Thursday, February 12, 2009

Calun BN Parlimen Bukit Gantang




Antara faktor kemenangan sesuatu pilihanraya ialah calon yang diketengahkan. Banyak contoh yang memaparkan salah pilih calon, sesuatu parti itu akan bungkus. Kedua-dua bukit - Gantang dan Selambau itu tidak terkecuali. Pilihlah calon yang terbaik.


Bagi Bukit Gantang, antara calon yang paling layak ialah seorang anak muda yang mempunyai MBA, Kamarulai Haji Sulaiman. Beliau kini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Baru-baru ini, anak muda yang gemar berhemoi dengan orang ramai ini telah mengalahkan penyandang jawatan. Semoga pemilihan calon yang terbaik membawa tuah kepada BN.
Dalam pada itu, Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pasti menarik perhatian semua pihak kerana ia ada kaitan dengan perkembangan politik semasa.
Adakah rakyat terus memilih Barisan Nasional atau menyokong pakatan longgar pembangkang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR?
Apa yang berlaku di kedua-dua bukit itu nanti sudah pasti menceritakan segala-galanya terutama kemahuan rakyat untuk melihat negara terus aman dan berjaya menghadapi kemelut ekonomi dunia yang sudah mula melihatkan tempiasnya