahan hati Melayu yang lama bernaung di bawah teraju kepimpinan UMNO terhadap kaum minoriti. Malangnya kini hakikat itu mahu dilupakan begitu sahaja.





Apakah ini semua boleh dianggap berlakunya dasar aparteid? Atau Cheng Hau tidak faham sejarah Afrika Selatan dan buta pula sejarah tanah air ini? Jika beliau menganggap dasar afirmatif membasmi kemiskinan semua kaum yang majoritinya adalah orang Melayu sama dengan dasar aparteid, ia jelas berniat jahat. Di Malaysia, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera tidak harus dipersoalkan. Lagipun, selama DEB dilaksanakan, kepentingan kaum lain tidak pernah diabaikan dengan kaum Cina terus menguasai ekonomi negara. Harta mereka tidak dirampas sebagaimana berlaku di Zimbabwe.





Maka Cheng Hau dan DAP tidak sepatutnya menimbulkan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Jika beliau boleh membuat dakwaan, pihak lain juga termasuk Awang boleh membuat pelbagai dakwaan. Apa perasaan beliau, jika Awang nyatakan bahawa pemikirannya itu tidak ubah seperti percaturan Yahudi?




Jika menerima pakai doktrin pemikiran Yahudi, golongan minoriti akhirnya mampu menguasai majoriti dengan melaksanakan strategi tersusun antaranya melenyapkan sejarah, mengawal ekonomi dan melemahkan umat Islam dengan banyak cara termasuk mahu mereka berpecah sepanjang masa.




Sememangnya makin kuat kebimbangan masyarakat Melayu terhadap percaturan politik pembangkang khususnya DAP yang dibantu oleh PKR pimpinan Anwar Ibrahim untuk memecahkan asas kenegaraan dan realiti sejarah di negara ini kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan. Lebih menyedihkan perjuangan DAP mendapat simpati pemimpin Pas terutama Nik Aziz Nik Mat.






Nik Aziz lebih percayakan DAP berbanding parti Islam yang lain kerana beliau mudah tertipu atau sengaja merelakan dirinya tertipu demi mempertahankan ego politiknya. Dalam laporan di akhbar yang sama, Cheng Hau turut menyatakan bahawa jika pakatan pembangkang memerintah, DAP memberi jaminan bahawa Pas tidak akan mampu menubuhkan negara Islam, walaupun Nik Aziz menjanjikannya.






Mesejnya, DAP adalah dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu tidak tunduk kepada Pas termasuk dalam krisis terbaru pakatan pembangkang di Kedah.





Banyak lagi perkara yang Awang bimbang terutama institusi raja yang kini sentiasa diperlekehkan. Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula Perlembagaan negara. Apa makna ini semua? Selagi orang Melayu tidak sedar dan tidak bangkit bersatu menghalang percaturan berbahaya ini, selagi itulah kita melihat makin banyak perkembangan yang menghakiskan kepentingan Melayu.






Belum lagi DAP dan PKR berkuasa, Melayu sudah di ambang kejatuhan, bayangkan nasib Melayu nanti. Belum berkuasa mereka sudah rakus melumpuhkan struktur Melayu. Apabila mereka berkuasa, jangan terkejut - Melayu akan kembali dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi.

Monday, July 6, 2009

Gambar Terkini Penamaan Calun Manek Urai

Gambar-gambar terkini penamaan Calun untuk DUN Manek Urai di Kuala Krai. Ihsan dari facebook Lokman Noor Adam dan Tengku Azman








Bookmark and Share

Pokok Getah Dominasi Manik Urai?


KUALA KRAI, 5 Julai (Bernama) -- Masalah dan pembelaan nasib penoreh getah dijangka antara isu tempatan yang akan mendominasi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai yang akan bermula Isnin ini.

Isu di peringkat negeri dan nasional seperti tuntutan royalti minyak dan pembalakan di kawasan hutan simpan dijangka tidak akan memberikan impak besar kepada 12,293 pengundi di kawasan itu.

Ini kerana 80 peratus daripada kira-kira 30,000 penduduk Manik Urai, kawasan perkampungan Melayu yang berselerakkan di sepanjang Jalan Kuala Krai-Gua Musang itu, bergantung kepada pokok getah sebagai punca rezeki.

"Orang Perak kata, kita kena lara (ikut arus) dengan isu-isu lokal yang dekat di hati rakyat. Dalam kes Manik Urai keutamaan perlu diberi kepada pokok getah sebab banyak penduduknya menoreh getah," kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein.

Manik Urai, terletak kira-kira 110km dari Kota Baharu, dikategorikan kawasan luar bandar dengan Jalan Kuala Krai-Gua Musang menjadi penghubungan utamanya dengan dua bandar Kuala Krai di utara dan Gua Musang di selatan.

Kawasan DUN yang terletak di bawah jajahan Kuala Krai itu juga berada di bawah pemantauan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan RISDA yang menumpukan kepada industri getah dan kelapa sawit.

Projek RISDA seperti tanaman semula yang memberikan bantuan modal dan kepakaran mungkin menjadi faktor pertimbangan kepada anak tempatan kecuali lebih 1,000 pengundi yang merantau.

Dua bulan lalu, kawasan kampung-kampung Melayu dengan kebun-kebun getah antaranya di Kampung Bukit Budu itu di Manik Urai, tiada dalam radar umum kecuali kawasan perkelahan air terjun Lata Rek yang terkenal di kalangan penduduk negeri pimpinan PAS sejak 1990.

Namun kawasan DUN itu akan menjadi tumpuan seluruh negara sempena penamaan calon Isnin yang dijangka menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Umno dan PAS, masing-masing diwakili Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan bendahari Pas Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50.

Tuan Aziz adalah bekas pegawai KESEDAR, manakala lawannya pemborong ikan.

Penamaan calon itu akan diadakan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, pagi esok dengan pengundiannya pada 14 Julai depan. Pilihan raya kecil itu diadakan selepas kematian penyandangnya, Ismail Yaakob, pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.

Selain dijangka mendominasi isu tempatan, "pokok getah" juga semakin menjadi buah mulut pengundi selepas penyokong PAS mengejek Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang sebelum ini datang menoreh pokok getah di Kg Bukit Budu dan Perial Baru.

Namun Ahmad yang juga anak penoreh getah daripada Sungai Benut, Pontian, Johor, berkata tindakannya itu bukan sekadar lakonan politik tetapi untuk menyelami permasalahan sebenar dialami penduduk Manik Urai.

Hasil tinjauan beliau di kawasan itu, Ahmad telah mencadangkan supaya KESEDAR dan RISDA menetapkan peratusan pendapatan 60 peratus kepada pemilik kebun dan 40 peratus kepada penoreh getah, yang kebanyakannya warga Thailand.

"Kalau di Temalir saya tengok taukeh (pemilik kebun getah) naik (motosikal) Honda Cup tetapi penoreh getah (yang mengambil upah) naik (kereta) Honda Accord... Ini tak betul," katanya.

Cadangannya itu untuk meningkatkan pendapatan penoreh getah. Sebelum ini peratusan pendapatan ditetapkan sebanyak 50 peratus kepada pemilik kebun dan 50 peratus kepada penoreh warga asing.

Ahmad berkata Umno juga akan mengetengahkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed sebagai ikon pilihan kepada rakyat selain tokoh ulama yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan disanjungi rakyat negeri itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga layak diangkat sebagai ikon kerana pengalamannya di peringkat persekutuan dan jasanya kepada negeri itu.

"Saya kira strategi (ikon lawan ikon) tiada masalah. Ini strategi masing-masing. Akhirnya rakyat akan menilai dan tentukan siapa pilihan mereka," kata seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

Namun Mohammad Agus berkata politik mengagung-agungkan seseorang individu perlu dielakkan kerana apa yang lebih penting adalah perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.

"Apa yang perlu kerja kuat jentera parti. Gunalah strategi apapun (jika jentera tidak kuat), tidak akan ke mana-mana," kata pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia itu.



Bookmark and Share

'Ajaran sesat’ Nik Aziz digunapakai di Manek Urai


Kecuali pemuja Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penyokong tegar PAS yang anggap semua dikatanya pada sesama Islam itu benar... cuba tanya kalangan mereka yang rasional siapa yang boleh terima satu kenyataan yang kafirkan dan tuduh orang lain macam komunis dan amal ajaran sesat sesuka hati.


Maka tidak salah jika kenyataan ulama besar itu masok kategori ‘ ajaran sesat’.Nampaknya orang PAS peduli apa.”Fatwa’ itu menjadi bahan kempen untuk tarik undi di Manek Urai. Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Datuk Mustapa Mohamed Sabtu mendedahkan tindakan pemimpin pembangkang yang membawa 'cerita' kononnya UMNO menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat dalam lawatan rumah ke rumah dan ceramah agama di kawasan itu.


Beliau kesal kerana dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Umno menolak Islam adalah fitnah besar dan amat tidak bertanggungjawab. "Kita telah berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan Islam dalam kehidupan seharian. Apatah lagi dalam perbankan Islam, pendidikan Islam dan ekonomi Islam.



Kita mengakui ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi kelemahan ini sentiasa kita perbaiki. Kita harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah seperti ini," katanya. Beliau menyatakan demikian semasa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis khatam Al-Quran Parlimen Kuala Krai anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Manik Urai Sabtu.



Sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, beliau berkata UMNO bertanggungjawab menegakkan perkara yang benar dan menangkis segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya. "Kenapa ini boleh berlaku? Saya hairan juga, saya solat di masjid, kiri kanan saya daripada macam-macam fahaman politik. Kita bersama sembah Tuhan yang sama, dalam masjid yang sama, (tetapi) keluar saja masjid, macam-macam fitnah ditaburkan. Ini amat mendukacitakan," katanya.



Mustapa turut membidas Penasihat Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mendakwa parti itu sengaja membuka ruang untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyerang pimpinan mereka terutama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana itu akan memberi kelebihan kepada PAS.


"Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia.


"Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya. Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala."-


Bookmark and Share

Saturday, July 4, 2009

3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih


Mari kita bersama-sama mendaftarkan pengundi baru ini. Mereka adalah aset masa depan negara.


KOTA BAHARU: Seramai 3.7 juta daripada 27 juta rakyat di negara ini yang layak mendaftar sebagai pemilih didapati tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik.

Katanya, situasi itu membimbangkan kerana masih ramai golongan muda berusia antara 21 dan 39 tahun belum sedar hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan dan kelangsungan proses demokrasi negara.

"Berdasarkan jumlah pemilih yang dikemas kini SPR sehingga 31 Mac tahun ini, hanya 11 juta rakyat yang didapati menjalankan tanggungjawab masingmasing dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih apabila tiba kelayakan umur 21 tahun.

"Seramai 3.7 lagi rakyat tidak mendaftarkan diri meskipun sudah tiba kelayakan umur untuk mendaftar. Situasi ini membimbangkan kerana jumlah itu agak besar dan boleh memberi kesan kepada kelancaran perjalanan proses demokrasi negara," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada media mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ngah berkata, daripada 12,293 pengundi termasuk 25 pengundi pos di Maneik Urai, golongan muda berjumlah 5,598 orang, merangkumi 45.5 peratus.

Golongan pertengahan berusia antara 40 dan 59 tahun berjumlah 4,511 orang (36.7 peratus) dan golongan pengundi berumur 60 hingga 79 tahun, 1,937 orang (15.7 peratus) serta golongan warga emas berusia 80 tahun ke atas berjumlah 247 orang merangkumi 2.01 peratus.

Ngah berkata, 12,197 pengundi berbangsa Melayu merangkumi 99.2 peratus manakala pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain bangsa 12 orang.

Katanya pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi ditetapkan di Dewan Petra Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 di Kuala Krai.

Sembilan pusat pengundian dibuka dengan jumlah saluran mengundi sebanyak 27 buah dan petugas pilihan raya seramai 497 orang.

Ngah berkata, 1,200 keping pelekat khas kenderaan akan diagihkan kepada setiap parti bertanding pada 14 Julai ini.

Setiap kenderaan petugas parti yang bertanding akan diarahkan melekatkan tiga keping pelekat berwarna khas bersaiz A4 pada kenderaan mereka iaitu di sebelah hadapan, kiri dan kanan kenderaan.

"Warna pelekat itu berbeza dan akan diagihkan mengikut parti iaitu biru bagi Barisan Nasional, hijau bagi PAS, dan oren parti bebas.

"Pelekat itu memudahkan kenderaan parti memasuki laluan ke pusat pengundian, menurun dan mengambil pengundi di lokasi yang ditentukan dan seterusnya mengurangkan masalah kesesakan lalulintas," katanya.

Ngah juga mengingatkan setiap calon dan penyokong parti yang bertanding mematuhi peraturan ditetapkan SPR bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

Ngah berkata, SPR menggalakkan parti-parti bertanding tidak membawa penyokong terlalu ramai ketika hari penamaan calon berlangsung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan kesesakan


Bookmark and Share

Friday, July 3, 2009

Anwar Ibrahim pernah lulus lesen JUDI


1. Antara isu yang bakal dibawa AnWAR ke Manek Urai tentunya BN menggunakan wang judi haram membiayai operasi kempen mereka. Manek Urai adalah pentas terbaik AnWAR memutar belit kenyataan kerana pengundi Melayu Islam sana amat sensiitif dengan isu haram halal yang berkait rapat dengan kehidupan seharian pengundi di sana. Atas nama Islam, AnWAR pasti menyerang BN/UMNO kerana rapat dengan taukeh-taukeh judi di KL.


2. Sebenarnya AnWAR lah yang amat rapat dengan taukeh-taukeh judi ini. Tika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR cukup rapat dengan Datuk T.K. Lim, tuanpunya Magnum Berhad. AnWAR juga meletakkan Datuk Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad sebagai ‘orang hubungan’ beliau di Magnum. Menurut sumber sahih Magnum Berhad, AnWAR adalah RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi! (AnWAR masih tidak teruskan saman ke atas Nalla yang dakwa Nalla telah beri AnWAR RM 60 juta wang Magnum secara tidak berkala)


3. Semasa Menteri Kewangan juga, AnWAR amat rapat dengan Raja Judi Genting TS Lim Goh Tong (mendiang). AnWAR akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat AnWAR dari pejabat Genting sendiri. Seperti di Magnum, AnWAR juga boleh meminta apa saja dari Genting, nescaya kemahuannya dipenuhi. (Sekarang AnWAR giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara).


4. AnWAR juga amat rapat dengan pemilik banyak kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan AnWAR bagi menjaga ‘kebajikan’ AnWAR. Mereka tidak terbang bersama dan selalunya wakil ini akan menunggu AnWAR di destinasi lawatan AnWAR. Hingga sekarang AnWAR masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibupejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil ‘rundingan’ AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent) mengenai pemilikan bangunan tersebut. bayaran yang dikenakan hanyalah ‘token’.


5. UMNO/BN tidak pernah mengeksploitasi isu ini! Bagaimana AnWAR boleh menuduh UMNO/BN mendapat biayaan dari taukeh judi tanpa bukti sedangkan ibupejabat PKR sendiri adalah hasil dari sumber judi yang haram (dlm Kelab Tropicana terdapat beberapa mesin slot yg diluluskan lesennya tika AnWAR Menteri Kewangan). Bagaimana AnWAR boleh berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi sedangkan kuasa melulus adalah kuasa menteri? Tebal sungguh muka AnWAR yer……..


6. Begitu juga dengan kelulusan lesen judi syarikat Olympia Berhad di Sabah. AnWAR telah meletakkan seorang rakannya berketurunan Melayu berasal dari Perak sebagai Pengerusi syarikat tersebut sebagai syarat tambahan kelulusan. Benar bukan AnWAR yang meluluskan lesen tersebut kerana ianya dibawah kuasa kerajaan negeri Sabah. AnWAR bijak, beliau meletakkan rakannya sebagai Pengerusi, dan pengerusi inilah utusan AnWAR memaksa kerajaan negeri meluluskan lesen tersebut….


AnWAR adalah manusia HIPOKRIT yang sering menutupi perangai sebenar dengan lakonannya. Di Manek Urai nanti, tentunya pakaian rasmi beliau adalah kain pelikat berbaju melayu dan berkopiah putih. Beliau juga bakal menonjolkan dirinya dengan lakonan ‘orang kampung’ yang tidak pernah terdidik dengan kekayaan dan kemewahan bagi memikat hati rakyat…….berhati-hatilah dengan manusia ini !!!!
Sekian.


Bookmark and Share

Tok Guru…apa macam Syed Hussin dan Zaid Ibrahim?


Siapa yang mudah lupa? Datuk Nik Aziz Nik Mat,Dr Syed Hussin Ali atau Datuk Zaid Ibrahim? Kalau bagi orang politik biasa kita memang boleh cincai kata…itu biasalah orang politik.


Namun bagi status seorang ulama ia mungkin lain ceritanya. Agendadaily kebelakangan ini menerima banyak panggilan telefon dari pembaca yang bertanya apakah Mursyidul Am PAS itu lupa apa yang pernah dikatanya tentang Presiden Rakyat Malaysia Dr Syed Hussin Ali yang kini Timbalan Presiden PKR. Menjelang pilihanraya umum 2004 terdapat ura-ura pihak pembangkang nak letak Dr Syed Hussin bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.


Namun ia tidak kesampaian.Nik Aziz berkeras menolaknya.Alasan beliau PRM ialah parti sosialis.Menurutnya sosialis ialah adik kepada komunis. Mereka hairan bagaimana Nik Aziz kini boleh terima PKR yang Timbalan Presidennya ‘ adik kepada komunis’.


Keratan akhbar:

Pas berhak pertikai pemilihan Syed Husin
MARANG 12 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu berhak untuk mempertikaikan pemilihan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr. Syed Husin Ali daripada bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu, Kelantan.


Menurut beliau, sebagai parti pakatan bersama Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Pas berhak memberi pandangan terutama dalam memastikan kemenangan kepada seseorang calon, selain ia merupakan pandangan majoriti terhadap sesuatu keputusan.


``Nak menang mestilah calon yang berwajah dan sesuai dengan penghuni dalam sesuatu kawasan... Syed Husin tak sesuai,'' katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam yang membidas kenyataan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mempertikaikan Syed Husin untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.


Wan Azizah dipetik berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Biro Politik Keadilan kerana penentuan siapa calon adalah menjadi hak mutlak parti itu.

Kelmarin, Nik Aziz dipetik sebagai berkata, Pas menentang calon berfahaman sosialis diletakkan di kerusi Parlimen Kota Bharu kerana tidak yakin calon berkenaan akan menang memandangkan semua orang tahu, sosialis adalah `adik sedikit daripada komunis'.


Ekoran kenyataan Nik Aziz itu, Syed Husin memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ini.


Menyentuh mengenai calon wanita Pas di Terengganu, Abdul Hadi berkata, mereka tidak dipilih kerana parti itu tidak yakin calon wanita mampu membawa kemenangan kepada Pas.
Malah katanya, Barisan Nasional sendiri tidak berani untuk menurunkan calon wanita di Terengganu atas alasan yang sama.



Ini bila mana Menteri Besar Kelantan itu cop UMNO parti macam komunis yang jadi polimek sekarang. Mengenai Zaid pula lebih sensasi.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga bekas Ahli Parlimen BN Kota Bharu selama sepenggal pernah dicop oleh PAS sebagai kafir.


Waktu polimek tentang hukum Hudud dulu Zaid bukan saja telah mempertikaikan mengenainya tetapi pada tahun 2002 beliau mengemukakan saman di mahkamah kerana Kerajaan Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud. Dr Syed Hussin dan Zaid mungkin tak lupa.


Siapa tau mungkin Tok Guru yang lupa


Bookmark and Share

Thursday, July 2, 2009

Hindraf HENTAM DAP/PKR

Poor turnout a warning to Pakatan

I refer to Malaysiakini report Najib gets bashed at Pakatan 'unity' rally.It is strange that at a time when there is 'political discontent' within the Pakatan Rakyat fold and the states they administer, they feel it is more politically correct to indulge wastefully in 'Najib bashing' rather than introducing solutions to the many problems the nation faces.
But perhaps it was politically necessary to divert the attention to Prime Minister Najib Abdul Razak instead of onto Pakatan Rakyat themselves. But the fact remains that for Pakatan, it is better to 'bash Najib' rather than admit their own mistakes and shortcomings or the serious indications that all is not well within the Pakatan Rakyat fold.
It is just not the 'unity talks' or the fall out from it despite the huge damage control efforts by Anwar Ibrahim that kept the alternative political coalition still together after weeks of political comatose.
It is the manner Pakatan administered states are governed, the issues are addressed and political rhetoric, however necessary, kept intelligent. But it also matters how the intelligent and politically-alive electorate and civil society leaders are kept within the loop of the states' administration.
It is whether 'hearts and minds' of the voters are being managed, challenged and engaged by the new state administrations. In Penang, Kedah and Selangor, there are issues beginning to surface and we cannot continue to blame solely on the previous administrations.
It is time to move on and take remedial steps to right a wrong. It is about leading. I am certain that many who voted for the change on March 8 last year may be seriously having second thoughts and only the continued incompetence, corruption, arrogance, abuse of the law by BN is still assisting Pakatan Rakyat to have a continued political relevance.
If BN can get its act together, I am certain it will be an interesting photo finish at the next general elections.
The signs and indications are already there that the people are fed up of too much politicking on all sides of the political divide.And an indication of that was seen when only less than 4,000 people turned up at the Stadium MPPJ in Kelana Jaya yesterday for Pakatan Rakyat 'unity' rally, a bid to project a united front.
The two-hour ceramah, which kicked off at about 9.30 pm certainly attracted a much smaller crowd compared to previous similar rallies despite the appearance of top leaders from the opposition coalition.
This despite the presence of all the leaders from Pakatan Rakyat being present. The vary fact all the leaders took pains to squash rumors of major cracks within Pakatan as a result of PAS' flirting with Umno clearly confirmed in the minds of those present that there were still many an issue still unresolved and that whatever said and done, the non Malays must be wary of PAS.
If one had expected to be given a running discourse on what the Pakatan Rakyat -run states are doing to address the economic burdens of the nation, we were sadly mistaken. The response was predictable with potshots being fired at Najib Abdul Razak's '1Malaysia'.Najib is certainly not perfect, but at least he is seriously trying to clean up and address the perceived wrongs and misdeeds of the previous administrations.
And what are his critics doing?It is easy to take the podium and tear apart the '1Malaysia' concept, the former administration or any of the federal government's initiatives but what perhaps one has failed to address or acknowledge is perhaps, just perhaps, Malaysians today are all tired of these political stunts and 'tit for tat'.
They want more sustainable solutions and alternatives for what should be done to address the nations many difficulties, challengers and woes. This is where Pakatan Rakyat has failed.It is true that during the last elections, many a candidate with questionable backgrounds and track records were elected by a tsunami of voters angry and annoyed with the arrogance, incompetence and abuses of the Barisan Nasional.
But many are today watching, analysing and certainly rethinking their decisions and if the Pakatan Rakyat does not initiate a drastic and holistic change in the manner they select candidates, govern or address issues, they are in for a rude shock sooner than they think.
The unfilled MPPJ Stadium is just a reminder to Pakatan leaders to take stock that the Malaysian voters are not as politically gullible as they used to be.

Babi punya hal...kerajaan campuran pembangkang Kedah pecah

Kerajaan campuran pakatan pembangkang Kedah retak apabila DAP negeri itu mengisytiharkan keluar daripada pakatan tersebut kerana tidak berpuashati dengan cara kerajaan PAS tangani isu rakyat lebih khusus sebab rumah sembelihan babi.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su yang mengumumkan keputusan DAP negeri itu selepas satu mesyuarat tergempar petang Rabu berkata, keputusan tersebut kerana DAP tidak berpuashati dengan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBSA) meroboh rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Serentak dengan keputusan itu difahamkan, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Kota Darul Aman dalam kerajaan campuran pembangkang, Lee Guan Aik menjadi pembangkang. Isu ini tentunya akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP esok (Khamis) dan seterusnya di peringkat majlis pimpinan pakatan pembangkang

Monday, June 29, 2009

Ku Li restui Tok Pa pimpin UMNO Kelantan


Segala-galanya bermula di Manek Urai. Soal kepimpinan datang dan pergi namun Datuk Mustapa Mohamed atau Tok Pa direstui untuk memandu hala tuju UMNO negeri Kelantan berasaskan tuntutan dan kemahuan perjuangan parti yang didokong ahli-ahlinya.


Begitulah harapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada Tok Pa yang kini diberi peluang menerajui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. “Soal ujian pada Tok Pa tidak timbul, paling penting sejauhmana ahli-ahli mendokong perjuangan kita dan kita perlu berpakat”,katanya.


Beliau yang ditemui selepas Majlis Tengku Razaleigh Hamzah bersama rakyat Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Baru, Jumaat.


Lebih 200 orang hadir di program pertama Tengku Razaleigh bertemu rakyat di Manek Urai menjelang pilihanraya kecil kawasan itu.


Kawasan Manek Urai pada awal 60an pernah diwakili beliau yang ketika itu dipanggil Hulu Kelantan.


Menurut Tengku Razaleigh, kawasan Hulu Kelantan dimenangi parti Perikatan pada tahun 1959, 1964 kemudian kalah tahun 1969 hingga menang semula tahun 2004 dan kalah lagi tahun 2008.


Beliau juga memberi komitmen untuk turun berkempen selepas penamaan calon ini dan mengharapkan Barisan Nasional (BN) akan capai kejayaan.


“Saya menaruh harapan kita (BN) boleh menang tapi kalau kena dengan calon yang sesuailah…,” tambahnya.


Ditanya masalah calon di setiap pilihan raya kecil yang diwakili UMNO sering ditimbulkan hingga berlaku perpecahan ketika berkempen, Tengku Razaleigh memberitahu jalan penyelesaian masalah itu pernah dikemukakan.


“Saya sudah cadangkan agar calon-calon patut dipilih oleh ahli-ahli dalam kawasan berkenaan maka dengan cara itu semua orang terpaksa ikut dan patuh pada keputusan orangramai bukan pilihan orang di atas kerana kadang-kadang pilihan orang di atas tidak begitu tepat dengan selera orang bawah,” katanya

Sunday, June 28, 2009

Manik Urai: Pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN

MANIK URAI, 28 Jun (Bernama) -- Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Saturday, June 27, 2009

Nik Aziz Kata Komunis dan Nasionalis Adik Beradik

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyatakan parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma ketika berceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam pada 27 Mei 2009 (lihat video ini). Sejak dipengaruhi oleh Erdogan, kenyataan Nik Aziz banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia. Apakah Nik Aziz sedar dengan apa dicakapkannya? Atau sudah ada teks yang ditulis oleh orang lain untuk dibacanya sahaja?





Nik Aziz turut menyatakan “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja" ketika berceramah di Kampung Guar Jering.


Mahukah Nik Aziz bersolat hajat dan menangis untuk membela kes liwat Anwar Ibrahim? Jika begitu, Anwar juga perlu memakai jubah dan berserban berjumpa dengan Nik Aziz sebelum menghadiri kes perbicaraan liwatnya nanti. Elok juga kalau Anwar bersumpah di hadapan Nik Aziz bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut. Mungkin selepas itu, Nik Aziz dan ribuan penyokong PAS di Kelantan akan bersolat hajat dan bermunajat agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Apakah berani PAS membuat solat hajat sekali lagi seperti tahun 1999 dulu?

Menurut Nik Aziz lagi “Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang. Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka.” UMNO menolak perjuangan komunis. Namun ada satu parti yang mahu membenarkan Chin Peng pulang (sila baca sini). Pemimpin parti politik tersebut secara terbuka mahu Chin Peng dibenarkan pulang tetapi apakah Nik Aziz berani menegur pemimpin politik tersebut? Pemimpin ini bakal dibicarakan atas perbuatan liwat. Mahukah Nik Aziz membela Anwar dari tuduhan liwat?



Pada 18 April 2009, Elizabeth Wong (ADUN PKR Bukit Lenjan) yang didapati berbogel di atas sofa pergi berjumpa dengan Nik Aziz di kediamannya dengan memakai tudung. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah" berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) sejurus selepas Elizabeth Wong berjumpa Nik Aziz. Seolah terhapus kesalahan Elizabeth Wong. Apakah semua kesalahan boleh terhapus selepas berjumpa dengan Nik Aziz?


Bookmark and Share








Friday, June 26, 2009