Wednesday, April 1, 2009

Kerajaan BN Kerajaan Prihatin: Perkhidmatan Kesihatan Rakyat terus diperjuang

LANGKAH kerajaan menyediakan RM13.7 bilion tahun ini sebagai subsidi kepada rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan adalah bukti jelas komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan rakyat.


Ia menunjukkan peningkatan RM2.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM11 bilion bagi tujuan yang sama tahun lepas.

Langkah itu selaras dengan penekanan dan kesedaran ke arah mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam usaha kita muncul sebagai negara maju.


Kita akan kagum apabila kerajaan turut memberi tumpuan bagi menambah prasarana kesihatan serta tenaga kerja yang terlatih dalam bidang tersebut.
Setiap rakyat pula perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam soal penjagaan kesihatan.


Selain dapat dimanfaatkan oleh rakyat, segala usaha kerajaan itu akan meletakkan bidang perubatan dan penjagaan kesihatan pada tahap yang dikagumi.


Akhirnya, ia akan turut menjayakan industri pelancongan kesihatan kerana mutu perkhidmatan dan kemudahan kesihatan di negara ini mencapat taraf dunia.

Hospital-hospital swasta pula perlu memainkan peranan yang serupa dalam melengkapkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan.