Thursday, February 5, 2009

Perak hadapi krisis istana-MB (Nizar Puppet lerr)

(Meh Yop!! Kome nak ketok kepala Yop)


Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.


Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak hari ini.Kenyataan tersebut berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 ahli dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota bebas, baginda yakin bahawa Mohamad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.


"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.


Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap Sultan Azlan Shah untuk mendapat perkenan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.


Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak. Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi dan kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.Kesemua 28 ahli dewan daripada BN juga dibawa untuk menghadap Sultan Azlan Shah.


Selepas itu, Nizar Jamaluddin dititahkan untuk menghadap baginda di Istana Kinta dan beredar kira-kira 15 minit kemudian pada jam 1.05 tengah hari.


Nizar enggan meletak jawatan bersama barisan exconya dan dijangka mengadakan sidang media mengenai perkara itu. (ketegaq sangat aihh)