Monday, June 8, 2009

Bersatulah Melayu demi Agama dan Bangsa


Pribumi Malaysia, terutamanya orang Melayu, sedang dilanda dilema politik dan ekonomi. Hakikat ini tidak boleh dinafikan.


Faktor-faktor penyebabnya berada di depan mata. Kesannya sedang kita rasakan. Implikasinya semakin mencabar. Kalau gagal ditangani, dilema ini boleh menyebabkan nasi menjadi bubur, orang Melayu rugi besar, ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan, Tanah Melayu mungkin menjadi milik orang.


Contohnya, satu: kuasa Melayu dalam pemerintahan Malaysia kini semakin hari kelihatan seolah-olah kian terhakis. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 adalah manifestasinya.


Dua: baru-baru ini, UMNO dilanda krisis kredibiliti dan dicemari amalan rasuah politik yang serius. Tindakan disiplin kepada beberapa calon jawatan utama UMNO dalam pemilihan parti berkenaan pada Mac 2009 yang lalu adalah buktinya.
Tiga: pada hujung tahun lalu, wibawa UMNO selaku teras kepada Barisan Nasional (BN) dipersendakan oleh beberapa parti komponen BN sendiri. Kontroversi mengenai ketuanan Melayu dan asal-usul Melayu yang dicetuskan oleh MCA dan Gerakan pada Disember 2008 adalah bukti fenomena ini.



Empat: parti-parti Melayu alternatif, khususnya Pas, juga dalam keadaan yang dipertikaikan. Sikap, gelagat, kenyataan serta tindakan sesetengah pemimpin serta penyokong Pas baru-baru ini menjadikan persepsi ini lebih berasas.



Lima: Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku parti pelbagai etnik yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu, kini seakan-akan mempertaruhkan nasib dan masa depan bangsa Melayu kepada segolongan pemimpin politik bukan Melayu, semata-mata kerana pemimpin besar parti berkenaan dikatakan terlalu ghairah untuk berkuasa. Krisis moral pemimpin tertentu dalam PKR kini menjadikan parti itu lebih gawat.



Enam: hak-hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perdagangan, perniagaan dan pendidikan, kebelakangan ini diungkit-ungkit oleh segolongan bukan Melayu. Desakan terhadap kuota biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera, serta kritikan mereka terhadap kuota 30 peratus dalam ekonomi negara yang dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah contoh mengenainya.



Inilah dilema pribumi, khususnya orang Melayu di abad ke-21. Dilema ini perlu segera diatasi oleh semua orang Melayu, professional Melayu, cendekiawan Melayu, parti politik Melayu dan seluruh pemimpin Melayu melangkaui batas-batas kelompok serta ideologi.


Tetapi, perjuangan mempertahankan hak orang Melayu kini menjadi satu daripada dilema politik orang Melayu di abad ke-21. Banyak faktor yang menyebabkan dilema ini. Antaranya adalah seperti berikut.


Pada penghujung 2007, satu pertubuhan haram bernama Hindraf menuduh kononnya UMNO melakukan genocide dan pembersihan etnik ke atas keturunan India di Malaysia. Pertubuhan itu menuntut ganti rugi RM1,000,000 bagi setiap mereka yang terkorban (butiran 12 dalam memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri Malaysia 12 Ogos 2007).



Pada 28 November 2008, Ketua Wanita MCA menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak relevan pada hari ini kerana semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau menyokong kenyataan seorang Timbalan Presiden MCA mengenai perkara yang sama pada 27 November 2008 (Utusan Malaysia).
Pada 30 November 2008, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan tuan dengan hamba (Utusan Malaysia).



Pada 6 Februari 2009, seorang pemimpin Pas diberitakan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Mahkamah Tinggi Ipoh.



Pada 26 Februari 2009, ADUN DAP Skudai di Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh kononnya dasar-dasar afirmatif untuk Melayu dan Bumiputera adalah serupa dengan dasar aparteid (The Malaysian Insider 26.2.2009).



Pada 14 Mei 2009, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut. Beliau juga mahu pemberian biasiswa itu dilakukan berasaskan meritokrasi, dengan tidak menafikan peluang pelajar cemerlang (Utusan Malaysia).



Pada 17 Mei 2009, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Yong Khoon Seng juga mendesak supaya pemberian biasiswa JPA diberikan mengikut sistem meritokrasi tanpa mengira pelajar itu daripada kaum Bumiputera atau bukan Bumiputera (mysarawak.org 17.5.2009).



Pada 20 Mei 2009, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan meminta Chin Peng selaku bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) diizinkan pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan (Malaysiakini 20.5.2009).



Pada awal Jun 2009, Presiden MIC mengatakan Awang Selamat, kolumnis Mingguan Malaysia, perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana kolumnis itu memperkatakan fakta sejarah mengenai etnik India di Malaysia.



Banyak lagi contoh jika mahu dihuraikan satu persatu, temasuklah tuntutan supaya bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apapun, seluruh kenyataan di atas menyebabkan adanya orang Melayu yang mulai bimbang terhadap masa depan bangsa Melayu di Malaysia.



Ada orang Melayu yang mulai dibelenggu dilema siasah. Ada golongan Melayu yang mulai jadi acuh tak acuh terhadap nasib serta kelangsungan bangsanya. Ada pula kelompok Melayu liberal dan universalis yang rela mengetepikan fakta-fakta sejarah bangsanya sendiri.



Kecelaruan seperti ini di kalangan orang Melayu adalah berbahaya. Ia boleh menyebabkan survival bangsa Melayu di Malaysia di hari muka terumbang-ambing bagaikan layang-layang terputus tali.



Inilah dilema politik Melayu di abad 21. Jika sewaktu perjuangan menentang penjajah British pada 1946, orang Melayu sentiasa bersatu padu untuk menjadi kuat dan teguh, hari ini orang Melayu berpecah belah.



Pendek kata, segolongan orang Melayu pada ketika ini sudah tidak lagi menghargai kata-kata Datuk Onn Jaffar pada tahun 1946, bahawa orang Melayu wajarlah melonjak dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa Melayu menerusi perpaduan supaya tanah air dan bangsa Melayu terselamat dan kuat.



Oleh itu, orang Melayu mestilah insaf akan hal ini. Maruah kita sedang dicabar. Masa depan kita terumbang-ambing. Keistimewaan kita dipersoalkan. Raja-Raja Melayu dipersenda-sendakan. Kita perlu kembali bersatu demi masa depan kita bersama.



Kita perlu gabungkan seluruh tenaga dan pemikiran kita untuk mempertahankan Melayu dan ketinggian syiar Islam dalam konteks Malaysia yang majmuk. Kalau kita berpecah belah, kita akan kalah. Kalau kita terus berbalah, kita akan dibelah-belah.



Kalau kita bersatu,
suara dan tindakan kita akan jadi jitu, dihormati dan digeruni oleh pihak kawan dan lawan. Oleh sebab itu, marilah kita bersatu padu demi orang Melayu dan demi rakyat Malaysia seluruhnya.


Orang Melayu juga mesti tidak takut dan tidak gentar untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kita di bumi bertuah ini. Kita tidak perlu curiga untuk menyatakan hakikat bahawa Melayu adalah paksi kepada segala-galanya di Malaysia yang berbilang keturunan.



Sejarah Melayu adalah paksi kepada sejarah Malaysia. Kebudayaan Melayu adalah paksi kebudayaan Malaysia. Kesejahteraan Melayu adalah paksi kepada kesejahteraan Malaysia. Kemakmuran Melayu adalah paksi kepada kemakmuran negara. Kestabilan politik Melayu adalah paksi kepada kemantapan siasah nasional.



Segolongan pihak bukan Melayu yang sering mempertikaikan keistimewaan orang Melayu di Malaysia mestilah insaf bahawa orang Melayu memang sentiasa rela untuk berkongsi kuasa dengan bukan Melayu di negara ini.



Hakikat ini terbukti bila orang Melayu langsung tidak membantah tindakan British menjadikan pendatang Cina dan India sebagai warganegara Malaysia menerusi kemerdekaan tanah air pada 1957.



Tapi, janganlah bersikap seperti Belanda minta tanah: dah diberi seinci, nak lagi sekaki. Janganlah jadi duri dalam daging. Jangan pura-pura lupa kepada sejarah. Jangan dicabar kewibawaan Melayu. Jangan diuji kesabaran orang Melayu.



Hidup kita bersama yang aman, makmur, rukun dan damai selama ini jangan diharu-birukan. Masa depan kita bersama sebagai rakyat Malaysia, jangan digerhanakan dengan tuntutan demi tuntutan yang ekstrem dan melulu. Hormatilah orang Melayu dan Bumiputera sebagai pribumi.

Friday, June 5, 2009

Fungsi Jawatan Penerangan UMNO ditransformasikan

Strategi penerangan oleh Ketua Penerangan UMNO baru: Ahmad Maslan

Komen UMNO Cawangan Taman Sejahtera:
Diharap agar Penerangan UMNO bukan lagi penerangan yang sehala, sebaliknya penerangan "engagement" yang mengambil-kira pandangan luar lingkaran UMNO itu sendiri. Dimasakini rakyat harus dilibatkan. Menteri bukan lagi "Mr Perfect"

Juga penerangan melalui media baru harus dilipat-gandakan untuk menarik jutaan pengundi baru yang berumur 30 tahun kebawah yang mempunyai mentaliti pelajaran tinggi dan aksess kepada internet.



AHMAD MASLAN & AGENDA PENERANGAN (Komen Nobisha: http://nobisha.blogspot.com/2009/05/kalaulah-ahmad-maslan-sembang-dengan.html)


Saya berasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia,
Ahmad Maslan bahawa 60,000 jentera penerangan parti itu tidak berfungsi. Untuk bersikap adil, saya fikir biarlah saya tidak menjatuhkan hukuman dengan sama ada membenarkan atau menafikan kenyataan itu. Saya tidak berada dalam struktur penerangan parti itu dan tentunya tidak dapat mengesahkannya.



Bagaimana saya ingin melihat isu ini dari segi pemujukan pengundi. Parti-parti politik wujud bagi memujuk mengundi untuk menyokong mereka dalam pilihanraya, sekaligus memberikan mereka kuasa memerintah.


Parti politik diwujudkan untuk berpolitik. Tentulah aneh kalau ada orang yang menasihatkan parti politik agar tidak berpolitik.Dalam peperangan politik, ada dua perkara yang harus dilakukan:Pertama, menonjolkan kebaikan sendiri, dan kedua, mengkritik parti lawan.

Kalau begitulah keadaannya, maka tugas Ketua Penerangan mana-mana parti politik ialah melakukan kedua-dua perkara di atas dalam masa serentak. Tugas Ketua Penerangan atau apa-apa jawatan seumpamanya bagi mana-mana parti politik adalah sama.


Baguslah kalau Ahmad Maslan ingin melahirkan 50 orang penceramah setiap negeri. Bagaimanapun beliau harus memahami bahawa persepsi dalam politik dicorakkan melalui media meliputi media penyiaran, media cetak dan media baru.

Di sinilah letakkan keperluan kepada melatih tenaga parti untuk melakukan psyops (atau, psywar).Dalam menggunakan media baru, saya fikir lawan UMNO jauh ke hadapan.

Seorang pensyarah media menyebutkan kepada saya bahawa bagi setiap satu blog pro-UMNO, terdapat 15 blog pro-lawan UMNO. UMNO kena mengakui hakikat ini dan parti itu harus bekerja keras untuk "mengejar".


Apakah ia akan dapat mengejarnya, saya tak pasti. Ketua Penerangan UMNO boleh memberikan jawapannya.


Selain itu, Ahmad Maslan juga mungkin perlu berfikir bagaimanakah dia boleh melatih pemimpin-pemimpin parti itu untuk bercakap di media massa secara interaktif dan meyakinkan.

Televisyen hari ini tidak lagi seperti dulu. Penonton hari ini cukup selektif. Mereka akan membandingkan rancangan televisyen Malaysia dengan luar negara. Kalau rancangan yang "menerangkan" dasar-dasar kerajaan, saya fikir penonton yang kritikal tidak berminat.


Mereka inginkan analisis dan perspektif yang berbeza. "Penerangan" mengenai dasar-dasar kerajaan harus mengambil pendekatan ini.Penonton tidak berminat untuk mendengar Menteri menjawab soalan seperti "Apakah wawasan kementerian Dato'?" Sebaliknya, saya fikir penonton akan teruja kalau hos sesuatu talkshow itu bertanya, "Dato' mengatakan program kementerian Dato' efektif.


Bagaimanapun satu kajian yang dibuat oleh sebuah IPT menunjukkan bahawa program tersebut tidak berjaya menarik minat kelompok sasar. Adakah Dato' setuju?"


Dalam salah satu wawancara televisyen, saya pernah mencadangkan agar UMNO menukar nama "Ketua Penerangan" ke satu jawatan lain yang lebih dapat menggambarkan fungsi baru ini.


Pendekatan satu hala sudah tidak relevan lagi.

"Penerangan" mana-mana parti politik, termasuklah UMNO, harus bersifat "engagement".

Saya fikir inilah yang seharusnya menjadi tumpuan Ketua Penerangan UMNO; bukan sekadar melahirkan penceramah tetapi yang lebih penting ialah pemimpin parti yang mampu menggunakan media untuk "engage" dengan rakyat secara efektif!

UMNO di Muktamar Pemuda PAS: PAS tak dapat menafikan kekuatan UMNO




Ada dua cerita berbeza mengenai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dibangkitkan dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke 50 di Taman Melewar, malam Khamis.

Ketika Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayob memperlekeh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang banyak masalah dan mengelarnya Mr Altantuya, Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa melihat ada kebaikan dalam kerajaan sekarang.


Maka tidak hairanlah beliau meminta pemimpin dan ahli PAS melihat kekuatan serta kejayaan kerajaan BN dalam pengurusan ekonomi dan pemikiran polisi. Menurut Nasharudin, PAS perlu meminggirkan kekurangan dan kelemahan pimpinan UMNO dan BN yang baru senbaliknya perlu melihat kekuatan kerajaan sekarang menguruskan ekonomi dan polisi.



Malah dalam sidang media selepas perasmian itu, beliau sekali lagi menjelaskan bahawa UMNO memang lemah tetapi ada kekuatan lain yang perlu ditandingi oleh PAS.


Katanya, beliau melihat perkara itu dari dua aspek yang berbeza – UMNO lemah tetapi ada kelebihan. Nasharudin yang dilabel "sebagai terlalu liberal ke arah UMNO" dan dikaitkan dengan usaha kerajaan perpaduan dalam ucapannya menegaskan, kepimpinan parti itu tiada niat langsung untuk sertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk UMNO atau BN.



"Dan, saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya.


Penjelasannya malam tadi ada kaitan dengan dirinya yang jadi kecaman sebahagian pemimpin PAS ekoran beliau dikatakan terbabit mengorak perbincangan menjalin hubungan dengan UMNO.

Pada pemilihan parti itu Jumaat ini, Nasharudin akan dicabar Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan kumpulan pro-Anwar serta Mohamad Sabu. Malah Husam pernah membuat kenyataan bahawa keputusannya mencabar Nasharudin kerana permintaan ahli parti yang kononnya tidak bersetuju dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.


Dalam pada itu Nasharudin juga berkata, imej PAS sebagai parti pembangkang perlu dijenamakan semula.


"PAS bukan sekadar parti pembangkang - asal bantah sahaja semua tindakan parti kerajaan tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang telah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdekat dan membawa pimpinan alternatif kepada seluruh Malaysia dengan izin Allah.


"Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan," katanya. Terdahulu, Salahudin berkata,kepimpinan ulama harus jadi tunggak perjuangan parti itu terutama oleh pemimpin muda PAS.


Beliau juga berkata, PAS tidak boleh memandang sebelah mata terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berkeupayaan dan berkebolehan menguasai jiwa golongan muda untuk menyokong UMNO.


“Jangan nanti kita gigit jari lihat Pemuda UMNO merampas semula kepercayaan golongan muda,” ujar Salahudin yang melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS dan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu Jumaat ini

Thursday, June 4, 2009

Impian Anwar tawan Perlis hanya angan-angan

Diharapkan UMNO Perlis dapat bergemleng tenaga, bersatu-padu dan fikiran untuk menguatkan UMNO Perlis, tanpa menghiraukan ancaman specis parasit Anwar PKR. Walaupun berbeza pendapat, harus diingat: RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN, dan bukannya kepentingan politik peribadi yg terbukti ditolak rakyat.


Impian Anwar tawan Perlis hanya angan-angan


Dari Utusan Malaysia: Kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Perlis merupakan keinginan dan impian biasa dalam diri seseorang pemimpin untuk mendapatkan kuasa.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, Penasihat PKR itu boleh meletakkan impian terbarunya, tetapi beliau jangan hanya memikirkan kekuatan yang ada pada parti tersebut semata-mata.


Katanya, Anwar juga perlu melihat kekuatan Barisan Nasional (BN) yang kini giat menjalankan usaha untuk menawan semula Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

''Jangan dia (Anwar) ambil kira 'pukulan' dia (kekuatan PKR) sahaja. Dia kena fikir 'pukulan' BN dan UMNO.

''Kalau nak diambil kira impian, semua orang ada impian, tetapi adakah impian itu boleh dicapai dan sesuai dengan kemampuan diri sendiri," katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Mesra Peserta dan Pemimpin Masyarakat Bersama Menteri Besar di Dewan Serbaguna Felcra Lubuk Sireh di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Ahmad Bakri Ali.


Dalam lawatan 28 Mei lalu ke Kuala Perlis, Anwar meletakkan impian terbarunya untuk menakluk Perlis, satu-satunya negeri di utara tanah air yang terlepas daripada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Impian itu, dakwa Anwar, diterjemahkan apabila PKR menerima 630 borang keahlian daripada ahli UMNO untuk menyertai pembangkang.

Md. Isa berkata, selepas siasatan dilakukan, jumlah ahli UMNO yang menyertai PKR hanya kira-kira 30 orang.


''Mereka yang menyertai pembangkang disebabkan dasar kecewa kepada UMNO selepas kalah dalam pemilihan dan ada yang tidak dilantik sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

''Kemasukan beberapa orang ke dalam PKR tidak memberikan masalah yang besar kepada UMNO, malah ia lebih menyenangkan parti kerana tiadanya spesies 'amfibia' di dalam parti," ujarnya.




Usaha terancang rosakkan Umno Perlis?
Dari Malaysiakini:
Pergerakan Pemuda Umno cawangan Bandar Arau mendakwa wujudnya usaha terancang yang berterusan untuk merosakkan institusi parti itu di Perlis oleh sebilangan pemimpin Umno yang kecewa.Sehubungan itu, ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar menyifatkan kenyataan pengerusi tetap Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim, dalam Malaysiakini semalam sebagai "suatu publisiti murahan dalam usaha menangguk di air yang "dikeruhkan" oleh beliau sendiri.


Beliau juga mendakwa, Ismail melakukannya dengan sokongan seorang dua pemimpin usang dalam Umno bahagian dan negeri di Perlis.Semalam, Ismail mendakwa kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.


Ismail yang juga bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau , berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.Mengulas perkara itu, Syed Atif berkata, angka 500 itu tidak munasabah kerana berdasarkan sejarah Umno di kawasan tersebut tidak pernah berupaya mengumpulkan ahli seramai itu bagi menyokong program-program Pemuda sejak lima tahun lalu.


Beliau juga menyifatkan ura-ura penubuhan cawangan PKR dalam DUN Pauh kerana didakwa ada ahli dan pemimpin UMNO cawangan akan melompat parti sebagai "omongan politik terancang" untuk kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu yang menurutnya "kemaruk memegang jawatan penting dalam parti dan kerajaan".

'Strategi beri kail'"Hakikatnya, pendekatan baru ADUN Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail menekankan aspek "lebih baik memberi kail daripada memberi ikan". telah membukadimensi baru kepada penduduk Pauh khususnya golongan muda.

"Pendekatan memberi "kail" ini telah membolehkan ikan dipancing berulang-kali sekiranya seseorang individu itu berusaha. "Sebaliknya tindakan memberi "ikan" telah membawa kepada suatu budaya meminta-minta yang dikutuk oleh agama," katanya dalam satu kenyataan.


Syed Atif berkata, pendekatan tersebut - supaya masyarakat di Pauh lebih banyak bekerja dari bercakap - menyebabkan golongan yang gemar meminta-minta itu tidak senang duduk."Ini kerana mereka bukan hanya semata-mata mengharapkan "ikan" diberi kepada mereka, malah mahukan ikan tersebut digoreng dan disuap ke mulut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda Umno cawangan bandar Arau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang boleh disifatkan sebagai musuh dalam selimut untuk mengocak damai dalam parti dan kerajaan.


"Ia sekaligus membantutkan usaha parti dalam memperkasakan kembali Umno dan Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum yang akan datang," tambahnya.


Sehubungan itu, Syed Atif berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pemimpin mahupun ahli Umno di Bahagian Arau untuk melompatbagi membersihkan organisasi parti daripada "gunting-gunting dalam lipatan" dan mempermudahkan kepimpinan Umno negeri merencana strategi bagi memulihkan imej parti.


"Pemuda Umno cawangan Bandar Arau berkeyakinan penuh bahawa survival Umno di Perlis bergantung kepada dokongan ahli-ahli yang berkualiti, biarpun dalam jumlah yang sedikit, sebagaimana saranan Soekarno - berikan aku 10 pemuda, akan ku angkat gunung Semeru -," katanya.

Wednesday, June 3, 2009

Syabas Ketua Penerangan UMNO: Ahmad Maslan!!


Syabas Ahmad Maslan, yang tidak segan silu mendekati rakyat tanpa mengira darjat dan kedudukan. Bagaimana pula pemimpin UMNO yang lain?
Dari Utusan Malaysia
KUALA KRAI 2 Jun - Bagi menyemarakkan semula tradisi mendekati rakyat secara bersemuka dan menyelami kehidupan dan pandangan sebenar mereka, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berusaha menggunakan pendekatan tersendiri.
Beliau bermalam di rumah seorang penduduk kampung Chuchuh Puteri yang dikenali sebagai Pak Kob dalam kunjungan kali ketiga di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.


Selesai solat Subuh di masjid kampung itu, Ahmad Maslan kemudian turun bersarapan sebuah warung di situ.


Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu kemudian menjengah keempat buah rumah penduduk kampung termasuk menziarah mereka yang sakit dan bertemu penyokong Pas.


Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudian pulang semula ke rumah menukar pakaian dan terus ke kebun Ibrahim Omar, 56, di Kampung Bukit Budu, Lata Rek untuk bersama menoreh getah.


Bersama Ibrahim, pemimpin itu menghabiskan masa kira-kira sejam menoreh dan pihak media yang menyedari kegiatannya itu menemuinya di kebun.


Bagi Ibrahim, kesudian Ahmad menoreh bersamanya sememangnya mengejutkan. Dia tidak menyangka pemimpin itu sanggup turun ke kebun untuk menoreh dan merasai sendiri perit jerihnya menyara keluarga selama ini.


''Dia menoreh dengan lancar, tidak kekok sama sekali. Cuma saya yang rasa segan mulanya.


"Saya akan ingat perkara ini sampai mati. Tidak mungkin saya lupa kerana sebelum ini menoreh seorang diri tetapi tiba-tiba sahaja hari ini 'orang besar' datang dan tolong saya,'' katanya.


Bagi Ahmad pula, beliau akan berada di Manek Urai lebih lama bagi memantau gerak kerja jentera penerangan menjelang pilihan raya kecil kawasan itu.
Manek Urai bagi pemimpin itu akan menjadi asas untuk menerapkan konsep 'penerangan secara bersemuka' dan bukan sekadar retorik.


''Caranya ini akan menyebabkan pemimpin dan rakyat akan berasa hubungan lebih dekat tanpa batasan, menghilangkan persepsi yang mungkin tidak menyenangkan selama ini,"ujarnya.


Menurut Ahmad Maslan, beliau lahir dan dibesar dalam keluarga susah dan pencapaiannya dalam hidup berasaskan dorongan ibu dan bapa yang juga penoreh getah.


''Saya dibesarkan di Pontian dengan susu ibu dan juga dengan hasil susu getah yang saya toreh untuk membantu keluarga," ujarnya.


Beliau berkata, lebih 70 peratus penduduk Manek Urai merupakan penoreh getah dan kebanyakannya mengambil upah, justeru kerajaan berusaha meringankan beban hidup mereka terutamanya jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil di situ.


Katanya, sepanjang berada di Manek Urai beliau akan memastikan jentera penerangan parti tidak mengehadkan kaedah berkempen melalui ceramah semata-mata.


Beliau berkata, ceramah mungkin satu cara tetapi untuk lebih berjaya, pemimpin itu sendiri perlu menghayati dan memahami permasalahan penduduk bagi memudahkan jalan penyelesaian terbaik dilaksanakan

Sokongan Rakyat Terhadap Umno..Mampukah Direalisasikan??


Kemerosotan prestasi Umno dalam Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 berpunca daripada terhakisnya sokongan rakyat terhadap Kerajaan BN sehingga pihak pembangkang berjaya menguasai (5) buah negeri. Perkembangan ini menunjukkan rakyat Melayu tidak lagi memberi kepercayan kepada parti Umno dalam mentadbir negara. Pembangkang melalui Lim Kit Siang, Penasihat DAP melabelkan peristiwa mengejut ini sebagai ‘Tsunami Politik’.



Hal ini ekoran kekalahan yang dialami oleh Kerajaan BN adalah di luar jangkaan terutamanya setelah mereka dinafikan 2/3 majoriti dalam Parlimen. Secara keseluruhan BN hanya memperolehi 4,081,115 undi (51.4 peratus) jika dibandingkan pembangkang (PR) 3,767,606 undi (47.5 peratus) manakala lain-lain parti memperolehi 94, 082 undi (3.9 peratus).


Buat pertama kalinya Parlimen Malaysia dianggotai seramai 83 Ahli Parlimen pembangkang (satu jumlah yang besar). Suatu senario yang luar biasa dilihat di Parlimen.


Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh UMNO bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap parti tersebut menjelang Pilihanraya Umum yang Ke-13 akan datang. UMNO memerlukan perubahan yang drastik dalam mengembalikan semula perpaduan dalaman parti iaitu kunci utama ke arah kekuatan parti tunjang Kerajaan BN ini. UMNO yang kini mengalami krisis kepimpinan di beberapa negeri haruslah kembali kepada perjuangan dan matlamat asal penubuhan parti iaitu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair.



Jika diamati, pemimpin UMNO yang rata-rata berumur dalam lingkungan 50-65 tahun tidak perlu terikat kepada ‘nostalgia’ lama perjuangan parti. Sememangnya dahulu perjuangan UMNO bertunjangkan kepada perjuangan menentang penjajah, mendapatkan kemerdekaan dan mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu namun kini semuanya perlulah diterjemahkan selari dengan cabaran semasa. Umpanya perubahan dari segi doktrin kepimpinan yang pragmatik perlu ditekankan. Kepimpinan yang mengambil kira kepentingan rakyat ‘marhaien’ perlu didokong sebaik mungkin.
Masih banyak ‘homework’ yang perlu diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terkini. Bangkitlah wahai pemimpin UMNO sekalian tidak kira di peringkat Pusat, Bahagian waima Cawangan sekalipun. Rapatkanlah saf, tekadkan niat, berjuanglah untuk kepentingan rakyat Malaysia. Perubahan perjuangan UMNO pelulah selari dengan peredaran zaman. Justeru, bagi mengembalikan sokongan rakyat Melayu terhadap Umno mekanisme-mekanisme berikut mampu merealisasikan hasrat tersebut.

Untuk mengembalikan sokongan terhadap UMNO, UMNO sendiri perlu berubah dari dalamannya sendiri terutamanya pemimpin-pemimpinnya.


1. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah berhubung cara hidup pemimpin UMNO itu sendiri. Pelbagai pandangan dan reaksi diterima di kalangan masyarakat umum yang mempertikaikan penampilan dan keperibadian pemimpin-pemimpin UMNO tatkala rakyat dilanda pelbagai masalah. Seharusnya kepentingan rakyat dijadikan asas dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Berdampinglah dengan mereka kerana akhirnya mereka inilah yang menentukan wakil rakyat ingin mereka undi kelak. Janganlah malu untuk duduk bersila semasa menghadiri kenduri di kampung-kampung yang dilawati. Janganlah malu untuk mengabdikan diri kepada rakyat kerana itu jalan yang kamu semua pilih iaitu untuk berbakti kepada mereka. Lupakanlah seketika pangkat dan gelaran yang dimiliki serta layanan istimewa sebelum ini. Gaya hidup pemimpin-pemimpin UMNO sendiri, tak payah la fikir nak beli kereta besar, rumah besar. Kalau ada duit lebih, simpan saja atau sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Kenapa PR berjaya menarik sokongan rakyat? Mereka tidak menaburkan gula-gula kepada rakyat tetapi mereka mendekati rakyat. Kenapa? Mereka tau apa yang rakyat mahukan



2. Umno merupakan satu-satunya parti yang memiliki jentera penerangan di seluruh negara melibatkan 191 Bahagian dengan lebih kurang 20, 000 Cawangan terdapat di dalamnya. Tidakkah ini jumlah yang cukup gah? Namun tiadalah ertinya jika kelebihan yang dimiliki tidak diguna pakai sebaik mungkin. Jentera UMNO di setiap Cawangan perlulah digerakkan dengan pantas dan secara efektif kerana Cawangan Umno adalah ‘mata’ dan ‘telinga’ Kerajaan dalam mendekati rakyat. Penjelasan secara berterusan amatlah praktikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti. Sekiranya timbul sesuatu isu yang baru, gerakkanlah jentera penerangan Umno ini secara bersepadu dengan parti komponen yang lain. Sesuatu isu haruslah diperjelaskan secara bersama dengan penuh rasa tanggungjawab. Isu membabitkan kaum-kaum di Malaysia tidak perlu lagi dijuarai parti-parti tertentu sahaja. Jika isu melibatkan kaum Melayu, MIC dan MCA perlu berdamping dengan Umno bagi menunjukkan bahawa mereka juga prihatin. Begitu juga jika ia melibatkan kaum Cina ataupun India, method yang sama perlu digunakan sebaik mungkin.


3. Permasahan dalaman parti melibatkan kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian haruslah diselesaikan segera. Akhir-akhir ini dilihat Negeri Perlis dan Terengganu mengalami masalah tersebut ekoran timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno Bahagian masing-masing. Pertikaian ini merupakan rentetan daripada perasan tidak puas hati berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sejurus selesai Pilihanraya Umum Ke-12 dan Pemilihan Agung Umno baru-baru ini. Sehubungan itu, timbul ‘kem-kem’ tertentu dalam parti dalam mempertahankan hak masing-masing. Jika diteliti, masalah berpanjangan ini akan merugikan parti lantas sekaligus memberi peluang kepada pihak pembangkang yang sentiasa cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan menyebarkan berita-berita yang menyebabkan pertikaian semakin hangat. Sebagai contoh, penubuhan sebanyak 6 Cawangan DAP di Perlis menunjukkan kekuatan UMNO di negeri tersebut semakin terhakis. Terbaru, PKR dilaporkan telah berjaya menembusi kubu kuat Umno iaitu di Kuala Perlis (kawasan MB Perlis) apabila berjaya membuka Cawangannya di kawasan tersebut. Dikatakan seramai lebih kurang 320 ahli Umno keluar parti untuk menyertai PKR. Moral ahli-ahli parti akan menjunam ‘manifestasi’ kedegilan kepimpinan tertinggi Umno di peringkat Bahagian tersebut untuk berkompromi. Krisis di Perlis dan Terengganu terutamanya, menampakkan secara jelas kepada rakyat siapakah pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak perlulah saya ulaskan apa yang berlaku kerana semuanya sudah sedia maklum. Pemimpin yang dipilih perlulah ingat, mereka kena bekeja untuk parti dan rakyat, bukannya untuk diri sendiri. Seharusnya mereka akur, kalau mereka tidak terpilih, jangan la marah. Sepatutnya mereka ini kena terima apa keputusan yang berlaku. Jangan ingat jawatan yang disandang akan kekal sampai ke tua.



4. Dalam pada itu, semua universiti dan sekolah perlulah ditadbir oleh individu yang ‘berorientasikan’ perjuangan Umno kerana di sinilah lahirnya bakal-bakal pemimpin dan generasi yang akan mencorakkan kepimpinan negara satu hari nanti. Bagi agensi kerajaan yang lain seperti Biro Tatanegara, Kemas, Jasa dan sebagainya perlulah diperkukuhkan demi melahirkan insan yang menghargai sumbangan Umno kepada negara. Namun pendekatan yang digunakan haruslah dipelbagaikan seiring perubahan iklim politik di Malaysia.


5. Amalan politik wang di kalangan pemimpin Umno semakin mencapai ke tahap kritikal lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti. Rakyat semakin ‘meluat’ dan ‘kritis’ apabila membincangkan gejala yang kurang sihat ini. Namun, kepimpinan tertinggi parti perlulah menyelesaikan amalan keji ini mengikut saluran parti. Biarkan parti yang mengadili seterusnya menghukum perbuatan mereka itu. Hukuman yang dikenakan juga haruslah adil dan saksama dan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dijelaskan dalam Agama Islam.


6. ‘Media baru’ merupakan platform terbaik buat Umno dalam menangkis segala dakyah dan fitnah yang dilakukan pembangkang. Umum mengetahui bahawa ‘dunia tanpa sempadan’ adalah medium terhebat di abad ini dalam mendapatkan sebarang berita mahupun maklumat. Segala-galanya berada di hujung jari dan tiada sekatan atau kawalan dikenakan. Justeru, Umno haruslah menggunakan peluang yang ada bagi memberi gambaran jelas terhadap sesuatu isu berbangkit di samping mengambil peluang mendedahkan segala keburukan pembangkang yang sebelum ini menyerang Kerajaan BN menerusi ‘media baru’ ini. Umno perlu mewujudkan ‘network’ di kalangan ‘blogger’ pro-Umno dalam melakukan ‘perang saraf’ terhadap pembangkang yang kini menguasai ‘media baru’ ini. Penyelarasan di peringkat Pusat amatlah penting dalam menjayakan hasrat murni ini.


7. Selain itu, Umno selaku parti dominan dalam Kerajaan BN perlu lebih agresif dalam menangani permainan politik kotor pembangkang ini. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperhebatkan dan secara berterusan ke atas anasir-anasir yang cuba merosakkan sistem pemerintahan Negara terutama juak-juak yang semakin lantang mempertikaian hak-hak istimewa kaum Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Mereka yang ingkar dalam mematuhi undang-undang perlu diajar walaupun Kerajaan terpaksa menggunakan ISA untuk menanganinya. Biar mereka berasa serik kerana selama ini, kebebasan dan keterbukaan yang diperolehi di era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah disalahgunakan. Konflik dalaman antara parti-parti di dalam BN. Sebelum ini kita sibuk dengan PR yang PAS macam tu la, PKR macam nilah, DAP macam nilah, tapi cuba tengok, rakyat tidak nampak pun kegoyangan di dalam parti mereka. Macam-macam kita dengar, "Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain". Tapi tengok la apa yang jadi pada PPP. Rakyat tidak akan memilih parti yang lemah.


8. Gagasan 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia menjadi pegangan dalam melaksanakan pembaharuan dalam parti. Gagasan yang semakin menerima reaksi positif rakyat Malaysia ini perlu didokong oleh semua pemimpin BN terutama pemimpin Umno. Datuk Seri Najib mengilhamkan 1Malaysia untuk memastikan dalam usaha Kerajaan memajukan negara ke hadapan, semua kepentingan dan aspirasi semua masyarakat, termasuk masyarakat Cina dan India, didengari dan diambil perhatian. 1Malaysia seharusnya tidak dipandang oleh semua pihak sebagai landasan untuk mendesak Kerajaan dalam menuntut hak kaum masing-masing. 1Malaysia lebih menjurus kepada menjayakan perpaduan antara kaum, hak kemarataan yang terjamin dan memelihara keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Rakyat akan mendapat hak-hak mereka yang sepatutnya, tiada lagi rakyat yang akan dipinggirkan dan semua akan berkongsi kejayaan secara adil sekaligus melahirkan masyarakat Malaysia yang dinamik, progresif dan berdaya saing.


9. Tidak dilupakan ialah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memecah-belah masyarakat Melayu. Perancangan licik beliau selaku Ketua Umum PKR juga perlulah diambil kira. Segala strategi jahat beliau dalam mempengaruhi minda rakyat khususnya Kaum Melayu tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan haruslah berusaha ‘mengawal’ beliau bagi menyukarkan langkah dan hasratnya dalam mengucar-kacirkan kehidupan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap Umno. Serangan-serangan dan tuduhan pembangkang pada BN sendiri. Di manakah juara-juara BN untuk mengakis semua tuduhan itu. Dan kalau nak menangkis, sediakan hujah yang tepat. Pemimpin-pemimpin talam dua muka yang kini nampak menyokong pembangkang. Mereka ini memainkan peranan penting kerana meraka tahu apa kelemahan BN kerana mereka pernah berada di dalamnya.


10. Akhir sekali Umno harus menerima kenyataan bahawa rakyat semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara terutama yang melibatkan isu politik semasa. Kebijakan rakyat ini juga sebenarnya diperolehi daripada dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang membela nasib rakyat Malaysia. Maka Umno sebagai parti yang memperjuangkan hak-hak kaum Melayu perlulah mendidik rakyat agar mereka dapat menghargai segala apa yang diperolehi selama ini. Jangan biarkan pembangkang menafikan penat lelah Kerajaan selama 52 tahun ini. Jangan memperjudikan nasib anak bangsa kita kea rah hala tuju yang masih belum pasti.

Tuesday, June 2, 2009

Sharing-this-annoying-remarks by Jeff Ooi


Menurut sumber tidak rasmi dari rakan di Perak, berikut adalah statistik pecahan undi PRK Bukit Gantang mengikut pecahan Melayu dan bukan Melayu:


Sokongan Melayu terhadap BN = 63 %
Sokongan Melayu terhadap PAS = 37 %
Bukan Melayu undi BN = 15 %
Bukan Melayu undi PAS = 85 %
Keputusan = DAP Juara!


...dan kemenangan DAP diraikan oleh Jeff Ooi dengan cara yang sangat biadap. Berikut artikel yang ditulis beliau. Inikah Anak Bangsa Malaysia ?Lebih sesuai dilabel Anak Bangsa(T)! Baca artikel Jeff Ooi seperti di bawah:-


Bukit Gantang... Good for New Malaysia
The final result is out. It's now four waterloos in less than 12 months for Umno-dominated Barisan Nasional.


This time in the tri-elections, the only place that BN won was the only place that Dr Mahathir didn't go for campaign, Batang Ai.


The people have given their verdict, the increased majority in the two Bukits speaks louder than the GE2008 political tsunami -- The People stay their course.
In Bukit Gantang, two persons got terribly bruised along the road: New PM Najib Razak, and the aged and ageing
Sultan of Perak.

I had the opportunity of helping in the last lapse of the campaign in Bukit Gantang, when my comrades in Pakatan Rakyat started to get physically worn off, though the fighting spirits soared day by day.


I thank the 12-member team from my Jelutong DAP Service Centre, the same team who helped put me in the Parliament, for taking no-pay leave to accompany me in the hard work.


It's well worth the effort -- late nights, RM30-per-night clan-house rooms, and hawkers' meals daily rain and shine in Simpang, Kuala Sepetang and Taiping.
It's well worth the effort because Umno's ego got dented, and the people -- Malays et al who delivered those 21,860 votes to Mohd Nizar and PAS solidly today -- memohon derhaka and
showed their middle-fingers at their rulers, in and outside democracy and constitutional monarchy, and yet discharged in a civilised, democratic manner.Good for New MalaysiaThe message is clear: Perak people don't sanction the political coup d'etat that robbed them a people-elected state government.

Like it or not, Bukit Gantang, a 65% Malay-majority parliamentary constituency, had been
a referendum on the miscarriage of democracy in Perak. The people want the Umno-infested state assembly to be dissolved and fresh state-wide election carried out.

Does the emperor wear any new clothes? Malaysia never felt this good
Sumber:
http://www.jeffooi.com/2009/04/bukit_gantang_good_for_new_mal.php

Pendedahan Ekslusif: Senarai DUN yang akan disembelih Anwar


1. Heboh diperkatakan AnWAR merancang 4-5 p/raya kecil lagi bagi mengekalkan momentumnya hingga p/raya umum ke 13 nanti. Jangkaan ini ada asasnya kerana AnWAR kini dalam proses ‘membersihkan’ PKR dari anasir-anasir bekas ahli PKR yang telah keluar parti. Calun Bebas di DUN Penanti, Kak Min pun pernah menyelongkar startegi Anwar untuk mengadakan 2 P/Raya Kecil di Kedah seperti di lapurkan di dalam klip rakaman suara (transkripsi) dan video beliau di http://umnotamansejahtera.blogspot.com/2009/05/transkripsi-perbualan-pkr-dan-kak.html


3. Pastinya AnWAR mempertaruhkan kawasan PKR kerana beliau tidak boleh menganggu kawasan DAP dan PAS. DAP sekarang cuba dipancing AnWAR untuk mengorbankan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, namun tidak disenangi pimpinan tertinggi DAP. DAP cuba menonjolkan ‘imej’ professional serta tidak mahu terlalu banyak bermain politik.


4. Saya menjangka AnWAR akan ‘melacurkan’ PAS pula selepas ini jika pemimpin pro AnWAR menguasai PAS dan AnWAR pula akan menguasai mereka. Setakat ini AnWAR belum mahu menganggu ADUN-ADUN PAS untuk menunjukkan beliau kononnya sungguh menghormati golongan ulama’ dalam PAS. Antara nama ADUN-ADUN PKR yang bakal ‘disembelih’ AnWAR bagi p/raya kecil adalah seperti berikut:


i: YB Badrulhisham Abdullah – ADUN Perlabuhan. Klang.(Selangor)
Beliau merupakan ADUN PKR yang bermasalah. Prestasinya di nilai sebagai 0 (kosong) oleh pasukan penilai wakil rakyat PKR. Pernah pula dikaitkan dgn UMNO dan diura-urakan sbg antara ADUN yg akan melompat ke BN. Dilaporkan pernah ditangkap khalwat namun menafikannya.


Hubungan ‘dingin’ beliau dgn org-org AnWAR di Selangor adalah punca utama mengapa beliau berada dalam senarai utama wakil rakyat yang bakal dikorbankan AnWAR.



ii: YB Elizabeth Wong – ADUN Bkt. Lanjan (Selangor)
Popular dgn ‘aksi panas’ beliau yg dirakam, namun mendapat sokongan penuh pemimpin PAS. YB Eli merupakan pilihan terakhir AnWAR utk dikorbankan. Namun jgn alpa dgn sikap AnWAR yang sanggup mengorbankan sesiapa saja jika terdesak.




iii: YB Mat Suhaimi Shafiei – ADUN Sri Muda (Selangor)
Bekas ‘orang kuat’ Angkatan Muda (AMK) PKR. Tidak sehaluan dgn pimpinan AMK Selangor dan pusat, sekaligus tidak sebulu dgn ‘orang kuat’ Selangor, Azmin Ali. Pernah dikaitkan dgn Ezam, namun menafikannya. Prestasi YB Suhaimi sbg ADUN tidak memberangsangkan serta dituduh ahli PKR mengabaikan kebajikan mereka.
Diberitakan tuduhan ini datang dari kelompok YB Xavier Jeyakumar, EXCO Kesihatan Selangor yang marah ura-ura YB Suhaimi ingin mencabar Xavier sbg Ketua Bahagian PKR dalam pemilihan PKR akan datang.



iv: YB Tan Wei Shu – ADUN Bakar Arang (Kedah)
ADUN PKR Kedah ini dikatakan tidak lagi sebulu dgn sikap AnWAR yg terlalu byk bermain politik. Dijanjikan AnWAR sbg org no. 1 PKR Kedah, namun janji tinggal janji saja buat beliau. Kecewa dgn sikap AnWAR yg lebih mengutamakan wakil tunggal DAP di DUN Kedah.


AnWAR pernah menuduh YB Wei Shu pernah mengadakan rundingan dgn BN bagi melompat parti, namun dinafikan YB Wei Shu kerana beliau amat komited dgn PKR. Bagi YB Wei Shu, ini adalah rancangan jahat AnWAR yang mahu mencemarkan imej beliau serta menyingkirkan beliau dari kepimpinan PKR Kedah.



v: YB Mohd. Radzhi Salleh – ADUN Lunas (Kedah)
EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari PKR. Diberitakan tidak ‘ngam’ langsung dgn exco-exco lain di Kedah hingga peringkat ‘bercakap bila perlu shj’. Mengkritik PAS secara terbuka di program kerajaan negeri.




Punca utama kemarahan beliau adalah kerana MB Kedah lebih mendengar cakap AnWAR dan kuncu-kuncunya di Kedah spt Johari Abdul dan Saiful Izham (ketua AMK kedah) sedangkan mereka berdua tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Kedah.




AnWAR dlm rangka mengurangkan pengaruh YB Radzhi dengan menonjolkan org suruhannya spt Johari, Ahmad Kassim dan Saiful dalam pimpinan PKR Kedah.



vi: YB Lim Soo Nee – ADUN Kulim (Kedah)
AnWAR juga mengatakan YB ini pernah mengadakan rundingan dgn BN, namun YB Soo Nee menafikannya. Bagi beliau, hubungan rapatnya dengan rakan-rakan BN tidaklah hingga mengorbankan prinsip perjuangannya dalam PKR sejak mula lagi.


YB Lim Soo Nee komited dgn PKR serta pernah menyatakan tertarik dgn konsep harmoni pelbagai kaum dlm PKR yang menariknya menyertai PKR. Kini hubungannya dgn AnWAR tercalar ekoran tuduhan AnWAR yang merendahkan martabatnya sbg seorang wakil rakyat. Kini menanti masa untuk dikorbankan AnWAR.


Hubungan wakil rakyat tersebut dgn AnWAR dan kuncu-kuncunya adalah punca utama AnWAR mahu mengorbankan mereka demi kelangsungan politiknya. Prestasi merupakan soal kedua bagi AnWAR, ianya tidak penting samasekali tapi sering diguna AnWAR sbg alasan menghalalkan tindakannya.


Nyata AnWAR seorang ‘political animal’! Beliau akan memanjat, menunggang, memijak dan menyembelih rakan sendiri demi tuntutan cita-cita politiknya.


2. Jika benar seperti jangkaan, saya merasa AnWAR akan mengorbankan beberapa nama demi memastikan kesinambungan momentum politiknya sekaligus menukar wakil rakyat PKR kepada muka baru yang akan patuh segala arahan.


Beliau ‘memburu’ ADUN kerana tidak mahu mengorbankan ahli parlimen pembangkang yang ‘kuat’ di Parlimen. Kawasan dipilih pula tentunya kubu kuat pembangkang!

45% sokong prestasi Najib, mahu tangani isu ekonomi





Empat puluh lima peratus rakyat menyatakan rasa puas hati dengan prestasi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengambil alih tampuk kepimpinanan sebagai Perdana Menteri dua bulan lalu.





Sokongan untuk Najib yang juga Presiden Umno, sebahagian besarnya datang daripada kaum Melayu iaitu 53 peratus.


Ia disusuli sokongan masyarakat India dalam sekitar 64 peratus.


Arah sokongan itu meningkat daripada 40 peratus akhir tahun lalu ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Perkembangan itu diperoleh hasil tinjauan umum kendalian Merdeka Center membabitkan 1,067 responden. Mereka ditemui antara 6 dan 15 Mei lalu.
Najib dilantik Perdana Menteri 3 April lalu menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Dalam respons kepada soalan tentang isu penting yang perlu ditangani Perdana Menteri, soal ekonomi mendapat tempat utama.

Soal ekonomi menjadi pilihan 35 peratus responden dan disusuli tujuh peratus meminta agar menyediakan layanan adil kepada semua kaum.


Isu krisis Perak menduduki tempat ketujuh dengan sokongan tiga peratus responden.


Isu-isu politik tidak mendapat perhatian kalangan responden, sebaliknya mahu Najib tangani segera isu ekonomi.

Monday, June 1, 2009

Gelombang Kebangkitan Rakyat? Satu Polemik Palsu


1. Sering kali kita mendengar bait bait gelombang kebangkitan rakyat di main kan oleh pihak PR.


2.Manakah yang di katakan gelombang? Persepsi ini sering kali di main kan oleh para pemimpin PR agar tertanam di dalam fikiran masyarakat bahawa PR bakal mengalahkan BN pada PRU13.


3. Setiap kali prk ,apa bila kemenangan di pihak PR maka hebohlah tagg line "GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT" yang menolak BN.Harus di ingat,PR hanya menang di kawasan yang mereka menjadi penyandang kerusi yang di pertandingkan. Kalau di katakan kebangkitan rakyat,mengapa tidak berlaku di Btg Air?Gelombang hasil fitnah,caci makian,menabur janji palsu,mengadai prestige bumiputra,membangkitkan kemarahan serta pembohongan fakta di semai dan di tanam didalam pemikiran masyarakat,ternyata ramai yang termakan dengan pembohongan besar oleh pr di tunjangi oleh anwar ibrahim.Gelombang palsu ini adalah pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat.



4. Kita percaya di kalangan penyokong & pemimpin BN jugak terpengaruh dengan psy war yang di mainkan oleh PR, mereka begitu berjaya memainkan isu bahawa rakyat menolak kerajaan BN,walhal ternyata BN berjaya memerintah kerajaan Pusat.



5. Dengan hanya menidakkan 2/3 kemenangan BN di Parlimen bukan tandanya rakyat keseluruhan menolak BN, Jadi di manakah gelombang nya? Kononnya berlaku Tsunami politik yang sering di sebut, tetapi harus di kira beberapa faktor.




6. Undi protes & pelbagai isu sebelum & semasa PRU12 hanya lah bersifat sementara, rakyat telah sedar betapa PR tidak mampu memerintah kerajaan, masakan tidak dengan hanya memerintah kerajaan negeri yang baru setahun mengundang pelbagai masaalah dan isu yang memualkan rakyat.



7. Undi percubaan dari rakyat kepada PR ternyata menunjukkan rekod yang kurang baik, kalau di bandingkan kemenangan Nizar di Bkt Gantang baru baru ini,fakta menunjukkan para pengundi yang dahulu nya mengundi PAS telah kembali menyokong BN, ternyata Gelombang Palsu PR hanyalah bermain retorik yang penuh dengan persepsi serta tipu daya.


8. Faktor barang & minyak naik adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan undi protes oleh rakyat, faktor Perutism harus di ambil kira, rakyat pada waktu itu begitu tertekan .


9. Hari ini penyokong PR rasa nya telah lupa,selepas PRU12 heboh satu negara berikutan janji palsu Anwar Ibrahim tentang MP bakal melompat, kemudian timbul semula semasa kempen Prk Pmtg Pauh, dengan moto "Road to Putrajaya".Ternyata gagal bukan?


10.Penyokong PR begitu bersemangat ,malah mengoncang pentadbiran BN,persepsi rakyat semasa itu mengatakan 16 Sept pasti akan berlaku, Nah! Muslihat & tipu daya Anwar Ibrahim berjaya memporak peranda negara.


11. Kaedah persepsi kononnya kebangkitan rakyat di laung laungkan, word of mouth(menyampai dari mulut ke mulut),laungan di ceramah di ulang berkali kali,seolah olah seluruh rakyat di negara ini menyokong PR.Walhal perkara itu tak berlaku pun,tapi minda masyarakat di tipu secara halus.ya mereka bercakap kebangkitan rakyat di ruang lingkup(within thier circle) sesama pr sahaja,maka sebahagian persepsi antara mereka tertumpah sedikit demi sedikit kepada pro BN.

12. Pernahkah anda membaca di mana mana media atau pun pemimpin BN menidakkan konon nya kebangkitan rakyat?


14. Ya,barang kali ada yang bangkit & menentang, tetapi adakah yang bangkit itu majoriti? Kalau hanya minoriti atau pun hanya segelintir penyokong PR,boleh SIMPAN SAJA LAH KEBANGKITAN TU.

Semasa pilihanraya kecil berbondong bondong penyokong PR dari luar kawasan datang menyesak kan jalan raya,memenuhi ceramah,berkempen di tiap UPU,mengibarkan bendera di kereta kereta,kononnya seluruh rakyat di kawasan yang bertanding bangkit menentang BN.

Gelombang palsu ini jika tidak di amati betul betul ,memang nampak sentimen sokongan ke arah pr memang hebat, tetapi jika di teliti tak lah sehebat mana pun.Sentimen Kebangkitan Rakyat yang konon nya hebat secara realiti nya hanyalah pembohongan psychology war yang di main kan oleh strategist PR.Ramai yang tertipu & terpengaruh.


Tidak ada kebangkitan rakyat,semata mata retorik palsu.penyokong pr di perbodohkan sekali lagi. Telan bulat bulat kononnya kebangkitan dari rakyat,ternyata masyarakat dah muak & benci politik kotor & sampah pr.
PR jangan hanya pandai mendabik dada yang konon nya rakyat bangkit menentang bn,rakyat yang menyokong bn akan bangun, bangkit menentang pr dan bakal meludah penuh dengan kahak keji tanda bencinya pada kesombongan aparat anwar ibrahimternyata,yang ada hanya kerajaan bn yang bangkit, tawadhuk dan penuh kesedaran,ditunjangi oleh rakyat marhain yang menyokong bn secara majoriti mutlak.di barisi kepimpinan 1malaysia,yang pasti merubah segalanya.

Sunday, May 31, 2009

Menghurai Makna Prinsip di Manek Urai

Dari laman web KJ: http://www.rembau.net

Keputusan pucuk pimpinan untuk bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai saya sambut dengan sokongan padu bagi pihak Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Barisan Nasional.


Seperti dengan mana-mana PRK lain, Pemuda BN akan berikhtiar memberikan sumbangan yang terbaik untuk cuba merampas kerusi DUN ini sungguhpun Umno menyedari hakikat bahawa pihak PAS merupakan penyandang kerusi dan barangkali mempunyai kelebihan untuk menang; kami akan tetap bertanding dengan penuh semangat dan dedikasi.






Sebagaimana maklum pihak Suruhanjaya Pilihanraya baru sahaja menetapkan bahawa penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 Julai manakala tarikh pengundian pula pada 14 Julai.


Namun, hanya selang beberapa jam selepas ADUN Manek Urai meninggal dunia pada Jumaat lepas, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, dengan rakus dan lantangnya, sudah pun menyarankan agar Umno tidak bertanding di Manek Urai kerana ia merupakan kubu kuat PAS dan kalaupun Umno menang, PAS akan kekal memerintah Kerajaan Negeri Kelantan.

Ini amat menggambarkan sikap angkuh dan takbur pihak PAS yang seolah-olah tidak menghormati hak demokratik pihak Umno dan BN untuk bertanding di mana-mana kerusi yang dikosongkan.Bagi yang bertanya mengapa pula BN bertanding di Manek Urai tetapi tidak di Penanti, perbezaan antara kedua-dua kes adalah bahawa kerusi DUN Penanti dikosongkan atas sebab peletakan jawatan penyandangnya manakala bekas ADUN Manek Urai kembali ke rahmatullah.



Dalam komen saya selepas keputusan tidak bertanding di DUN Penanti, saya berkeras menyatakan bahawa BN tidak perlu mengikut rentak tari pihak Pakatan Rakyat. Jelas sekali perkara ini tidak bangkit dalam kes DUN Manek Urai.Maka, prinsip BN dan Umno adalah jelas.
Dalam hal ini, mungkin ada baiknya jika PAS mencerminkan diri dahulu sebelum bersikap angkuh dan riak kepada BN dan Umno.
Ini kerana saya sedikit tertanya-tanya mengenai prinsip pendirian pemimpin-pemimpin PAS – kenyataan bercanggah YB Husam Musa mengenai Undang-undang Hudud berikutan Wacana Perdana di Kota Bharu tahun lepas adalah satu contoh di ketandusan konsistensi PAS.Malah, dua kenyataan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pada tahun lepas turut mengelirukan saya.


Tidak lama selepas PRU 13, beliau telah mengatakan bahawa tindakan melompat parti adalah kerja orang tidak bermaruah, tetapi pada bulan September pula, beliau seakan-akan mengubah pendirian lantas menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak salah.Mengambil pendekatan Husnol Dzon, mungkin Tuan Guru terlupa akan kenyataan awalnya.


Sebagai orang yang amat menghormati Tuan Guru, saya yakin bukan niat beliau untuk mengelirukan rakyat sebagaimana sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Lim Kit Siang, yang mengambil tindakan semberono bersifat politik murahan dengan menuduh saya melobi untuk perlantikan Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, tanpa asas dan bukti.


Akhir kata, Manek Urai adalah pentas bagi membuktikan prinsip, konsistensi dan iltizam politik BN di dalam amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan bukan seperti pembangkang yang mengamalkan politik hipokrasi dan penuh fatamorgana bagi menggula dan mempermainkan rakyat.

Saturday, May 30, 2009

Penanti: 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi

Dari Malaysikini:

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam."Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.


Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.


Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.


Zainal Abidin juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya merancang membawa ahli Umno Penanti melawat Padang Besar, Thailand supaya mereka tidak mengundi Ahad ini.Katanya, Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah menempah bas untuk tujuan tersebut.


"Khabar angin yang sedang disebarkan mengenai perkara itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Umno.15 majlis kenduri"Kalau tidak percaya, lihatlah pada hari mengundi adakah bas yang buat rombongan.

"Tetapi saya tahu ada 15 majlis kenduri di Penanti, Ahad ini. Jangan kata, kenduri itu ditaja oleh Umno," katanya.

Zainal Abidin (foto) berkata, beberapa blog telah menyiarkan laporan tersebut sejak beberapa hari lalu.Menurutnya, beliau memberi jaminan Umno tidak akan mengadakan rombongan pada hari mengundi Ahad ini.

"Kalau ada satu atau dua bas, itu bukan Umno yang taja, mereka dah buat rancangan awal sempena musim cuti sekolah," katanya. Zainal berkata, ahli Umno tidak keluar mengundi kerana calon BN tidak bertanding di Penanti.


Katanya, tindakan Mohammad Fairuz mengosongkan kerusi Penanti menyebabkan pengundi di kawasan berkenaan terpaksa mengundi tiga kali dalam tempoh 15 bulan.Kali pertama, katanya ialah pilihanraya umum lalu, diikuti peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan kini peletakan jawatan Mohd fairuz.


PKR diminta jangan campuri urusan Umno di Penanti
Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid mengingatkan PKR supaya tidak mencampuri urusan Umno yang mengadakan majlis penerangan di Penanti.Katanya, tiada sebab untuk PKR mahu mengambil tahu semua urusan Umno.

“Kenapa dalam kem Umno pun mereka hendak ambil tahu, tetapi hal dia kita tidak boleh ambil tahu.“Dia mahu semua yang kita buat kena beritahu dia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Jalil berkata demikian ketika diminta laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mendakwa Umno mengadakan majlis penerangan di Penanti, sedangkan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di situ Ahad ini.

Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh, Mohd Syukri Abdul Hamid membuat laporan itu di balai polis Kubang Seman jam 4.15 semalam.Umno buat majlis tertutupDalam laporan itu, Mohd Syukri juga meminta polis menghentikan program ceramah Umno bagi kesejahteraan dan ketenteraman di Penanti.


Bagaimanapun, Abdul Jalil mengakui Umno bahagian Permatang Pauh mengadakan majlis tertutup mengenai isu tersebut kepada 27 cawangan Umno di Penanti.Abdul Jalil berkata, program secara tertutup itu khusus untuk ahli parti sahaja.

“Kita hanya hendak sampaikan mesej kepada ahli-ahli parti rnengapa kita tidak bertanding di Penanti.“Kita juga memberi penerangan kepada ahli mengenai arahan ibu pejabat Umno supaya cawangan parti mengadakan mesyuarat masing-masing,” katanya.


Beliau berkata, semua cawangan Umno di Penanti mesti mengadakan mesyuarat cawangan mulai 15 Mei hingga 10 Jun ini.SPR turun bendera DAPSementara itu, timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, Umno boleh mengadakan program tetapi bukan di Penanti kerana parti itu tidak bertanding.Katanya, beliau tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku dan suruhanjaya pilihanraya dan polis bertindak tegas dalam hal ini.


Semalam, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak menurunkan 13 bendera DAP di kawasan DUN Penanti kerana calon parti itu tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di situ.Timbalan Pengarah SPR Pulau Pinang, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin dilaporkan berkata, parti politik yang tidak bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada 31 Mei ini, tidak dibenarkan memasang bendera dan poster parti mereka di kawasan itu.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.


Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Boikot Penanti: Dah lupa Batu Talam ke…?

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bertanya apakah pembangkang lupa dengan sejarahnya sendiri mengajak pengundi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam di Pahang pada tahun 2007 memboikotnya. Katanya laporan polis yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya menyeru pengundi Penanti tidak keluar jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Beliau menyatakan hal ini dalam laman blognya.Berikut ialah tulisan penuhnya:

Berikut ialah tulisan penuhnya di laman http://www.rembau.net.my/
Penanti: Pembangkang Mudah Lupa
Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR. Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita.


Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka.


Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.


Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana
gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu.
Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.

Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.


Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti.


Inilah sifat dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti

Thursday, May 28, 2009

Transkripsi Perbualan PKR dan Kak Aminah didedah


Mmg PKR ni parti yg suka porak peranda

"They also talk about two possible by-elections in Kedah, about Anwar allegedly offering Fairus the DPM post and their plan to fight Zahrain "

From the STAR:
An audio recording purportedly a conversation between Independent candidate Aminah Abdullah and PKR supreme council member Cheah Kah Peng and Peter Lim Eng Nam, revealed there were mentions of a Deputy Chief Minister 1’s post and council president’s post being offered.

However, the post of DCM I was offered if the PKR candidate Mansor Othman was disqualified on nomination Day.

“Kalau Mansor hilang layak, Kak Nah akan disokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. Itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik (state exco member Abdul Malik Abul Kassim) and Maktar (Sungai Bakap state assemblyman Maktar Shapee) tak boleh jadi TKM. (If Mansor is disqualified, Kak Nah will get full support of PKR to fight, win the seat and become DCM. That is a small possibility but must be considered. Both Malik and Mohtar cannot become Deputy Chief Minister.),” the duo allegedly were heard saying this during the conversation involving Aminah and her husband, Mohd Rofi over a friendly discussion lasting more than three hours at her house on May 13. Their conversation was purportedly recorded on a cd.

The second offer of the Seberang Prai Municipal Council president’s post apparently would only materialise, if she withdrew from the contest and rejoined the party and sided with the state PKR leaders and Mansor in their quest to oust Penang PKR leader Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk Kak Nah, they said. (If the counter offer is accept, who else will become Seberang Prai Municipal Council president? We will go and grab the post for the Kak Nah).

There were also mention of compensation of RM8,000 if Aminah had to forfeit her deposit in the event she had to withdraw from the contest within three days of the nomination day.

The conversation involving Aminah, her husband Mohd Rofi and two other men also touched on the RM80,000 compensation offer either by Mansor or the party for the by-election.

As they discussed, they had lunch. There were sounds of cock crowing in the background and motorcycles passing by. It was also raining quite heavily at the time.

They also talked about two pretty Chinese newspaper reporters, one of whom who got married recently.

The following are the excerpts of the conversation:

One of the two PKR leaders tells Aminah he wanted to provoke Zahrain:

Datuk Zahrain, saya dengar you dan orang you nak biar Dr Mansor kalah ataupun u nak bertanding di Penanti. Joking lah. Orang kata you macam itu. Tak ada lah (quoting Datuk Zahrain). Bukan saya nak buat Mansor.. adalah Malik. Dia pi cakap kepada Lim Guan Eng ada orang lain mahu tanding, takmahu bagi Mansor tanding.

One of them say: Dr Mansor bagus, tetapi slow...dia lemah, lemah lah Dr Mansor ada bagi tahu saya, mungkin ada tengah orang yang mahu kerajaan Pulau Pinang yang lebih tulus (clean),

Memang tak ada dalam pimpinan Melayu, memang tak ada orang nak lawan Zahrain.

Mohd Rofi: Tak ada orang nak lawan Zahrain, tak ada orang. Kita orang sahaja. (laughter) lebih layak ialah Dr Mansor

One of them say: Kita datang sini bukan untuk bincang Kak Nan boleh menang Mansor tetapi buat analysis bersama. Rugi segi tenaga dan impak kita.

Keputusan akhir kita mahu bagi ajaran kepada PKR negeri Pulau Pinang. Ada satu kumpulan tulin dalam parti, kita terima juga dan bawa perubahan, kita mahu boleh bawa perubahan. Tetapi kalau kak tewas dengan tak cantik, itu pun perubahan dalam parti juga.

Kita cadang macam ini. Kita itu hari cadang kepada Tian Chua and Kah Peng, Tian Chua sokong dan terima. Kita bincang sahaja. Makin hari makin image kak tingkat saat akhir,Kak tarik diri dan beri peluang (Kak Min) wish, goodwill kepada Dr Mansor semoga dia berjaya di pilihan kecil ini, bagi teguran buat baik-baik,jangan lembut-lembut (Kak Mins husband)

Kalau you calun, BN ada calun, mungkin ada calun bebas..last minute Kak Aminah bagi teguran kepada Mansor dan undur Kita akan buat statement you undur diri untuk kepentingan (inaudible) dapat tepukan daripada akar ubi PKR and seluruh penyokong PKR, rakyat PP timing mesti cantik kalau terima package ini.

Lepas itu, lepas kemenangan Dr Mansor buat counter offer balik ke pangkuan PKR, Kak Nah balik punya time macam satu pemimpin memihak kepada Dr Mansor, gang kita, menentang Zahrain

Aminah: Bagaimana kita nak menentang Zahrain. Lim and Kah Peng say: Boleh, boleh, ada plan

Aminah: You tahu kah Anwar Ibrahim sayang sangat dia.

They said: Kita tahu tetapi perlembagaan kita akan bertukar bulan enam ini dimana kita nak tambah satu clause yang menyatakan ketua negeri dimasa depan akan dilantik tetapi mesti disokong oleh majority kebahagian kita control bahagian.

Aminah also then asked to return to PKR to attack from within.

Orang kuat seperti Umno kita dapat tewaskan. Apatah Kah Nah calun bebas, tak ada apa-apa kesan. You kena masuk dalam parti impact dalam, baru dia rasa, kita kerjasama, Kita satu kumpulan, tak mahu orang ambil kesempatan, kita halau keluar..kalau Anwar Ibrahim pun kita boleh marah dan serang dia juga. Kalau kita mahu jatuhkan orang, lebih senang dari di dalam.

They then discussed about chances of Barisan not contesting in Penanti and the possibility of Mansor winning without contest if Barisan, PAS and Aminah withdraw and whether for Aminah to withdraw before or after nomination and that she would lose the deposit then.

One of the two say: Tak apa, itu kita minta parti bagi balik RM8,000 kena bayar, Mohd Rofi quips : RM8 juta (laughter).

They also talk about Aminah going into the contest as insurance in case Mansor is disqualified.

Kalau Mansor hilang layak, Kak Nan akan di sokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. ..itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik and Mohtar cannot possibly be TKM.

Aminah: Mansor itu baik orang, tetapi dia tak cakap banyak, dia punya pr kurang, lagi mahu senyum pun susah Kah Peng: Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk kak Nah.

Aminah: Kah Nan survey juga. Dia orang cakap, apa lah image PKR, sudah taruh Fairus, sekarang bagi dia jatuh pula, ini mahu taruh Dr Mansor, ini siapa orang, kita orang tak kenal.

Kah Peng: Selepas penamaan tengok lah. Kalau one to one, kalau peluang pihak ke Aminah, Aminah terus lawan, kalau peluang u 34-40 sahaja, dia 60, lebih baik, bagi dia, tak payah..dia jimat duit, dia bagi gantirugi kepada pihak kita tetapi persetujuan mesti dibuat sebelum penamaan

Kah Peng: Kalau OK, kita bincang dengan Dr Mansor. Berapa yang you belanjakan di bayar oleh Dr Mansor atau party.

Mohd Rofi: Kita ada bukti. Kita rakamkan masa perhubungan negeri. You pun tak tahu. Kita rakam empat benda.

Kah Peng said even if there is agreement, Aminah must start with her campaign like operations room, banner

Mohd Rofi: Kita semua ada. Kita mahu angkat (symbol) kunci,

Kah Peng: Bila ada persetujuan, berapa yang kamu belanja Dr Mansor atau party akan bayar balik.

When asked about the budget, Mohd Rofi then tells him that they so far spent RM80,000.

They also talk about two possible by-elections in Kedah, about Anwar allegedly offering Fairus the DPM post and their plan to fight Zahrain