Tuesday, February 3, 2009

PKR timbulkan isu baru untuk alih perhatian


ORANG UMNO masuk PKR, MB Perak tersenyum lebar cakap itu hak mereka. Bila orang PKR masuk UMNO, MB Perak dah mula kalut, kenapa nak marah-marah?
APA yang terjadi di Negeri Perak adalah berpunca daripada kelemahan Menteri Besar yang gagal menyatupadukan Exco negeri.
MB Perak dijadikan keldai tunggangan DAP. Wakil-wakil rakyat PAS & PKR pula dijadikan lembu-lembu yang dicucuk hidungnya oleh ANWAR IBRAHIM. Mana-mana lembu yang terlepas kandang, akan terus dijadikan lembu korban dan diganti dengan lembu suci yang lain. Itulah keadaan sebenar PR sekarang.
Rakyat harus bangkit menolak lembu-lembu ini!! Kita hendak wakil rakyat yang betul-betul bebas dan tidak terikat. Ternyata rakyat sudah tertipu dengan wakil rakyat PR yang palsu, yang sebenarnya lembu-lembu Anwar Ibrahim yang sudah diikat!!Amat bahaya pada agama, bangsa dan negara kita! Kita mahu wakil rakyat yang bebas seperi wakil rakyat BN.
Lihat saja wakil rakyat BOTA - bebas buat apa yang beliau rasakan perlu!!!Tenyata hanya wakil rakyat BN sahaja yang asli, yang dari PR semuanya palsu termasuk wakil rakyat dari PAS yang kononya setia..pada hal mereka semua sudah jadi lembu-lembu yang dicucuk hidungnya!!! Kesian!!!Patutlah mereka suruh saya mengembok bila masuk kandang lembu!!!mengembek bila masuk kandang kambing...

IPOH 2 Feb. - Dakwaan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam akuan bersumpah kononnya beliau ditawarkan RM50 juta jika berjaya membawa dua wakil rakyat pembangkang menyertai Barisan Nasional (BN), adalah tindakan terdesak.

Pengerusi BN Parlimen Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, PKR sekali lagi cuba menimbulkan isu baru dan mengalih pandangan rakyat ketika dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka berusaha meninggalkan pemerintahan kerajaan negeri.

''Tuduhan itu sangat tidak berasas dan semata-mata untuk mengelirukan rakyat Perak. Jika tawaran itu berlaku pada 11 Mac 2008 mengapa tidak dedah ketika itu, kenapa setelah setahun baru hendak dedah?

''Ia satu tuduhan liar bertujuan untuk memburuk-burukkan imej pemimpin BN dan saya yakin rakyat tidak termakan taktik kotor mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Hari ini, Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat akuan bersumpah dengan mendakwa menerima tawaran sebanyak RM50 juta daripada seorang pemimpin BN pada 11 Mac 2008 jika berjaya membawa sekurang-kurangnya dua wakil rakyat pakatan pembangkang kepada BN di Perak.

Khusairi yang juga ADUN Slim berkata, PKR sekarang kalut dan panik kerana berasa berada di penghujung tampuk kekuasaan kerajaan negeri itu.

Jelas beliau, dengan tindakan dua ADUN PKR itu, adalah tidak mustahil akan ada beberapa ADUN parti lain dalam pakatan pembangkang meninggalkan parti itu sehingga menyebabkan kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan kepada BN.

Sementara itu, ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman meminta Fauzi mengemukakan bukti dan bukannya sekadar membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

''Kalau macam itu senanglah hendak fitnah orang, sikit-sikit buat akuan bersumpah,'' katanya.

Beliau berkata, buat masa ini undang-undang seolah-olah 'dipersendakan' apabila akuan bersumpah digunakan demi kepentingan politik kerana beranggapan orang ramai akan percaya.

Menurut Hamidah, BN tidak pernah menuduh parti pembangkang menawarkan sebarang ganjaran apabila ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan menyertai PKR.

Bagaimanapun katanya, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap BN apabila dua ADUN dari PKR menghilangkan diri.

''Sekarang ini saya hendak tanya, pernahkah mereka berdua buat kenyataan hendak sertai BN atau hendak keluar PKR?'' katanya.Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak boleh sesuka hati menyalahkan BN setiap kali menghadapi masalah kerana ia tidak adil.