Saturday, January 31, 2009

PR=30 BN=29 di PERAK. 2 EXCO bakal lompat lagi


Kemaskini 19.34: maklumat yang diterima, kedua-dua eXCO ini sedang berada dirumah Najib Razak dan akan membuat pengumuman bila-bila masa.


Dalam masa yang sama, keadaan diBota agak runcing…Rumah YB Nasaruddin sedang dikawal oleh AMK Perak berikutan cubaan untuk menculik YB Nasrudin.


Mesyuarat MPT PKR baru saja habis dan hampir dipastikan bahawa dua EXCO PKR Perak, Jamaludin Radzi dan Kapt. (B) Osmain Jailu akan membuat pengumuman kelura PKR dan menyertai UMNO.


Mesyuarat MPT PKR tadi gagal menghubungi kedua-dua EXCO ini secara peribadi, tapi menerusi orang perantaraan, dua EXCO ini sudah bersedia untuk bertukar parti. Apa kesudahannya?…Apakah mungkin berlaku pilihanraya kecil? Atau Umno kembali merampas Perak? Tunggu malam ini.

UMNO harus keluar dari 'zon eksklusif'

CADANGAN Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail untuk membubarkan Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera UMNO dengan alasan bagi membanteras gejala politik wang telah mendapat pelbagai respons daripada para pemimpin tertinggi UMNO.

Walau apa jua cadangan dan pendapat yang diberikan di kalangan pemimpin mahupun veteran UMNO, saya percaya semuanya dibuat atas dasar sayangkan parti dan mahu melihat UMNO terus kekal sebagai parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional.

Saya bukanlah ahli UMNO tetapi merupakan seorang daripada jutaan orang Melayu di Malaysia yang peka dan sayangkan bangsa Melayu dan agama Islam.
Saya merasakan pembubaran sayap parti bukanlah langkah penyelesaian kepada masalah politik wang yang menjadi barah dalam UMNO.

Ini kerana, pokok segala persoalan ialah bagaimana UMNO boleh berhadapan dengan isu politik wang ini dan membanteras gejala ini secara habis-habisan dan besar-besaran.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ada menyatakan bahawa, matlamat utama perjuangan UMNO perlu disematkan di dalam benak sanubari setiap ahli UMNO.

Setiap pemimpin perlu kembali kepada perjuangan asal UMNO iaitu untuk membela agama Islam dan bangsa Melayu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Beliau merupakan bekas ahli UMNO dan amat sayang kepada UMNO yang ditubuhkan oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi menurut beliau, parti yang ada sekarang bukan UMNO dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.

Saya yakin dan percaya jika ahli-ahli dan para pemimpin UMNO bersedia untuk melakukan koreksi diri, mereka mampu bangun kembali dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Terdapat suara-suara mengatakan perubahan di dalam UMNO hanya akan dilakukan selepas proses peralihan kuasa mengambil tempat pada Mac nanti.
Secara peribadi saya merasakan UMNO tidak perlu menunggu sehingga proses peralihan kuasa selesai kerana banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh dua bulan akan datang ini.

Sebagai contoh, pada hari Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti. Perkara ini sememangnya sesuatu yang tidak dijangkakan dan merugikan UMNO dan Barisan Nasional sendiri.

Para pemikir UMNO perlu segera tampil dengan satu formula berkesan bagi memastikan UMNO terus relevan dan mampu mendapat tempat di kalangan golongan muda yang sekarang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.

UMNO perlu mengambil langkah untuk mendekati masyarakat dan memahami masalah yang dihadapi. Para pemimpin UMNO tidak lagi boleh bersikap selesa dan berada di dalam 'zon eksklusif' kerana jika para pemimpin UMNO terus bersikap sedemikian, tidak mustahil UMNO akan terus dibenci dan terus dilupakan oleh orang Melayu terutamanya golongan muda

Friday, January 30, 2009

Pendaftaran keahlian UMNO secara Online


Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini melancarkan sistem pendaftaran keahlian parti secara online di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Menerusi kaedah tersebut, permohonan menjadi ahli UMNO boleh dibuat menerusi laman web http://www.daftar.umno.org.my/.


Majlis pelancaran dilakukan pada kira-kira pukul 8.30 malam iaitu sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di menara berkenaan.


Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Naib-naib Presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta ahli-ahli MT.


Individu yang ingin mendaftar keahlian dikehendaki menaip nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, telefon dan e-mel, negeri, bahagian dan cawangan yang ingin disertai.


Syarat untuk membuat pendaftaran ialah warganegara Malaysia dan kaum Melayu atau bumiputera.

Individu berkenaan juga dikehendaki membuat pengakuan untuk patuh kepada Perlembagaan, peraturan dan segala dasar parti.

Suara BLOGGERS Hari ini

“PERAK dapat Menteri Besar baru?”
Begitulah tajuk yang terpampang pada blog http://duniatiger.blogspot.com seperti mana yang dipetik semalam.

Penulisnya, Ibrahim Yahya berkata, beberapa usaha terbaru Barisan Nasional (BN) dan pembangkang untuk menawan hari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu agar menyertai mereka.

Ketika ini, tulis beliau, pembangkang mempunyai 32 kerusi daripada 59 kerusi DUN termasuk ADUN Bota manakala BN pula mempunyai 27 kerusi.

“BN hanya memerlukan tiga kerusi lagi untuk membentuk kerajaan negeri dan ketika ini mereka dikatakan sudah berjaya “menawan” tiga ADUN pembangkang.

“ADUN pembangkang itu dikatakan berminat menyertai BN kerana beberapa faktor termasuk isu pemberian tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru,” tulis beliau.

Menurut Ibrahim lagi, BN dikatakan sedang bersiap sedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak itu jika apa yang dilakukan sejak sebulan lalu menjadi kenyataan.

Tunku Aisha (http://tunkuaisha.blogspot.com) turut mengupas mengenai ura-ura dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menyertai UMNO dalam blognya.
Dalam tulisannya itu, beliau memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung dakwaan tersebut.

Penulis ini bagaimanapun mengulas bahawa UMNO dan BN tidak sepatutnya mengikut cara yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“Biarkan mereka melompat. “Kita mengalu-alukan jika dua wakil rakyat PKR itu untuk keluar parti tetapi biarkan mereka bebas sehingga pilihan raya umum akan datang. Kita tidak perlu mengikut cara murahan Pakatan.”

Di sebalik polemik politik UMNO di Perak, isu cadangan memansuhkan sayap UMNO turut mendapat perhatian kalangan penulis blog.
AM Ubaidah Sanusi (http://thoughtsintangents.blogspot.com) membantah cadangan itu dan mempersoalkan adakah politik wang berpunca dari sayap parti semata-mata dan apakah jika tiada sayap, maka parti akan bebas dari politik wang?
“Siapakah yang menyuburkan politik wang? Siapakah sebenarnya yang beriya-iya menghebohkan politik wang?
“Bukankah tugas Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen dengan Lembaga Disiplin pimpinannya untuk membanteras politik wang? Maka adakah beliau melihat kebanyakan kes datang dari sayap atau dari induk parti?” tulis beliau.
Shadan Othman dalam blognya, http://anakmelakajati.blogspot.com pula mahukan agar pemimpin ahli UMNO janganlah mudah lupa jasa dan sumbangan sayap-sayap UMNO.
Katanya, jangan disebabkan UMNO dihimpit masalah kekurangan pengaruh orang Melayu, sayap-sayap ini dijadikan tempat melonggokkan kelemahan dan kesalahan parti.

“Perasaan barisan pelapis perlu dijaga. Kesetiaan mereka menyertai UMNO tidak perlu dipertikaikan. “Bagi saya, UMNO perlu berhati-hati dengan cadangan menghapuskan sayap-sayap UMNO. Kerana kita harus bimbang satu hari nanti tiada lagi golongan muda yang mendekati UMNO,” tulisnya.

Norizan Shariff pula menyokong cadangan tersebut dan mahukan UMNO turut memansuhkan Pemuda, selain Wanita dan Puteri. Tulis beliau, apabila kesemua sayap UMNO dimansuhkan beliau mencadangkan diwujudkan enam jawatan Naib Presiden UMNO termasuk kuota untuk wanita tanpa batasan umur, wanita bawah 35 tahun, pemuda bawah 40 tahun dan satu wakil Sabah.

“Alang-alang nak buat perubahan, tambah kerusi Timbalan Presiden UMNO menjadi dua. Alasannya? Supaya jawatan Presiden UMNO bukanlah jawatan yang diwarisi,” tulisnya dalam http://nobisha.blogspot.com.

Norizan menurusi blognya itu turut menggerakkan satu usaha supaya kerajaan mengambil langkah mengasingkan barangan jualan haram dan halal di pasar-pasar raya dan kedai runcit diseluruh negara.

Katanya, bagi tujuan itu gerakan yang dimulakan oleh Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (Macom) telah melancarkan petisyen dalam talian melalui laman web http://www.petitiononline.com/macom/petition.html.


“Kita berharap dengan adanya petisyen ini, pasar raya dan kedai runcit akan mengasingkan pameran dan jualan barangan halal dan haram, sekaligus menghilangkan rasa was-was di kalangan pengguna Islam,” tulis beliau.

Najib terajui Perak, ADUN Bota 'berfikir' kembali Umno?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota yang meninggalkan Umno enam hari lalu mahu mengambil sikap "tunggu dan lihat" untuk menilai situasi dalam parti ekoran kepimpinan sementara Badan Perhubungan Negeri di bawah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

"Tengok dulu, tengok dulu... apa yang akan berlaku... tengok keadaan," kata Datuk Nasarudin Hashim yang ditanya sama ada bersedia untuk mengkaji semula pendiriannya ekoran pelantikan kepimpinan Umno negeri yang baru, ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Sambil menegaskan bahawa sehingga pagi ini pendiriannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) - salah satu komponen Pakatan Rakyat, masih kekal, bekas Ahli Parlimen Parit itu memberitahu, "adalah terlalu awal (untuk mengatakan sama ada sedia kembali ke Umno)."

Bagaimanapun beliau menyifatkan tindakan Najib menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai ketua Umno dan BN adalah langkah baik untuk membawa perubahan.

"Keadaan mungkin berubah tapi kena tunggu dan lihat," kata beliau yang telah pun mengemukakan surat keluar Umno Isnin lalu.

Malah beliau juga telah menyerahkan borang permohonan menyertai PKR Ahad lalu.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan agar Najib dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Tajol Rosli yang meletak kedua-dua jawatan itu, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

Dengan Nasarudin menyertai PKR, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Ahad lalu, Nasarudin berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Bota.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasarudin menewaskan calon PKR, Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.

Desas-desus mengenai kemungkinan Nasaruddin meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lepas. Nasaruddin adalah bekas timbalan ketua bahagian berkenaan.

Nasarudin juga memaklumkan mStar Online bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam Ceramah Khas Mesra Rakyat di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan malam ini.

Thursday, January 29, 2009

Umno Perak perlu suntikan semangat baru


Kontroversi Adun Bota keluar parti harus dilihat sebagai wadah memperkukuh lagi perjuangan. Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hujung minggu lalu memang memeranjatkan. Ia mengejutkan bukan saja pemimpin parti gabungan itu di peringkat negeri dan Pusat malah juga anggota serta penyokong mereka di seluruh negara.


Sejak tumbangnya kerajaan BN di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu, rakyat khususnya di Perak, diberikan gambaran bahawa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat cukup goyah dan hanya menunggu masa untuk tersungkur berikutan apa yang digembar-gemburkan sebagai keinginan beberapa Adun Pakatan Rakyat menyertai BN.


Ini mudah berlaku kerana kerajaan negeri yang dianggotai Pakatan Rakyat terdiri daripada DAP, PKR dan Pas ketika itu hanya menguasai 31 daripada 59 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sementara BN memiliki 28 kerusi.


Dengan kedudukan itu, BN cuma memerlukan dua Adun Pakatan Rakyat untuk melompat menyertainya bagi menggulingkan kerajaan sedia ada.


Malah bekas Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali pernah menjanjikan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar daripada Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu, akan tumbang sebelum menjelangnya fajar 31 Ogos tahun lalu. Namun apabila 31 Ogos berlalu dan tiada apa yang berlaku, Tajol Rosli senyap seketika.


Pemimpin Umno negeri yang lain juga membisu sejak itu. Dalam keadaan sedemikian, tentu rakyat umum akan terperanjat besar apabila dengan tidak semena-mena mereka disogokkan dengan berita seorang Adun BN melompat menyertai kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, bukan sebaliknya seperti yang cuba ditonjolkan selama ini.


Dengan sendirinya berita itu dan khabar angin bahawa beberapa orang Adun BN lagi akan menuruti jejak langkah Adun berkenaan - walaupun dinafikan - sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ada sesuatu tidak kena dalam Umno Perak.


Walau apa pun alasan atau andaian diberikan kenapa Nasaruddin meninggalkan Umno dan BN, seperkara yang tidak boleh dinafikan ialah pemimpin Umno negeri berasa benar-benar tercabar dengan perkembangan itu.


Seorang Ketua Bahagian yang dihubungi mengakui bahawa ini adalah satu tamparan yang cukup hebat untuk Umno negeri. "Kami hanya mampu berdoa semoga tiada lagi Adun yang akan meninggalkan kami," jelas beliau.


Beberapa Ketua Bahagian yang lain mengakui bahawa memang wujud rasa tidak puas hati dan kekecewaan di kalangan segelintir pemimpin Umno pada peringkat negeri. Sebahagian mereka berasa kecewa dan tidak puas hati itu, ada hubung kaitnya dengan keputusan pemilihan pemimpin parti pada peringkat bahagian yang lalu apabila mereka yang kalah terasa disisihkan oleh kepemimpinan pada peringkat negeri walaupun mereka masih menduduki kerusi DUN.


Ia sebenarnya tiada kena mengena dengan komitmen mereka terhadap falsafah perjuangan atau dasar parti. Ada juga yang mempersoalkan gaya kepemimpinan masa kini dan hala tuju parti pada masa depan.


Nasaruddin sendiri ketika mengumumkan keputusannya untuk menyertai PKR berkata: "Saya yakin PKR akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan." Berdasarkan kenyataan itu, jelas bahawa beliau tidak mengetepikan perjuangan Umno.


Cuma beliau mungkin berasakan bahawa dalam keadaan sekarang PKR lebih berkemampuan memperjuangkan matlamat yang sama berbanding Umno. Dengan kata lain, Nasaruddin mungkin beranggapan beliau hanya menukar wadah perjuangan bukan idealisme.


Anggapan demikian sebenarnya dikongsi oleh ramai lagi ahli Umno dan orang Melayu yang kecewa. Ada di antara mereka yang menyertai parti lain tetapi mengharapkan agar Umno terus berkuasa. Dari banyak segi, ini dilema dihadapi ramai ahli Umno sekarang menjelang perubahan pucuk pimpinan Mac depan.


Mereka bimbang kalau cakap-cakap mengenai penjenamaan semula Umno itu akan merombak seluruh struktur dan falsafah perjuangan parti sedangkan semua orang akur bahawa Umno itu satu jenama yang baik dan diterima umum sejak lebih 60 tahun lalu. Apa yang diperlukan hanya perubahan sikap dan budaya berpolitik serta stail kepemimpinan pada setiap peringkat.


Kalau sebelum ini, Umno dilihat sebagai terlalu eksklusif, ia kini perlu lebih akomodatif. Pemimpin yang selama ini sering 'syok sendiri' dan tidak menghiraukan masalah rakyat, kini perlu lebih kerap mendekati rakyat.



Di samping itu, anggota parti juga memerlukan suntikan semangat baru selepas semangat yang berkobar-kobar selama ini terkulai akibat pukulan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.


Seorang Timbalan Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian di Perak berpendapat, kesedaran ke arah perubahan itu sudah lama dirasai tetapi tiada tindakan positif diambil kerana masing-masing menunggu perubahan pucuk pimpinan untuk melakukan ketakjuban. Keputusan Nasaruddin untuk meninggalkan parti, menurut beliau lagi, sedikit sebanyak mendatangkan rahmat kerana ia mencetuskan urgency atau rasa cemas untuk berubah segera di kalangan anggota dan pemimpin.



Malah di Perak, Tajol Rosli sendiri mengambil keputusan berundur sebagai Pengerusi Perhubungan untuk mengambil tanggungjawab terhadap perkembangan yang berlaku itu. Menurut laporan, tempat beliau akan diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mulai 1 Februari ini.

Kalau ini betul, ia satu langkah yang tepat dan kena pada masanya. Umno Perak tidak perlu menunggu hingga Mac untuk mendapat kepemimpinan baru kerana mulai sekarang hingga tarikh itu, macam-macam lagi perkembangan negatif boleh berlaku. Anggota parti di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu memerlukan tiupan semangat baru dengan serta-merta untuk bangun semula.


Najib pasti mampu meniupkan semangat itu dengan bantuan seorang Timbalan Ketua Perhubungan yang cekap, berwibawa serta dihormati. Beliau tidak semestinya dipilih di kalangan ketua bahagian yang ada sekarang.

Ada ADUN PKR nak melompat pulak

Dari malaysiakini:
Desas-desus bertiup kencang beberapa pemimpin PKR Perak akan meninggalkannya susulan penyertaan seorang wakil rakyat BN bersama parti itu hujung minggu lalu.

Bagaimanapun PKR tidak membincangkan isu tersebut dalam satu pertemuan biro politik malam tadi, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali kepada Malaysiakini.

"Tidak dibincangkan," katanya apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai ura-ura dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Perak akan menyertai BN.


Tindakan memancing wakil-wakil rakyat PKR itu dipercayai sebagai reaksi balas penyertaan Adun BN bagi Bota, Datuk Nasharuddin Hashim pada 25 Januari.Pertemuan biro itu selama empat jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya turut disertai oleh semua tiga exco PKR di Pulau Pinang, termasuk Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin.


Ketiga-tiganya diura-urakan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan menggugurkan jawatan utama mereka dalam badan perhubungan PKR negeri.Dr Syed Husin menjelaskan, pertemuan semalam buat pertama kali melibatkan semua 14 exco PKR di semua negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Kedah dan Selangor.


Bagaimanapun semua tiga exco dari Perak tidak hadir dengan alasan sakit dan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri. Semua tiga exco PKR dari Kedah juga tidak hadir di mesyuarat tersebut yang bermula kira-kira jam 9 pagi.

Wednesday, January 28, 2009

Perubahan. UMNO jangan malu terima kritikan

Berubah! berubah! berubah! Penjamaan semula! UMNO perlu tarik minat pengundi muda...itulah yang acapkali dilaungkan oleh pemimpin UMNO. Tetapi sekadar berkokok megah, tanpa jalankerja menuju ke matlamat itu! Sekarang tengah sibuk melobi untuk jawatan. Iyer laa...Perhimpunan Agung pun lagi 2 bulan...

Adakah para pemimpin UMNO di peringkat Bahagian dan cawangan sedang duduk selesa di kerusi empuk tanpa memikirkan warisan Melayu dipertahankan? Tidak cukup kah lagi agenda-agenda peribadi? Tidak cukupkah lagi harta rakyat disedut? Tidak cukupkah lagi kekayaan hendak dibawa ke kubur? Tidak cukupkah lagi pangkat?

Apa ertinya jadi 'pemimpin' sehingga sanggup membelanjakan sejumlah besar wang bagi merebut jawatan parti? Pemimpin yang dipilih melalui kaedah ini tidak mampu menjadi 'telinga dan suara' rakyat terbanyak. Mereka sibuk melayan segelintir 'pengikut' yang melobi dan menghasut untuk kepentingan diri. Akhirnya pejuang dan penyokong setia yang terbukti telah berjuang dan mempertahan parti terpinggir tanpa dipedulikan kerana politik 'cantas' oleh mereka yang bukan 'perjuang' tetapi 'berwang'. Pemimpin HAPRAK bak kata Tun Mahathir. Itulah hakikatnya. Biar pun pedih dan pahit, namun telanlah hakikatnya.

Perlu diingat di dalam zaman Internet ini, seseorang pemimpin itu tidak lagi mampu menutup kelemahan politiknya kepada umum. Politik era merdeka dah tak laku di zaman sekarang ini!!! Dah muflis.


SAYA berharap semua pandangan dan kritikan pembaca terhadap BN, khususnya UMNO patut dilihat secara positif bagi memulihkan kembali parti itu.Pedas tetapi benar. Pahit tetapi ikhlas.

Saya juga sayangkan parti berjasa ini. Kita faham, kemarahan orang ramai bukan terhadap institusi yang bernama UMNO, tetapi terhadap watak-watak kepimpinan di dalamnya.


Tentu ramai pemimpin UMNO yang terasa teguran sedemikian, itu pun kalau mereka membaca artikel ini.


Daripada 900 aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin Parti, hanya baru beberapa kerat pemimpin dan ahli yang diseret ke mahkamah kerana rasuah.
Izinkan saya menambah lagi alasan-alasan nyata terhadap UMNO. Sejenak untuk berfikir dan tidak malu untuk menerima kenyataan-kenyataan berikut:



  1. Pemimpin yang sudah lali mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa masih bertakhta di pelbagai peringkat. Menggunakan wang bagi menjual dan membeli undi untuk kepentingan peribadi.

  2. Menonjolkan kemewahan dalam masa singkat yang sebelumnya tidak sehebat mana.

  3. Langsung tidak memahami visi dan misi parti dengan jelas untuk merancang secara aktif, kreatif dan sistematik dalam semua gerakan parti.
  4. Mementingkan kroni dan mengamalkan nepotisme berterusan tanpa melihat sekeliling dalam sebarang agihan projek mahu pun tender-tender.

  5. Pemimpin yang ditunjuk dari atas, bukan kehendak rakyat atau grass root. Lebih ramai yang menyebut 'pemimpin mi segera' sekarang.

  6. Menolak pandangan agensi- agensi rasmi kerajaan yang dilantik. Mereka ini lebih tahu dan faham apa yang bergolak di bawah.

  7. Memberi perkhidmatan yang terlalu minimum kerana sudah merasa lebih selesa mewakilkan kepada orang-orang suruhan yang dibayar.

  8. Keceluparan hujah semasa berkempen atau berucap mahupun membuat kenyataan-kenyataan di akhbar-akhbar tempatan.

  9. Menabur fitnah, adu domba, memburuk-buruk dan cantas mencantas sesama ahli parti yang tidak sehaluan dan sepandangan dengan nilai perjuangan.

  10. Pemimpin yang membenar dan mengamalkan sistem rakit dalam pemilihan khususnya di peringkat bahagian bagi mengelakkan orang- orangnya tewas dalam barisan kepimpinan.


Masa masih terluang, UMNO perlu drastik melakukan perubahan dan pendekatan terbaik. Kesedaran terhadap menyambung perjuangan orang-orang terdahulu patut disampaikan kepada generasi muda UMNO. Jika tidak mahu berubah politik dan zon selesa anda, padahlah anda pada PR ke 13 nanti. Berkuburlah anda!


Seperti yang pernah disuarakan oleh Timbalan Presiden UMNO, kuliah sejarah perjuangan bangsa perlu diterapkan dalam kerja-kerja dan program parti.

Tuesday, January 27, 2009

PKR Perak takut BN rampas kembali Perak bulan Februari ni, tu yang depa suruh Adun Bota lompat


Kedudukan genting kerajaan Anwar Ibrahim di Perak. BN kini mempunyai kerusi ADUN 27/59. Pembicaraan 2 ADUN PKR (ADUN Changkat Jering and ADUN Behrang) tentang penglibatan rasuah. Sekiranya BN menang 2 kerusi tersebut, ternyata BN memiliki majoriti simple untuk kembali memimpin negeri Perak.



Tindakan Nasaruddin Tak Jejas Umno Perak
SITIAWAN, 27 Jan (Bernama) -- Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti tidak melemahkan Umno Perak, sebaliknya memberi nafas baru bagi membina semula parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali hari ini.Mengibaratkan tindakan Nasaruddin umpama 'jaringan gol awal' permainan bola sepak yang baru bermula, beliau berkata tindakan itu tidak akan menjejaskan Umno.


"Umpama permainan bola sepak, kita kena satu gol tidak bermakna kita akan kalah kerana permainan baru sahaja bermula," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Tahun Baru Cina anjuran Pengerusi MCA Perak Datuk Kong Cho Ha di Dewan SMJK Nan Hwa di sini hari ini.Tajol Rosli berkata usaha bersungguh-sungguh gabungan Pakatan Rakyat (PR) memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini keluar parti dan menyertai mereka adalah satu langkah terdesak untuk mengekalkan kuasa PR di Perak.



Beliau mendakwa kerajaan PR di Perak terpaksa mengambil langkah sedemikian sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan akan kehilangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Februari ini.


"Kalau kita ingat, kes rasuah membabitkan dua anggota Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibicara di mahkamah Februari ini. Oleh itu mereka (PR) mengambil tindakan untuk memancing Adun BN terlebih dahulu sekiranya keputusan tidak memihak mereka berlaku pada Februari nanti," katanya.



Pada Ogos lepas, Kapt (B) Mohd Osman Jailu yang juga Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi yang juga Adun Behrang dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa terlibat rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.


Sementara itu, pada majlis jamuan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak di Ipoh, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan tindakan Nasaruddin keluar Umno dan menyertai PKR kerana telah ditawarkan jawatan tertentu atau wang sebagai habuan.



Di KOTA KINABALU, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan Nasaruddin meninggalkan Umno untuk menyertai PKR mencemarkan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia."Rakyat telah memberi kepercayaan kepada seseorang berdiri di atas satu tiket (Umno), lepas itu dia lompat. Kepercayaan orang yang mengundi dia, bukan kerana diri dia sendiri, tetapi kerana kapasiti dia dalam parti yang diwakilinya yang menyebabkan dia menang (dalam pilihan raya)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sabah Bersama Pemimpin di sini.


Shafie berkata wakil-wakil rakyat harus tegas dengan tindak-tanduk mereka di masa akan datang bagi memastikan perjuangan parti tidak dipersendakan dengan perbuatan seperti Adun Bota itu."Manusia bukan seperti barangan yang boleh dijual beli," katanya.Mengenai pemilihan Umno Mac ini yang akan menyaksikan beliau bertanding merebut jawatan naib presiden, Shafie berkata beliau yakin perwakilan akan memilih pemimpin yang bukan sahaja dapat diterima oleh anggota parti, tetapi juga masyarakat Melayu dan kaum lain di luar Barisan Nasional.


"Sekiranya masyarakat lain boleh menerima kita, ini boleh membantu menguatkan parti kita, terutama dalam pilihan raya akan datang."Amat penting sekiranya masyarakat di luar parti menerima kita kerana merekalah yang menentukan kerajaan akan datang," katanya.


Pada majlis itu, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyumbangkan RM50,000 kepada gabungan persatuan Cina itu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kebudayaan, terutamanya aktiviti yang melibatkan golongan muda.



Umno Perak pujuk ADUN Bota ubah fikiran

Badan Perhubungan Umno Perak kini dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).



Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau
memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Rundingan sudah bermula... bagi kami ini merupakan petanda positif kerana sekurang-kurangnya masih wujud komunikasi antara beliau dan Umno negeri, kita tak putus hubungan lagi," katanya kepada mStar Online.


Ramly berkata pihaknya telah menghantar beberapa wakil yang rapat dengan Nasarudin untuk mengadakan rundingan dengan beliau.


"Kita sudah hantar wakil yang baik dengan beliau, biar mereka bincang dengan cara yang santai kerana itu lebih baik untuk kedua-dua pihak tanpa ada rasa segan silu," katanya.


Ditanya apakah perkembangan hasil pertemuan tersebut, beliau berkata sehingga kini pihaknya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.


"Beliau (Nasarudin) sudi berbincang, maknanya laluan sudah terbuka.


"Namun kita akan terus beruasaha mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mengetahui keadaan sebenar dan cuba selesaikan dengan baik," katanya.


Kelmarin, Nasarudin bertindak keluar daripada BN dan mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa serta-merta.



IKRAR SETIA BN PERAK
Semalam wakil rakyat BN Perak yang menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di ibu negara telah menyatakan ikrar akan kekal dalam BN.


Ikrar itu dibuat beberapa jam selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa tiga lagi ADUN BN dijangka menyertai Pakatan Rakyat ekoran langkah Datuk Nasarudin Hashim kelmarin.


Mengulas lanjut, Ramly berkata, mereka melahirkan sumpah taat setia untuk terus bersama BN.


"Semalam semua ahli yang hadir membuat ikrar taat setia kepada BN di hadapan Datuk Seri Najib," kata beliau ketika dihubungi hari ini.


Malah, kata beliau, mereka juga mencapai kata sepakat iaitu masih menaruh harapan bahawa Nasarudin, ADUN Bota akan kembali menyertai Umno dan BN.


Tambah Ramly, mereka juga yakin Nasaruddin sedang menguji BN melalui tindakannya itu.


"Kita yakin beliau sedang uji BN... beliau nak tahu apakah reasksi kita selepas buat pengumuman untuk keluar.


"Kita sangat yakin dengan Datuk Nasarudin, beliau akan membuat perhitungan yang sewajarnya," katanya.


Pertemuan yang diadakan di ibu negara itu dihadiri oleh 26 daripada 27 ADUN dan 11 daripada 13 Ahli Parlimen BN dari Perak.


Selain itu Umno Perak juga menyeru supaya Nasarudin mengubah pendiriannya untuk meninggalkan BN.


"Kita seru supaya beliau patah balik (kembali) kepada Umno dan BN," katanya.


Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Ramly berkata, semua pemimpin yang hadir berpeluang menyampaikan pandangan berhubung perkembangan terbaru itu.
Malah katanya, Najib turut menasihatkan agar pemimpin-pemimpin Umno dan BN supaya tidak mengeluarkan kenyataan bersifat negatif kerana ia akan menjejaskan proses rundingan dan perbincangan dengan Nasarudin.


Kata beliau lagi, Umno Perak mengklsifikasikan isu ini sebagai malapetaka kepada parti dan memandang serius mengenainya.


"Kita memandang serius mengenai perkebangan terbaru ini dan sedang berusaha mengambil tindakan yang wajar bagi membendungnya," katanya yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.


Dalam pada itu, Najib ketika ditemui wartawan selepas pertemuan malam tadi berkata, antara ketetapan dibuat ialah semua memberi pengakuan dan disokong dengan setiap wakil rakyat menyatakan kesetiaan kepada BN melalui parti masing-masing.


"Waima apa jua keadaan sekalipun ini termasuk juga satu dua yang tidak hadir, tapi telah menelefon untuk menyatakan pendirian sama dan harap ia melenyapkan sebarang khabar angin yang diuar-uarkan oleh parti pembangkang yang menyatakan kononnya ada wakil rakyat BN dari Perak mahu melompat parti," katanya.


Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN memberitahu, selain itu pertemuan malam tadi juga membincangkan beberapa perkara yang penting iaitu keutuhan berkhidmat kepada rakyat dan yakin kepada BN.

Thursday, January 22, 2009

Kegagalan sayap BN


JIKA Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dijadikan ukuran berhubung sambutan generasi muda terhadap UMNO adalah jelas parti berkenaan terpaksa mengakui bahawa mereka gagal menarik golongan itu.

Ini kerana berdasarkan jumlah undi yang diperolehi oleh calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kesemua saluran undi yang melibatkan generasi muda menyaksikan BN tewas. Ia juga bermakna selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu yang mencatatkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, generasi muda semakin menjauhi UMNO dan BN.

Sebaliknya, tumpuan mereka lebih kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala bukan Melayu pula lebih cenderung menyokong DAP. Trend ini seharusnya tidak dibiarkan oleh UMNO dan BN kerana dalam pilihan raya umum akan datang 49 peratus daripada keseluruhan pengundi adalah terdiri daripada pengundi muda.

Oleh itu, kegagalan di Kuala Terengganu seharusnya benar-benar memberikan pengajaran kepada BN terutamanya UMNO supaya melakukan langkah yang lebih agresif untuk memastikan pengundi muda tidak terus meninggalkan mereka.

Sebenarnya, di Kuala Terengganu, sejak dari awal lagi penulis sudah merasakan golongan berkenaan tidak akan menyebelahi BN. Ia bukan sahaja berdasarkan kepada gelagat golongan muda yang begitu megah mengibarkan bendera pembangkang di jalan-jalan raya, malah program-program yang diatur oleh Pemuda atau Puteri juga dilihat sebagai pendekatan yang sudah ditelan zaman.

Dalam soal ini, pemimpin dari luar yang datang termasuklah Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Puteri, Datuk Noraini Ahmad tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanyalah datang membantu.

Apa juga yang mereka lakukan tidak akan berkesan seandainya sejak awal lagi Pemuda dan Puteri UMNO di peringkat negeri sememangnya tidak popular di kalangan generasi muda. Ia jelas apabila program-program Pemuda khususnya hanya dihadiri oleh mereka yang sudah lama berada dalam Pemuda dan bukannya pengundi-pengundi baru rakyat tempatan.

Lebih malang lagi, menurut sumber, Pemuda UMNO negeri terutamanya, masih dilihat berimej elit sehingga ia menyukarkan usaha untuk menarik golongan muda bersama-sama dengan parti itu.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila jentera Pemuda yang datang dari luar termasuk mereka yang sesetengahnya bertaraf pemimpin masih belum mahu belajar budaya tempatan.

Selain bermegah dengan menaiki kereta-kereta mewah, mereka masih kekal berkumpul di coffee house dan lobi-lobi hotel, bukannya keluar membantu berkempen.

Penulis melihat sendiri bagaimana ketika hari pengundian di sebuah hotel terkenal di Kuala Terengganu, berpuluh-puluh ahli Pemuda berkumpul dan berbual sesama mereka, sedangkan ketika itu jam menunjukkan pusat-pusat pengundian mula dibuka. Suasana ini berbeza dengan ahli-ahli Pemuda Pas yang sanggup semalaman berada di pondok-pondok panas dan terus bekerja apabila fajar menyingsing bagi meraih undi.

Kesudahannya menurut satu sumber BN, ketika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pondok-pondok panas tertentu, tiada seorang pun anggota Pemuda yang berada di situ. Semua ini menimbulkan pertanyaan apakah motif sebenar ribuan anggota Pemuda datang ke Kuala Terengganu? Apakah mereka benar-benar datang untuk berkempen bagi memenangkan calon BN atau datang dengan niat berkempen sempena pemilihan UMNO Mac nanti?

Seperkara lagi, beberapa pihak yang berada di Kuala Terengganu sepanjang pilihan raya berlangsung, turut menyifatkan segala program yang dilaksanakan oleh Pemuda boleh dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan lagi.

Ini termasuklah bengkel memperbaiki motosikal yang pada pandangan penulis hanya membuang masa kerana ia tidak memberi keuntungan politik jangka panjang.

Mungkin ramai yang hadir tetapi persoalannya adakah mereka yang datang itu menyelami perjuangan UMNO atau lebih tepat lagi akan memangkah BN?

Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan sepanjang pilihan raya Kuala Terengganu, jentera Pemuda dianggap tidak sehebat Dewan Pemuda Pas yang dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha memastikan kemenangan calon mereka.

Semua ini terjadi kerana Pemuda UMNO negeri ibarat hidup segan mati tidak mahu dan hanya akan bergerak jika ada pemimpin negeri datang atau ketika musim pilihan raya sahaja. Kegagalan mereka berfungsi sekali gus membawa bencana kepada BN.

Kita tidak boleh mempersalahkan sangat jentera Pemuda dari luar kerana mereka bergantung kepada jentera tempatan. Ini termasuklah dalam mengatur perang saraf - salah satu senjata Pas yang paling berkesan menyerang BN ketika pilihan raya berlangsung.

Penulis difahamkan Pemuda UMNO sememangnya sudah mengatur team untuk tujuan itu, tetapi entah di mana silapnya sehingga ke hari pengundian hanya beberapa helai risalah sahaja yang dikeluarkan.

Bagi Puteri pula, mereka kini bukanlah lagi sebuah pasukan yang digeruni oleh pembangkang. Jika dalam pilihan raya kecil sebelum tahun 2004 dulu Puteri UMNO dianggap salah satu senjata ampuh berikutan keberanian mereka meredah setiap kawasan bagi meraih undi termasuk di dalam rumah pembangkang tetapi semangat perjuangan berkenaan semakin luntur akibat dikaburi dengan jawatan dan kedudukan.

Apa yang berlaku di Kuala Terengganu ialah Puteri hanya menumpukan perhatian di zon selesa iaitu di kawasan yang kalau mereka tidak masuk pun pengundi tetap akan memilih BN. Keadaan ini berbeza dengan suatu ketika dulu apabila Pas begitu bimbang dengan kehadiran Puteri.

Pengalaman penulis ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Pendang dan Dewan Undangan Negeri Anak Bukit yang menyaksikan bagaimana Pas terpaksa melipat gandakan pergerakan Dewan Muslimatnya bagi menghadapi Puteri UMNO sudah tidak kelihatan lagi.

Lebih malangnya lagi apabila ada laporan yang menyatakan terdapat ahli-ahli Puteri yang masuk ke kampung-kampung untuk berkempen, berpakaian seperti hendak pergi 'bershopping', biarpun mereka mengetahui bahawa mereka berada di kawasan luar bandar.

Bagi penulis, gelagat yang ditunjukkan oleh Puteri sepanjang pilihan raya di Kuala Terengganu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak hari penamaan calon lagi, beberapa pemimpin Puteri yang berbual dengan penulis termasuk ada antaranya bertaraf YB, lebih banyak bercakap soal pemilihan parti pada Mac ini berbanding strategi yang akan digunakan untuk menumbangkan Pas.
Berdasarkan apa yang dipaparkan, jika BN benar-benar ingin menarik perhatian generasi muda menyokongnya, satu usaha untuk memberi nafas baru kepada Pemuda dan Puteri perlu dilakukan.

Ini termasuklah kebijaksanaan memilih pemimpin yang akan menerajui kedua-dua sayap berkenaan mulai Mac nanti.

Pemimpin yang akan dipilih bukan sahaja mempunyai idea bagi menarik sokongan generasi muda tetapi juga mempunyai karisma untuk disukai rakyat. Ini kerana dalam pilihan raya segala faktor akan diambil kira termasuklah bagaimana penampilan seseorang pemimpin itu.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu seharusnya menyedarkan kepimpinan dan ahli-ahli kedua-dua sayap tersebut bahawa cabaran yang menanti mereka bukanlah sedikit. Tiada gunanya kalau kita hanya sekadar popular di kalangan ahli sahaja sedangkan apabila pilihan raya rakyat menolak BN. Kuala Terengganu sudah membuktikan fakta itu!

Tuesday, January 20, 2009

UMNO perlu pemimpin sejati

KEMENANGAN Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P36 Kuala Terengganu tidak bererti telah berlakunya penolakan rakyat kepada BN secara total.


Ini boleh digambarkan dengan jumlah undi yang diperoleh oleh calon BN. Perubahan pemikiran rakyat hasil usaha kerajaan BN setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan menuntut perubahan pendekatan oleh BN.


Politik pembangunan yang digunakan oleh Kerajaan BN tidak lagi menjadi satu penilaian. Rakyat yang lebih terbuka pemikiran mereka, menyedari bahawa membawa pembangunan kepada kesejahteraan rakyat adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan pun di dunia ini.


Pengundi sekarang bijak membuat penilaian sendiri. Dalam PRK P36, kekalahan BN tidak akan menjejaskan kedudukan pemerintahan BN walaupun kekurangan bilangan kerusi di Parlimen.


Bagi penyokong yang masih yakin dengan kemampuan BN untuk membawa perubahan yang lebih baik, kekalahan ini adalah sebagai isyarat bahawa perubahan selepas PRU ke-12 belum menyakinkan. Perubahan yang lebih besar perlu dilakukan oleh pucuk pimpinan BN terutamanya UMNO bagi memastikan BN kekal memerintah pada PRU ke-13 dan mengambil alih kerajaan negeri di tangan pembangkang.


Pengajaran utama melalui proses PRK P36 yang perlu difahami oleh kepimpinan UMNO adalah UMNO hanya berjaya melahirkan 'pemimpin' tetapi kehilangan pengikut.


Apa ertinya jadi 'pemimpin' sehingga sanggup membelanjakan sejumlah besar wang bagi merebut jawatan parti? Pemimpin yang dipilih melalui kaedah ini tidak mampu menjadi 'telinga dan suara' rakyat terbanyak.



Mereka sibuk melayan segelintir 'pengikut' yang melobi dan menghasut untuk kepentingan diri. Akhirnya pejuang dan penyokong setia yang terbukti telah berjuang dan mempertahan parti terpinggir tanpa dipedulikan kerana politik 'cantas' oleh mereka yang bukan 'perjuang' tetapi 'berwang'.

Saturday, January 17, 2009

Selamat Mengundi Pengundi Kuala Trengganu. Pastikan BN pilihan ANDA

Syukuri nikmat sedia ada

SAYA terpanggil meluahkan perasaan hati, apabila membaca kenyataan-kenyataan pemimpin parti pembangkang. Saya bukannya penulis yang pandai mengolah ayat-ayat yang baik kerana saya bukan orang yang bersekolah tinggi. Cuma setakat SPM Gred 3 sahaja.

Dan saya bukanlah sepandai penyokong-penyokong PR, Pas atau DAP dan saya bukanlah penyokong fanatik BN.

Tapi saya selalu bersyukur dengan kehidupan yang dilalui hari ini. Meskipun saya bukan orang senang, suami saya cuma seorang buruh ladang.

Sebagai orang susah saya bersyukur kerana mendapat bantuan kerajaan semasa mengandungkan anak-anak saya, di mana saya mendapat bantuan kerajaan membuat pemeriksaan kesihatan sepanjang sembilan bulan tanpa bayaran satu sen pun.


Jururawat yang bertugas itu pun bukan saya yang membayar gajinya, saya cuma membawa perut saya sahaja. Kemudian anak-anak saya bersekolah, anak-anak saya mendapat bantuan buku teks, makanan tambahan dan bermacam-macam lagi. Sebabnya saya bersyukur kerana saya orang susah.





Dan bagaimana pula dengan orang senang yang tidak perlu mendapat bantuan kerajaan? Bersyukur atau tidak mereka?


Cerita suami saya pula. Saya tidak perlu takut apa-apa berlaku kepada suami saya semasa ketiadaannya pergi bekerja. Saya tunggu suami saya balik kerja tanpa rasa takut, apakah suami saya dibom atau ada peluru tak bermata menembusi tubuh kurus keringnya.

Dan sekali lagi cerita tentang anak-anak kita, di mana anak-anak kita boleh bermain dengan bebas, ke sekolah tanpa rasa takut, orang-orang tua ke masjid membuat ibadat tanpa rasa gerun ditembak di tengah jalan. Dan anak-anak kita tidak ada yang terputus kaki tangan kerana dibedil.


Itu intipati cerita, yang mana kesyukuran perlu ada dalam hati kita setiap kali kita selesai solat semoga selamatkanlah tanah air kami, selamatkanlah umat Islam di muka bumiMu ini Ya Allah. Bukan untuk kita sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum baik Melayu, Cina, India atau bangsa apa saja yang menghuni tanah Malaysia ini.


Saya tidak akan sesekali ambil risiko menukar pemerintah yang ada demi memenuhi keinginan mereka untuk menjadi pemimpin nombor satu. Saya takut bermain dengan api, menjaga negara bukan seperti bermain pondok-pondok.
Hari ini cerita begini, hari esok cerita lain. Keikhlasan wajah pemimpin hari ini sudah cukup saya beri kepercayaan kepada mereka untuk mereka menjaga keharmonian negara, kestabilan ekonomi.


Setiap hari apa saja yang mereka fikirkan adalah untuk kebajikan rakyat baik dari segi keagamaan, keselamatan, kesihatan dan membasmi kemiskinan. Itu sudah cukup. Sekira mereka membohongi kita sebagai rakyat yang mempercayai mereka dosa dan neraka itu adalah pilihan mereka sendiri.


Dan saya merayu kepada pengundi Parlimen Kuala Terengganu kesilapan anda hari ini dalam memilih calon akibatnya anda sendiri yang akan tanggung.


Kerana berada dalam kepimpinan yang kita sudah tahu buruk dan baiknya adalah lebih baik dari memilih yang kita belum tentu tahu buruk dan baiknya.


Renungilah mata anak-anak kita, ibu, ayah dan pandang sekeliling betapa cantiknya negeri kita, betapa cantiknya negara kita, jangan rosakkan kecantikan yang sedia ada pada tangan yang hanya tahu berkata-kata tapi belum tentu pandai menjaganya.


Fikir-fikirkanlah... wahai pengundi Parlimen Kuala Terengganu.


KAK SAL
Kerteh

Friday, January 16, 2009

Ezam: PM restui saya dedah surat damai Anwar-Mahathir


Bekas ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor mendakwa perdana menteri dan timbalannya memberi kebenaran kepadanya untuk mendedahkan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sedekad lalu.Katanya, beliau menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga hari lalu dan Datuk Seri Mohd Najib Razak sehari selepas itu.


Saksikan pendedahan beliau di P/Raya Kecil Kuala Trengganu di http://www.youtube.com/watch?v=q5ZfqVhlu9E&feature=PlayList&p=02D6E32871ED0D48&index=11




Ezam berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan ceramah membantu calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Kampung Merbau Patah dalam DUN Wakaf Mempelam lewat malam tadi.Wakaf Mempelam merupakan kubu kuat PAS yang diwakili oleh Mohd Abdul Wahid Endut selama lima penggal berturut-turut.






Calon PAS itu berdepan dengan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam dalam pilihanraya Sabtu ini.Di majlis tersebut, beliau mendedahkan surat bertulisan tangan Anwar bertarikh 8 September 1998 yang didakwanya untuk Dr Mahathir bagi mencari jalan perdamaian dengan bekas ketua yang memecatnya seminggu sebelum itu.






Ezam turut membaca kandungan surat tersebut kepada kira-kira 1,000 orang yang hadir di majlis ceramahnya. "Saya juga akan mendedahkan tugas-tugas khas yang diberikan Datuk Seri Anwar kepada saya selepas pemecatannya."Perang dengan Datuk Seri Anwar adalah perang yang panjang."Saya mahu Datuk Seri Anwar menjawab pendedahan saya ini sebelum hari mengundi Sabtu ini," katanya.






Bagaimanapun, menurut Ezam, beliau tidak dapat menyerahkan surat tersebut kepada Dr Mahathir kerana terlewat tiba di Pejabat Perdana Menteri.Katanya, apabila beliau tiba, mantan perdana menteri itu telah berlepas ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memberikan taklimat pemecatan Anwar kepada ketua-ketua bahagian Umno di seluruh negara.






Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan ahli Umno masing-masing pada 2 September 1998 dan keesokannya.Ketika ditanya mengapa beliau menyimpan salinan surat tersebut, Ezam berkata, beliau tidak gembira dengan Anwar."Ketika itu telah wujud kesangsian saya terhadap Anwar… siang tulis surat puji Dr Mahathir, malam (Anwar) menyerangnya.






"Saya juga menyimpan surat ini sebagai rujukan saya."Saya minta penjelasan Anwar terhadap surat yang ditulis dan dihantar kepada Dr Mahathir itu," katanya.Sementara itu, Ezam mencabar Anwar membuktikan beliau pernah menghantar surat kepada Abdullah untuk meminta jawatan menteri apabila menyertai Umno tahun lepas.Katanya, beliau memberi tempoh tujuh hari untuk Anwar berbuat demikian.






"Kalau ada surat tersebut, saya akan letak jawatan politik saya dalam tempoh 24 jam."Tetapi kalau tidak ada, Anwar perlu letakkan semua jawatannya dalam politik," katanya.

Thursday, January 15, 2009

Hindraf masih belum serik


BIARPUN beberapa orang pemimpinnya telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun pemimpin tertingginya yang lain masih belum serik memanipulasi pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan.


Terkini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan kelmarin membidas tindakan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorty yang menyebarkan fitnah bahawa kerajaan Malaysia telah bertindak zalim terhadap masyarakat India dan merobohkan kuil-kuil Hindu.


Tanpa mempedulikan benar atau tidak, pada masa yang sama beliau turut menyeru kerajaan India mengadakan sekatan perdagangan terhadap Malaysia dan menghentikan segala projek yang diberikan kepada syarikat di negara ini.


Nampaknya sekali lagi Hindraf cuba bermain api dengan berusaha mencetuskan kembali isu perkauman.


Selepas berlakunya dua perhimpunan haram pada 2007, banyak pihak mula menyuarakan rasa gusar dan bimbang dengan perkembangan dalam negara.
Hindraf telah menjadikan perhimpunan haram sebagai satu trend untuk meluahkan rasa marah dan ketidakpuasan hati mereka terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.


Sekian lama Malaysia dikenali sebagai sebuah negara demokrasi yang sentiasa mementingkan keamanan dan kemakmuran rakyatnya, dengan adanya fitnah sebegini sedikit sebanyak boleh mencalar hubungan antara etnik yang ada di negara ini.


Selama ini juga keharmonian dan hubungan erat antara kaum tidak pernah tergugat walaupun ada asakan pihak-pihak luar yang tidak senang dengan kemakmuran yang kita pelihara. Rakyat Malaysia tetap bersatu kerana dengan perpaduan sahajalah kita mampu bangkit menjana kekuatan dan pembangunan negara secara berterusan.


Hindraf tidak sepatutnya bertindak untuk menjadi jaguh kaum India. Walaupun India adalah antara kaum minoriti di negara ini, namun mereka tidak pernah disisih daripada menikmati apa jua tempias pembangunan negara dalam pelbagai aspek.


Jika bersebabkan kaum India yang agak ketinggalan dalam aspek ekonomi, maka amat tidak wajar Hindraf mengangkat isu keagamaan seperti arahan merobohkan kuil-kuil hindu sebagai alasan kerana ia hanya akan membangkitkan kemarahan kaum India kepada kerajaan.

Kepada Hindraf, ingatlah bahawa negara yang kuat dan utuh adalah negara yang mempunyai rakyat bersatu padu dan sentiasa bersama-sama membangunkan bangsa dan negara.


Warganegara yang bersatu dan sentiasa mementingkan perpaduan sukar digugat dan sama sesekali tidak akan gentar dengan pelbagai ancaman atau ugutan pihak musuh.


Bagi mencapai status negara kuat dan utuh ini, tidak ada kaedah lain yang perlu dilakukan kecuali dengan bersatu.


Fitnah dan syak wasangka hanya akan mengundang perpecahan, persengketaan, pergaduhan dan pertelingkahan dan membawa kepada kehancuran. Bukan saja kepada negara itu, malah seluruh rakyat dan bangsanya.


Perpecahan hanya akan memberi peluang dan ruang kepada musuh untuk melaga-laga dan menghancurkan bangsa sesebuah negara itu.


Musuh tidak mengintai kelemahan sesebuah negara berdasarkan sudut tertentu saja, tetapi dalam banyak lagi elemen lain yang dikira boleh menguntungkan mereka.


Justeru, dalam konteks negara kita, seluruh penduduk berbilang bangsa dan agama perlu bergandingan bagi mengukuhkan perpaduan dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam kesamarataan memiliki ekonomi, politik, budaya dan sosial.


Biarpun mutakhir ini wujud suasana kurang selesa khususnya aspek persefahaman, namun perpaduan tidak pernah rapuh walaupun sudah ada unsur dan pengaruh yang cuba membangkitkan isu perkauman yang boleh membawa perpecahan.


Justeru, bertindaklah melalui saluran yang betul atas apa jua isu amat perlu bagi mencari penyelesaian terbaik. Ini kerana hanya dengan mengekalkan persefahaman sahaja perpaduan sebenar akan mampu dijelmakan.

Wednesday, January 14, 2009

PM akan sertai penduduk Terengganu solat hajat untuk Palestin


Alhamdulillah. Inilah yang kita mahu. Mungkin ini akan menyebabkan agin perubahan ke arah BN dlm PRK Kuala Trengganu


PM akan sertai penduduk Terengganu solat hajat untuk Palestin
KUALA TERENGGANU 14 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyertai 3,000 penduduk Terengganu menunaikan solat hajat untuk rakyat Palestin di Stadium Negeri di sini malam esok.



Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pada majlis itu, kerajaan negeri akan memberi sumbangan wang tunai untuk rakyat Palestin yang menderita akibat keganasan tentera Israel.



Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini, beliau berkata solat hajat itu akan bermula sebaik selesai solat Maghrib.



Pada paginya, Perdana Menteri dijadual merasmikan majlis pecah tanah pembinaan hospital kanak-kanak dan wad bersalin di perkarangan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Tuesday, January 13, 2009

Kajiselidik: Pengundi KT utamakan kualiti calon

Menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu, satu kajiselidik pendapat umum yang dijalankan, mendapati pengundi lebih mengutamakan kualiti calon daripada lain-lain faktor seperti isu dan parti-parti yang bertanding.Kajiselidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research, mendapat 77 peratus pengundi menyatakan kualiti calon 'amat penting, berbanding dengan 55 peratus bagi isu semasa dan 67 preatus bagi kemampuan parti.


"Memandangkan perkembangan yang melibatkan pemilihan tokoh-tokoh yang bertanding, kajiselidik ini mendapati pengundi lebih cenderung untuk mempertimbangkan kualiti calon daripada faktor-faktor lain seperti isu semasa, parti-parti yang bertanding atau pemimpin-pemimpin parti," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan hari ini.


Manakala di kalangan responden Cina pula, isu layanan adil bagi kaum bukan Bumiputera mendapat perhatian tinggi di mana 75 peratus daripada mereka 'amat bersetuju' atau 'agak setuju' bahawa dengan memilih calon bukan BN, masyarakat Cina akan dapat memberi isyarat jelas kepada kerajaan BN.

Kajiselidik tersebut dijalankan Merdeka Center pada 7 hingga 11 Januarai lalu, bagi mengenalpasti persepsi isu-isu semasa dan perkembangan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Dalam satu soalan lain, 56 peratus responden Cina dan 46 peratus responden Melayu bersetuju bahawa dengan mengundi pembangkang ia dapat mendesak kerajaan BN untuk 'berubah kepada kebaikan'.


Isu Hudud hanya mendapat perhatian satu setengah pengundi Cina di Kuala Terengganu. Hanya 18 peratus pengundi Cina yang ditemubual menyatakan isu tersebut memainkan peranan 'amat penting' dan 32% 'agak penting dalam pilihanraya kecil ini.Kajiselidik itu juga mendapati isu mengenai ancaman terhadap kuasa politik Melayu tidak begitu mendapat perhatian di kawasan majoriti Melayu ini.


Hanya 17 peratus bersetuju bahawa 'selepas Mac 2008, kuasa politik orang Melayu menjadi lemah kerana diancam oleh orang bukan Melayu' manakala 74 peratus merasakan 'kelemahan kuasa politik Melayu sebenarnya disebabkan oleh pemimpin yang rasuah dan mementingkan kepentingan peribadi'.Kajiselidik itu bagaimanapun mendapati sukar untuk mengenalpasti kecenderungan parti yang akan dipilih pengundi.


Sokongan pengundi
"Berdasarkan data yang diperolehi, kajiselidik menunjukkan undi Melayu pada waktu kajiselidik dijalankan terbahagi kepada dua dengan margin kecil yakin 8 peratus pengundi yang masih belum membuat keputusan," kata Merdeka Center.



"Kecenderungan undi di kalangan pengundi Cina juga sukar dibaca tetapi penilaian terhadap respon yang diberikan kepada isu-isu menunjukkan mereka sedikit cenderung ke arah pembangkang," kata kenyataan itu lagi.Kajiselidik itu juga mendapati terdapat perbezaan pendapat di antara pengundi Melayu dan Cina mengenai halatuju negara dan negeri Terengganu serta juga isu-isu semasa.


Kajiselidik itu turut mendapati pengundi di kawasan majoriti Melayu ini merasakan keadaan di dalam negara dan negeri Terengganu menuju ke arah yang betul.


Namun begitu, sentimen pengundi Cina mengenai halatuju negara adalah kurang positif di mana hanya 36 peratus responden Cina menyatakan 'halatuju betul'dan 50% menyatakan 'halatuju betul' bagi negeri Terengganu.



Pada masa yang sama, 70% pengundi Melayu menyatakan 'halatuju betul' bagi negeri Terengganu.


Isu-isu semasa
Apabila responden ditanya mengenai perkara-perkara yang patut dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, responden memilih 'menangani kenaikan harga barang' (21%), 'memartabatkan Islam' (26%) dan 'membawa pembangunan' (16%) sebagai perkara paling penting. Di kalangan pengundi Cina, 53% ingin pihak kerajaan negeri 'melayan orang bukan Melayu dengan adil' dan 18% memilih isu 'membanteras rasuah'.


Menurut Merrdeka Center, 527 pengundi berdaftar Kuala Terengganu - melibatkan 408 Melayu dan 119 Cina - telah ditemubual melalui telefon. Responden dipilih mengikut random stratified sampling mengikut kaum, jantina dan kawasan dewan undangan negeri (DUN). Kajiselidik ini dibiayai sendiri oleh Merdeka Center for Opinion Research untuk hebahan umum.

Monday, January 12, 2009

Kebencian di Palestin dan Kasih Sayang di Kuala Terengganu


1. Konflik Israel-Palestin bermula pada 1948 nampaknya tiada jalan penghujung. Selagi tiada campur tangan kuasa besar Amerika Syarikatdan negara-negara Arab untuk menyelesaikan situasi ini yang memuaskan hati semua pihak terbabit, selagi itulah kita melihat kerakusan merebut kuasa memangsakan orang Palestin yang tidak bersalah dan sekadar mahu hidup aman atas muka bumi ini.



2. Kita memang berasa sedih dan mencari pelbagai jalan untuk mengenakan tekanan kepada Israel dan Amerika. Namun pada akhirnya negara kecil seperti Malaysia hanya mampu memberi pandangan, berdemontrasi, memboikot barangan dan memberi bantuan kewangan.



3. Untuk menyelesaikan masalah ini ia memerlukan lebih daripada itu. Ia memerlukan komitmen dan kesungguhan negara-negara arab yang menguasai petroleum dunia mengenakan tekanan serius kepada Amerika dan kuasa dunia lain untuk mencari jalan penyelesaian serius.


4. Pada hemat saya kuasa-kuasa besar dunia dan negara-negara Arab harus duduk semeja mencari jalan menyelesaikan isu ini yang antara lain perlu membuat keputusan sama ada:a. Membahagikan dua negara - Palestin dan Israel- mengikut keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu suatu ketika dahulu atau;b. mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum dengan Perlembagaan yang adil kepada semua pihak.


5. Yang tampak rasional dan dapat diterima ramai ketika ini ialah mewujudkan dua buah negara berasingan.



6. Setelah keputusan dibuat dengan persetujuan rakyat Palestin, Amerika Syarikat dan Britain sebagai antara negara yang bertanggungjawab mewujudkan konflik ini harus mengambil risiko dan tanggungjawab memastikan kedua-dua pihak mematuhi ketetapan ini.



7. Konfik ini tidak mungkin selesai kecuali pihak ketiga yakni kuasa besar dunia mengambil inisiatif melakukan campur tangan secara ketenteraan bagi memisahkan kedua-dua pihak berdasarkan sempadan yang telah diputuskan sebelum ini. Apakah Amerika terutamanya Barack Obama, yang akan mengangkat sumpah pada 20 januari nanti, berani mengambil jalan berisiko ini untuk mewujudkan satu keamanan di Baitulmaqdis.



8. Ketika konflik Israel-Palestin sedang memuncak kita juga sedang menghadapi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Dan sungguh menyedihkan apabila ada pemimpin parti lawan sanggup mengambil kesempatan atas emosi orang Islam untuk menyamakan UMNO dengan Israel.



9. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan UMNO dengan Israel. Saya fikir siapa pun yang waras tidak akan menerima kenyataan seperti itu. Malangnya bagi para penyokong parti lawan mereka menerima bulat-bulat kenyataan seperti itu. Malah khabarya kenyataan seperti itu turut diiringi dengan laungan takbir. Saya berharap janganlah kerana hasutan-hasutan seperti ini maka akhirnya kita juga menjadi seperti rakyat Palestin yang terbahagi kepada Hamas dan Fatah.



10. Kuala Terengganu juga memberi saya satu lagi perspektif baru erti kasih sayang. Palestin dan Israel telah lama kehilangan kasih sayang sesama manusia. Pas dan UMNO juga sekali sekala sudah melupakan ikatan persaudaraan sesama bangsa dan agama. Namun dicelah-celah Kuala Terengganu saya menemui banyak kasih sayang yang masih subur.



11. Saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang telah tua tetapi masih setia bersama. Si suami yang telah berusia hampir 70 tahun masih menjaga isterinya yang hampir seusia tetapi lumpuh sebelah badan. Suaminya masih setia membersihkan isterinya dan menyediakan makanan setiap hari tanpa merungut atau mempamerkan sebarang kesedihan.



12. Saya juga melawat dengan seorang wanita tua yang tiada anak dan tidak mampu berjalan dengan kuat lagi. Apa yang menggembirakan ialah beliau dijaga dengan begitu baik oleh anak saudaranya yang tinggal berhampiran rumah. Anak saudara tersebut boleh sahaja tidak mempedulikannya, namun kasih sayang dan ikatan kekeluargaan masih akrab.



13. Demikian juga satu lagi keluarga yang saya temui. Suaminya begitu setia menjaga isterinya yang mendapat kanser payu dara dan mempunyai anak berusia sebelas bulan. Sedihnya selepas dua hari saya berbual dengan mereka, suaminya menelefon saya memaklumkan bahawa isterinya telah kembali ke rahmatullah. Demikianlah kasih sayang suami tersebut menjaga isterinya sehingga ke akhir hayat.



14. Ketika kita dihimpit masalah kebencian dan kemarahan sesama manusia atas sebab kuasa dan maruah, masih ada kasih sayang dan harapan di celah-celah kehidupan manusia biasa.



15. Semoga suatu hari ia boleh diterjemahkan di kalangan mereka yang berkuasa dan berkemampuan membuat keputusan penting. Kita cuma mampu mendoakan semoga suatu hari nanti erti kasih sayang dan belah ihsan ada dalam hati para pemimpin kuasa besar dan Israel untuk mencari jalan membina keamanan di Asia Barat.


16. Di negara kita sendiri tampaknya sikap bertolak ansur dan menghormati masyarakat dan agama sudah semakin menipis. Masing-masing ingin memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa sendiri sehingga mencabar kedudukan status quo sedia ada.



17. Saya berharap politik kebencian dan mempertikaikan Perlembagaan negara atas sebab kepentingan kaum atau agama yang sedang dimainkan oleh beberapa pihak di negara kita tidak akan berakhir dengan konflik antara kaum mahu pun antara agama yang akhirnya menyebabkan negara kita menjadi padang jarak dan padang terkukur.


Ambillah erti kasih sayang di Kuala Terengganu untuk pedoman akan datang.

Sunday, January 11, 2009

Kelonggaran bayar yuran sekolah usah diambil mudah


MUSIM persekolahan tahun ini nampaknya berlangsung tanpa sebarang kontroversi, terutama membabitkan keluhan ibu bapa yang sering kita dengar setiap awal tahun.


Semuanya bermula dengan langkah Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah di seluruh negara bagi menangguhkan kutipan yuran sekolah dan pelbagai yuran lain sehingga April.


Selain itu, langkah proaktif sekolah menyalurkan skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar sebelum cuti persekolahan bermula November lalu menyebabkan urusan persekolahan yang biasanya kecoh pada awal tahun berjalan lancar. Ini bermakna langkah kementerian berjaya menyelesaikan masalah yang biasanya timbul setiap kali sekolah dibuka.


Sejumlah enam juta pelajar mengikuti pengajian di seluruh negara tahun ini. Kecuali puluhan ribu pelajar di kawasan terbabit dengan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tidak dapat ke sekolah kerana bangunan sekolah dinaiki air atau menjadi kawasan penempatan sementara mangsa banjir, pelajar di negeri lain meneruskan persekolahan seperti biasa.



Sehingga kini, lebih 30,000 pelajar membabitkan hampir 40 sekolah di Kelantan tidak ke sekolah dan hal sama turut dialami pelajar di Terengganu, Pahang dan Sabah. Kita menyokong langkah proaktif kementerian yang semakin menyedari masalah tekanan kewangan dihadapi ibu bapa yang mempunyai ramai tanggungan setiap kali musim persekolahan bermula, selepas berhempas pulas mencari wang untuk persiapan sekolah anak.



Dengan langkah diambil bagi pembayaran pelbagai yuran tiga bulan selepas sekolah dibuka, ia membolehkan ibu bapa kembali bernafas. Ini penting memandangkan kegawatan ekonomi semakin dirasai apabila ada kalangan ibu bapa kehilangan pekerjaan berikutan penutupan kilang kesan krisis ekonomi global dan sudah pasti, tindakan yang diambil kerajaan itu cukup melegakan. Cuma harapan kita, ibu bapa tidak mengambil kesempatan terhadap kelonggaran disediakan sekolah dan semua yuran diwajibkan perlu dibayar, walaupun secara berperingkat.



Ini membolehkan sekolah menjalankan kegiatan, terutama yuran membabitkan kegiatan pelajar. Tanpa peruntukan tambahan menerusi yuran, sesetengah sekolah tidak dapat menjalankan aktiviti terutama melalui pungutan yuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang diwajibkan kepada pelajar. Sehubungan itu, pengurusan sekolah perlu mendapatkan dana khas daripada kementerian bagi membolehkan kegiatan pelajar dilaksanakan sebaik saja sesi sekolah dibuka, tanpa menunggu kutipan pelbagai yuran dikenakan.



Ini dapat mengelak aktiviti pelajar terbantut atas alasan sekolah tidak mempunyai dana mencukupi. Ibu bapa nampaknya tidak mempunyai alasan lagi terhadap pendidikan anak dan mereka perlu memastikan anak belajar dan membantu sekolah meneruskan kecemerlangan. Ini penting kerana tanpa sokongan dan kerjasama ibu bapa, pihak sekolah tidak mampu untuk menjadikan anak mereka sempurna di dalam pelajaran.



Kejayaan anak di sekolah, sebahagiannya disumbangkan ibu bapa di rumah dan atas keyakinan itu, kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab bagi memastikan mutu pendidikan negara terus meningkat.