Saturday, November 1, 2008

UMNO Bahagian Padang Serai calon Najib- Ali Rustam dan dapat Ketua Baru

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai hari ini sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Para perwakilan turut mencalonkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden.


Bagi jawatan Naib Presiden pula, UMNO Bahagian Padang Serai mencalonkan Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Isa Samad.
Ketua Bahagian UMNO Padang Serai terbaru ialah bekas Ketua Pemuda Bahagian iaitu Saudara Abdul Rahman Bin Mahammud yang mengalahkan bekas Timbalan Ketua Bahagian Cikgu Halim. Jawatan Ketua Bahagian Padang Serai kosong dan dipertandingankan selepas Cikgu Det (Datuk Mohd Hadzir Ismail) mengambil keputusan untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru.