Tuesday, May 12, 2009
PERMULAAN SEBUAH LAGI PERJUANGAN- Dari Blog Dr. Zambry
Saya memohon maaf kepada pembaca setia blog saya kerana terlewat untuk mengemaskinikan tulisan saya. Selepas keputusan mahkamah semalam, saya bertemu dengan pemimpin-pemimpin, para peguam serta rakan-rakan untuk membincangkan tindakan kami seterusnya.
Seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan ringkas akhbar, saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka, tanpa mempersoalkan keputusan itu.
Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang.
Bagaimanapun saya dan rakan-rakan akan meneruskan perjuangan kami menegakkan keadilan dan membela rakyat. Ini adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.
Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.
Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.
Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
Perjuangan menegakkan keberanian ini memerlukan “keberanian”. Mandela pernah berkata : “Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi Berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu. (I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear. )
Jika dibandingkan dengan dua tokoh yang disebutkan tadi, perjuangan dan pengorbanan yang saya serta rakan-rakan lalui tidaklah seteruk mereka. Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.
Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Dato’ Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya.
Tuduhan terbaru ialah penggunaan bomoh yang saya rasakan amat serius kerana ia melibatkan perbuatan syirik. Ini adalah antara taktik politik kebencian (politics of hatred) yang digunakan oleh mereka supaya rakyat membenci Barisan Nasional.
Tetapi taktik seperti ini bukanlah budaya Barisan Nasional.
Memetik kata Martin Luther King Jr, kegelapan tidak akan mengatasi kegelapan. Kebencian tidak akan menghapuskan kebencian, hanya kasih sayang mampu mengubahnya. (Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.)
Pada saya kehilangan jawatan Menteri Besar tidak akan mengurangkan semangat juang saya untuk menegakkan kebenaran. Jika Nizar dan rakan-rakannya yang kini mula bermaharaja-lela dan rakus kuasa (termasuk memasuki pejabat Menteri Besar seawal 7.15 pagi pada 12 Mei), menyangka keputusan mahkamah itu akan mengurangkan semangat juang saya maka mereka sudah tersilap baca.
Perjuangan menegakkan kebenaran tidak perlu pada jawatan.
Bagaimanapun saya akui adalah sukar untuk menukarkan persepsi penyokong mereka tentang saya dan Barisan Nasional. Ceramah-ceramah, laman-laman portal, serta akhbar milik pembangkang berjaya memberikan imej negatif terhadap kami.
Tidak hairanlah ada golongan yang percaya dengan tuduhan mereka kononnya adun-adun Barisan Nasional memulakan kekecohan dalam dewan undangan negeri pada 7 Mei lepas.
Bekas speaker V. SIvakumar pula seperti “buta undang-undang” mendakwa keputusan mahkamah tinggi semalam, mengatasi keputusan mahkamah Persekutuan yang mengistiharkan penggantungan saya serta enam exco sebagai tidak sah.
Padahal, Mahkamah Persekutuan mengatasi keputusan mahkamah Tinggi. Ini adalah antara contoh manipulasi yang dibuat oleh pakatan pembangkang.
Mereka hanya menerima keputusan undang-undang yang menyebelahi mereka dan menolak keputusan yang tidak bersama mereka. Inilah "selective justice" yang diamalkan oleh pembangkang.
Saya tidak akan mencerca dan menjaja keputusan Mahkamah Tinggi seperti yang dilakukan oleh Nizar dan Ngeh dalam ceramah-ceramah mereka apabila keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menyebelahi mereka.
Saya tidak dapat membayangkan betapa rakusnya mereka apabila Nizar disahkan semula sebagai Menteri Besar. Kerakusan mereka di dalam dewan tempohari mencerminkan kerakusan yang akan dilakukan sebaik sahaja Nizar menduduki kerusi Menteri Besar.
Salam Perjuangan
Monday, May 11, 2009
BN bertanggungjawab penuhi 'hasrat' Nizar seperti diputus oleh Mahkamah

“ You understand that!!!""
RAJA Nazrin terpaksa meminta Nizar agar titah ucapan baginda tidak diganggu ketika perasmiaan sidang Dewan Undangan Negeri Perak.
Hari penentuan…siapa MB Perak ' yang sah '

Selama ini semua orang beranggapan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dipecat daripada jawatan Menteri Besar.
Sunday, May 10, 2009
Antara kesalahan ADUN pembangkang masa sidang DUN Perak
Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.
1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.
Malam ini: 2 Ceramah UMNO di Lunas
Saturday, May 9, 2009
Siapa "baboon" yang berdiri diatas meja DUN Perak?
(AHLI Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, Loke Chee Yan berdiri di atas meja di tengah-tengah kekecohan yang tercetus d sidang DUN Perak)
Friday, May 8, 2009
MP Pembangkang Sengaja menyibuk...hanya nak jadi hero
(Zuraida: Eh! Apa ni tarik-tarik beg LV yang I beli kat Paris ni?)
Bagaimanapun, ketika mahu memasuki bangunan SUK, kenderaan yang dinaiki Zuriada ditahan untuk pemeriksaan pihak keselamatan. Pegawai polis yang bertugas menegaskan hanya Adun dan isteri mereka boleh masuk ke bangunan SUK setelah melihat kenderaan itu penuh penumpang.
Zuraida dan seorang lagi lelaki yang berada dalam kenderaan Adun pembangkang Perak itu diminta keluar.
Beliau yang diduduk di kerusi sebelah pemandu membuka pintu dan mula bising sambil memperkenalkan dirinya sebagai ‘MP’ dan menunjukkan surat kononnya jemputan Speaker untuk hadir sidang berkenaan. Selepas didesak , barulah beliau dan lelaki yang duduk di kerusi belakang keluar manakala kenderaan yang membawa Adun dan isterinya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.
Zuraida terus mempertikai tindakan pihak berkuasa menghalangnya masuk ke bangunan tersebut sehingga memaksa polis bertindak menahannya kerana beliau terus membuat kecoh.
Tian Chua pula mematuhi arahan pihak berkuasa dan keluar daripada kenderaan Adun pembangkang yang mahu masuk ke SUK apabila diperiksa. Beliau beredar menaiki kenderaan miliknya sendiri yang mengikutnya dari belakang.
(Tian Chua...Oppss!!! Terlebih sulahh)
Bagi sesiapa yang berada di pintu masuk bangunan SUK itu dan melihat insiden berkenaan, pasti boleh berfikir bahawa kedua-dua pemimpin PKR terbabit dengan niat cuba ‘membolosi’ pemeriksaan keselamatan untuk masuk menghadiri perasmian sidang DUN Perak itu.
Mereka sengaja cari pasal dan akhirnya marah kepada pihak berkuasa apabila kena tahan sedangkan polis berusaha mengawal keselamatan dan mengelak kejadian buruk yang tidak diingini.
Chua yang terlepas pada sebelah pagi, bagaimanapun kena tahan pada petangnya kerana berada dalam lingkungan 500 meter daripada pagar SUK yang diisytiharkan mahkamah sebagai kawasan larangan berkumpul setelah polis mendapatkan perintah tersebut.
Jika di dalan Dewan Undangan Negeri panas dengan pertikaian penyokong BN dan pembangkang, di luar bangunan SUK suasana panas bermula sejak awal pagi apabila ada pihak tertentu cuma memasuki bangunan tersebut.

(Bolos, yang tidak terbolos)
Mereka berkumpul di depan dan di dalam dua buah restoran tidak jauh daripada pagar bangunan SUK dan tidak beredar apabila diarahkan polis. Keadaan ini memaksa polis bertindak menahan kira-kira 60 orang termasuk beberapa wakil rakyat pembangkang sejak awal pagi hingga petang yang dipercayai terbabit dalam usaha menganggu sidang DUN dan perhimpunan haram .
Selain Zuraida dan Chua turut ditahan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, Adun Teratai Jenice Lee dan Adun Air Keroh Khoo Poay Ting.
Bagaimanapun, difahamkan mereka yang ditahan sudah dibebaskan petang tadi. Jadi pertanyaan kenapa wakil-wakil rakyat luar Perak ini hadir sedangkan mereka tahu urusan persidangan DUN Perak hanya membabitkan wakil rakyat negeri itu
Thursday, May 7, 2009
DUN Perak...kemuncak sikap kurang ajar
Kesimpulan yang dapat dibuat hanya satu - pembangkang khususnya DAP menunjukkan sikap kemuncak kepada kurang ajar
Mereka bukan sahaja menjadikan DUN sebagai tempat menunjukkan budaya samseng dan ganas malah langsung tidak hormat dengan kehadiran Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah. 
Semua orang tahu jika sidang DUN ini tidak diadakan sehingga 13 Mei ini iaitu enam hari saja lagi DUN Perak perlu dibubarkan dan satu pilihanraya baru bagi negeri itu wajib diadakan. Sebagai catatan sekurang-kurangnya satu sidang DUN wajib diadakan dalam tempoh masa enam bulan.
Makanya pembangkang mengunakan segala macam alasan dan muslihat untuk mengagalkan perasmian sidang DUN ini hingga tidak mempedulikan langsung kehadiran Raja Nazrin dalam bangunan DUN itu hingga kena menunggu lima jam.
Beberapa orang pemerhati dalam sidang DUN itu kedengaran berbisik sesama mereka, " ini belum lagi dapat memerintah satu negara...kalau dapat perintah bayang sendirilah". Berikut adalah rentetan apa yang berlaku dalam DUN Perak sejak ketibaan Raja Muda Perak ke banguan SUK Perak:
5.30pm-Dr Zambry berkata apa yang berlaku dalam DUN Perak bukti keganasan dan kezaliman kumpulan minoriti yang cuba menafikan hak BN yang kuasai majoriti. 5.25pm-Dr Zambry berkata pihaknya akan kaji semua aspek terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pembangkang. “Mereka yang serang ADUN BN dulu,” katanya.
5.21pm-Menteri Besar, Dr Zambry kesal pembangkang bertindak biadap dan kurang ajar dalam Dewan. Mereka menggunakan undang-undang rimba dan tidak hormat peraturan, katanya.
4.13pm-Sidang DUN selesai. Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ngeh Koo Ham terus berjumpa media. Sivakumar pula masuk balik ke dalam Dewan.
4.09pm-Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry bentangkan usul agar sidang DUN ditangguh. Usul diluluskan walaupun ADUN DAP cuba menghalangnya. Spekaer kemudiannya menangguhkan sidang DUN ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetap kelak.
3.52pm-Raja Mudam Raja Dr Nazrin Shah selesai menyampaikan titah perasmian. Baginda mengakhiri titah dengan minta semua pihak mengambil iktibar daripada sejarah bagi memastikan negeri terus aman dan stabil.

3.29pm- Walaupun terpaksa menunggu lebih lima jam ekoran kekeochan yang dimulakan oleh ADUN DAP, Raja Nazrin Shah tidak terganggu. Baginda terus menyampaikan titah perasmian yang menyentuh isu-isu yang serius seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat serta keyakinan baginda terhadap kemampuan kerajaan negeri melaksanakan agenda berkenaan.
3.17pm- Raja Dr Nazrin Shah masuk ke dalam Dewan. Datuk Seri Nizar terus sembah mengadu bahawa Sivakumar dibawa keluar. Raja Dr Nazrin menitahkan Nizar dan Ngeh mengadap baginda di di pentas diraja dan menititahkan sesuatu. Sejurus kemudian, Nizar meminta sebahagian ADUN pembangkang yang berdiri di tengah Dewan duduk kembali. 3
.07pm-Suasana dalam DUN diam seketika apabila Speaker menangguhkan sidang kerana pergi menjemput Raja Muda untuk masuk ke Dewan. ADUN DAP masih berdiri tengah Dewan sebagai tanda protes.
3.03pm-Sidang DUN diteruskan. Usul aturan mesyuarat agar Raja Muda merasmikan sidang diluluskan. ADUN DAP terus berdiri sambil mengetuk meja tanda bantahan. Dua ADUN DAP diarah keluar Dewan.
2.58pm- Suasana dalam Dewan tegang semula apabila Speaker baru mengambil tempat Speaker. ADUN DAP cuba menarik Ganesan. Ganesan meneruskan persidangan dengan Menteri Besar membentangkan usul aturan mesyuarat.
2.52pm- Suasana agak tenang sedikit. Beerapaa ADUN DAPberjumpa dengan Datuk Seri Dr Zambry yang kelihatan tenang saja melayani mereka. Pada masa yang sama Speaker baru D R. Ganesan telah mengambil tempat duduk rasmi Sepaker.
2.44pm- Sivakumar telah dibawa keluar Dewan oleh petugas. Beliau diangkat setelah enggan mematuhi arahan Speaker baru agar beliau keluar Dewan. Keadaan menjadi begitu tegang.

2.37pm- Bergelut. ADUN DAP bergelut dengan Bentara Dewan yang mahu melaksanakan arahan Speaker baru menggantung Sivakumar setelah usul dilulus 31 ADUN.
2.30pm- Suasana bertukar, ADUN BN yang sebelum ini mendiamkan diri beramai-ramai bangun hendak membawa Sivakumar keluar. ADUN DAP segera membuat kepungan di keliling meja Sivakumar bagi halang cubaan ADUN BN.
2.25pm -Makin ganas. Selepas cuba halau Speaker baru, ADUN DAP jerit halau polis yang cuba kawal keadaan dalam Dewan.
2.22pm -Sidang DUN disambung semula dengan keadaan lebih tegang. Provokasi ADUN DAP serbu tempat duduk BN cetus pergaduhan. Polis terpaksa campurtangan.
12.58pm - Speaker R. Ganesan menangguhkan sidang selama satu jam lagi ekoran kekecohan. Apa yang menghairankan walaupun tidak mengiktiraf Ganesan tapi pembangkang akur sidang ditangguh.
12.45pm-Masih kecoh. Kira-kira 15 ADUN DAP kini kepung Ganesan di blok kerusi ADUN BN. Mereka mahu Ganesan keluar. ADUN BN tetap tidak berganjak dan dengan tenang duduk di tempat masing-masing.
12.30pm- Sebaik Speaker baru Datuk R. Ganesan hendak memulakan sidang, 5 ADUN DAP serbu Ganesan dan halang beliau daripada memulakan sidang. ADUN BN cuba leraikan. Berlaku tolak menolak.
12.14pm- Sidang masih rehat. Sivakumar duduk di tempatnya tetapi akur dengan perinntah Speaker baru dan beliau tidak cuba untuk mulakan sidang pun.
11.20am-Speaker baru Datuk R. Ganesan menangguhkan sidang satu jam. Menariknya semua ADUN tak keluar dan duduk di tempat masing-masing. Raja Nazrin Shah masih di bilik menunggu.
11.13am-Speaker baru Datuk R. Ganesan teruskan sidang sambil berdiri sambil dikelilingi oleh ADUN BN. Sivakumar tetap di kerusinya dan hanya melihat perjalanan sidang.
11.03am-ADUN BN dan 3 ADUN Bebas lulus usul lantik Ganesan sebagai Speaker. Ganesan kemudiannya angkat sumpah dan dipakaikan jubah rasmi Speaker. Sidang terus kecoh. Sivakumar tetap duduk di meja.
10.52am-Masih kecoh. Kini berlaku sidang dalam sidang bila Timbalan Speaker Hee Yit Fong mengendalikan sidang dan Dr Zambry bentang usul pecat Sivakumar.
10.29am- Dr Zambry bentang usul pecat Sivakumar. Speaker V. sivakumar tidak mengendahkannya dan berkata, usul itu tidak sah sebab Dr Zambry dah digantung dan tidak akan terus sidang selagi Dr Zambry, enam Exconya dan tiga ADUN Bebas tidak keluar Dewan.
10.18am- Sehingga 10.15 masih kecoh. Speaker suruh 10 orang ADUN BN dan Bebas keluar Dewan. Menteri Besar memberikan penjelasan tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang putuskan pengantungan mereka tidak sah dan terbatal. ADUN BN tak berganjak. Raja Nazrin masih di bilik menunggu.
10.09am- Dah mula kecoh. Sivakumar arah Dr Zambry, 6 Exco dan 3 ADUN Bebas keluar Dewan dan tidak akan mula sidang. Raja Muda masih belum rasmi.

9.37am-MB Perak DS Dr Zambry Kadir tiba jam
9.25 dan tepat 9.30 Raja Muda Perak tiba untuk upacara perasmian DUN Perak dan kini sedang melakukan pemeriksaan perbarisan keselamatan.
9.24am-Speaker V Sivakumar tiba jam
9.15 SUK Perak D Abd Rahman sambut beliau dan tanya 'macam mana hari ini" Siva jawab "yang terbaik untuk rakyat".
8.59am-Setakat ini kira-kira 10 orang penyokong pembangkang termasuk termasuk Zuraida sudah ditahan kerana cuba masuk ke bangunan SUK Ipoh.
8.49am- Ahli Parlimen Ampang Jaya (PKR) Zuraida Kamaruddin ditahan polis di pintu masuk bangunan SUK kerana cuba menyusup masuk. Dia diminta beredar tetapi dia degil dan lawan arahan polis.
Sehingga 8.45 suasana sekitar SUK terkawal dan semua ADUN kini sedang menunggu ketibaan Raja Muda Perak
Wednesday, May 6, 2009
Dasar liberalisasi biar terkawal
Sehubungan itu, Malaysia wajar sekali mengambil pendekatan yang diharapkan mampu mengurangkan impak daripada kemelut tersebut terhadap kira-kira 27 juta rakyatnya.
Hakikat ini telah disuarakan dengan jelas oleh Perdana Menteri kita dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh (MAPPA X) pada 28 April lalu.
Liberalisasi dilihat sebagai strategi yang dapat menyelamatkan negara ini. Bermula daripada liberalisasi dalam sektor perkhidmatan awam seperti dasar pintu terbuka jawatan-jawatan utama dan penting kepada sektor swasta seterusnya liberalisasi dalam 27 subsektor perkhidmatan.
Namun, adakah tindakan liberalisasi ini benar-benar akan, sedang dan telah diperhalusi, dirancang dengan teliti serta sentiasa dalam kawalan agar tidak wujud situasi "lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya" pula?
Usaha memberi fokus kepada sektor pertumbuhan ekonomi dengan mengutamakan kemasukan pelabur asing secara bebas wajar sentiasa dipantau agar tidak melampaui had.
Aspek jangka panjang terhadap sesuatu tindakan atau dasar yang hendak dilaksanakan perlu diambil kira.
Rakyat juga tidak mahu berlaku lagi senario menang sorak tetapi kampung tergadai akibat sikap enggan belajar daripada sejarah atau pengalaman sendiri atau dari negara lain.
Sebagai contoh perlu ditetapkan had atau tahap campur tangan pihak swasta dalam perkhidmatan awam. Tidak semua, apatah lagi peringkat tinggi jawatan kerajaan boleh diserah begitu sahaja kepada mereka yang tidak tahu falsafah dasar dalam budaya kerja perkhidmatan awam.
Begitu juga jangka masa untuk pemodal asing melabur. Adakah ada jaminan bahawa jawatan kosong yang ada akan diisi oleh anak-anak tempatan seperti yang sering diuar-uarkan jika mahu membawa masuk pelabur asing ke negara ini?
Sememangnya kita mesti berani menerima perubahan tetapi usahlah manfaat perubahan itu tidak dikecapi oleh rakyat apalagi mendatangkan kerugian pula.
Monday, May 4, 2009
Wataniah tiada kaitan undi pos - Latiff
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, persepsi itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang tiada pengetahuan meluas dalam sistem pilihan raya negara ini serta mereka yang 'sakit politik'.
Katanya, tentera wataniah golongan yang memasuki perkhidmatan ketenteraan dengan sukarela secara separuh masa dan berdaftar di kawasan Parlimen masing-masing di bawah senarai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
''Secara jelas, orang yang membuat kenyataan sebegitu, dia 'sakit politik'. Tentera bebas daripada sebarang fahaman politik dan kesetiaan mereka hanya kepada negara serta kerajaan yang memerintah.
''Wataniah pula sukarela, mereka orang biasa (masyarakat awam), jadi bagaimana isu undi pos wujud?" katanya pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan pertamanya ke ibu pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di sini baru-baru ini.
Pada 12 April lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan cadangan untuk melahirkan 600,000 anggota tentera wataniah dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan sasaran 300 anggota di 222 kawasan Parlimen di negara ini.
Berikutan kenyataan itu, beberapa laman blog termasuk kelolaan ahli Biro Penerangan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nathaniel Tan (http://jelas.info/2009/04/13/zahid-plans-massive-postal-vote-con-via-wataniah-latest-on-adi-anwar/) mendakwa cadangan itu bertujuan mewujudkan penipuan dalam sistem undi pos yang bakal memihak kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
PKR perlu BN untuk “menang bergaya"
Politik adalah strategi dan psikologi. Maka untuk bertarung di gelanggang politik, perlulah ada kebijaksanaan memasang strategi dan menyerang lawan dengan psikologi. Inilah yang sedang berlaku dalam menunggu gerbang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang 31 Mei ini. Pilihan raya kecil Penanti adalah satu daripada tiga pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu yang diciptakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagi PKR, Penanti suatu yang penting kerana kerusi itu dikosongkan oleh PKR.
Sekiranya calon PKR memenangi pilihan raya kecil ini, beliau akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggantikan Mohamad Fairus Khairuddin.
Melihat Barisan Nasional (BN) yang tidak begitu ghairah dengan Pilihan Raya Kecil Penanti, PKR menjadi resah sekiranya BN tidak ikut bertanding. Sekalipun sekiranya ini berlalu PKR akan menang tanpa bertanding tetapi kemenangan itu tidak bernilai kerana tidak berjaya menewaskan BN seperti dua pilihan raya kecilnya yang lain.
Memberi perhatian yang besar dan khusus kepada Pilihan Raya Kecil Penanti adalah menari mengikut rentak yang dicipta oleh PKR. Ini kerana pilihan raya kecil ini sudah menjadi gelanggang permainan politik PKR, mereka sengaja mengosongkan dan mengajak BN ikut menari kemudian kecundang. Sebabnya kawasan yang diciptakan pilihan raya kecil oleh PKR ini dikenalpasti sebagai penguasaan PKR.
Sudah dua pilihan raya kecil BN ikut menari dan hasilnya seperti yang dijangka, BN tewas dalam pilihan raya kecil yang sengaja diciptakan ini. Maka kali ini di Penanti BN perlu membuat keputusan tepat sama ada ikut menari atau membiarkan PKR saja yang menari sendirian.
BN sangat perlu mengenalpasti strategi PKR dan memasang strategi sendiri supaya permainan politik yang tidak sihat ini tidak berpanjangan.
Tentu suatu yang kurang bijak kalau BN turut bertanding kerana tidak mahu dianggap pengecut oleh PKR. Ini kerana PKR juga mempunyai jawapan yang lain sekiranya BN kalah lagi dalam Pilihan Raya Kecil Penanti.
BN jangan mengharapkan PKR memuji “keberanian” kerana turut bertanding kerana PKR akan berkata pula, rakyat menolak BN sekiranya BN kalah dalam permainan ini.
Secara psikologi, BN perlu sedar bahawa nilai PKR di Penanti hanya ditentukan oleh BN. Kalau BN tidak ikut serta, nilai kemenangan PKR tidak bererti. Dalam politik, menang tanpa bertanding bukanlah kemenangan yang boleh dibanggakan. PKR tidak mahu dilabelkan menang tanpa bertanding, tujuannya untuk memberitahu kepada rakyat pengaruh dan kekuatan PKR.
Pucuk pimpinan PKR sangat strategis dan BN perlu menyedari hakikat ini supaya tidak berlaku hanya tidak mahu dikatakan pengecut, BN akan memberi nilai pula kepada PKR.
Sunday, May 3, 2009
Chua Soi Lek Speaks Out Loudly about Cross Over to Pembangkang

Anwar, agen Amerika yang sibuk
Saturday, May 2, 2009
Anwar " Hero " dakwa Malaysia halang pluralisme agama!

Friday, May 1, 2009
Calon Recycle: PKR letak calon tiga kali pernah kalah pilihanraya di Penanti…



