Monday, November 24, 2008

Projek berkepentingan rakyat mesti diutamakan

(Kebajikan Rakyat Malaysia perlu diutamakan dari individu)

KEPUTUSAN kerajaan untuk mengkaji semula projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berikutan masalah kenaikan kos se- memangnya wajar.Banyak faktor perlu diambil kira sebelum kerajaan menyenarai pendek projek-projek yang perlu dilaksanakan selain masalah kos pembinaan yang semakin meningkat.

Semestinya tidak semua projek di bawah RMK-9 mempunyai nilai-nilai 'segera dan berkepentingan awam' - ada yang boleh ditangguhkan pelaksanaannya. Yang mana boleh dikemudiankan lebih baik dimasukkan dalam senarai 'menunggu' manakala projek-projek berdaya maju dan berkaitan dengan kepentingan rakyat mesti didahulukan.

Keutamaan juga mesti diberikan kepada projek- projek pembangunan yang dibawa daripada RMK-8 tetapi masih belum dapat disiapkan.Dan projek-projek seperti itu seharusnya disempurnakan dalam program pembangunan RMK-9 - tidak boleh ditangguhkan ke RMK-10 pula.



Membiarkan sesuatu projek pembangunan terutamanya yang berkepentingan rakyat sehingga melangkaui dua tempoh Rancangan Malaysia akan menjadikan kos projek lebih tinggi.Ia sekali gus akan menambah beban di pihak ke- rajaan terutamanya dalam suasana ekonomi yang agak kurang memberangsangkan.

Oleh itu, projek-projek yang terheret dalam RMK- 9 yang berdaya maju mesti diteruskan manakala projek 'sakit' yang mengambil masa untuk diselamatkan selain tidak menjejaskan kepentingan awam 'disimpan' dahulu.
Begitu juga dengan projek-projek yang bertindih dengan pembangunan koridor ekonomi di selatan, utara dan di pantai timur yang turut menggunakan peruntukan RMK-9.

(Anak kita: Masa depan survival warisan kita. Janganlah kita memiskinkan masa depan mereka)

Mana-mana projek yang didapati mempunyai persamaan wajar diteliti semula dan diberi penilaian yang bijak sama ada perlu diteruskan atau se- baliknya. Paling penting ialah setiap projek yang ingin diteruskan mesti tidak meminggirkan perihal kepentingan rakyat selain mampu merangsang pembangunan negara.
Projek-projek seperti pembinaan sekolah, hospital, pembangunan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak merupakan antara keutamaan yang mesti didahulukan. Itu adalah antara projek yang jika tidak dilaksanakan akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat selain melambatkan usaha untuk membolehkan Malaysia diiktiraf sebagai negara maju.
Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula projek-projek yang telah diluluskan sebelum ini juga seharusnya diterima secara terbuka oleh semua pihak.

Jangan ada rungutan terutama di kalangan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk para kontraktor dan syarikat-syarikat yang telah disenaraikan mendapat projek berkenaan.
Ini kerana yang lebih penting ialah memastikan setiap projek biarpun sedikit dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak ada gunanya jika banyak projek dirancang tetapi yang berjaya boleh dikira dengan jari.

(Komen Cabai Melaka: Jangan biarkan golongan kapitalis kontraktor menguasai UMNO kerana golongan pacat penghisap darah ini cuma mengutamakan periuk nasik sendiri daripada rakyat. Jangan takut untuk bersaing dalam sistem tender terbuka jika kita mempunyai kekuatan sendiri dan tidak mengharap "kabel" dan merasuah!)