Monday, February 9, 2009

Ahli Parlimen PAS Roslan Shaharum meninggal kerana serangan jantung

IPOH 9 Feb. - Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.


Roslan, 50, yang merupakan pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 11 anak.


Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Universiti Terbuka Malaysia.



UMNO Taman Sejahtera mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Al-Fatihah


Sejarah Bukit Gantang

Dato' Panglima Bukit Gantang (bapa saudara Long Jaafar) merupakan orang Melayu yang terkaya serta berpengaruh di negeri Perak sekitar tahun 1800 – 1850 an. Mereka juga merupakan Pemungut Cukai di Kerian dan Kurau ketika itu. Dato' Panglima Bukit Gantang dikatakan orang yang mula-mula membuka kawasan ini dan dari situlah kawasan ini mendapat namanya.

Dato Panglima Bukit Gantang meninggal dunia pada Isnin 20.4.1818. Makam Panglima Bukit Gantang terdapat di Kampung Kubu dan merupakan peninggalan sejarah yang perlu dipelihara. Long Jaafar pula adalah orang Melayu yang mula-mula menjalankan perusahaan melombong bijih-timah di Daerah Larut. Dalam tahun 1848 Long Jaafar telah memulakan perusahaan melombong di Kelian Pauh ataupun lebih dikenali sekarang sebagai Bandar Taiping dan dalam masa yang singkat beliau telah beroleh kejayaan dan menempatkan dirinya sebagai orang yang terkaya dan berpengaruh di Daerah Larut bahkan jua di dalam negeri Perak.

Dalam tahun 1850, Raja Muda Ngah Ali telah mengurniakan Daerah Larut kepada Long Jaafar. Kemudian dalam tahun 1856, Raja Ngah Jaafar yang menggelar dirinya sebagai Sultan Perak telah memberi pula surat kuasa kepada Long Jaafar bagi mengukuhkan lagi surat kuasa yang telah diberi oleh Raja Muda Ngah Ali.

Long Jaafar telah meninggal dunia pada 6 Jamadil Akhir 1272 bersamaan Ogos 1858. Anaknya Ngah Ibrahim telah menggantikan tempat beliau sebagai orang yang berkuasa di Daerah Larut (Menteri Larut) Dizaman kekuasaannya, Long Jaafar telah membina kota kediaman di Kampung Bukit Gantang atau disebut ‘kubu' oleh orang-orang disitu, Makamnya juga telah dibina di dalam kota tersebut.
Kubu itu juga dikatakan menjadi salah satu antara tempat perlindungan bagi Ngah Ibrahim bersama pengikut-pengikutnya untuk bertahan dari serangan British dalam Perang Larut. Akhirnya Ngah Ibrahim dapat ditawan oleh British dan dibuang di Pulau Sycelles.

Bersiap Sedia: P/R Kecil Bukit Selambau

Sumber-sumber PKR memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau.


Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai Barisan Nasional (BN).


Arumugam, 54, tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tetapi sumber-sumber tertinggi PKR berkata, parti itu akan membuat kenyataan mengenainya hari ini.Difahamkan juga Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dan kini berada di luar negeri.



Peletakan jawatan Arumugam, jika disahkan hari ini, akan mengesahkan spekulasi sepanjang bulan ini bahawa beliau mahu atau dipaksa menyertai BN.Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.


Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan."Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.


Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.


Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1). Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri

Sunday, February 8, 2009

Samseng Taik Kucing: Pengawal Nizar pukul jurugambar


Feb 8, 09 7:40pm
Seorang jurugambar telah dipukul oleh seorang pengawal Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Tang Cheong Hoong, 26, dari akhbar Oriental Daily luka di bahagian kiri dahinya.


Tan turut ditumbuk di bahagian dagunya.Insiden itu berlaku ketika Mohd Nizar hendak berucap di Kuil Arulmigusubramania di Gunung Cheroh pagi ini.


Menurut saksi, seorang pengawal berpakaian baju-T berwarna hitam bersikap kasar terhadap jurugambar tersebut sebelum menumbuknya dua kali.


Tang berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat laporan polis atau mengadu kepada Mohd Nizar.


Ketika dimaklumkan mengenainya, Mohd Nizar memberitahu wartawan bahawa beliau tidak menyedari bila insiden itu berlaku, sambil menambah beliau tidak bertanggungjawab (terhadap insiden tersebut).Bagaimanapun, katanya, beliau sedih dan kesal dengan insiden itu

Saturday, February 7, 2009

DAULAT TUANKU


Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik, yang mana ketuanan mu?


Maka sanggup mencabar raja MelayuRaja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
Yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!di manakah maruah mu?
Tidak pernah Melayu mencabar dan derhaka seperti kamu
Di manakah nilai keislaman mu?

Akibat hasutan iblis dan kafir keparat
Maka kamu sanggup menjadi bangsat!
Hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
Kini kamu anjing maka tuan digigit!

Wahai Melayu sedarlah kamu
Kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
Perhatikan keliling kamu
Bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
Bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?

Di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
Apa sebenarnya perjuangan kamu?
Islam? Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?
Janganlah kerana emosikamu derhaka kepada Sultan
Ingatlah!
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
Selagi Melayu tidak hilang di dunia
Selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Friday, February 6, 2009

Kerakusan DAP, Pembonekaan PAS (DERHAKA) Dan Pemproksian ADUN PKR Punca Kejatuhan PR Perak.

Anwar dan DAP adalah perancang semua ini. PAS cuma kambing hitam. Sedarlah wahai penyokong PAS. Anwar baling batu, sembunyi tangan, orang yg lain kena tuduh.


Kerajaan Perak kembali ke tangan BN alhamdulillah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Hasil dari ini, akan timbulah pelbagai alasan, tohamahan dan tuduhan dari pihak Pakatan Rakyat yang berniat menutup segala kepincangan kerajaan mereka yang baru kecundang.


Akan dibilang UMNO dan BN melakukan sogokan wang serta mengancam pelbagai musibah kepada ADUN-ADUN yang lompat, terutama dari PKR.




Tetapi sebenarnya, punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak Darul Ridzuan tidak lain kerana kelemahan pada kerajaan itu sendiri. Saya tidak bermaksudkan kelemahan berdasarkan sebab-musabab basi yang sering diajukan, seperti kelainan pegangan serta ideologi atau kenyataan yang kerajaan bermajoriti kecil memang lumrah terancam hidupnya.


Ada 3 punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ingin saya ketengahkan dan huraikan di sini, khususnya:


Kerakusan pasangan sepupu pemimpin DAP, yakni Ketua dan Setiausaha DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham serta Nga Kor Ming. Ini secara ringkas digelar faktor Ngeh-Nga.


Keterserlahan peranan MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai boneka DAP yang tidak berupaya memperjuangankan kepentingan orang-orang Melayu seiring dengan kepentingan kaum Cina.


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak (di seluruh negara?) yang terbongkar dengan begitu dramatis sekali.


Ngeh-Nga dikatakan rakus bukan kerana mereka mengatur pemberian tanah balak sebanyak 8 ribu ekar ke pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas. Kelulusan melulu yang tidak terkawal kepada pengusaha hotel-hotel besar yang bakal membunuh chalet-chalet usahawan kecil di Pulau Pangkor pun bukan petanda terbesar.


Petanda terbesar sekali adalah apabila dilihat Ngeh-Nga mengagihkan harta secara tidak sama rata antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Contohnya, tanah-tanah balak terbaik, jati dan chengal lah katakan, diberikan ke pemimpin-pemimpin DAP, manakala yang PAS ada pula tompokan belukar dan getah lama di merata pemberian kepada mereka! Sudah pastinya di kalangan pemimpin DAP sendiri ada ketidak-samarataan.


Pemimpin PKR pun pasti berungut, kalau tidak, masakan ADUN-ADUN PKR dan DAP yang mahu melompat!

Malangnya, cara Ngeh-Nga menutup malu tentang kerakusan mereka mendedahkan secara jelas betapa MB PAS Perak, DS Ir Nizar hanya sekadar boneka.


Pemberian tanah leasehold 999 tahun menjadi barang persoalan, terutama sekali apabila ia diberikan kepada suatu kaum sahaja. Di manakah peranan DS Nizar dalam mempertahankan hak umat Islam mahupun Melayu dalam pengagihan tanah tersebut?


Keadaan menjadi runcing apabila 2 ADUN PKR yang bakal menghadap penghakiman, seolah-olah hilang sokongan Ngeh-Nga mahupun boneka mereka DS Nizar. Apabila YB Datuk Nasa menyeberang pula sebentar dari BN ke PKR, kemungkinan ADUN-ADUN PKR tersebut tersisih langsung memandangkan mereka tidak lagi penting untuk mengekalkan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Perak; dah lah mereka diagak bakal kalah, dipenjarakan dan dilucutkan kedudukan!


Tindakan DS Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak dengan surat perletakan jawatan yang bertanda-tangan tanpa tarikh membahayakan demokrasi. Pada masa ini, para pemerhati berkecuali terutama sekali mungkin runsing kerana kemelut politik di Perak tidak membawa manfaat kepada rakyat pada masa ekonomi dunia dilanda krisis. Namun, ada bahaya lain yang harus diberi perhatian sejenak.


Buat masa ini, DS Anwar masih lagi pemimpin parti politik yang sah, maka penguncian ADUN parti tersebut dengan surat proksi, walaupun salah dari segi moral mahupun peraturan demokrasi sistem 'Westminster' yang diamalkan di Malaysia, masih boleh dipertahankan berdasarkan prinsip. Tetapi, jika perbuatan ini dihalalkan... bayangkan wakil-wakil rakyat kita dikunci surat proksi oleh peniaga-peniaga, penyamun atau buruk lagi, kuasa-kuasa luar!


Tetapi dari segi krisis terbaru di Perak, penggunaan surat proksi ke atas ADUN-ADUN PKR yang disangsi lompat menghilangkan langsung apa-apa harapan mahupun kepercayaan ADUN-ADUN tersebut terhadap perjuangan PKR dan DS Anwar sendiri. Ini merupakan batu nisan kubur kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak...

Kemaskini 1... Terbukti sekali lagi Datuk Seri Ir Nizar tidak lain dari boneka yang nampaknya tak puas merasakan tempias kuasa DAP selama tak sampai setahun apabila memohon (!) DERHAKA kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak!

Kurang Ajar: The Pakatan Rakyat (PR) will take legal action against the Sultan of Perak


The Pakatan Rakyat (PR) will take legal action against the Sultan of Perak and Barisan Nasional (BN) if they persist in appointing a new BN menteri besar, scheduled for 3pm today at Istana Iskandariah in Kuala Kangsar, DAP chairman Karpal Singh said.

He said the PR had no option but to take the action because the removal of Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin by Sultan Azlan Shah, purportedly pursuant to Article 16 (6) of the state constitution, was clearly ultra vires the provision of that article."In law, the decision of the Sultan of Perak can be questioned in a court of law.

I call on the sultan to cease and desist from appointing a new BN MB and executive council later this afternoon," he told a news conference here today.Karpal Singh said that this action should in no way be constituted as a threat to the sultan but a was firm reminder that the ruler was required to act within the parameters and confines of the constitution of the state of Perak, which is the supreme law of the state.

Persoalan : what if nizar remain as the MB and pr remains as a minority government, you think after pr take legal action against the Sultan, he will still want to see nizar? will Tuanku approve/endorse or sign anything that is brought up by nizar for Tuanku approval? i hope pr will stop acting like morons.just see what our statesman has to say about pr,which is very true. pr can do anything they like but not others.

Anwar Ibrahim Memproksikan ADUN? Jadi ADUN Rakyatkah Atau ADUN Anwar?


Datuk Seri Anwar Ibrahim memang pakar bermain proksi. Tanyakanlah padanya berapa banyak syarikat dipegang proksinya sewaktu beliau Menteri Kewangan. Harta yang dikautnya pada masa itulah yang membiayai PKR sekarang.


Dalam politik pun Anwar rajin berproksi. Dulu rata Malaysia, terkenal proksi-proksinya, dari Dato' Sng di Sabah ke Dato' Kamaruddin Jaafar di Tumpat, Kelantan dan kini PAS.


Malah, isterinya pun dijadikannya proksi hingga kini sebagai Presiden PKR. Sampai ke Parlimen Permatang Pauh pun Datuk Seri Wan Azizah setia menjadi proksi dahulu. Tetapi yang ini, orang faham...Tetapi kini terlihat Wakil Rakyat & ADUN PKR pun rupa-rupanya proksi Anwar.


Jadi, betulkah mereka ini wakil Rakyat, atau adakah ADUN-ADUN & Wakil-Wakil Rakyat PKR ini sebenarnya WAKIL ANWAR?! Kini sudah terbongkar segalanya, gara-gara kepanikan Anwar di Perak...


Dengan DS Wan Azizah, tidak perlu ada perjanjian mengikat proksi dari lari, tetapi lazimnya proksi diikat dengan suatu perjanjian, surat penyerahan kuasa, syer ataupun perletakan jawatan yang tak bertarikh.


Yalah, surat seperti yang dikemukakan Speaker DUN Perak yang kononnya membuktikan perletakan jawatan 2 ADUN PKR... yang dalam kepanikan, masih tak bertarikh!!!Apa ni DS Anwar... wakil rakyat pun nak diproksikan ke? Jadi mereka ni bukan wakil RAKYATlah... tapi WAKIL ANWAR?!

Najib says non-Malays will not be sidelined in Perak


KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has given his word that non-Malays in Perak will not be side-lined under the new Barisan Nasional-led government.


“I guarantee that the non-Malays will not be neglected (under the new government),” he told a press conference after attending the 44th South East Asia Central Banks Governor’s Conference at Bank Negara Malaysia.


“I have already told the new Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir that the Barisan government is for all races. The party will fight for everybody’s interests,” Najib said.


He was responding to claims that the Chinese community in Perak were worried that their welfare might not be looked into under the new leadership.


Najib was also confident that choosing Dr Zambry as the new leader of the state government was the right decision based on the latter’s experience in political administration.


“I have faith that he will fulfil the hopes and aspirations of the people in Perak, Insya-Allah,” he said, adding that the federal government would offer its full support to the state government.


Asked whether Barisan had plans to take over other states now that Perak was theirs, Najib laughed and said: “Tak adalah macam itu (It’s not like that). We will see how it goes.”


On Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Jailu and Behrang assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi joining Umno while facing corruption charges, Najib stressed that they were independent candidates and not Umno members.


“However, they are independent representatives who have pledged support to Barisan and that is an important principle,” he said, adding that the ruling coalition would not interfere with any court decision made on the assemblymen’s charges.


Asked to comment on whether fresh elections should be held in Perak, Najib said Barisan’s stand did not matter as it was the prerogative of the Perak Sultan under the Federal Constitution to call for polls.


He added that the Sultan was satisfied that Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin had lost the majority in the state assembly and that Barisan respected the Ruler’s decision to appoint Dr Zambry to helm the government.


“Should there be any dispute on the appointment, the remedy will be going to court,” he said.

Thursday, February 5, 2009

Forum TKO (Tranungkite Kiter Online) hina Sultan Perak

Forum siber TKO (Tranungkite Online) telah menghina Sultan Perak. Beberapa posting yang jelas biadap dan derhaka telah dihambur oleh pelayar dan ahli TKO. UMNO Taman Sejahtera Lunas dengan ini berasa amat terkejut dan menyalahkan para administor TKO kerana telah gagal menapis "posting" daripada ahli TKO.


Dan dengan itu, maka, webmaster TKO perlu bertanggungjawap diatas posting tersebut. Amat memalukan kita sebagai orang Melayu yang menjunjung dan menghormati Sultan. Jangan kerana kalah, kampung nak digadai.


UMNO Taman Sejahtera sempat "print screen" posting-posting tersebut sebagai bukti.




Kenyataan penuh Sultan Perak


Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.


KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN


"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.


Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.


Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.


DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.


Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.


YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMMPaduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.


Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.



Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Perak hadapi krisis istana-MB (Nizar Puppet lerr)

(Meh Yop!! Kome nak ketok kepala Yop)


Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.


Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak hari ini.Kenyataan tersebut berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 ahli dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota bebas, baginda yakin bahawa Mohamad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.


"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.


Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap Sultan Azlan Shah untuk mendapat perkenan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.


Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak. Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi dan kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.Kesemua 28 ahli dewan daripada BN juga dibawa untuk menghadap Sultan Azlan Shah.


Selepas itu, Nizar Jamaluddin dititahkan untuk menghadap baginda di Istana Kinta dan beredar kira-kira 15 minit kemudian pada jam 1.05 tengah hari.


Nizar enggan meletak jawatan bersama barisan exconya dan dijangka mengadakan sidang media mengenai perkara itu. (ketegaq sangat aihh)

Sultan Perak titahkan Mohammad Nizar letak jawatan

05/02/2009 2:37pm
Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Daulat Tuanku. Sultan tidak perkenan pembubaran DUN Perak


Sultan tidak perkenan pembubaran DUN Perak
05/02/2009 3:01pm
IPOH 5 Feb. – Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.
Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu. – Bernama

Angan-angan 16 September PKR tidak kesampaian.

IBARAT meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.

Begitu gambaran yang dialami pakatan pembangkang yang diterajui ketuanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Jika bermula selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu sebaik sahaja pakatan pembangkang meraih kemenangan di lima negeri, Anwar sering menyebar propaganda '16 September (2008) pembangkang akan membentuk kerajaan baru hasil lompat parti wakil rakyat Barisan Nasional', perkembangan terbaru yang berlaku semalam, mengikis keangkuhan ketua pembangkang itu.




Najib sendiri pada sidang akhbar khas di pejabatnya mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di negeri itu tidak dapat menyembunyikan perasaannya yang 'terbuku' sekian lama.




''Tentu mereka (pembangkang) tidak menjangka ini akan berlaku tapi mereka telah memulakan prinsip tubuh kerajaan tanpa mengikuti proses demokrasi, jadi mereka tidak boleh salahkan BN.

''Tentulah segala-galanya yang berlaku ini ketentuan Ilahi, syukurlah," kata Najib sambil diperhatikan oleh tiga ADUN pembangkang yang kini bergerak sebagai wakil bebas, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Perkembangan terbaru yang mengakhiri kemelut politik di Perak dengan membawa keupayaan BN membentuk kerajaan baru di negeri itu lebih manis lagi apabila berlaku hanya selang 10 hari Najib memikul tanggungjawab selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Ironinya, banyak keributan yang dicetuskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sejak menerajui kerajaan negeri memasuki tempoh setahun ini.


Antara yang ketara ialah pemberian hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada penduduk di kampung-kampung baru, yang dilihat tidak memberi keadilan kepada masyarakat Melayu di negeri itu.


Dikatakan beliau terpaksa mentadbir di bawah 'telunjuk' orang lain, yakni DAP, juga sering dijaja oleh rakyat Perak.


Malah, kekurangan pengalaman mentadbir dan dianggap masih 'orang baru' menyebabkan beberapa tindakannya sering dianggap kurang bijak serta gagal menyerlah.


Pengumuman yang dibuat oleh Mohammad Nizar semalam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak sebelum beliau menghadap untuk mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga dipersoalkan sehingga akhirnya terpaksa keluar dari istana dengan 'tangan kosong'.


Terdahulu, usaha Koo Ham memasuki istana untuk bersama-sama Mohammad Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak membubarkan DUN dihalang pihak polis.


Pagi ini Najib sepatutnya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-62 di Putrajaya tetapi lewat petang semalam ia ditunda ke tarikh lain.


Dijangkakan, beliau akan menghadap Sultan Perak pagi ini untuk menyembah maklum secara rasmi bahawa BN Perak kini mempunyai sokongan majoriti yang cukup sebanyak tiga kerusi mengatasi 28 kerusi yang dimiliki penyandangnya dari pakatan pembangkang.


''Kita akan mulakan era baru di Perak dan kita akan berkhidmat dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan penduduk di Perak," kata Najib

Who will be next Perak MB?


Three Barisan Nasional state assemblymen are said to be in line for the Perak Mentri Besar’s post should Barisan succeed in forming the government there.


They are Wan Mohd Khairil Anuar Wan Ahmad (Bukit Chandan), Datuk Zambri Kadir (Pangkor) and Datuk Ramly Zahari (Manong).


Wan Mohd Khairil Anuar is a first-term state assemblyman who beat Zulkifly Ibrahim of PKR by 1,694 votes in last March’s general election.


Zambri won his seat with a thumping majority of 5,785 and is the current unofficial opposition chief in the State Assembly.


Ramly, meanwhile, is among the more well-known faces in Perak and also the state Umno secretary.


However, sources said there was also a strong possibility that whoever was chosen would only be an interim Mentri Besar as the “real intended candidate” was actually a Member of Parliament.


Two MPs who have been mentioned as strong contenders are Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh) and Deputy Housing and Local Government Minister Datuk Hamzah Zainuddin (Larut).


Zahid, according to the sources, is the “darling” of Perak Umno and said to have a very good relationship with the palace. Hamzah also enjoys a very good relationship with the palace.


Sources said the leadership has already explored the possibility of calling for a by-election to enable one of the two MPs to take over within a year.


“This will require a state assemblyman to willingly vacate his seat. The leadership is looking at Pengkalan Hulu as that is the safest seat for Barisan,” they said.


The state assemblyman for Pengkalan Hulu is former Mentri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.


Tajol Rosli recently stated that he was willing to vacate his seat to enable a by-election to be held just to prove that Barisan was still the people’s choice.

How the Perak state government fell

Ngeh-ngeh dan Ngah Ngah menunjukkan kepada Nizar jalan keluar- Out You! or should I call police?


Kerajaan Pakatan Anwar ibarat rumah pecah punah menunggu untuk di-bull dozer sahaja


Jan 25: Umno’s Bota assemblyman Datuk Nasarudin Hashim quits Barisan to join PKR.




Jan 26: Perak Barisan chairman Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali takes responsibility for defection. Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin claims three more will leave Umno and join PKR.


Jan 27: Nasarudin goes into “hiding”.


Jan 28: Tajol Rosli quits as Perak Umno liaison chairman. Nasarudin resurfaces, says he will not change his mind. Barisan drops first hint of defections from PKR.


Jan 29: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak takes over as Perak Barisan chairman and state Umno liaison chairman.

Jan 30: Nizar dismisses talk that both Jamaluddin (Behrang) and Mohd Osman (Changkat Jering), who were charged with corruption last August, would be crossing over. Several Umno assemblyman claim PKR agents had approached them to cross over.


Jan 31: Jamaluddin and Mohd Osman go “missing”. Eight Umno branches in Bota disband, members join PKR.


Feb 1: Perak state assembly Speaker V. Sivakumar releases undated resignation letters signed by the two. Both deny resigning and claim they were forced to sign the letters after the March 8 elections.


Feb 2: Sivakumar submits the resignation letters to the Election Commission and declared seats vacant. Nizar meets Sultan of Perak. Jamaluddin and Mohd Osman fail to show up at press conferences.


Feb 3: EC rules that Changkat Jering and Behrang seats are not vacant. Both assemblymen quit their seats to become Independent. Perak deputy speaker Hee Yit Foong goes “missing” but later states she is still with DAP.



Feb 4: Hee turns Independent. Nizar meets Sultan in bid to have assembly dissolved. Najib announces fall of Pakatan government and says Barisan is ready to take over.

Wednesday, February 4, 2009

Perak Terkini: BN bentuk kerajaan baru di Perak

04/02/2009 5:19pm
PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu

Nasaruddin kembali ke UMNO

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu, dijangka kembali ke pangkuan UMNO hari ini.

Pengumuman mengenainya akan dibuat petang ini
Jual saja Kereta CAMRY!!! Jadi jer laa ko pembangkang Nizar ooiii....natijahnya sumpah orang Melayu sbb ko bagi hak milik kekal kepada Cina kampung baru..

MB Perak umum bubar DUN serta-merta

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda. - Bernama
Mari ngundi YOP! Kita pakat-pakat ngundi BN!

2 lagi ADUN DAP akan keluar Pakatan Rakyat

K'jaan Pakatan Perak hampir lumpuh. Menepati ramalan 5 orang keluar Pakatan Anwar
Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen BN Perak telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini. Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu.
Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik". Pihak yang didakwa berbuat demikian tidak dinyatakan.
Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menambah, beliau bersama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat berharap Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau dijangka menghadap Sultan Azlan Shah di istananya sebentar lagi.
Sementara itu, dua lagi Adun daripada DAP dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.
Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas. Sebelum ini dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) - telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.

TERKINI: Kerajaan Pakatan Anwar Perak hampir lumpuh: Adun Jelapang DAP isytihar bebas

Terkini Jam 2.40 petang, Adun DAP Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker Perak telah mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiuasaha politik Menteri Besar Perak Misbahul Munir sebentar tadi.

Dan kini semua sedang menanti keputusan yang bakal diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sama ada akan membubarkan Dun Perak atau tidak.

Namun, di Perak mula dipenuhi dengan para wartawan dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebentar tadi, MB Perak sedang berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.

Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

Tuesday, February 3, 2009

Bila Sumpah makan sesumpah: Siapa yang kenaaa?

Siapa fitnah siapa? Mmg PKR parti banyak sesumpah yang banyak sumpah palsu...tetapi boss besarnya suruh sumpah dengan nama Allah, banyak pula alasannya.


Satu laporan polis dibuat hari ini terhadap Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda, kerana didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta kepada mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai Barisan Nasional.


Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini, berkata kenyataan Fauzi yang membuat akuan bersumpah bahawa Najib membuat tawaran berkenaan, adalah berunsur fitnah yang menimbulkan rasa resah, gelisah dan tidak puas hati masyarakat.

“Kenyataan Fauzi memberi gambaran bahawa pemimpin tertinggi negara adalah tidak bermoral dan korup dan ini boleh memnimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Di Balai Polis Daerah Ipoh pula, Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Jason Chang membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap anggota exco kanan kerajaan negeri Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa membuat fitnah kononnya ada beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri dari BN di Perak dan di Negeri Sembilan akan menyertai Pakatan Rakyat.


“Saya ingin mencabar beliau supaya menamakan ADUN yang akan melompat dalam tempoh seminggu. Sebagai pemimpin bertanggungjawab, jika beliau gagal, sila letak jawatan,” katanya

Kami bebas...PKR yang 'paksa' kami keluar, kata Jamaluddin dan Osman

SAH!! ADUN PKR Perak keluar Parti dan jadi ADUN Bebas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berkata, tiada sebab untuk mereka terus berada dalam parti itu.

Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR yang menyatakan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering pada mesyuarat suruhanjaya itu hari Selasa.

Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Osman Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan.

Namun Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin. Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang.

Ini akan menjadikan kerajaan campuran Perak mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja dalam DUN negeri itu.

Menjelaskan pendiriannya itu Jamaluddin berkata, untuk apa beliau terus berada dalam PKR sedangkan parti itu tidak mempertahankan beliau dalam kemelut politik yang berlaku di Perak.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPR tersebut dan secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar “simpanlah sahaja angan-angan itu”.

Beliau juga bertekad untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dan memenuhi harapan para pengundi di kawasan tersebut.

Osman pula berkata, beliau yakin dengan keputusannya itu beliau akan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Changkat Jering dengan lebih berkesan lagi.

Malah beliau menegaskan akan berkerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan nasib rakyat di kawasan yang diwakilinya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.

Tidak berhak paksa letak jawatan


Siakap senohong, paku serpih. Nampak sangat tiada demokrasi di dalam Pakatan Anwar Ibrahim. Sikap memaksa menandatangani akujanji ini ibarat, meletak pisau dileher...tiada kebebasan di dalam pakatan pembangkang.


IPOH 2 Feb. - Pakatan pembangkang tidak mempunyai hak memaksa wakil rakyat mereka meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) jika ada kalangan mereka bertindak keluar daripada pakatan tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, sebarang paksaan meletak jawatan tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas tidak menghormati hak rakyat sebagai pengundi.

''Rakyat yang mengundi seseorang calon dalam pilihan raya mempunyai hak juga kerana kemenangan mereka adalah atas pilihan pengundi jadi kenapa parti pula hendak paksa seseorang ADUN letak jawatan.

''Jika benar paksa letak jawatan, pakatan pembangkang bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat malah memperbodohkan ADUN kerana memaksa tandatangan surat sebegitu rupa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ramly berkata, kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak pernah menyuarakan untuk menyertai UMNO atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya mereka mahu menjadi wakil rakyat bebas.

Katanya, ia secara tidak langsung menjadikan istilah 'melompat parti' itu tidak tepat kerana kedua-dua wakil rakyat tersebut belum pasti lagi mahu bersama BN atau tidak.

Ramly pada masa sama menafikan berita mengenai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali mahu menghadap Sultan Perak hari ini.

''Saya selaku Setiausaha UMNO negeri juga tidak tahu menahu dengan berita Tajol Rosli mahu menghadap Sultan Perak.

''Siapa yang beritahu kamu tentang hal ini? Jangan mudah percaya sebab memang terdapat banyak khabar angin di Perak sekarang ini," jelas beliau.

PKR timbulkan isu baru untuk alih perhatian


ORANG UMNO masuk PKR, MB Perak tersenyum lebar cakap itu hak mereka. Bila orang PKR masuk UMNO, MB Perak dah mula kalut, kenapa nak marah-marah?
APA yang terjadi di Negeri Perak adalah berpunca daripada kelemahan Menteri Besar yang gagal menyatupadukan Exco negeri.
MB Perak dijadikan keldai tunggangan DAP. Wakil-wakil rakyat PAS & PKR pula dijadikan lembu-lembu yang dicucuk hidungnya oleh ANWAR IBRAHIM. Mana-mana lembu yang terlepas kandang, akan terus dijadikan lembu korban dan diganti dengan lembu suci yang lain. Itulah keadaan sebenar PR sekarang.
Rakyat harus bangkit menolak lembu-lembu ini!! Kita hendak wakil rakyat yang betul-betul bebas dan tidak terikat. Ternyata rakyat sudah tertipu dengan wakil rakyat PR yang palsu, yang sebenarnya lembu-lembu Anwar Ibrahim yang sudah diikat!!Amat bahaya pada agama, bangsa dan negara kita! Kita mahu wakil rakyat yang bebas seperi wakil rakyat BN.
Lihat saja wakil rakyat BOTA - bebas buat apa yang beliau rasakan perlu!!!Tenyata hanya wakil rakyat BN sahaja yang asli, yang dari PR semuanya palsu termasuk wakil rakyat dari PAS yang kononya setia..pada hal mereka semua sudah jadi lembu-lembu yang dicucuk hidungnya!!! Kesian!!!Patutlah mereka suruh saya mengembok bila masuk kandang lembu!!!mengembek bila masuk kandang kambing...

IPOH 2 Feb. - Dakwaan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam akuan bersumpah kononnya beliau ditawarkan RM50 juta jika berjaya membawa dua wakil rakyat pembangkang menyertai Barisan Nasional (BN), adalah tindakan terdesak.

Pengerusi BN Parlimen Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, PKR sekali lagi cuba menimbulkan isu baru dan mengalih pandangan rakyat ketika dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka berusaha meninggalkan pemerintahan kerajaan negeri.

''Tuduhan itu sangat tidak berasas dan semata-mata untuk mengelirukan rakyat Perak. Jika tawaran itu berlaku pada 11 Mac 2008 mengapa tidak dedah ketika itu, kenapa setelah setahun baru hendak dedah?

''Ia satu tuduhan liar bertujuan untuk memburuk-burukkan imej pemimpin BN dan saya yakin rakyat tidak termakan taktik kotor mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Hari ini, Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat akuan bersumpah dengan mendakwa menerima tawaran sebanyak RM50 juta daripada seorang pemimpin BN pada 11 Mac 2008 jika berjaya membawa sekurang-kurangnya dua wakil rakyat pakatan pembangkang kepada BN di Perak.

Khusairi yang juga ADUN Slim berkata, PKR sekarang kalut dan panik kerana berasa berada di penghujung tampuk kekuasaan kerajaan negeri itu.

Jelas beliau, dengan tindakan dua ADUN PKR itu, adalah tidak mustahil akan ada beberapa ADUN parti lain dalam pakatan pembangkang meninggalkan parti itu sehingga menyebabkan kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan kepada BN.

Sementara itu, ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman meminta Fauzi mengemukakan bukti dan bukannya sekadar membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

''Kalau macam itu senanglah hendak fitnah orang, sikit-sikit buat akuan bersumpah,'' katanya.

Beliau berkata, buat masa ini undang-undang seolah-olah 'dipersendakan' apabila akuan bersumpah digunakan demi kepentingan politik kerana beranggapan orang ramai akan percaya.

Menurut Hamidah, BN tidak pernah menuduh parti pembangkang menawarkan sebarang ganjaran apabila ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan menyertai PKR.

Bagaimanapun katanya, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap BN apabila dua ADUN dari PKR menghilangkan diri.

''Sekarang ini saya hendak tanya, pernahkah mereka berdua buat kenyataan hendak sertai BN atau hendak keluar PKR?'' katanya.Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak boleh sesuka hati menyalahkan BN setiap kali menghadapi masalah kerana ia tidak adil.

Monday, February 2, 2009

2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker


Dulu pembangkang menentang sekeras2nya AKUJANJI. Sekarang mereka yg memerintah ADUN mereka menandatangani AKUJANJI pulak. Cakap tak seupa bikin. Yang jelas, apa yang dirancang Anwar akhirnya terpusing ke batang hidung sendiri.


Menafikan ada hantar surat letak jawatan hari ini

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.


Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.


[KEMUNGKINAN PERKEMBANGAN PAGI INI]
- Menteri Besar Perak dijangka menghadap Sultan Perak
- Sidang media PKR Perak
- Kenyataan susulan ADUN Behrang dan Changkat Jering
- Speaker DUN Perak memaklumkan SPR tentang kekosongan

Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.


"Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).


"Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.


"Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.


MASIH ADUN PKR
"Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno," kata Jamaluddin.


Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lalu, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.


"Surat cuti sakit ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang," katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya di mana beliau berada semasa dikatakan "hilang", Jamaluddin enggan mengulasnya.


Petang tadi, kata Sivakumar, dua ADUN berkenaan yang didakwa
"hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa semalam.

mStar Online difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani
surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.


Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.


Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.


Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.


Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.


Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.


DISAH SPEAKER
Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.


Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.


"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.


"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.


Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.


Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota di Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada Ahad lalu manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.


REAKSI MB PERAK
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.


"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.


Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."


SPR TUNGGU NOTIS
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.


"(Berdasarkan maklumat media)... maknanya sudah ada kekosongan... SPR apabila menerima surat tentang kekosongan akan mengambil langkah-langkah perlu," katanya.


[URUTAN SEMASA SEMINGGU]:
1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.


1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.


1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.

30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

25 JANUARI: Di KUALA LIMPIR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

Sunday, February 1, 2009

Sah. Pilihanraya Kecil N17 Changkat Jering dan N59 Behrang



Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

"Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.


Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.


Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

Terbaru di Perak: NIZAR TIADA PILIHAN, TERPAKSA BUBAR DEWAN?


NIZAR TIADA PILIHAN, TERPAKSA BUBAR DEWAN?
Seluruh ahli PAS di minta bersedia bila-bila masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya mengejut di Perak. Ini kerana jika benar 3 orang ADUN PR iaitu Jamaludin Md Radzi, Osman Mohd Jailu dan Hee Yit Foong keluar dari PR dan menyertai BN.



Maka PR tidak ada jalan lain melainkan membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak. Hanya ini sahaja jalan untuk tidak memberikan laluan percuma kepada BN merampas negeri Perak. Maka rakyat diberikan kuasa untuk memilih kerajaan baru yang lebih kuat.



Jika ini berlaku maka kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin adalah antara kerajaan negeri paling pendek tempoh pemerintahannya iaitu tidak sampai setahun. Saya yakin pimpinan PR akan memikirkan semasak-masaknya tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi situasi tegang ini.



Pembubaran DUN merupakan pilihan terakhir kerana peluang untuk menang adalah 50-50.

P/S: Namun begitu kita yakin rakyat akan tetap bersama BN kerana mereka setahun nampak kerajaan PR adalah kerajaan Boneka dan menipu rakyat dengan slogan "negara kebajikan" mereka.

Bot dah nak karam di Sungai Perak
Berita terkini yang dilapurkan oleh sahabat-sahabat menyatakan bahawa bukan 2 adun yang menyeberang tetapi ada 5 adun PR yang akan masuk BN. Mereka dikatakan bertindak begitu kerana tidak mahu rakyat Perak terus ditipu oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini.

Malam semalam dikhabarkan Nizar telah menyeru kepada semua penyokong Pas untuk bersama-sama dengan dia mengadakan sembahyang hajat. InsyaAllah hajat beliau untuk Allah memperliihatkan yang benar akan termakbul. InsyaAllah Barisan Nasional akan memerintah Perak demi kemakmuran rakyat dan negeri.

Kepada penyokong-penyokong PR khususnya penyokong Pas terimalah takdir ini dengan lapang dada. Ingatlah bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Moga selepas ni pas akan dapat bermuhasabah diri dan melihat dimana kesalahan yang telah dilakukan.Kepada yang telah tersedar untuk memasuki BN diucapkan tahniah kerana anda sememangnya wira, berani berubah dan lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.

Tahniah sekali lagi. Anda memilih bot yang baik untuk teruskan perjuangan kerana bot sekarang ini sudah hampir karam. Selamat tinggal Pakatan Rakyat.
Timbalan speaker turut hilang
‘Kehilangan' mengejut timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Fong hari ini telah mencetuskan spekulasi kemungkinan besar beliau melompat menyertai MCA.Hee, 46, adalah Ahli Dewan Undangan DAP bagi Jelapang.
Difahamkan beliau gagal menghadiri satu majlis anjuran negeri dan parti itu baru-baru ini. Beliau juga tidak menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mentri Besar Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin pagi ini.Usaha untuk menghubungi beliau bagi mendapatkan komennya melalui telefon bimbitnya juga tidak berjaya.
Sumber-sumber berkata Hee akan menghadiri satu majlis anjuran MCA di Ipoh malam ini.Desas-desus bahawa Hee akan melompat meninggalkan DAP bukan perkara baru. Ia telah diperkatakan sejak bulan Mei tahun lalu.
Hee bagaimanapun sehingga ini kekal bersama DAP dan Pakatan Rakyat.Memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa Hee tidak sehaluan dengan pemimpin DAP Perak, terutama pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming

What the people want from the Government


PETALING JAYA: Many of those who responded to what the Government should offer under the stimulus package are asking for an income tax-free year and tax exemption for buying locally-made goods.


They also asked the Government to improve public transportation and reduce the country’s dependence on foreign workers in order to create more jobs.


While some outlined ideas to help the economy, not all was in ringgit and sen, but issues on good governance, integrity and transparency were also mentioned in Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s blog.


Since Najib posted the entry on Jan 22 to ask for ideas on what to be included in the second stimulus package, 210 comments had been left on his blog –
www.1malaysia.com.my.

A reader, Md Dashirul, said the Government should start improving the public transportation system since it was labour-intensive and would create more jobs, thus spurring the economy.


Many readers felt that there should be an allocation for better transportation to alleviate traffic congestion in the Klang Valley.


A reader, Vincent TKL, said it was mindboggling that a person who was retrenched or unemployed was still expected to pay taxes for his last drawn salary or compensation.


The country’s dependence on foreign workers were also mentioned by NKKHO and he suggested that there should be a cap on the number of foreign workers a company could hire to provide more job opportunities for the lower-income group.


Another respondent, Bangsa-Malaysia, said the actual effect of any stimulus package would be minimised by virtue of the rampant corruption that was endemic in the government administration and private sector.


He added that Malaysia could not afford to keep wasting its precious resources on corruption and cronyism and that such practices must stop.


Transparency International Malaysia (TI-M) president Tan Sri Ramon Navaratnam who e-mailed a reply to The Star, said it was important that the total stimulus package be released urgently before the next Budget to forestall and pre-empt the effects of the coming economic downturn.