Friday, February 6, 2009

Anwar Ibrahim Memproksikan ADUN? Jadi ADUN Rakyatkah Atau ADUN Anwar?


Datuk Seri Anwar Ibrahim memang pakar bermain proksi. Tanyakanlah padanya berapa banyak syarikat dipegang proksinya sewaktu beliau Menteri Kewangan. Harta yang dikautnya pada masa itulah yang membiayai PKR sekarang.


Dalam politik pun Anwar rajin berproksi. Dulu rata Malaysia, terkenal proksi-proksinya, dari Dato' Sng di Sabah ke Dato' Kamaruddin Jaafar di Tumpat, Kelantan dan kini PAS.


Malah, isterinya pun dijadikannya proksi hingga kini sebagai Presiden PKR. Sampai ke Parlimen Permatang Pauh pun Datuk Seri Wan Azizah setia menjadi proksi dahulu. Tetapi yang ini, orang faham...Tetapi kini terlihat Wakil Rakyat & ADUN PKR pun rupa-rupanya proksi Anwar.


Jadi, betulkah mereka ini wakil Rakyat, atau adakah ADUN-ADUN & Wakil-Wakil Rakyat PKR ini sebenarnya WAKIL ANWAR?! Kini sudah terbongkar segalanya, gara-gara kepanikan Anwar di Perak...


Dengan DS Wan Azizah, tidak perlu ada perjanjian mengikat proksi dari lari, tetapi lazimnya proksi diikat dengan suatu perjanjian, surat penyerahan kuasa, syer ataupun perletakan jawatan yang tak bertarikh.


Yalah, surat seperti yang dikemukakan Speaker DUN Perak yang kononnya membuktikan perletakan jawatan 2 ADUN PKR... yang dalam kepanikan, masih tak bertarikh!!!Apa ni DS Anwar... wakil rakyat pun nak diproksikan ke? Jadi mereka ni bukan wakil RAKYATlah... tapi WAKIL ANWAR?!